Adik meraung2, hampir bnuh diri. Ditipu hmpir RM100k sblm ditinggalkan. Krn mulut manis lelaki, adik hilang segalanya

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT. Aku adalah seorang abang kepada mngsa cinta mulut manis seorang penulis buku biarlah aku gelarkan dia sebagai FF. Penulis ini tidaklah begitu popular, tapi cukup terkenal dikalangan “backpackers” kerana banyak kisah bukunya mengenai penjelahan ke luar negara.

Penulis ini seorang yang ramah, adik aku cukup minat dengan karyanya. buku pertama beliau mengisahkan pengalaman beliau merantau ke negara Asian. Masuk buku kedua adalah waktu adik aku berkenalan dengan beliau. Adik aku cukup menyukai penulisannya sampai sanggup berjumpa dan saling tukar nombor telefon.

Waktu itu aku di Mesir, demi Allah aku tidak tahu mengenai keberanian adik aku keluar dengan lelaki lain. Hanya kerana berbekalkan mulut manis, adik aku tergadai hampir seluruh simpanannya hanya kerana ingin memberi “support” untuk buku ketiga penulis.

Sampailah dua tahun lepas, adik aku disahkan menghadapi depressi0n dan bip0lar, barulah kami mengetahui yang dia telah ditipu oleh FF dengan kerugian mencecah hampir RM100k. Kerana adik aku betul menyukai lelaki tersebut, emak dan aku terus bersemuka dengan keluarga FF. Tapi malangnya adik aku dihina oleh keluarga beliau kerana dilihat tidak bekerja kerajaan dan hanya bekerja swasta.

Selepas kejadian itu, kami menasihati adik supaya melupakan FF dan fokus kepada pekerjaan. Tapi malangnya FF seringkali mengganggu adik aku dan kononnya sanggup membelakangkan keluarga dan mahu meneruskan perkahwinan bersama adik.

Aku melihat FF ini bukanlah seorang yang terpelajar. tetapi beliau amat mencintai buku. Dari kecil memang suka membaca membuatkan peribadi beliau seperti tepelajar.

Awal-awal lagi aku sudah berdepan dengan FF untuk kembalikan segala benda dan wang yang telah diberi oleh adik. Dalam hal ini memang adik juga bersalah, tapi apabila kami melihat FF, memang semua wanita akan terpedaya olehnya kerana mulut dan adabnya cukup manis didepan orang. Aku tak dapat nak salahkan adik aku 100% kenapa dia menjadi begitu angau kerana wanita diciptakan dengan hati yang lurus dan lembut.

Bayangkan dari baju, seluar, cermin mata, telefon bimbit, jam dan minyak petrol semua adik aku taja selama setahun mereka berkenalan. Allahu. Ikutkan mahu ku tumbuk adik sendiri kerana keb0dohan sehingga buta hati melihat kebenaran. tetapi perkara dah jadi, aku perlu melihat kedepan dan bagaimana untuk aku menyelesaikan masalah ini.

FF tidak menceritakan perkara yang benar kepada ibu bapanya. Ibu nya sendiri tidak mengetahui yang adik aku banyak berkorban untuk anaknya. Kebetulan buku FF juga tidak laku, menyebabkan FF masih bertenggek untuk adik aku taja beliau dengan bermodalkan mulut manis.

Tahun lepas, aku ada email kepada FF supaya beliau membayar hutang adik aku. apa yang disampaikan kembali, FF kini tidak bekerja. dan tiada duit untuk membayar hutang.

Rupanya apa yang jadi adalah disebaliknya. FF menjual segala barang yang diberi adik aku untuk majlis perkahwinannya. Ya, dia menggunakan duit adik aku untuk berkahwin dengan wanita lain!

Meraung adik aku sehingga hampir bnuh diri. Kini, adik aku dirawat di hospital sebagai pesakit mental yang kr0nik. hanya kerana seorang lelaki, adik telah kehilangan segalanya. Pekerjaan, wang ringgit dan harta benda. hanya kerana mengejar cinta palsu dari mulut manis lelaki.

Duhai FF, sekiranya anda membaca confession ini, percayalah tiada satu saat pun aku dan emak tidak mendoakan supaya satu hari nanti akan ada kifarah kepadamu. Kamu boleh menipu semua orang, tetapi hanya Allah boleh membalas segala perbuatan jahat kamu kepada keluarga kami. Dengarnya FF sudah ada anak, tetapi masih mencari mngsa seterusnya untuk menanggung kehidupan.

Wahai wanita sekalian, jadikanlah ini pengajaran untuk semua supaya berhati-hati dengan lelaki spesis FF. Lagi-lagi mereka adalah penulis buku dan novel, mereka ini imaginasi tinggi dan memang ayat manis bunga ini adalah makanan mereka.

Saya sebagai lelaki dan abang, amat mendoakan supaya tiada lagi wanita menjadi mngsa cinta seperti adik saya. Percayalah sekiranya kamu didalam kesusahan dan depresi, bukan hanya kamu saja yang merasainya. Malah, kami kaum keluarga juga akan merasa kesakitannya. Aku tidak peduli duit yang rugi, tetapi aku hampir kehilangan adikku sendiri.

Ya Allah, jagalah kaum hawa dari segala kejahatan..

Perkongsian lelaki ini mendapat reaksi hangat pembaca. Lihat apa kata mereka.

Ruzita Mohd Salleh –Perempuan Hati2 dengan mulut manis lelaki. Selagi tak kahwin janganlah bagi duit or barang 2 yang mahal. Tunjuk kita tak de duit. Kat situ boleh tengok keikhlasan dia.

Suu Zee –Untung ada abang macan confessor. Macam saya ni kalau tak tegas, entah berapa puluh ribu agaknya habis. Saya ni cepat kesian kat orang lbh2 lagi kalau orang tu kata takde duit nak makan dan guna alasan dia anak yatim. Biasa yang jenis suka ambil kesempatan ni akan dapat kifarah setimpal dengan perbuatan dia aniaya orang dan hidup dia tak kan bahagia. Percaya lah..

Masni Azhari –Betul sangat, ramai lelaki yang begini. Dan ada diantara kawan-kawan yang terkena. Manis mulut, ada rupa, perwatakan lembut dan caring. Tolonglah berhati-hati. Acah-acah jadi Bff ataupun boyfriend. Tiba2 bawa tunang yang ada kereta baru dan bekerja bagus.

Ini terjadi pada staff saya..kesiannya..puas pujuk sampai diberi cuti untuk dia tenangkan fikiran..Allahu kesiannya kaum wanita sekarang.

Maizura Madzalan –Allahu!! Mulut manis lelaki memang racvn t0ksik sisa kumbahan!!! Semoga TT dan keluarga tabah dengan ujian. Sedih dengar adik TT tak kuat menghadapi lelaki taguna sebegini. Nanti nak cuba skodeng siapakan beliau yang dimaksudkan. Eeeee padan muka buku tak laku. Marah betul lah aku dengan lelaki bangang begini.. 🤯

Puan Zuera –Ya Allah kesian nya. Banyak nya berhabis kat lelaki tu. Kena guna guna ke sampai beratus ribu habis. Terlalu sayang sampai jadi begitu. Yang sedihnya, laki tu pilih wanita lain untuk berkahwin… 😢😢

Apa salah orang kerja swasta sampai dihina.. Bukan buat kerja haram pun. Bagus la kerja swasta dari duk kikis duit orang lain. Semoga dipermudahkan urusan adik dan di berikan kebahagiaan agar dapat lupakan perkara yang menyakitkan hati ni.

Semoga dia bertemu dengan lelaki yang ikhlas sayangkan dia. Pada FF, tak baik buat orang macam tu. Makan hasil dari duit orang lain, menipu orang untuk kesenangan, tak berkat.. Biar pun Ff senang lenang tapi hidup tak kan tenteram

– Abang Hamzah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *