Rumah nk kena lelong, kereta ditarik. Tak tahan dgn mertua dan ipar duai, suami gntung diri

Rata-rata pembaca terkejut dan terkilan saat membaca perkongsian pegawai bank ini dimana seorang lelaki bertindak membnuh diri gara-gara terlalu tertekan. Pada awalnya, pegawai ini menghubungi bapa mertua lelaki ini kerana masalah bayaran rumah yang tertunggak.

Namun, lelaki ini secara tiba-tiba menangis dan memarahi pegawai kerana dikatakan memalukan dirinya. Selepas diperiksa, rupanya lelaki ini terpaksa menanggung keluarga mertuanya sehingga menyebabkan dia bertindak di luar kawalan. Sebaknya.

Perkongsian Suhada Samsor tular sejak semalam di laman facebook. Ikuti perkongsiannya dibawah.

First, saya tak ajar orang jadi kurang ajar dengan mertua dan ipar duai. Second, i dont give a damn kalau orang pikir saya ni ajak orang lain bukak aib. My attention adalah bermula dari sejarah ini (bukan screenshot di bawah ni). Lepas saya gred, saya terus ditawarkan kerja dengan sebuah sayaarikat perbankan di ibu negara.

Tugas saya jaga akaun-akaun pinjaman perumahan islamic dan buat reschedule sekiranya mereka tak mampu untuk bayar bulan-bulan mengikut perjanjian asal. Samada kurangkan instalment atau panjang kan tenure (which is ini offer yang mengarut).

Seorang lelaki hamba Allah ni duduk di Kedah, dan saya terima panggilan dari beliau setelah saya tinggalkan contact number kepada keluarga mertuanya. Mereka duduk serumah.

Menangis kuat macam orang gila

Mula-mula panggilan agak tegang, dia maki hamun saya sebab dia tuduh memalukan dia dengan menelefon mertua dia. Tapi saya tetap ikut rules bank dgn tidak mendedahkan apa-apa maklumat kepada third parties dan kalau dia complain, saya boleh didakwa dan selamanya blacklist untuk kerja dengan mana-mana company. Sepanjang makian dia pada saya, saya berdiam. Sebab saya tahu mesti ada isu dia sesama mertua.

Kemudian dia diam. Lebih kurang 5 minit. Saya panggil dia dgn nada bersahaja “encik ok?” Then he cried out loud macam orang giler ! Sampaikan dia bercakap sambil menangis tapi saya tak paham apa dia cakap sebab sedu tu lebih kuat dari butir bicara dia. Kemudian saya tenangkan dia, saya minta maaf kerana tinggalkan no telefon pada ayah mertua dia, namun untuk memalukan, itu bukanlah motif saya selaku pegawai bertugas.

Rumah menunggu masa untuk dilelong

Hanya kerana saya dah cuba telefon dia banyak kali, tapi tak berangkat dan rumah dia menunggu masa untuk auction (dilelong). Kemudian selama seminggu saya follow up kes dia, bantu dia untuk kurangkan bayaran bulanan dengan keadaan dia menanggung segalanya untuk isi rumah termasuk 3 orang anak yang masih kecil. Dia masih bekerja di company swasta, gaji bersih sebulan RM3200.

Kalau kita orang takde masalah, kita fikir jumlah itu banyak, tapi kita tak tahu periuk nasi orang. Kita tak tahu apa isu dalaman dia sampai kan rumah sendiri dia tak terbayar. Isu dia – mertua kuat masuk campur hal rumahtangga, plus ipar duai paras1t! Dia teramat sayang isteri dia, sampai kan rela berpindah ke rumah mertua sebab tak nak isteri dia hari-hari serabut bila mak dia call bagitahu ayah dia tak sihat. Takde sape jaga.

Terpaksa pindah umah mertua

Kebetulan isteri dia anak sulung, maka dia izinkan isteri untuk pindah walaupun dia tak setuju sebab dia lelaki. Ada 3 orang ipar duduk serumah dalam rumah mertua dia. 2 dah kawen beranak pinak, sorang kutu berahak kaki cautut. 3 4 bulan berlalu, ipar yang duduk serumah tadi mintak nak duduk rumah lelaki ni, dgn kadar sewaan RM300 sebulan. Sedangkan instalment rumah RM720 per bulan. Jadi baki, lelaki ni tokok kan. Sebab taknak sangkut payment dgn bank.

1 bulan je bayar sewa. Lepas tu ipar dia terus diam buat tak tahu. Acapkali bank call, lelaki ni serabut sebab takde payment masuk dalam acc dia sebanyak RM300 (kadar sewa si ipar yang perlu bayar). Sampai bergaduh, halau keluar, panggil polis, tapi bila mertua masuk campur, segalanya jadi berantakan. Lelaki ni dituduh tak berguna, berkira, dan hampir-hampir dia bercerrai dgn isteri sebab isu ni. Macam mana saya tahu semua cerita ni?

Tanggung keluarga mertua 100%

Customer tak boleh b*llsh1t saya. Saya tak boleh terima cerita tanpa bukati. Kalau dia nak saya tolong dia, dia jangan memandai-mandai dgn saya. Segala report polis, whatsapp makian cacian ipar duai termasuk mertua dia dia forward pada saya. Kesian. Kesian giler saya tengok dia. Sebab living kos rumah mertua pun dia 100% dia support. Termasuk kereta dia dipakai ipar duai suka hati macam mak bapak mereka dia punya.

Dia tak mampu lepaskan isteri sebab anak-anak masih kecil. Bila ajak isteri keluar, bermula drama mertua sakit la dan sebagainya. So bila saya call mertua dia, dia naik angin sebab dia memang severe tensi0n dgn mertua dan ipar duai. Sebulan saya fight kes dia, buat paper work untuk bantu dia tapi tak lulus sebab rumah tu baru setahun lebih beli. Bayaran pokok pun tak gerak lagi. Sebulan jugak saya tak tidur malam memikirkan macam mana saya nak bantu dia.

Isteri telefon cakap suami meninggal dunia

Dia hampir setiap hari call saya, tanya status permohonan pengurangan bayaran bulanan rumah dia.

Sampai saya dapat arahan dari big boss, rumah dia kalau nak lepas dari auction, dia kena settle habis termasuk kos-kos legal berjumlah RM7K lebih. Saya perlu profesional tanpa perlu percampuran emosi dalam isu ni. Kerja saya tolong dia, if tak berjaya, totally out of my control. The day saya call dia, dia banyak berdiam.

Saya terangkan dgn jelas tapi saya tak dapat respond dari dia. Yang saya boleh baca masa tu, saya tahu dia terduduk. Difahamkan kereta dia pun dah ditarik. Hati saya dup dap dup dap. Saya memang menanti dia call saya dan membawa khabar baik. Tapi 3 hari kemudian saya menggigil pegang ganggang telefon bila isteri dia call cakap dia dah meninggal.

Punca kemtian gntung diri

Saya minta isteri dia fax pada saya surat kemtian untuk bantu selesaikan insurans. Alangkah terkejut dan saya menangis bila dalam surat kemtian, bila tengok kolum punca kemtian ditulis. “Hang” Gntung diri. Beliau bnuh diri. Saya follow up kes ni pada isteri dia, dan saya cakap pihak insurans consider punca kemtian invalid untuk claim insurans.

Next days, pak mertua aruwah call, tanya boleh tak rumah tu tukar nama atas nama anak jantan dia, saya tutuh habis-habis org tua tu dgn cara paling sopan “ambik rumah orang pakcik tak boleh main ambik gitu macam main pondok-pondok, bank pun ada undang-undang.

Kalau isteri aruwah mintak rumah tu pun belum tentu dapat melainkan pergi refinancing semula. Ni aruwah suruh bayar RM300 pun tak mampu, apetah lagi nak bayar RM700 lebih sebulan. Jangan nak cari jalan senang je ye”

Aruwah nak hadiahkan rumah buat isteri dan anak-anak

Dari kisah ni, kita tak tahu level mana tertekannya si aruwah sampai dia menggntung diri. Kita tak berada kat tempat dia, tak boleh simply letak sebarang pertuduhan especially bab agama. Aruwah sayang sgt isteri dia sebab dia cakap dia nak hadiahkan rumah tu utk isteri dia, bila dia dah takde ada la tempat anak-anak isteri berteduh.

Dan awak yang ada isu dgn mertua dan ipar duai, not worthy melukakan hati dan jiwa sendiri. If u can’t stand anymore, lari ! Lari dari situasi. Isu dgn mertua dan ipar duai ibarat ditelan mti emak diluah mti bapak. But 1st come 1st, bebaskan diri dari tekanan dulu, then cari solutions. Bumi ini luas. Jangan pilih cara menekan jiwa. #justshare

Perkongsian Suhada mendapat reaksi hangat dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Jamal Adnan –Ini lah masaalah bila mntua tidak memahami keadaan. Suka campor tangan hal rumah tangga ank2. Kalau memulihkan keadaan takpe juge. Ni main kire otak die jee.

Anak2 menantu ke, fikirkan lah kebahagiaan rumah tangga kita dahulu. Anak2 kecil tu juge. Betul seelok nya kita lari dari hal2 remeh temeh begini. Cari jalan kebahagiaan kita yang halal yang barakah Insyaallah Allah bntu kita bila tak lupa pd die.

Azrie Anuar –Yang mane selalu post kate laki sume same tu elok bace bende ni. Suami biasenye akan diam kalau die tau bini tak boleh nak tolong. Sebab kalau boleh tak nk bebankan bini. Bukan sebab ego. Tapi tu laa lelaki.

Dan kadang2 ade je isteri boleh bace laki die ade masalah. Tu syukur alhamdulillah dapat yang camtu. Tapi kalau bini macam ni. Tak tau lah nak cakap macam mane. Bute hati bute mate agaknye.

Cda Firda –1 nk kate pada si isteri. Betul kita ada adik beradik. But, sometimes adik beradik tak memainkan peranan sebagai adik beradik. Diaorg lebih memilih mementingkan hidup sendiri, dan family mereka sendiri.

Bile kita terkontang kanting seorg diri, siapa yang ada bersama kita?? Ia adalah suami dan anak2 kita. So, dari situ u can choose with who u can spent ur life.

Suami memang orang baru dalam hidup kita. But, bersama dia lah suka duka semua bende dia tahu. Itu kalau dpt suami yang baik seperti ini la. Bile dpt suami yang baik dan menyayangi kita seadanya kita, maka hargai la walaupun skali skale badai menimpa…its normal in life..😊

Yong –Ramai sebenar nya mertua dan ipar duai gila dlm dunia ni. Tapi isu ni sensiitif. Kalau kita cite kang org kata kita nk aib kn. Tapi klu dh perangai mcm setan sape boleh tahan. Saya sendiri pernah stress sampai tahap rasa nk bnuh diri je. Tapi kenang kan anak saya sabar je.

Dah 11 tahun saya tak balik rumah mertua. Mertua kaki b0moh! Dari anak sulung saya kecik lagi saya dah tau dia suka jumpa b0moh. 2 b0moh. Solat tak. So memang bertuhan kan b0moh lah.

Last2 saya sakit tanpa diketahui ape punca sakit. Pergi buat checkup kat hosptl klinik bagai takde sakit ape. Kawan suruh pegi rawatan darussayaifa haron din baru tau ade gangguan s1hir!! Memang saya tau lah dia pnya keje. Tapi sape pun tak percaya kan saya termasuk suami. Tapi saya sabar kn je.

Ikut kan hati yang giler memang rasa saya nk pi bnuh je orgtua tu. Tapi tuhan maha kaya!! Lps raya haji tahun lepas adik ipar sdiri call saya bgtau kat saya. Sakit saya ni memang mak dia yang punya angkara. Adik ipar pernah teman kan mak dia pergi jumpa b0moh, dpn b0moh macam2 mak dia fitnah saya benda yang tak betul.

Lepas tu dia tuduh saya pulak yang s1hir kn dia..hehh!! Takde pekdah nk s1hir dia. Bukan dia jutawan hartawan ade tanah berelung pn. Suami pun takleh balik rumah mak dia. Tiap kali suami balik saya sakit. Mana boleh tahan.

Last2 saya cakap kat suami klu tak caya mak dia s1hir saya pi la blk rumah mak dia jangan balik dah kat saya. Kita selesai kat pejabat agama je. Tak nk pulak dia bcerrai. Saya rasa nk viral kan je wasap2 adik ipar ape yang dia cite mak dia ade saka bagai. Menuntut ilmu bukan2. Tapi saya masih ade akal saya tak tergamak lg nk buat mcm tu. Tapi klu dia mlampau sgt buat saya lg memang harus saya viral kn wasap adik ipar tu baru padan muka..

Khamal Bahrim –Kita sebagai islam jangan sampai macam tu, tekanan macam mana pon, balik pada Allah.. Tu lah jalan penyelesaian kita..

Sesiapa yang bnuh diri, Allah haramkan dia bau syurga..

“Sesiapa yang membnuh diri dengan besi, maka di nraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bnuh diri dengan meminum racvn, maka di nraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bnuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di nerraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.”Riwayat Muslim (109)

Sumber : Suhada Samsor via Ohbulan

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *