“Kalau tiada waris jaga Muhammad Arfan, saya sudi membesarkannya”

“Kalau tiada waris yang boleh menjaga Muhammad Arfan, saya sudi untuk membesarkannya. Hati saya memang cepat tersentuh dan terguris kalau membaca berita mengenai anak kecil yang hilang tempat bergantung. Apatah lagi jika membaca berita mengenai anak yang didera tanpa perikemanusiaan. Ia membuatkan saya jadi sedih bercampur geram.”

“Saya memang sayang dan sukakan kanak-kanak. Hati saya mudah tewas dengan anak kecil,” kata pelakon Rebecca Nur Al Islam apabila naluri keibuannya tersentuh saat melihat kedukaan dialami kanak-kanak yatim piatu, Muhammad Arfan Ziqri, yang kehilangan ibu bapa dalam kecelakaan jalan raya.

Malah, menerusi perkongsian di laman sosial, bintang filem ‘Keramat’ itu akui berbesar hati untuk membela si kecil berusia setahun 10 bulan itu. Menurut Rabecca, 33, dia sendiri sudah mempunyai beberapa anak angkat.

“Menjadi kebiasaan saya, jika ada anak kecil yang dilihat memerlukan perlindungan dan jagaan, mereka akan dibawa pulang ke rumah. Sekalipun sudah mempunyai anak kandung, saya seronok dapat menambahkan ‘zuriat’.”

“Kalau tiada siapa yang sanggup menyalurkan kasih sayang buat mereka, saya sudi berbuat demikian. Dia masih terlalu kecil untuk memahami suratan yang terjadi. Tak sanggup saya melihat wajahnya yang naif,” tutur Rebecca yang turut memberitahu cerita Muhammad Arfan, yang mengusik hati ramai orang itu benar-benar menjentik hatinya. ‘zuriat’.”

Menerusi ruangan komen posting Rebecca, ahli keluarga aruwah mengatakan mereka akan menjaga Arfan hingga ke akhir hayat.

Ibu bapa Muhammad Arfan, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, yang bertugas di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, dan Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, 29 Oktober lalu. ‘zuriat’.

Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nor Azam Sulaiman pada Januari 2011. Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 7, Nor Anggerik Renesmee, 6, Nor Aliff Al-Raffael, 3, Nor Ahmat Al-Reaggan, setahun 3 bulan. Dia juga mempunyai anak angkat, Nor Adam Daniel, 11, dan Nor Aurora Riana, 10 bulan, selain dua anak tiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *