“Saya lapar. Nak beli tapi tak gaji lagi”. Ditegur pemuda tidak dikenali minta dibelikan sebungkus roti

Perkongsian dari Mohd Faisal Yusuf ini mendapat lebih 1.8 ribu perkongsian di Facebook dan tular sejak semalam.

Katanya seorang pemuda yang tidak dikenalinya mundar-mandir di dalam sebuah kedai dan kelihatan gelisah, sebelum datang kepadanya meminta untuk dibelanjakan sebungkus roti. Pemuda itu memaklumkan dia kelaparan tapi masih menunggu gaji.

Ikuti perkongsiannya dibawah.

Ada satu malam saya dengan kawan singgah Family Mart. Teringin nak makan “oden”. Masa sampai tu panjang pula beratur. Lapar benda sedap punya pasal, gigih juga kami tunggu. Sedang berbaris, saya perasan ada seorang lelaki mundar-mandir di bahagian roti.

Kejap dia pegang, tengok, kemudian letak balik salah satu bungkusan roti. Dia berlalu ke bahagian rak lain. Tak lama lepas tu dia kembali ke bahagian roti yang dipegang tadi. Dia sentuh lagi bungkusan roti tadi sambil pandang kiri kanan. Saya tak lah perhati beria, tapi boleh perasan muka dia macam resah. Sedang saya ralit scroll hand phone, tiba-tiba sahaja saya ditegur.

“Bang, oo bang. Minta maaf bang”. Saya dongakkan kepala. ‘Oh ni lelaki tadi’.

“Ya saya”. Mata saya pandang atas bawah. Tak pasti apa yang dia nak.

“Bang, saya nak beli satu roti ni. Boleh tak kalau abang belikan saya? Saya lapar. Nak beli tapi tak gaji lagi.” Minta lelaki tadi teragak-agak. Cuba nasib mungkin.

“Oh ya ka. Roti mana bang? Cuba ambil bagi saya tengok.” Saya tak berganjak dari barisan menanti giliran membeli. Dia terus pergi ke depan dan ambil roti yang dia belek tadi. Kemudian kembali kepada saya.

“Ni rotinya, bang. Harganya RM4.90.”

“Oh ya ka. Nah ambil duit ni pergi bayar di kaunter sana”. Saya tengok yang dia pilih kemudian hulur sekeping duit RM 5.

Keadaan menjadi lebih tersentuh apabila lelaki tersebut mengucapkan terima kasih dan wajahnya bertukar menjadi ceria sebelum berlalu pulang meninggalkan kedai itu.

Terus dia ambil dan bayar. Muka terus berubah ceria. Dia datang kembali ke saya dan ucap terima kasih. Kemudian cepat-cepat berlalu keluar kedai. Ada satu benda yang buat saya berfikir masa tu. Saya jadi kurang senang sebab tak ada jawapan. Punyalah banyak roti, sandwich, kek dan bermacam lagi. Semua nampak sedap. Tapi kenapa dia pilih untuk saya bayarkan roti itu?

Dah la dalam wallet saya memang baki duit ngam-ngam untuk beli oden lepas saya kasi dia duit. Curious sangat nak tahu, saya terus ke rak mencari roti yang lelaki tadi ambil. Saya tinggalkan kawan lagi sorang berbaris.

‘Oh roti Cheese rupanya. Sedap sangat ka?’. Saya fikir panjang. Perut lapar oden. Duit ada ngam-ngam. Tapi teringinnya nak rasa roti ni. Apa yang special sangat. Saya pegang dan tengok isi. Nampak macam sedap. Sebungkus ada 4 slice.

Entah-entah mungkin 4 slice ni adalah roti yang dia nak berkongsi dengan isteri dan anak. Kalau ambil sandwich nak makan ramai mana nak cukup. Kalau ambil roti lain nak kena potong-potong. Nak beli roti Gardenia, memang lagi murah, mungkin tak sesedap yang ini.

Mohd Faisal Yusuf menyedari akan hikmah disebalik kejadian tersebut yang berdepan dengan seseorang kurang bernasib baik sehingga membuatkan dirinya perlu menolong walaupun tidak mengenali.

Akhirnya saya buat keputusan untuk beli. Tak apa lah oden tu, makan je lah lain kali. Tak pun pau je lah member punya. Huhu. Settle kawan beli, kami pun balik. Dalam kereta saya terus makan roti cheese tadi. Lapaq woih. Dah rasa tu, baru tahu rasanya. Memang boleh tahan sedap pun rotinya.

Sedih pulak tiba-tiba. Kita ni macam-macam Allah dah beri. Namun kita masih rasa tak cukup dan hidup susah. Ada orang tunggu gaji untuk beli phone baru, baju baru, kasut baru, tapi ada lain pula nak beli roti pun berharap pada gaji.

Part yang paling best malam tu adalah, saya tak sangka kawan akan beli oden dengan banyak. Hampir 20 ringgit juga di beli. Dia ajak makan sama. Belanja katanya. Kongsi berdua, dapatlah merasa makan sorang RM10.

Masa ini entah kali berapa, saya tetap kagum dengan hebatnya balasan kita tak berkira bila memberi. Saya beri 5, saya dapat 10. Lagi banyak kita beri, lagi berganda rezeki.

Perkongsian dari Faisal membuatkan ramai warganet tersentuh. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman. Lihat apa kata mereka.

Puteri Cayanak Kamoo –Pernah bagi sedekah dekat sorang hmba allah ni rm10 tu pon mula dia mai mintak kami cakap takda. Pastu sebab tak sedap hati ajak suami patah balik pergi cari orang tu. Kebetulan masa tu ada rm10 je. Takda duit kecil. Tanpa fikir pnjang trus bagii. Walaupon time tu kami memang tak brapa nak ada duit lagi besar sebab belum gaji.

Keesokkn pagi tu saja lah nak masukkn duit syiling dalam tabung tapi saya ni jenis suka teropong tabung tu b4 bubuh. Tengok2 ada beberapa kping rm50. Ingtkn mengigau besa batu bangun subuh. Terus buka tabung tengok2 ada rm300. Ya allah terus teringat sedekah rm10 dekat hamba allah tu. Alhmdulillah

Haizatul Niza –Saya pernah rasa juga. Duit tinggal rm50. Tapi niat hati nak sedekah belanja kwn2. Bajet2 dalam 30 je skli dorang tak tau pun saya nak blanja dorang tapaukn tuk fmly dorang skli. Saya teruskn niat dan bayarkn sekali terus dan berbaki singgit.. Skli Allah nak bagi saya dapat cabutan bertuah skolah anak basikal yang harga rm100 lebih esoknya.

Sairuh Abdullah –Betul bro. Saya dah buat amalan sedeqah ni. Dan doa spy Allah lupakan kebaikan yang saya buat… Dushhhh… Allah bagi lagi berganda2.

Ada satu pagi pergi kedai mamak beli roti canai untuk mak mertua, nampak abang kakak buta pusing kedai minta sedeqah. Tak sempat dorang nak sampai ke saya, saya cepat2 hulur. Sikit je bawak pun. Saya hulur rm4. Balik tu.. Mak mertua hulur rm40 suruh belanja cucu. Allahhhh, masatu teringat kes sedeqah pagi tadi. Ni belum kes Solat Dhuha bro. Melimpah2 Allah bagi.

Wannie Annie –Pengalaman sendiri dalam tahun 2017. Ada sekor anak kucing, ada org simbah minyak. Saya memang tak bela kucing. Sebab siankan kat dia, abeh kepala dia, then saya bawak pergi kedai haiwan, buang nanah yang membengkak dalam muka dia. Warded kejap, kena rm80.

Ingat better tinggal kejap bagi dia sihat sikit. Tengok2 next day org kedai call dan cakap kucing tu dah mti, kena sawan. Sedih sangat. Tanpa saya duga, rm80 yang saya bayarkn untuk rwtn kucing tu, dapat balik rm1000 dalam bntk saguhati.. 😢 terharu sangat.. Allahuakbar. Masa tu tros trgt yang saya niat sebab kesiankann kucing tu sakit terseksa nak makan pun takleh nak bukak mulut. Allah balas berkali2 ganda..

FaraRusdi Abu Bakar –Hebatnya kuasa bersedekah. Teringat Ramadan yang lalu. En suami meronda sekitar Bandar Tun Hussin On semata2 nak cari uncle yang kayuh basikal kutip besi buruk dan kotak2. Rezeki Allah jumpa jua ditepi jalan.

Tanya Napa nak cari uncle tu. Suami kata nak bagi sedekah Kat dia sikit. Masa tu waktu berbuka dah nak smpai. Singgah makan kedai mamak tuk berbuka. Macam2 anak nak makan. Ibu abah layankan jelah. Masa nak bayar tetiba mamak tu kata dah Ada org bayarkan. Terkejut jugak sebab macam2 kami sekeluarga 5 org mkn.

Rupanya family meja sebelah yang belanja. Dalam kereta cakap Kat suami. Kita bagi uncle tadi sbil kata doakan kami murah rezeki ye. Pastu Allah bagi pulok bagianda2 Kat Kita. Itulah rezeki yang tak terduga. Berkongsi rezeki wlaupun kadang2 Kita pun tidak punya apa2..

Sumber: Mohd Faisal Yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *