Aku dan suami bertinju dlm rumah smpai lebam. Suami kaki hisap. Menangis mertua tengok vdeo

Foto diatas sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sebelum itu saya meminta maaf sekiranya penulisan saya mempunyai kekurangan. Saya seorang isteri dan kerani kakitangan awam. Suami saya seorang pegawai kerajaan, berasal dari keluarga yang beragama, lembut, baik hati dan kacak (kacukan Belanda).

Kami bahagia, sehinggalah 2 tahun usia perkahwinan , barulah saya tahu rahsia suami. Saya mendapat tahu suami saya penghisap syabu. Dia mengakui telah berjinak dengan syabu 1 tahun sebelum berkahwin yang pada mulanya hanya mencuba-cuba dan berhenti mengambil syabu selepas berkahwin dengan saya, kemudian 1 tahun selepas kahwin mula kembali kepada syabu.

Seperti biasa rutin seorang penag1h janji nak berhenti, kemudian saya dapat tahu dia hisap syabu janji lagi nak berhenti dan bersumpah segalanya, lepas tu saya jumpa lagi sisa ddah kat rumah suami janji lagi nak berhenti… bla.. bla.. bla. Sangat tak konsisten. Duit gaji dia habis sebab nak beli bekalan syabu tu je.

Disebabkan pengaruh ddah perwatakan suami yang lembut dan baik hati menjadi panas baran. Saya pernah dipkul beberapa kali yang pada mulanya saya tidak membalas. Lama kelamaan saya membalas pkulan dia dan kami akan bergusti didalam rumah sampai lebam-lebam (saya pernah belajar silat). Benda ni berlarutan sampai 5 tahun usia perkahwinan kami.

Selepas itu saya mengambil keputusan ingin memberitahu keluarganya. Pada mulanya mereka tidak percaya kemudian saya menunjukkan bukti-bukti yang saya simpan dan video dia memukul saya dan saya tidak membalas (saya tidak rakam semasa kami bergusti, hehe) barulah Ibu bapa mertua menangis dan adik beradik ipar marah terhadap suami.

Lepas suami kena tarbiah seisi keluarga, dia insaf sekejap dan menyuruh saya pegang semua gaji dia supaya dia tak dapat nak beli syabu tu. Tak sangka selepas 6 bulan saya dapat tahu dia ambil syabu lagi. Dia dapat duit beli syabu sebab tolong kawan dia jadi runner, Astagfirullah nampak kat situ betapa desperate nya dia.

Lepas buat semua pengakuan termasuk dengan siapa dia berkawan, dimana dia beli syabu dan sebagainya (saya ugut minta cerrai melainkan dia buat semua pengakuan) dia janji nak berhenti selamanya. Ada sebab saya meminta dia buat semua pengakuan sebab saya ada plan lain melibatkan AADK.

Lepas tu dia ambil semula syabu, tapi tidak sekerap dulu dan hanya mengambil syabu sebulan 2 kali sebab nak lepas gian katanya. Suami kata susah sangat dia nak lupakan syabu tu sampai terindu-rindu dan termimpi-mimpi dan hanya bekas penag1h ddah sahaja memahami.

Ala, macam korang nak diet tapi tak diet2 sebab tak tahan dengan nafsu makan. Bayangkan nafsu seorang penag1h nak tahan gian berganda-ganda dari orang yang ada nafsu makan.

Selepas 8 tahun usia perkahwinan kami, saya mengambil keputusan berhenti kerja kerajaan dan sambung belajar (master) di seberang negeri (2 jam setengah naik flight). Suami memberikan saya restu untuk menyambung pengajian tetapi dia tidak tahu niat saya sengaja nak belajar jauh kerana ingin meninggalkannya. Saya sudah tidak peduli dia nak hisap ddah, nak kawan dengan siapa atau kena tangkap polis sebab saya memang nak minta cerrai dia.

Semasa dalam pengajian saya tidak menghubungi suami dan buat endah tak endah apabila dia menelefon saya. Apabila suami dapat menghidu saya ingin meninggalkannya, dia meminta peluang terakhir, jika dia masih tidah berubah dia akan makbulkan permintaan cerrai saya. Dia mengatakan bukan senang nak tinggalkan syabu, hanya saya sahaja jadi penguat dan orang yang sentiasa dengannya ketika dia struggle nak tahan ketag1han.

Untuk menunjukkan kesungguhannya, suami transfer semua duit gajinya setiap bulan di bank saya dan hanya menggunakan kredit kad topup (saya hanya top up 3 hari sekali dengan jumlah cukup-cukup) untuk mengisi minyak dan membeli barang keperluan supaya dia tidak ada duit tunai untuk membeli syabu.

Pada hari ini, sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 9 tahun saya membuat penulisan ini. Alhamdullilah saya belum dikurniakan anak walaupun telah lama berkahwin dan besar hikmahnya Allah bagi ujian ini. Saya baru sahaja menghabiskan pengajian dan sekarang mencari peluang lain.

Jika di bandingkan sebelum ini hidup Suami terumbang ambing dengan prestasi kerja tak menentu. Namun sekarang dia dah insaf, bersih dari ddah, perangai panas baran hilang dan prestasi kerja semakin baik. Gaji suami masih lagi saya pegang dan saya yang menguruskan semua hal kewangan.

Walaupun saya tidak bekerja namun perbelanjaan masih mencukupi dan sekurangnya dapat membuat simpanan RM700 sebulan. Jika mendapat permintaan dari pembaca InsyaaAllah saya akan kongsikan pelbagai usaha saya membantu suami berhenti syabu dan bagaimana saya libatkan AADK dalam hal ini.

Lihat apa kata pembaca.

Hajar Afyadh –Nk tinggalkan ddah ni sangat susah, saya ada kenalan rapat yang bekas suaminya penag1h, pernah berhenti ddah selama 7tahun sebelum kwen, beberapa bulan lepas kawen dia ambik semula ddah.

Now, diorg dah berpisah sebab penag1h ni kalau gian boleh sampai membnuh, demi keselamatan dia dan anak dia berpisah dengan bekas suami.

#ddahperosak

Fazila Hakim –Woman power!!!!! Kena pkul tak diam macam punching bag. Family suami belahkan suami, panjang akal pergi rakam video. Good planner, sambung belajar, panggil AADK. Pandai manage duit, bagi pakai suami pakai kad. Tak sayang membabi buta, tahu bila untuk stay bila nak angkat kaki.

Kisah perempuan macam ni yang kita nak baca. Bukan yang dah lunyai kena pkul, yang dah takde hati pun nak stay juga sebab sayang. Moga dikurnakan cahaya mata pada masa yang tepat nanti.

Ida Nri Zan –Bertekadnya suami pun sebab syang dan kasihnya pada puan. Beliau tidak menjadikan alasan demi alasan untuk kembali menjd penag1h tegar. Harap puan selalu disisinya dam memberi sokongan demi rumahtangga. Lelaki jika kasih syangnya ikhlas dia akan buktikan walaupun perit keadaannya.

Zayat Zeim –Harap ada next entry untuk slot tips yang melibatkan AADK tu pulak. Maklum jelah pengaruh ddah dalam masyarakat kita ni, nazak yakmat dah. Kesian kalau mti tengah st1m.

Syafiqa Fika –Alhamdulillah semoga suami istiqamah. Memang tak dinafikan untuk berhenti sepenuhnya sangat susah. Perlu sokongan tanpa henti orang disekeliling. Ibarat r0kok. Selagi tuan baran tak betul2 nk behenti selagi tu die tak kan berhnti. Trigger bersama kawan2.

Tempat die slalu lepak untuk amik sume tu jd peranan. Diorg cakap rindu. Sebab tu jangan la sesekali nk mencuba2. Bila dah ketag1h memang pucuk pangkal nya hati org tu sndri. Pergi pemulihan di AADK pun bukan tuhan yang dapat kawal mereka 100%.

Kenapa saya ckp camtu. Sebab saya sendiri bekerja dalam bidang ni. Yang dah 10 20 30 tahun pulih pon tak berani nak cakap diorg kekal pulih. Sebab godaan tu banyak dan pernah jatuh blik. Ape2 pun semoga ade sinar untuk puan dan keluarga..

Sumber – Hawa_NeverGiveUp (Bukan nama sebenar) via iiumc

Kebanyakkan pembaca berharap akan ada lagi perkongsian seterusnya dari Hawa. Yang baik itu kita jadikan teladan. Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *