Aku nekad mohon wali hakim bagi wali enggan. Bila surat mahkamah sampai, marahnya abang smpai dibdohkan aku

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Bunga Merah, wanita akhir 20-an dan sudah bernikah. Alhamdulillah. Terima kasih admin jika cerita aku ini disiarkan. Bukan bertujuan nak buka aib siapa-siapa pun.

Sekadar berkongsi pengalaman aku, bagaimana aku menghadapi wali enggan. Wali enggan ni bermaksud wali yang enggan mewalikan kau untuk pernikahan. Cerita ini mungkin panjang.

Sebelum aku cerita pasal wali enggan ni, lebih baik aku terangkan keadaan family aku. Nanti senang korang nak faham. Aku anak tunggal. Aruwah abah dah lama meninggal semasa aku sekolah menengah. Maka, tinggal aku dan mak aku. Perjalanan belajar dan kerja aku elok, biasa-biasa, sederhana. Masa dah kerja, sampailah masa untuk aku mendirikan masjid dengan pilihan hati. Alhamdulillah mendapat restu keluarga.

Aku mempunyai ‘emak tiri’. Hal ini bermakna aruwah abah ada dua isteri. Mak aku bini 1 atau bini 2 aku tak pasti, korang tentukan lah. Mak aku nikah dengan aruwah abah selepas abah bercerrai dengan isteri pertama (dan bukan mak aku penyebabnya sebab mak aku tak ingin langsung nak bernikah). Kalau nak kupas ni, aku kena bukak cerita lain. Tak lama lepas mak aku nikah, aruwah abah berbaik semula dengan isteri no 1 demi anak-anak.

Mak tiri aku masa tu dah ada beberapa orang anak, salah seorang adalah abang aku. Abang sebenar aku, wali aku. Dalam kes ini, abang aku lah wali utama. Walaupun aku ada bapa saudara belah aruwah abah, namun aku tak boleh skip kedudukan wali ini. Melainkan abang aku dah tiada/kurang waras, baru lah bapa saudara aku tu boleh walikan aku. Kat sini lah bermula kes wali enggan aku.

Aku memang tidak berjumpa dengan family sana lepas abah meninggal. Pernah sekali abang aku cari aku lepas aku habis sekolah menengah. Aku hampir tak cam dia. Katanya ibu nya marah jika masih berhubung. Aku malas nak ulas hal ini. Lepas tu lost contact. Masa aku bertunang, aku cari dia balik. Aku bukan tak cari dia selama ni. Aku pernah ‘friend’ dengan dia masa mula-mula jumpa. Tapi dia tak pernah nak stay contact. Mungkin ibunya melarang.

Sebelum bertunang aku ada cari lagi. Aku nak jumpa. Aku rindu dia sebab dia selalu ada masa aruwah abah ada. Kami main sama-sama, dia protect aku. Tapi tak dapat contact. Sampaikan aku terpaksa menjejaki rakan-rakan dia. Alhamdulillah aku dapat nombor telefon dia, aku terus hubungi dia. Aku terus terang dengan dia yang aku dah bertunang dan ingin dia jadi wali aku nanti.

Lepas tu, kami set masa. Apabila tiba hari dan masa, dia mesej aku tak dapat datang, ada hal sibuk. Kami set masa lain. Masih berlaku hal yang sama. Sampai kali ke 3 atau 4 macam tu. Masa ni tunang aku dah bengang. Sebab aku bertunang 2 bulan je. Mana nak selesaikan dokumen, majlis walimatul urus lagi.

Masa kali terakhir tu, aku terus ke pejabat agama berhampiran tempat tinggal dia. Aku ceritakan semua kepada seorang ustaz di pejabat agama tersebut. Ustaz itu cuba selesaikan masalah aku. Hinggakan dia minta aku dan tunang bernikah di pejabat agama.

Masa tu tunang aku berkeras tidak mahu. Dia nak kami bernikah di masjid. Mungkin dia risau orang fikir lain kalau bernikah di pejabat agama. Macam buat salah je kan.

Last, ustaz bagi cadangan untuk wakil wali. Dalam kes ni, dia tak perlu hadir masa majlis akad nikah aku kalau dia taknak. Puas aku mesej dia, aku taip elok-elok bahasa ayat aku. Tapi dia masih tidak hadirkan diri. Ustaz pun dah pening. Masa ni aku dah mula bengang. Aku bersabar, aku cuba nak halalkan hubungan tapi dia macam bermain-main pula.

Masa ni aku balik kampung, aku apply wali hakim bagi wali enggan. Kena buka kes, bayar RM80 tak silap. Kemudian, mahkamah minta alamat abang aku tu untuk hantar surat. Dalam surat tu menyatakan bahawa jika dia tidak dapat hadir pada hari dan masa, akan jatuh waran tangkap terhadapnya. Surat sampai ke rumah ibunya kerana aku tak tahu alamat terkini dia di bandar.

Marah betul dia bila terima surat tu. Dia siap bodohkan aku kerana apply wali hakim. Aku nak buat macam mana? Ni je jalan terakhir aku setelah dia enggan ke pejabat agama untuk memudahkan urusan nikah aku.

Masa ni dia ungkit semua pasal mak aku yang buat mak dia kecewa. Aku malas ulas pasal ni. Sebab ni adalah masalah antara orang tua. Dia suruh aku batalkan kes wali hakim dan berjanji akan pergi ke pejabat agama untuk wakilkan wali untuk aku.

Tapi, tak semudah itu untuk aku membatalkan wali hakim selagi tak selesai urusan dia wakil wali. Sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi aku pasal ni. Akhirnya, hari terakhir dalam minggu bekerja dia pergi angkat sumpah wakil wali depan ustaz tu. Petang tu jugak ustaz tu mesej aku semua dah selesai dan boleh ambil borang wakil wali. Sebab esoknya aku nak fly balik kampung untuk urusan wali hakim.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan nikah aku. Aku balik bukan nak kena hadap perbicaraan wali hakim, tapi membatalkan kes tersebut. Masa aku akad nikah kat masjid, abang aku tu tak datang walaupun aku jemput. Tak apalah, aku malas nak fikir apa-apa lagi. Majlis berjalan lancar.

Inilah bentuk ujian semasa aku bertunang. Dan aku masih belum jumpa abang aku sampai sekarang. Dia ada mesej minta maaf, and yeah aku maafkan cuma untuk melupakan tu, bukan benda mudah. Doakan aku guys. Semoga Allah permudahkan urusan aku dunia akhirat, insha Allah.

Perkongngsian wanita ini mendapat pelbagai reaksi pembaca. Lihat apa kata mereka.

Ajlea Azmin –Lebih kurang sama jalan cerita kita turun naik pejabat agama nak dapatkan wali. Tapi kes saya dengan bapak sendiri. Sampai tertangguh majlis susah sgt nak dapat kerjasama. Alhamdulillah la selamat dah.. May Allah bless us and permudahkan urusan kita dan org2 yang menyusahkan kita tu.

Sye Ra –Kes aku pulak bukan kes wali enggan. Tapi kes mak ayah pernah bercerrai waktu aku 6 tahun. Pastu bila diorg rujuk balik dapat surat nikah baru. So waktu isi borang nikah aku isi la tarikh perkahwinan mak ayah ikut surat nikah baru tu.

Bila dah apply borang tu ingat dah settle. Rupanya pejabat agama col untuk kepastian kenapa tarikh nikah mak ngan ayah tak tally ngan tarikh aku lahir. Bila bagi dia cakap ngan mak dan mak confirmkan yang diorg rujuk balik tu dengan pejabat agama kedah baru la settel. Rupanya diorg ingat aku tak sah taraf sbb tarikh nikah mak ngan ayah 6tahun lewat daru tarikh lahir aku😂

Izzharuddin Apingae –Mak dengan mak nak gaduh tu belakang kira. Adik2 bawah tanggungjawab kau tu yang kau kena kisah. Bab ni kalau kau ikut bukan derhaka kepada mak.

Tapi ianya 1 tanggungjawab aruwah bapak kau kepada kau sebagai abagi kandung. Walaupun lain mak, tapi 1 bapak kau tetap bertanggungjawab kepada keluarga kau.

Hamimi bt Hishamuddin –Hmmm, tak apa lah, dah slmt bernikah pun. Mungkin ini satu pengalaman pahit n mungkin ini juga satu ilmu baru yang telah anda kongsikan di sini. Institusi keluarga Islam yang cantik urusannya hancur krn ada org yang melebihkan emosi dlm urusan munakahat begini.

Begitu juga kemudiannya dalam urusan faraid krn ikuntukan sangat sakit hati, dendam dan kepentingan diri. Apa mereka lupa semuanya itu juga dikira dan ditimbang di akhirat nnti. Mempersulitkan urusan yang mudah.

– Bunga Merah (Bukan nama sebenar) via iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *