Rider pizza iaitu pelajar 16 tahun mavt dirempuh dan digilis bas ketika berhenti di lampu isyarat

Tular sejak semalam kmlangan yang menyebabkan seorang penghantar makanan mninggal selepas dirempuh bas di persimpangan lampu isyarat.

Lebih memilukan, mngsa merupakan seorang pelajar berusia 16 tahun yang difahamkan bekerje separuh masa sebagai penghantar pizza. Ikuti laporan selanjutnya dibawah.

PENUNGGANG motosikal mavt dalam kemlangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle di Bayan Lepas, petang hari ini (semalam).

Dalam kejadian itu, penunggang lelaki terbabit mavt dirempuh sebuah bas yang dipercayai datang dari arah Persiaran Kelicap sebelum melalui simpang itu.

Difahamkan, bas dipandu seorang lelaki gagal dikawal sebelum merempuh sebuah kereta dan mngsa yang menunggang motosikal.

Sumber berkata, bas berkenaan juga kemudiannya merempuh pagar dan sebuah rumah yang terletak bersebelahan simpang empat itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A Anbalagan berkata, penunggang motosikal berusia lingkungan 20-an(sebelum disahkan) itu mavt.

Menurutnya, dua lagi mngsa iaitu penumpang dan pemandu kereta turut cedera dalam kejadian itu sebelum dihantar ke hospital.

Katanya, pemandu bas terbabit pula mengalami kecederaan ringan dan kini ditahan untuk membantu siasatan.

Anbalagan berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mngsa mavt adalah pelajar, penghantar makanan

PENUNGGANG motosikal yang mavt dirempuh bas dalam kemlangan di persimpangan Jalan Dato Ismail Hasyim di Bayan Lepas petang semalam, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebngsaan (SMK) Sungai Ara dan bekerja separuh masa di sebuah restoran makanan segera.

Mngsa, Muhammad Saifullah Muhammad Hafeiz, 16, dikatakan bekerja sebagai penghantar makanan restoran makanan segera berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian mngsa dalam perjalanan menghantar pesanan pizza pelanggannya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu sebelum bas dipandu lelaki berusia 49 tahun merempuh dan menggilisnya.

Kejadian pada 6.30 petang itu turut membabitkan sebuah lagi motosikal dan dua kereta.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, seorang pemandu kereta dan dua anaknya yang menaiki kereta Suzuki Swift turut cedera dalam kejadian itu.

“Mereka diberi bantuan sejurus kejadian oleh pihak berkuasa dan wanita serta dua anaknya dibawa ke hospital,” katanya.

Menurut Anbalagan, berdasarkan maklumat awal didapati bas berkenaan yang datang dari arah Persiaran Kelicap ke Bayan Lepas pada mulanya bergesel dengan sebuah kereta yang parkir di tepi jalan sebelum melanggar Suzuki Swift terbabit yang sedang membelok ke kanan.

“Selepas itu, bas yang dipercayai gagal dikawal melanggar sebuah lagi motosikal parkir di bahu jalan sebelum ke lampu isyarat Jalan Dato Ismail Hasyim.

“Sebaik sampai di persimpangan itu, bas terbabit melanggar motosikal mngsa yang sedang berhenti di lampu isyarat sebelum merempuh tembok batu pagar perumahan berdekatan,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis dipercayai bas berkenaan hilang kawalan disebabkan masalah brek dan pemandunya kini ditahan dan akan menjalani ujian saringan awal air kencing.

Perginya putera sulung ummi

Di laman Facebook, ibu kepada aruwah turut berkongsi kesedihan setelah pemergian aruwah anaknya itu.

“12.06.03 – 07.11.19. Perginya putera sulung ummi Muhammad Saifullah kepada penciptanya. Ummi tak kuat Chaq. Chaq la nyawa ummi. Chaq la yang ajar ummi macam mana nak jadi seorang ibu. Terima kasih jadi anak yang baik untuk ummi. Jadi sahabat ummi…”

“Walaupun ada masa chaq tak larat tetap buat apa yang ummi suruh. Tidur lah syg ummi rehat la sepuas – puasnya. Tunggu ummi, abah, dengan adik kat Sana na. Ummi redha dgn ketentuan Allah. Allah pinjamkan chaq kat ummi sat ja… 16 thn 5 bulan…”

Tinjauan kami di ruangan komen posting Harian Metro,rata rata warganet menzahirkan rasa simpati kepada mngsa. Lihat apa kata mereka.

Isma Alif –Pergi dijemput Ilahi ketika kau tengah mencari rezeki. Syurga tempat mu dik.. Al-Fatihah

Sofea Adam –Takziah. Anak saya juga kemlangan 2 hari lepas gara2 bas di Shah Alam. Patah tulang pipi dan rahang serta hidung sebelah kiri. Pemandu bas tak fikir keselamatan pengguna jalanraya lain. Menyedihkan.

Mell Mell –Teringat aruwah mak kne langgar dengan bas ketika umur sy usia 9tahun. Meninggal ditmpat kjadian. Dan didapati pmandu bas ngantok ketika tuh yang sy igt. Masa naik mahkamah pmandu bastuh hanya dikenakan bayaran denda saje. Walau nyawa mak saya tak dpt diselamatkan..

Ungu Zack –Sanggup cari duit tepi dgn kerja part time sbagai penghantar. Dalam mencari rezeki Allah jemputnya. Kelalaian org lain dia jadi mngsa. Kalau lah driver bus tu sedar yang atas jalan banyak nyawa mesti dia lebih peka dan hati2 skrng menyesal pun dah xguna nyawa seseorg yang xbersalah dh melayang. Org tua hilang anak nya dlm sekelip mata.

Bicara Bulan –Pendapat aku nk kata prob brek tu kurang logik melainkan terbabas kerana terlelap @ tertido @ terpengsan @ termabuk @ tergila. Aku ni mmg berpnglaman dlm kajian permasalahan isu2 kmlangan sperti ini. Aku ni dah hampir sebulan duk kaji macam mna kmlangn macam ni ko blh kata punca segalanya brek. Jgn suka salahkan sesiapa. Bertngungjwb la sket bro..

Jamilahfuad Ila –hari tu kereta langgaq moto sampai mti org tu dekt lmpu isyarat jgk, pon dekt peneng,hri ni bas lnggaq moto pon dekt peneng. Masalah brek ka mslh mngntuk sebenrnya ni. Slm takziah utk klurga mngsa..😥😥😥

Scandello Shifudden –Pelajar sekolah. Bekerja sambilan ..mesti nk cari duit lebih utk tampung spm tahun depan. Tapi da ditakdir aruwah meninggal. Allahu sebak nye baca. Disebab kelalaian org lain … Ank mnjadi mngsa. Moga tabah keluarga mngsa. Innalilahwainahirajiun.

Mike Arep –Penah ikut blakang lori yang bukak double signal naik moto.. last2 lori tu straight langgar tembok skolah tapi mmg dia slow dh dr awai.. time dia langgar tembok meletup bunyi sy diblkg atas moto macam nk jatuh smata2 sebab tkejut, kalau sy didepan lori tu mmg dh aruwah, naseb bagi lori tu lalu dlu sebab dia double signal xsangka dia nk hentam tembok sebab nk bg brenti.

Tapi tembok tu xla smpai bkecai macam kes harini.. mungkin tembok skola tu kuat dr tembok ni, mungkin jugak bas ni laju. Tapi xboleh ka dicipta break kecemasan utk kenderaan besar ni guna time break rosak? Bila break rosak habes ranap semua org.. haduii tkot oii tkenang balik.. ketaq lutut sminit duduk tepi.. alfatihah dik, semoga masuk syurga.

Sumber : Harian Metro , Fakit

Semoga roh aruwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *