Kant0i dalam kereta. Dikejar polis hingga rempuh rider motor sebelum nyaris lemas

Melakukan mksiat, lari dari polis, langgar palang tol, langgar penunggang motosikal sebelum terbabas.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian kemlangan turut menyebabkan penunggang motosikal parah. Awalnya pasangan itu bercumbu didalam kereta ktika berhenti di lorong kecemasan lebuhraya.

Ikuti laporannya dibawah

PASANGAN kekasih nyaris lemas selepas kereta dinaiki terbabas ke dalam longkang ketika melarikan diri daripada polis di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Butterworth, malam tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu, lelaki berusia 19 tahun dan kekasihnya berusia 25 berkenaan juga merempuh seorang penunggang motosikal berusia 28 tahun sehingga parah.

Kenderaan mereka kemudian terbabas ke dalam longkang di Kilometer 11.1 BORR arah Sungai Dua.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sebelum itu, polis melakukan pemeriksaan ke atas kereta berada di lorong kecemasan lebuh raya itu.

“Mereka dikatakan sedang bercumbu di dalam kereta. Menyedari kehadiran polis, pemandu kereta takut dan bertindak memecut melarikan diri menghala ke arah Plaza Tol Bagan Ajam arah Sungai Dua sebelum dikejar polis.

“Suspek juga bertindak melanggar palang tol dan sebaik sampai di KM11.1 lebuh raya itu, kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah yang sama,” katanya.

Pasangan kekasih berkenaan. FOTO Ihsan Polis

Beliau berkata, kereta dipandu suspek dan motosikal yang dirempuhnya terjatuh ke dalam longkang di tepi lebuh raya yang dipenuhi air.

“Kedua-dua suspek diselamatkan oleh anggota polis, manakala penunggang motosikal yang parah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan,” katanya.

Noorzainy berkata, pasangan berkenaan yang juga penuntut di sebuah institut kemahiran ditahan selepas mendapatkan rawatan peskit luar di Hospital Kepala Batas.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemlangan.

Lihat apa kata warganet selepas membaca laporan ini.

Acik Boss –Nak lari dari polis. Polis juga yang selamatkan mereka. Kerana mereka juga penunggang motorsikal menjadi mngsa. Syafakallah untuk saudara yang cedra itu…

Siti Hawa –🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Tak memasal org lain jadi mngsa. Daa buat salah redha jela dik. Paling tak pon kene saman dengan polis. Nie daa viral satu malaysia taw kau kantoi brcium..

Noor Aida Hasan –Oii pompuan umuq 25. Laki umuq 19..😆😆😆 kesian bro naik motor…🤦‍♀️ moga mendapat pembelaan.

Farah Ain –Brsangka baik lah. Awek die sesak nafas, trpkse die brhnti Di Lorong kcemasan utk bg cpr..

Sumber : Harian Metro

Sudahlah buat mksiat orang lain pula jadi mngsa kan. Moga memberi pengajaran kepada kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *