“Dah setahun tak berckp dgn kakak”. Dasar tak kenang budi. Kakak sendiri aniaya dan ambil kesempatan

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Ini pertama kali aku luahkan perasaan pasal hutang dengan adik beradik di platform ini. Selama ni aku hanya pendam sendiri. Harapnya cerita aku ni dapat dijadikan pengajaran.

Ceritanya macam ni… Aku ada adik beradik 4 orang, 3 perempuan dan aku sorang lelaki, No.3. Jadi di kalangan 4 orang ni aku kerja oilgas tapi contract selalu ‘jump’ syarikat sebab ‘project based’ jadi gaji pun besar tapi tak tetap, paham2 la ye.

Nak cerita hat sulong ni, dia kerja gomen jadi senang buat loan macam biasa typical malay kalau duduk kl keje gomen mesti ada loan dan dia sangat teruk dalam pengurusan kewangan, hancur.

Pada usia 27 tahun, dengan rezeki Allah, aku memiliki rumah bank lelong di kepong untuk dijadikan aset, beli murah dan disewakan ke orang dengan RM500 sebulan. Jadi selepas 2 tahun kakak aku ni dia dah sangkut teruk hutang keliling pinggang rumah sewa tak boleh nak bayar, disebabkan kesian mak ayah aku suruh duduk rumah kepong dan kami suruh keluar penghuni yang sedia ada.

Dia duduk situ selama 3 tahun, jadi selama 3 tahun dia jarang sekali bayar sewa ke aku, tak mahal pun aku mintak RM300, laki ada tapi macam biasa la malas nak cakap. Apa yang aku bengang ialah dah la sewa jarang2 bayar selama 3 tahun consider duduk free lah, maintenance bangunan pulak tak bayar sampai hutang building tu RM3400.80 bayangkan!!!!

Diorang laki bini buat dek je buat selamba macam takda apa berlaku dan bila aku tau hal ni aku pun mengamuk la angin satu badan biasa lah aku kerja construction jadi dah terbiasa kasar dengan subcon, kakak aku ni macam subcon la aku tibai, hahaha..

Aku call marah-marah kakak aku dan laki dia cakap aku kurang ajar, hello brader aku tak respek ko sebagai abang ipar sebab ko menyusahkan hidup aku dah la duduk free 3 tahun, selenggara rumah tertunggak 3k dan kakak aku salahkan aku pulak sebab cakap kasar! Nampak tak game kakak aku, dia buat salah orang marah la pastu dia salahkan kita balik.. The hell is wrong with you?

Aku jenis baran dan suka maki yes memang salah aku tapi sapa boleh tahan? Rumah duduk free 3 tahun jarang2 bayar tinggal pulak hutang maintenance 3k itu semua nama aku kena tanggung dan baru2 ni keluar surat saman dari developer untuk saman sebab tak bayar maintenance tu.

Dan kebetulan kakak aku dapat rumah kuarters di putrajaya wahhh happy la dia tinggalkan hutang adik dengan rumah rosak sinki rosak, pintu tak ada tombol kotor hutang lagi dan satu lagi bil TNB dia RM380 tertunggak, aku sebelum ni ada bantu dia jugak bagi duit, bagi motor aku kat laki dia sebab aku kerja jauh tak pakai motor, tapi semua tu tak pernah kakak aku hargai!

Aku nak tanya sapa2 yang baik hati tolong adik beradik ada ke adik beradik korang buat macam tu bila keluar rumah yang korang punya sendiri? Bil TNB RM380, maintenance RM3k dan duduk rumah tu pulak FREE.

Bila owner marah, dia marah balik umpama bank call kita sebab tak bayar loan pastu ko marah bank! Ya Allah sakit nya hati aku dia aniaya aku macam ni dan sampai sekarang aku bengang tak bercakap dengan kakak aku, dia bukan lagi kakak yang aku kenal dan aku tak ambik tau pasal di langsung.

Harini 30 Oktober 2019 dah setahun aku tak bercakap dengan dia dan aku tau dia masih berhutang keliling pinggang lagi, lesson learnt here, walaupun adik beradik atau sesiapa sahaja kalau nak pinjam duit atau apa sahaja mesti ada dokumen kertas hitam putih untuk protect masing-masing.

Ikut la apa orang nak kata gaduh adik beradik ni tak baik la rezeki tak berkat la tapi apa yang jadi kat aku memang sakit hati dan dianayai oleh kakak sendiri! Jadi korang di luar sana kalau nak tolong orang tu berpada-pada lah, kita habis duit kat emah ayah tak apa tapi bukan kat orang yang ambik kesempatan even adik beradik sekali..

So itu sahaja lah aku nak tulis. Terima kasih sudi membaca dan maaf andai terkasar bahasa.

Lihat apa kata pembaca.

Aisyah Abdulrahman –Macam ni laa kakak laki Aku. Rm20k X bayar hutang dah 5 tahun.1 Sen pon haram bg.bila mintak Kita pulak nampak jahat.

Finz Muhammad –Hutang still hutang walaupun adik beradik atau kawan bukan takde duit tapi jenis saje taknk byr maybe dia boleh lepas skrg tapi pasti hidup mesti takkan tenteram di dunia apatah lagi akhirat nanti. Jgn ambil kesempatan atas kebaikan orang apatah lagi darah daging sendiri #selfreminder ✌️

Ayu Rhman –Yg plg susah ialah klu trbiasa tggung adik beradik yang dh kwen.kwen pndai.nk berdikari takpndai.memang sampah sgt2..elakkanla hutang dgn adik beradik@sedara mara klu rs takmmpu byar.memang akn bergaduh takbertegur sapa mngata belakang.pegila htg ngn bank.hbis kuat muflis.😂

Izzul Aiman –Kadangkala adik beradik akan menggunakan lesen “hutang adik beradik tak apa”, sedangkan hutang tetap hutang. Dah meninggal dunia pun, roh akan “tersangkut” segala amal kebaikan, jika tidak selesaikan hutang.

Kadang parents pun “sama naik” suruh bantu anak2 yang konon susah tetapi tak susah pun, sebenarnya itu pun dah membuatkan anak2 yang konon susah akan menyusahkan lagi adik beradik yang lain.

Zie Sakura –Org macam ni hidup dia tak berkat bro.ko tgk la jap lg dia dpt duduk kuarters pun,elaun perumahan dia kena tolak. Dah ms dia duduk umh ko tu bro dia culas byr sewa rm300, tu tak tolak elaun perumahan pun tuu.. ko rs lps elaun perumahan dia kena tolak, ko bayangkan apa jadi kat dia pasni? Mari tepuk tangannnn.

Org akn kata tak baik gembira ats kesusahan org lain,tapi org tu buat kita susah smp nama nk kena blacklist masuk mahkamah igt kita melompat gembira ke? Nnt Allah pasti beri balasan kt kakak ngko tu..sabar sikit lg.moto tu ko ambik balik jgn bg abg ipar ko pakai.jenis tak sedar diri ni kita bg dia sedar sikit.

Rita Nordin –Pantang larang dalam family aku, mak aku larang keras sesama adik beradik biasa kan diri pinjam meminjam antara adik beradik. Lagi2 nak susahkan adik beradik lain, pandai2 la cari jalan sendiri sendiri dulu, kalau tak ada cara lain, itu di benarkan. Tu pun jenuh kot tahan telinga dengar bebelan.

Mak aku nak biasakan anak2 dia supaya bertanggungjawab pada kehidupan sendiri, cth dah tau gaji sikit pandai2 la jimat cermat, dah tau byk komitmen kena la control dari membeli benda2 yang bukan keperluan, masak sendiri, gitu la. Jangan bila susah asyik nak cari ‘dahan’ ja, bila dah terbiasa berpaut pada ‘dahan’ , sekali org tak tolong, blh jadi konflik.

Kalau ada yang susah mak aku tak galakkan adik beradik tolong, dia yang akan tolong, anak2 segan & kesian kot nak makan duit mak yang tak seberapa tu . Sebab tu bila mak suruh buat itu ini (cadangan/plan) aku ya ya kan ja wpun pitih entah ke mana 😅, sat ni mak kesian dia nak hulur kat kita pulak. Allahuakbar 😥

– Mr.Sazrul (Bukan nama sebenar) via iiumc

Apa pula kata anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *