“Hanya 18jam”. Jangka hayat bayi tidak lama seperti jangkaan doktor. Coretan bapa undang sebak ramai

Tular di laman sosial, perkongsian dari FB Warga Kuantan Official, seorang bapa berkongsi kisah bayi nya yang disahkan mengalami permasalahan dengan otak (anencephaly) yang disahkan doktor sejak dalam kandungan lagi.

Saat dilahirkan, bayinya sempat bertahan selama 18 jam sebelum akhirnya mninggal dunia.

Ikuti perkongsian menyayat hati dibawah.

Pada hari khamis 4 Julai 2019 merupakan mimpi ngeri buat ibu dan abi. Pada tarikh itu kami membuat temu janji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar dan mendapati anak kami abnormal baby (anencephaly) semasa scan.

Anencephaly adalah baby yang lahir tanpa otak atau kecacatan otak. Otak tak terbentuk dengan sempurna. Baby yang lahir dengan masalah ini sangatlah beriisiko. Baby anecephaly tak boleh hidup lama.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kekurangan as1d f0lik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.

Masa scan adik aktif sangat. Siap tendang-tendang lagi perut ibu. Adik macam sorokkan je dekat ibu dan abi masalah adik. Dua orang doktor pakar scan adik untuk sahkan adik anencephaly.

Doktor pakar bagi ibu dan abi dua minggu untuk tenangkan fikiran dan membuat kata putus keputusan kami. Jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam dua jam. Ataupun paling lama 2 ke 3 hari.

Kandungan kami semasa detail scan berusia 7 bulan, lagi dua bulan je adik nak due baru dapat tahu adik tak sihat dalam rahim ibu. Due adik dijangka 30 september tetapi kami memilih untuk bersalin awal untuk kebaikan bersama dan tidak sanggup tengok adik sakit.

Susah untuk terima semua ini, ibu siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Segala kelengkapan baby sudah kami beli untuk menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami.

Selama 5 bulan lebih ibu alahan, makan tak lama terus muntah-muntah. Tiap malam sebelum ibu tidur abi kena gosok belakang baru ibu boleh tidur. Pengalaman ini abi tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Kami cuba pergi ke klinik swasta membuat 3D scan untuk mendapatkan kepastian. Tapi sayang adik tak mahu tunjuk wajah adik dekat ibu dan abi. Adik tutup dengan kaki dan tangan adik atas kepala semasa dalam kandungan ibu.

Doktor cakap air ketumban sedikit dan menyukarkan ibu melihat dengan lebih jelas. Puas abi usik adik tapi adik tetap tidak mahu tunjuk. Mungkin adik tak nak ibu dan abi sedih tengok keadaan fizikal adik.

Ibu dan abi terkilan kerana tidak dapat menjaga adik sehingga besar. Adik ialah anugerah terindah abi pernah dapat. Saat-saat bersama adik 7 bulan 2 minggu dalam kandungan ibu takkan pernah abi lupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim ibu selama 30 minggu ini.

Pada 16 julai semasa berjumpa doktor, saya dan isteri bersetuju untuk ditahan di wad dan dimasukkan ubat bagi bersalin awal. Setelah enam hari berada di wad adik baru keluar.

Pada 21 Julai tepat pukul 14:10 adik dilahirkan. Alhamdulillah abi orang pertama dapat azankan adik.

Abi bersyukur sangat-sangat dik dapat dengar adik menangis walaupun doktor cakap jangka hayat adik tidak lama. Pada pagi hari ini adik tinggalkan kami pada jam 08:10 pagi. Semangat adik untuk hidup kuat walaupun hanya 18 jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami.

Saya menyeru kepada para wanita diluar sana supaya mengambil as1d f0lik sebelum mengandung dan pada awal kandungan sebagai persediaan awal bagi mengelakkan unplanned pregnancy yang lead to k0mplikasi. Mungkin salah ibu dan abi tak prepare dulu sebelum mengandung.

Abi bersyukur Allah uji ibu dan abi. Allah pilih kami untuk terima ujian yang sebesar ini dan benda yang paling mahal abi dan ibu pernah dapat iaitu anak syurga. Semoga kesedihan ibu dan abi pada hari ini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari akan mendatang.

Ingatlah Allah sayang kita sebab itu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu pasti.

Perkongsian ini mendapat reaksi sedih pembaca. Lihat apa kata mereka.

CikPuan Puteri Hanif –Salam Takziah. Sama seperti Bidadari Syurga saya. Sakit yang sama. Doc advice bersalin awal dalam kandungan 7 bln juga. Doc bgtau jika lahir cukup bulan pun akan menyeksakan baby. Masa sya dapat tahu masa pergi scan, sya menangis2. Sebab kakak2nya alhamdulillah sihat. Tak sangka yang baby saya akan sakit. Skrg dah 11 bln Bidadari Syurga saya pergi meninggalkan sya.

Sal Manan –Janganlah ibu dan abi salahkan diri sendiri kerana as1d f0lic. Terima kehilangan itu dgn tabah dan kena sentiasa ingat bahawa ibu dan abi dah ada sorang anak di syurga. Semuanya ketentuan Allah. Allah nak bg pahala dan nak bg anak syurga buat ibu dan abi. Sedih bc coretan ni. Sy pernah alami perkara camni. Sy memahami perasaan ibu dan abi.

Nur Fitri Azmi –Alhmdulillah anak syurga. Bertabah la ibu ayah. Anak awak tengah gembira di sana. Tiada apa yang nak disesalkan. Ada hikmahnya tu.

Kifa Lola –Saya pon pernah alami sama macam puan. Cuma bahagian buah pinggang. Jalan cerita sama macam saya, cuma sya tak berkesempatan dengar tangisan bby. Air ketuban sikit punca utama. Usia kandungan nak masuk 7 bulan terpksa melahirkn secara paksa..

Zack Nizamie –Hmmm…. Teringat kejadian pada kawan aku punya anak saudara. Ade ketumbuhan dalam otak kepala jadi besar dan tak normal. Macam biasa apa yang doktor kata aruwah tu tak kn hidup lama. Maybe beberapa tahun je.

Tp tu la kn.. Doktor yang ckp.. Bkn Allah S.W.T yang ckp kan. So sebaik baiknya pergi la pada sang pencipta berdoa lah.. Nyawa tu hak Allah.. Bukan di tgn doktor untuk putuskan. Jd ayh kpd arwah tawakal kepada Allah dan aruwah hidup sampai di bangku sekolah menengah siap bersekolah lagi walau dalam keadaan kepala besar.

Moral of the story biarkan lahir seperti biasa dan tawakal.. Hidup lama ke tidak sihat ke tidak tu semua kehendak Allah S.W.T sbb die maha merancang maha mengetahui. Kalau di beri hayat yang panjang n sihat. Bersyukur lah. Kalau di beri penyakit pada baby tu atau tidak sempurna maka bersyukur lah.. Itu ujian kita d dunia.

Kalau d takdirkan meninggal pun tetap lah bersyukur. Andai kata baby tu sempurna tapi d sebabkan lahir pra matang dn meninggal. Ingat tu dh jadi 1 pembnuhan. Take note scan 10 kali pun kalau dalam scan nmpk perempuan last2 bila dh kuar anak lelaki. Bukan tak pernah jadi. Jd jangan la bergantung harap pd teknologi 100% tapi yakin la pd Allah 100%.

Sumber: Facebook Warga Kuantan Official

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *