Masa suami nikahi Ameera, aku hadir. Mlm last sblum ditingglkan, pertama kali lihat suami ku menangis

Foto sekadar hiasan. Kisah dibawah pernah tular selepas disiarkan di laman IIUMC pada tahun lepas. Antara kisah yang membuatkan ramai pembaca terharu selepas membaca perkongsian wanita ini. Ikuti luahan Lyn dibawah.

Hi. Nama aku lyn. Maaf kalau story aku panjang sangat. Sekadar meluahkan. Aku berusia menjangkau 30-an, baru bercerrai sekitar bulan jun sejurus selepas raya, bekerja dalam bidang professional dan at this point, aku rasa aku lah se-loser loser manusia.

Aku kahwin sekitar umur aku 20 tahun++. Nama suami (now ex) aku Dani. Aku berjumpa Dani masa aku praktikal. Lepas praktikal aku diserap masuk company yang sama. Sampai sekarang, aku dan Dani masih bekerja dalam company sama, cuma beza tingkat dan department. Dani tua aku 3 tahun. Our relationship was mutual. Dia suka aku, aku suka dia.

Lepas beberapa bulan kenal, dia ajak aku kahwin. Masa masih berkenalan, ada dia mention yang dia pernah tunang dan putus. Ex tunang dia nama Ameera. Dani dan Ameera kenal dari kecik. Bercinta dari sekolah rendah, sekolah menengah bertunang, then putus tunang masa final year di university. Sebab, Ameera dikahwinkan dengan seorang ustaz. Masa ni, itu je yang aku tahu pasal Ameera. Since benda tu dah berlalu, Ameera pun dah kahwin, aku tak soal Dani lebih2.

Bekas kekasih Dani muncul

Kisah aku bermula di sini. Lepas beberapa tahun berkahwin, Ameera muncul dalam hidup kami. Ameera kerja sama kawasan dengan ofis kami. Dani terserempak dengan Ameera masa keluar lunch. Kami memang lunch asing2 sebab masing2 ada geng sendiri di ofis. Bila dia terserempak dengan Ameera, terus Dani tegur then exchange number.

Aku tahu, sebab Dani yang cerita sendiri pada aku lepas balik kerja hari yang sama. Aku dan Dani memang selalu communicate. Sebelum tido akan cerita what happen to each other that day. Kalau difikirkan balik, relationship aku dan Dani, sangat lah healthy. Tapi still jodoh masih juga tak panjang.

Anyway, dari hari tu Dani selalu text Ameera. I read all of their texts. Rupanya Ameera dah dicerraikan. Sebab tu dia bekerja. Sebelum ni dia duduk rumah. Suami tak izin bekerja. Then suami dia macam terjebak dengan satu movement ni, terus cerraikan Ameera bila Ameera tak mau join dia. Ameera dah ada 3 orang anak masa ni. Semua anak2 dia ikut dia.

Ameera sangat lah pandai dalam pelajaran. Sebab tu dia senang dapat kerja lepas bercerrai. Tambah pulak dengan muka dia yang sweet sangat. Sumpah cantik. Nak banding dengan aku ibarat tong sampah dengan bunga la. Walaupun anak 3, masih maintain macam anak dara. Ameera jenis perempuan melayu terakhir tau. Lembut, asik senyum je dan badan kecik2. No wonder Dani sayangkan dia.

Masa ni macam2 cara aku buat untuk Dani cintakan aku. Aku cantikkan diri aku sendiri, aku layan dia betul2, aku literally beli buku cara memikat suami dan apply segala benda yang aku baca dan aku cari gali dari Internet.

Aku surprise kan dia dengan honeymoon, birthday dan macam2 lagi. Aku ubah diri aku seubahnya. Aku cuba jadi diri sendiri with the hint of Ameera. Aku solat, aku doa sesungguhnya supaya Dani cintakan aku lebih dari Ameera.Tapi Dani macam tu jugak. Seolah2 sia2 usaha aku selama ni.

Honestly, walaupun tengah hangat bercinta dengan Ameera, tak pernah kurang sedikit pun layanan Dani kat aku. Masih bertanggung jawab macam selalu. Layan tengok movies setiap weekend, masih jalan berpegangan tangan dan memang macam normal lah. Walaupun macam tu, aku tahu, jasad dia dengan aku. Hati, dengan Ameera.

Izin nikahi Ameera

Dani masih baik di mata aku. Langsung tak sakitkan hati aku. Sebab tu, lepas setahun kenal Ameera, lepas aku puas berusaha memikat Dani, aku izinkan dia kahwin dengan Ameera. Masa dia nikah, i was there. Cuma masa sanding aku tak ada sebab majlis cuma buat sebelah perempuan. Malas lah nak attend. So bermula lah kehidupan aku bermadu.

Turn kami seminggu sekali. Seminggu di rumah aku, seminggu di rumah Ameera. Tinggal apartment berdekatan. Walking distance lah kira. Sebelum Dani kahwin dengan Ameera, aku dah pesan, aku tak nak berkenalan dengan Ameera. Im okay with her, cuma aku tak mau rapat2 macam bini2 ashraf muslim tu. Cukup la sekadar tengok dari jauh. Sebabnya, aku jadi down bila tengok kesempurnaan Ameera. Bagai langit dengan bumi nak dibandingkan dengan aku. Jealous much? Maybe.

Dani memang berlaku adil. Tapi, somehow aku tetap rasa tak best. Rasa memberontak. Aku asyik cari pasal dengan Dani. Mungkin aku nak perhatian dia. Dani layan aku macam biasa. Tapi hati ni still tak tenteram. Ntah la. Susah nak describe benda ni. Apa yang mampu aku describe, aku rasa macam melukut di tepi gantang.

Memang Dani ada dengan aku, baik dengan aku, tapi aku tak rasa macam Dani tu aku punya. Its like, aku ni third wheel dalam relationship Dani dan Ameera. I dont feel like aku dan Dani is in a team anymore. Rasa macam tergantung. Rasa macam penuh, tapi kosong. Faham tak apa aku cuba sampaikan ni?

Undur Diri

Saat aku tak dengar lagi kaki dia melangkah, terus aku peluk diri aku sendiri. Aku tekapkan bantal pada muka aku, aku jerit, aku nangis semahunya. Harapan aku masa ni supaya Dani patah balik. Tengok sayang, im in pain. Come back and pick me. Pilih la aku balik. Terima la aku balik. Cakap dengan aku, kau sayangkan aku bukan Ameera. Love me, not her.

Tapi apakan daya, aku kalah. Dani never returned. Masa ni i was in my peri0d. Nak solat, pun tak dapat, sentuh quran pun tak boleh. Selama 3 hari aku menagis. Aku tak makan, aku minum je. Aku nagis, aku tido, bangun tido, nagis sampai tertido balik. Sampai la parents aku sampai rumah. Aku dah longlai, busuk 3 hari tak mandi, terbaring macam orang g1la atas katil.

My parents pick me up. Mak aku mandikan aku, setiap kali dia halakan shower kat aku, terkumat kamit aku dengar mak aku berselawat dengan suara terketar-ketar menahan tangisan dia sendiri.

Aku rasa, jiwa mak aku jugak hncur tengok penderitaan satu2nya anak perempuan yang dia ada. They said nothing. Depa mai rumah aku sebab Dani told them everything the day after he left me. 2 hari tak angkat phone, sebab tu depa mai to check on me. Parents aku bawak aku balik kampung. Abang2 aku kemaskan rumah aku, carikan rumah sewa baru dan pindahkan aku ke rumah lain supaya aku dapat move on.

Sebulan aku cuti, tinggal dengan mak bapak aku. Kutip sendiri sisa – sisa kekuatan yang masih ada. Dalam masa sebulan tu jugak pencerraian aku disahkan. Cepat, sebab aku dan dia bekerjasama dengan elok. Aku wakilkan bapak aku untuk berhubung dengan Dani.

Kembali bekerja

Day 1 aku masuk kerja, aku kuatkan diri. Memang berat langkah aku, tapi sebulan tinggal dengan mak bapak aku, sebulan tu jugak mak bapak aku kuatkan semangat aku. Alhamdulilah, dengan kekuatan yang dibekalkan oleh parents aku, aku boleh lagi melawan perasaan aku. Aku kuat melangkah, tapi jiwa aku seakan mti. Sepi, ketandusan.

Aku tekan lift, menuju ke tingkat 11. Masa aku melalui tingkat 5 di mana ofis Dani berada, aku rasa berdebar. Mengharap pintu lift terbukak dan Dani menunggu di pintu. Tapi lift mendaki laju sampai ke ofis aku.

Sampai aku di ofis, kawan2 aku tersenyum. Memeluk dan mengusap kepala aku. Aku bersyukur sangat aku direzekikan dengan kawan2 ofis yang baik dan memahami. Tak seorang pun bertanya apa yang berlaku. Semua mendoakan aku kuat, mendoakan aku melalui ujian Allah dengan tenang, memesan berkali – kali mereka ada jika aku perlukan pertolongan.

Seminggu berlalu tanpa bayangan Dani. Setiap kali sampai ke ofis, aku akan melalui tapak kereta Dani. Aku tatap kereta Dani. Menatap kereta berwarna putih nya dah cukup buat aku tersenyum. Teringat masa aku duduk di kerusi penumpang sebelah Dani. Dani sentiasa serious masa memandu. Bhaya jika terleka katanya. Selalu aku ditegur jika tidak memakai tali pinggang. Kadang2 sengaja aku tak pakai, saja mahu bermanja apabila ditegur.

Rasa rindu lihat Dani

Hari isnin menjelma, hari yang paling aku tunggu. Setiap isnin seluruh ofis akan mengadakan perhimpunan pagi. Dani sebagai Head Of Department akan berada di hadapan. Hari isnin tu aku awal ke perhimpunan. Dari tempat aku berdiri, aku kaku memandang Dani di hadapan.

Sebulan lebih tak berjumpa, rasa macam nak lari dan peluk Dani seerat2nya. Rindu sangat. Tapi aku tak mampu. Dani terpandang aku, senyum, aku memandang tempat lain. Senyuman manis itu tak sangup aku balas. Sebab aku perlu melindungi diri aku sendiri. Melindungi perasaan aku.

Mula kerap update status Whatsapp

Mulai hari tu, hari2 aku update status whatsapp aku. Selalu aku tunggu sama ada Dani online ke tak. Bila dia online, terus aku update status. Bila Dani view, aku rasa berbunga hati. Oh ya, Dani tak ada insta dan fb. Whatsapp saja. Sebab tu aku hanya gunakan whatsapp untuk menagih perhatian Dani.

Walaupun sekadar view status whatsapp, tp dah cukup buat aku hepi. Cukup buat aku rasa Dani tahu aku wujud. Setiap kali Dani view, aku tengok nama Dani di senarai viewed status aku. Dari bulan 7, sampai hari ni, itu lah rutin aku setiap hari. Update status, tunggu Dani view. Hepi bila dia view, tak keruan kalau dia online tapi tak view. Dulu dia selalu reply, sekarang langsung tak reply. Sekadar view. Aku pun tak tahu kenapa. B0san agaknya aku asyik update status. Aku tahu, aku sedar, memang aku pathetic. Tapi itu ja cara untuk aku rasa macam dia beri perhatian pada aku.

Hingga pada saat ni, aku masih menunggu perhimpunan isnin untuk aku tatap wajah Dani walau untuk 15minit. Setiap kali melalui tingkat 5, aku mengharap lift terbuka dan Dani berdiri di depanya, setiap kali aku melalui kereta Dani, aku mengharap untuk pulang dengan Dani.

Tapi semua pengharapan yang kosong. Menyedihkan hidup aku. Aku sedar. Aku masih mengumpulkan kekuatan untuk aku lupakan Dani. Aku dah minta transfer ke cawangan lain. Aku sayang nak tinggal kan kawan2 ofis aku yang baik sangat. Tapi i have to do it. I have to protect myself. Aku kena lupakan Dani untuk aku terus kedepan. InsyaAllah, bulan depan aku transfer ke cawangan yang lebih dekat dengan kampung aku. Pada saat ni, aku cuma mengharap yang baik2.

Muhammad Daniel, I’m sorry. Tapi, i really love u. I’m sorry.

Reaksi pembaca

Perkongsian Lyn ternyata menjentik hati kebanyakkan pembaca. Kami himpunkan antara komen yang mendapat respon tertinggi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Suhaini Herianti –Sedih baca part mak mandi kan dia sambil selawat. Kasih nya ibu membawa ke syurga….

Mieza Amran –Betul la orang cakap. Ayah kita akan jaga kita sebaik2 nya sebelum diserahkan kepada suami kite. Tapi bile mana anak perempuannya ditinggalkan ayahla yang akan kutip balik anak perempuan kesayangan dia. Tiada lelaki bole menandingi kasih sayang ayah sampai akhirat pon.

Yasmeen Abas –Dalam cerita ni ada 2 part yang btul betul menyentuh hati aku. Part mak dia mandikan dia smbil berselawat dalam suara terketar2 menahan tangisan. Dan part kawan kawan dia peluk dia masa hari pertama datang kerja semula. Serius bergenang air mata..

Mak Ngah Fan –Inilah akibatnya kalau kahwin dengan orang lain hanya sebab nak move on. Jangan jadikan orang lain mngsa sebab nak tutup kekeciwean lalu. Respect pada sis. May Allah ease u

Nurhidayah Anhar –If Ameera read this, kalau lelaki tu boleh buat ex wife dia macam tu, trust me, dia pun boleh buat benda yang sama dekat kau. Dah tau kau tu ex, pergi cerita masalah dekat laki tu Kenapa. What u give u will get back. Kalau tak jadi balik dekat kau, anak kau ada. Ada 3 org anak kan.

Aten Rasyid –Aku tak heran bab laki bini tapi aku tersentuh part ibu n anak. Yes. A mother is a mother. Pernah ibu cakap kt aku once last year ‘walau ape pon terjadi, aten tetap ank ibu. Walau siape pn buang aten, ibu tetap terima aten. Rumah ibu sentiase terbuka untuk aten..’ Maka melelehlah airmata aku dibahu ibu. Laki or bini mti boleh diganti. Tapi ibu ayah tiada pengganti. Always remember that..

Sumber : Lyn via IIUMC

Perkongsian Lyn asalnya disiarkan pada 2018 di laman IIUMC. Kini sudah setahun berlalu. Mesti ramai tertanya2 apa yang seterusnya berlaku dalam hidup Lyn kan. Harap2 nanti Lyn akan berkongsi lagi kisah hidupnya selepas ini.

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *