Baru pindah rumah sewa. Hari kedua, tiba2 terdengar org mndi dlm blik air. Aku nangis. Trus call suami

Foto sekadar hiasan. Kisah yang pernah tular beberapa tahun lepas. Rekaan atau kisah betul2 berlaku tidak dapat dipastikan. Jom baca.

Salam, kisah aku ni bermula dengan aku dan suami perlu pindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dapat rumah sewa area Taman Medan dengan harga yang not bad la. Rumah sewa aku ni berdekatan dengan Pasaraya Matahari So, senang la aku nk beli apa-apa kan? Jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik Kerajaan Taman Medan pun dekat.

Masa first masuk rumah sewa ni aku dah rasa lain macam. Mana tidaknya, aku siap jumpa kain putih lusuh berlumpur kering kt dalam bilik tidur aku. Siap ada 2, 3 helai rambut panjang lekat kt kain tu.

Dlm hati aku tdetik, “kain pontianak ke ni? Pontianak tukar baju dalam bilik ni ke?”. Aku gelak kecik dengan diri aku sendiri.

Aku tanpa banyak soal, aku terus campak kain tu dalam tong sampah luar rumah. Hari ptama aku kt rumah takde apa2 yang blaku pun. Siap aku menari2 lagi dengan suami dalam rumah.

Masuk hari kedua, start dah buat hal. Suami pergi kerja. Aku dalam bilik ni main Candy Crush, selamba je aku dengar ada org mandi macam org giila kt bilik air diluar bilik. Dia punya jirus air tu macam gelojoh sgt nk mandi. Aku menangis dan terus call suami aku.

Suami suruh baca apa2 yang patut. Bila bunyi org mandi dah hilang, aku pi la tengok kt bilik air. Ya Allah, berus gigi aku dan suami betul2 landing dalam lubang jamban duduk tu. Lpstu ada najis dekat ats lantai. Aku cuci semua dan terus masuk bilik tak kluar2.

Bukan itu saja, malam tu lagi teruk. Suami balik kerja nk makan nasi. Aku hidang nasi kt suami. Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing! Aku panik, macam mana boleh basi? Aku baru je masak nasi tu, masih panas lagi. Dah la basi, sekali pakej hancing pulak tu. Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah2 rumah.

Habis je suami azan, ada suara ikut azan, suara tu datang dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup. Benda tu azan main2, gelak2 dan ianya sgt myeramkan campur ngeri. Gigil tgn dibuatnya, first time dengan bende2 aneh macam ni. Suami terus tendang pintu bilik tu sampai terbukak! Nyalakan lampu, tapi takde apa2 pulak. Tapi bilik bau hanyir busuk bangkai.

Tanpa banyak ckp, suami dengan bengang call owner rumah. Mengadu pasal benda ni. Senang je jawapan si owner, dia kata itu masalah peribadi penyewa. Lps tutup call, dah takde apa2 gangguan dah. Tapi masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur macam nk pecah. Ketuk bertalu2 macam pencegah maksiat yang ketuk dah bunyinya. Kuat sgt, suami terkejut smpai tergolek jatuh katil.

Aku menangis takut ya amat sgt, suami jerit smpai nk tkeluar anak tekak barulah benda tu diam. Kami tido sambil pasang ayat2 suci kt fon. Gangguan tiada sampai ke pagi.

Besok bangun, ada kesan lebam dekat peha dan dekat perut, bsar2 pulak tu. Aku takut duduk rumah sorang2, aku nk ikut suami pi kerja, suami kata jangan takut dengan benda tu nanti dia lg suka. Aku beranikan diri duduk sorang2 kt rumah. Tapi aku tapierap dalam bilik la.

Dari pagi hingga ke ptg takde apa yang berlaku, tapi ade pekara aneh yang terjadi waktu suami balik kerja, suami kata “awk bermantera apa dengan sy ni?”, aku tak phm dan tanya suami, “mantera apa bang?”.

Suami suruh tengok whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar chat mentera kt suami aku dalam whtsapp. Manteranya berbunyi,

“terbang melayang2, ada didahan, Xxxxxxxxxxxxxxx……………..

Berderau drah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai whtsapp pulak? Pandai main teknologi? Aku cakap kt suami bukan aku yang hantar, suami aku diam je masuk rumah. Suami kata kita buat tak layan je, nanti benda tu tak kacau la. Nak cari rumah sewa lain memang dah takde duit dah.

Lps makan semua, malam tu lagi dahsyat, benda tu dah start main bakar2 pulak, tengah sedap2 tido smbil pasang ayat suci, ada terbau asap, alih2 dengar suami menjerit sekuat hati. Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, I/C dan kad bank semua hangus. Memang seram campur sakit hati.

First time tgok suami menangis. Belum reda lagi kes tbakar ni, tiba2, semua frame gambar kahwin aku dengan suami semua tiba2 retak serentak. Lpastu terdengar bunyi benda mengilai kt ruang tamu punyalah nyaring dan kalau korang dengar, fuh, mesti terkencing sebab lain macam dia punya mengilai.

Suami tak tahan, suami call ustaz yang dia kenal dan mintak tolong datang kerumah. Ustaz tu kata, “saya dekat Kuantan, Pahang ni.”
Lepas je ustaz ckp macam tu, ada satu suara garau ckp dekat depan pintu bilik aku macam ni, “di Kuantan ya? Hihihihi.”

Suami aku terus bukak pintu luas2 dan ckp, “jangan kacau la setan!”, sebab benda tu dah berani mendekat dan bsuara. Lpstu suami sambung ckp dengan ustaz, “ustaz dengar tadi?”. Ustaz tu tak jwb tapi dia baca sesuatu, dalam beberapa saat, ustaz tu suruh suami azan disetiap penjuru bilik. Suami cpt2 buat, lps tu, gangguan dah pulih sikit, kami sambung tido.

Pada esok hari aku bangun, aku tiba2 ada kat bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng. Aku dah macam org tak betul dah asyik ketakutan saja. Aku paksa suami cari rumah sewa lain. Suami duduk termenung diam je. Pagi tu aku ikut suami beli nasi lemak kt luar naik motor.

Balik je rumah, bukak pintu, ada 2 ekor burung gagak terbang dalam rumah, terkejut betul aku. Lpstu ada najis dekat atas meja makan. Hilang selera mkn aku. Suami tampar meja dengan tangan sambil ckp, “melampau la ni!”. Suami suruh kemas baju2 nak blah.

Suami ckp rumah ni puaka tahap gila. Aku tnpa blengah terus kemas baju. Suami pergi buang air besar. Masa aku tengah kemas baju. Aku dengar ada benda tengah pung pang pung pang masak kt dapur. Aku terus pergi tgok.

Alangkah terkejutnya aku tgok ada pontianak dengan rambut pjg smpai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka. Pakai kain putih lusuh yang aku buang sebelum ni. Selamba je diri dekat dapur macam patung smbil dua tangan letak kt perut (macam org tengah solat).

Bende tak guna tu pandang aku. Lutut aku goyang, memang goyang sgt tak tipu. Mulut aku tkunci, kaki pun tak boleh jalan. Badan gigil2. Serious aku tak pernah nampak benda2 ghaib ni. Skg dah nmpk, memang tcabut skru lutut.

Tdetik dalam hati aku adakah kita boleh lihat mahkluk ghaib sejelas ini?! Pagi pulak tu. Nk panggil suami tak boleh, mulut tkunci habis! Aku ingat dalam filem je bentuk pontianak macam ni. Rupanya in reality pun sama. Lps terketar2 smbil menangis, aku pengsan. Sedar2 aku dah ada kt pusat rawatan islam.

Skrg aku dan suami dah tinggalkan rumah syaiton tu. Kami cari rumah sewa yang baru. Kami dapat rumah flat dekat Taman Desa Perangsang jln PJS 3/52. Kedai runcit Aceh pun depan rumah je. Kt sini takde puaka2 syaiton ni. Alhamdulillah ok je.

Cuma satu je yang pelik, masa hari first masuk rumah sewa baru ni. Aku tnampak kain putih lusuh baik je landing atas lantai rumah flat aku ni, bila aku pandang kali kedua, hilang la pulak. Maybe khayalan aku je kot sebab still travma. Tapi yang penting, gangguan yang menimpa kluarga kecil ku sbelum ni sudah tiada. Tenang jiwa rasa. Bye2 semua, salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *