Anak tiba2 terlantar sakit. Tak boleh bernafas sendiri. Saat itu segalanya berubah.

Foto sekadar hiasan|Carian google. Assalamualaikum. Biar aku perkenalkan diri aku sebagai Naira. Aku dah berkahwin dan memiliki sepasang anak. Hari ni aku nak berkongsi sedikit kisah yang boleh dijadikan pengajaran pada orang lain.

Mungkin ada juga yang tidak bersetuju, tetapi terpulang pada pandangan masing-masing. Aku hanya ingin berkongsi pengalaman aku sendiri berdepan dengan situasi ini 2 tahun lepas.

Aku seorang peniaga online sepenuh masa. Aku menjaga sendiri anak-anak aku di rumah sambil berniaga. Suami aku pula seorang pekerja swasta yang waktu kerjanya sama dengan orang lain yang makan gaji. Kehidupan kami sederhana tapi bahagia.

Biasalah life sebagai online seller, hidup memang tak lekang dengan telefon. Sepanjang masa telefon sentiasa di tangan. Dekat situla nak update segala stock berniaga, dekat situla nak berbalas whatsapp customer, supplier dan macam-macam kerja lagi.

Alhamdulillah.. perniagaan aku agak laris juga walaupun dibuat secara kecil-kecilan dari rumah. pendapatan aku juga lumayan. Malah ada masa pendapatan bersih aku lebih dua kali ganda dari gaji masa aku bekerja dulu.

Ramai kawan aku kata untungla aku duduk rumah. Ada banyak masa dengan family, boleh spend banyak masa dengan anak-anak. Boleh masak sedap-sedap dekat suami dan anak. Tapi hakikatnya aku saja yang tahu.

Kalau aku jadi suri rumah sepenuh masa maybe masa tu tak banyak. Tetapi jika bekerja dari rumah keadaan tak sama. Life aku sama je macam orang kerja makan gaji. Waktu kerja pun hampir sama. Bezanya aku kerja dari rumah. Disebabkan aku handle bisnes sorang-sorang, masa aku agak terhad. Time order menimbun ada masa aku tak sempatpun nak masak atau buat kerja rumah. Aku beli je dekat kedai. Anak-anak pun aku tak sempat nak spend time sangat.

Kadang malam hari pun aku masih sibuk dengan telefon di tangan. Sebab masa tu la customer banyak yang whatsapp bertanya atau nak order barang. Aku risau kalau lambat-lambat reply nanti customer lari. Suami akupun bila aku sibuk dengan telefon dan bisnes aku, malam hari diala yang temankan anak-anak. Kadang diapun sama main phone juga. Time aku bekerja dulu, family life kami lebih baik. Balik kerja je telefon letak tepi. Memang spend time dengan family. Telefon kami tengok sekejap je sebelum masuk tidur.

Now, bila aku memilih untuk jadi fulltime online seller keadaan banyak berubah. Aku dah kurang masa dengan family masa weekdays. Weekend masih ok, sebab memang kami selalu keluar untuk spend time sama-sama. Tapi, aku dah mula rasa kurangnya kemesraan dan keceriaan dalam family aku.

Walaupun kami bahagia, tapi kami dah tak semesra dulu. Kadang ambik je gambar anak-anak post dekat media social konon happy tengok anak-anak main, hakikatnya bukan aku tengok sangat. Diorang main sesama sendiri. Aku asyik dengan telefon. Masing-masing buat hal sendiri. Kadang ada juga anak aku datang minta dilayan tetapi sebabkan sibuk dengan telefon aku buat tak endah.

Lama-lama aku sedar yang smartphone adalah “perampas” sebenar masa dan kemesraaan dalam family aku. Walaupun aku cuba wujudkan waktu tertentu untuk urusan membalas whatsapp customer, tapi bila start pegang je phone terus dari konon nak spend 10 minit melarat ke 1 jam.

Asal nak reply whatsapp je, time tu jugak ada notification dekat instagram, buka instagram dah melarat tengok benda lain. Tertengok insta artis la, online shop la, insta benda viral la, insta makanan dan masakan la. Godek la dari satu ke satu. Tu belum lagi isu-isu dekat FB. Masha Allah, rasa “lagha” sungguh life aku. Asal nak pegang sekejap je terus jadi berjam-jam. Sadis.

Entah kenapa, cubaan-cubaan aku untuk berubah dengan kurangkan penggunaan telefon atau media social selalu tak berkekalan. Tergoda sungguh aku dengan keindahan dan keseronokkan media social. Hidup sebagai online seller mana mungkin aku jauhkan diri dari telefon atau media social. Walaupun aku sedar telefon tu banyak menjarakkan kemesraan keluarga aku tetapi aku selalu failed nak kurangkan penggunaan. Tapi aku tak putus berdoa agar aku dikuatkan iman dan tak terus lagha dengan “nikmat dunia” ni.

Sampaila satu masa Allah uji aku bila anak aku yang bongsu sakit. 2 minggu anak aku terlantar di hospital. Seminggu lebih kena bergantung pada 0ksigen sebab dia tak boleh bernafas sendiri disebabkan jangkitan kvman yang agak teruk juga di paru-paru.

Masa ni la aku mula berubah. 2 minggu di hospital menjaga si kecil siang dan malam. Melihat tubuh anak aku yang lemah tak bermaya buat aku menangis hari-hari. Anak aku langsung tak nak makan dan minum. Pernafasan laju. Demam panas sampai 10 hari.

Aku sampai takut nak tidur, takut apa-apa jadi. Keadaan anak aku agak kritikal masa tu. Aku takut Allah ambil anak aku kembali. Aku tak puas lagi spend masa dengan anak aku. Aku tak puas lagi berkasih sayang dengan anak aku. Aku menyesal sebab selama ni aku tak betul-betul bagi perhatian pada dia.

Aku selalu marah dia bila dia ganggu aku tengah sibuk bekerja atau layan WhatsApp customer. Aku takut sangat kehilangan dia. Setiap hari aku menangis dan berdoa sungguh-sungguh dekat Allah supaya sembuhkan anak aku. Aku masih perlukan dia dalam hidup aku. Aku mohon Allah ampunkan d0sa-d0sa aku.

Time ni aku off terus bisnes aku. Aku tak peduli dah kalau bisnes aku jatuh. Aku tak peduli dah kalau pendapatan aku bulan tu sedikit. Aku fikir aku dah banyak cari duit selama ni. Dah banyak simpanan yang aku buat. Apa lagi yang aku nak? Anak aku lagi penting dari duit yang ada. Duit nanti pun aku boleh cari, anak mana boleh cari. Yang aku fikir masa ni cuma anak aku.

2 minggu di hospital aku betul-betul berubah. Aku dapat solat awal waktu (sebelum ni solat kadang hujung waktu dan terkejar-kejar) , dapat buat solat sunat, baca al-quran, banyak berzikir dan Alhamdulillah aku dapat jauhkan diri aku dari media social. Aku langsung tak buka langsung media social masa ni.

Waktu ni la aku rasa hidup aku lebih tenang. Walaupun aku risau dan takut tentang kesihatan anak aku, tapi aku rasa lebih tenang untuk handle situasi. Aku rasa lebih dekat Allah swt. Alhamdulillah.. selepas 2 minggu di hospital anak aku dibenarkan pulang ke rumah tetapi kena kuarantin sehingga keadaan dia betul-betul sihat.

Hikmah ujian itu, aku dan suami terus berubah. Aku tak nak aku terlepas peluang berharga spend banyak masa & melihat anak aku membesar hanya kerana sibuk dengan urusan dunia aku. Aku tak mahu smartphone & media social menjadi perampas kebahagiaan dan kemesraan keluarga aku. Aku nak family aku yang dulu. Family aku yang ceria, mesra dan selalu buat aktiviti sama-sama. Aku taknak urusan aku sebagai hamba Allah juga aku permudah-mudahkan.

Sepatutnya bila aku bekerja dari rumah aku lagi mudah nak beribadah. Mudah nak sempurnakan amalan wajib dan buat amalan sunat. Aku taknak bekalan aku di akhirat nanti sedikit. Aku kena bijak bahagi masa. Apa yang aku buat, selain asingkan telefon untuk bisnes dan personal aku tetapkan masa untuk urusan bisnes aku.

Smart phone bisnes aku hanya install whatsapp, fb page & instagram berkaitan bisnes saja. Aku takde nak follow IG artis ke instafamous ke apa sebab nak elak aku dari tertengok benda tak berkaitan sewaktu melayan whatsapp atau dm customer.

Phone personal aku biar je hal-hal personal macam FB, instagram smua. Aku nak follow apa-apa semua dekat phone personal saja. Tapi aku off notifications. So, bila aku buka jer barula ada notification. Ni semua nak elak dari aku “lagha” balik. Media social tak salah, tapi yang salah kalau tak tau nak control dan guna cara yang betul. Ini pun salah satu godaan dunia juga. Ujian untuk kita umat akhir zaman.

Aku juga dah set semula “family time” kami sama macam time aku bekerja dulu. Aku buat kerja bisnes aku macam biasa tapi dah set time bila aku nak kemas rumah, nak masak semua. So, teraturla sikit life aku. Kira dari pukul 6.00 petang aku dah off sekejap aktiviti bisnes aku.

Aku bawa anak-anak keluar beriadah. Pergi main sekali dengan diorang. Bila husband aku balik kerja memang kami berdua letak telefon tepi. Memang dilarang pegang telefon melainkan hal yang mustahak saja baru boleh pegang sekejap. Masa ni la kami dapat spend time sama-sama, borak itu ini, makan sama-sama, main dengan anak, tengok kerja sekolah anak dan tengok tv sama-sama.

Alhamdulillah….. kehidupan kami dah kembali ceria dan happening macam dulu. Aku bahagia dengan keadaan kami sekarang. Bila time weekend bila keluar dengan family memang dari dulu kami jenis yang tak main phone. Masalah aku time weekdays je. Bila weekend, aku tinggal kejap phone bisnes aku dekat rumah.

Balik dari outing dengan family baru aku reply whatsapp customer. Tapi aku minta maaf awal-awal dekat customer cakap aku keluar dengan family. Mostly customer aku faham. Satu lagi aku letak status siap-siap dekat whatsapp status aku yang aku slow reply during weekend.

So, macam mana bisnes aku sekarang? Alhamdulillah… walaupun aku dah had kan masa aku dalam urusan bisnes, bisnes aku masih baik. Allah permudahkan urusan aku. Dia yang maha pemberi rezeki. Customer aku faham bila malam hari aku lambat reply. Biasa bila tamat family time aku, anak-anak dah tidur around 10.30 pm macam tu baru la aku reply whatsapp customer sambil packing barang untuk pos ke esokan hari. Biasa aku settle packing sebelum jam 12 malam.

So aku boleh masuk tidur sama-sama dengan husband aku. Boleh pillow talk dengan dia sebelum kami sama-sama terlelap. Takde dah la suruh husband aku tidur dulu macam dulu-dulu dan aku sibuk dengan bisnes aku. So aku still ada bonding time dengan husband aku. Lagipun 2 tahun ni aku aktif berniaga di shopee.

Alhamdulillah.. Allah buka jalan ni dekat aku bila aku dalam usaha untuk istiqamah kurangkan perhatian pada smartphone. Bila aku berniaga di shopee keadaan jadi lebih mudah. Aku tak perlu lagi nak layan whatsapp customer aku berjam-jam. Di shopee, aku just packing je barang yang di order, print AWB dan pos. Senang. Lagipun di shopee memang cuatomer fokus cari barang nak beli. Memang platform untuk urusan bisnes.

Nasihat aku pada yang sama juga masalah macam aku, try berubah slow-slow. Aku bersyukur Allah berikan aku ujian sebab hikmah dari ujian itulah aku berubah. Media social ni bagus tapi kalau sampai tahap ketagih boleh jadi per0sak dan perampas kebahagiaan keluarga. Kadang aku tengok dekat playanground anak-anak sibuk main, mak ayah pula sibuk dengan smartphone. Macam tu juga dekat kedai makan. Masing-masing dengan phone di tangan.

Balik kampung pun sama. Mostly banyak yang suka habiskan masa dengan phone, hidup dalam media social berbanding berdepan dengan kehidupan realiti. Jangan biarkan smartphone menjadi perampas kebahagiaan dan kemesraan keluarga kita. Gunakan secara terkawal dan berhemah.

Antara komen netizen selepas membaca perkongsian Naira. Lihat apa kata mereka.

Akira –Sayangnya Allah pada puan. Diberinya ujian anak sakit. Dengan sendirinya puan alihkan segera tumpuan pada anak. Perlahan lahan kebergantungan kepada telefon bimbit di leraikan sedikit. Boleh je nak berniaga online atau apa je aktiviti dijalankan demi mencari rezeki tapi kena ada disiplin dan pandai bahagi masa.

Ahlia Luf –Perkongsian yang sangat baik. Saat Allah hadirkan rasa kesedaran bahawa sosial media tu dah jadi perampas keakraban sis sekeluarga, maknanya hidayah dah semakin hampir. Seronok boleh kurangkan masa di alam maya ni, bahkan lebih seronok sebenarnya kalau takde internet terus.

Diri ini pun same naik juga walaupun bukan buay bisnes,tapi masih terkawal, kerja rumah, masak dan waktu dengan anak anak anak 3 orang. 😅

Rousell Sakura –Alhamdulillah diberi kesembuhan untuk anak. Kadang2 ank2 yang tpaksa dijadikan korban sebagai harga untuk kite berhijrah walaupun itu semua sbb d0sa/ kesalahan/ kelalaian kte. Sebagai ibu, tak dpt dbayangkn klau tjadi kehilangan ank. Smoga Allah ampunkan segala d0sa2 kte n lindung kluarga kte dari musibah.

Cik Puan Ammy –Sesibuk mana pun kita tak kiralah bersosial, Bekerja atau beriadah, Apabila kita tahu bila masa kita patut ‘berhenti’ in sha Allah semuanya akan teratur cantik. Yang penting, hidup jangan melawan arus.

Ifti Liyana –Alhamdullilah. Sekadar beri skit pdapat. Kalo puan rasa agak busy untuk jawab wasap or order cust. Try puan amik sorg pekeje. Bagi tugas untuk amik order cust. Or packing dan pos barang cust.

Selain puan boleh tumpukan kat family, at least puan berkongsi rezeki dgn org lain. Moga puan sekeluarga dirahmati Allah.

– Naira (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *