“Nak ikut ayah atau ibu”. Ayah baru kahwin lain. Sejak itu ibu berubah sangat. Kami anak2 mula terkesan

Foto sekadar hiasan. Saya gadis di penghujung 20an dan masih belum berkahwin. Tertarik untuk luahkan tentang p0ligami dari pandangan anak anak, ye lah selalu yang kita baca dari suami isteri kan.

Ayah berkahwin kali kedua semasa semua adik beradik di sekolah rendah. Sebelum perkahwinan kedua, boleh dikatakan keluarga kami keluarga bahagia, zaman kanak kanak saya dan adik beradik memggembirakan macam orang lain.

Semua berubah 100% bila ibu tahu ayah sudah bernikah dengan yang kedua. Pergduhan pertama dan paling teruk pernah saya nampak dalam keluarga kami. Ibu kejut kami suatu pagi dan tanya, nak ikut siapa, ayah atau ibu?

Kami adik beradik terdiam. Ayah cuma suruh mandi dan turun bawah belajar untuk peperiksaan pertengahan tahun. Kami belajar di bawah, tapi masing masing diam sambil air mata berlinang. Dengar ibu hempas pintu, baling handphone ke dinding dan macam macam lagi.

Itu permulaan bagi sepuluh tahun kehidupan selepas itu yang kami adik beradik sifatkan macam neraka. Bangun pagi dengan jeritan dan makian ibu, ya ibu banyak berubah. Dulu ibu seorang yang lembut, walaupun wanita bekerjaya tapi jarang kami dimarah tanpa sebab.

Kami adik beradik mula diajar membuat kerja rumah tetapi dengan makian dan pukulan. Kadang kadang ibu maki tanpa sebab dan pernah jerit kata muka saya buruk macam tah1. Tidur malam tak pernah lena mendengar ibu dan ayah bergduh dalam bilik. Ayah tak cukup duit. Adik bongsu baru lahir dalam keluarga kami, keluarga sana pula anak sulung lahir beberapa bulan selepas itu.

Saya lihat ayah kutip duit syiling di celah almari dan bila terjumpa RM10, ayah cium duit itu. Kami ditukarkan sekolah, dari swasta ke kerajaan. Di sekolah, saya semakin hari semakin pendiam. Murung. Kawan- kawan baik semakin lama semakin jauh..

Berbelas tahun berlalu. Cukuplah saya ceritakan separuh dari apa yang berlaku. Kami adik beradik sudah dewasa. Semua dihantar ke asrama dan alhamdulillah kami dapat merasa hidup lebih gembira dengan kawan-kawan. Keadaan ibu juga semakin baik. Kewangan ayah ibu semakin stabil. Cuma, entahlah. Semakin saya besar semakin kuat trauma yang saya hadapi kesan dari waktu kecil itu.

Pernah waktu saya basuh pinggan di dapur saya dengar suara ibu menangis. Macam macam saya fikirkan, kalau kalau ibu bergduh lagi dengan ayah. Saya habiskan membasuh dan terus cari ibu, tetapi ibu okay. Ibu sedang menonton drama di tv dan tiada kesan baru lepas menangis. Rupanya apa yang saya dengar cuma imaginasi.

Dalam percintaan, saya jadi takut. Sebab saya fikir lelaki sebaik ayah pun akan kecewakan kami. Bila pasangan buat saya sedih walaupun atas sebab remeh, saya terus memilih berpisah. Sebab saya takut, makin saya sayang makin saya akan dikecewakan. Jadi untuk tidak mengecewakan sesiapa lagi saya pilih hidup sendiri beberapa tahun kebelakangan ini.

Ibu ajar kami hidup tanpa bergantung pada ayah. Dari segi perhatian, masa, kewangan dan macam macam lagi. Cuba tanya betul betul lelaki yang berp0ligami, mereka akan jawab yang ia sangat sangat penat.

Waktu raya bahagi hari untuk balik tiga kampung, tiga negeri berbeza. Tuntutan kerja saja dah menyebabkan ayah memandu jauh setiap hari, apatah lagi untuk balik ke dua buah rumah yang jauh tempatnya.

Penat mencukupkan keperluan anak – anak, beberapa orang di universiti, di asrama penuh dan di sekolah rendah. Ayah seorang ayah yang baik, dan ibu pernah kata apa yang berlaku ayah anggap satu kesilapan yang tak dapat diundur, sebab ia datang dengan tanggungjawab iaitu anak – anak.

Akhir kata, saya minta pembaca doakan masalah travma dan ketakutan untuk berpasangan akan kurang dan saya akan berkahwin satu hari nanti. Saya tak salahkan ayah atau ibu atas apa yang terjadi, semua manusia buat kesilapan. Buat para lelaki, fikir lah sebaiknya.

Saya pernah jumpa beberapa rakan dibesarkan dalam keluarga berp0ligami dan mereka juga berkongsi perkara yang sama. Takut berkahwin sebab apa yang kami nampak berbeza.

Buat yang perempuan, tiada yang indah menjadi orang ketiga. Takkan pernah sama dengan isteri pertama. Dan, moga moga saya dan pembaca lain juga dijauhkan dari bertemu jodoh dengan lelaki yang dah berpunya.

Perkongsian gadis ini mendapat reaksi pelbagai warganet. Lihat apa kata mereka.

Siti Aishah –Teringat temubual kt WHI pasal hidup bermadu. Pasangan madu datang pakai baju sama. Konon bahagia gitu. Sepanjang temubual hanya isteri ke2 dan suami saja yang banyak bercakap. Berkobar kobar menceritakan betapa bahagianya hidup berp0ligami.

Isteri pertama banyak diam. Diakhir rancangan apabila pgacara minta kata2 akhir dari isteri pertama hanya sepatah 2 kata keluar dr mulut isteri pertama kemudian dia terdiam dan akhirnya menangis live dalam rancangan WHI sebelum pengacara cover situasi sedih tu.

Suami dan isteri kedua yang perasan dan syok sdri mereka pasangan p0ligami yang bahagia. KASIHAN.

Julia Hanapiah –Kesian anak2 jadi mngsa. Mujur TT dan adik2 masih berjaya dalam pelajaran. Ada yang saya prnah denga, anak2 terabai smpai sekolah tak habis, kemurungan dan jadi liar

Buat ibu ayah, jangan selfish. Kalau tak mampu, jangan buat. Jaga je keluarga yang sedia ada tu. Buat orang ketiga, bacalah ni. Bahagikah anda dengan pengakuan ini ..

Cece Aisha –aku kahwin orang berbeza budaya, depa memang takda rasa entitled pon bab kahwin lebih, duit lebih tu buat upgrade kehidupan, hidup tanpa hutang, rumah pon beli cash, lepastu buat simpanan anak2 di masa depan. Anak habes university boleh dah tolong anak beli rumah pulak sorang satu.

Yg orang kita ni dah la sengkek tapi rasa entitled sangat nak tambah bini, tambah anak, tambah mertua. Tanggungjawab tu memang tak penah pikir langsung ke.

Aziha Nuril –Ini baru betul luahan anak yang tau selok belok dalam kain keluarga p0ligami. Bukan pandangan orang yang bajet2 good tau semua sebab abg dia p0ligami.

Aku tak tolak p0ligami. Sebab orang sekeliling aku ada yang terlibat dalam p0ligami, ada yang sangat ok, ada yang ok, dan ada yang teruk dan ada juga yang sangat teruk.

Jadi perkara tak berlaku dekat dalam kain kita, elok lah kita jangan acah2 tau semua.

Org lelaki, kalau nak berp0ligami paling penting fikirkan hati isteri dan anak2. Jangan anggap “isteri tak faham aku”. Suami pun kena faham isteri. Berp0ligami lah dalam keadaan isteri dan anak2 tenang. Supaya kamu tak aniaya isteri dan anak2 kamu.

Amanda Panda –Adil pada bini tak sama adil pada anak2 ya. Setakat bahagi waktu bermalam dan perasaan sama rata, itu bukan dikira adil. Itu penambah d0sa namanya. Boleh rujuk video ustaz2 pasal p0ligami di Youtube. P0ligami bukan satu keseronakkan pada suami tapi penyumbang d0sa besar kalau tak berlaku adil menyeluruh.

Dan p0ligami ringan di mulut lelaki tapi berat di hati. Nape berat? sebab tanggungjawab dan d0sa dipikul kalau aniaya anak2 dan bini2

– Cik S (Bukan nama sebenar) via iiumc

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *