“Suami saya murung”. Guru hamil 37 minggu, dedah punca suami bertindak di luar kawalan

Kita dikejutkan dengan kejadian yang berlaku semalam, dimana seorang guru wanita hamil 37 minggu cederra akibat diperlakukan oleh suaminya sendiri. Dalam keadaan yang dipenuhi lvka dan berdrah, wanita itu memandu sendiri untuk mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

Menurut sumber, punca kejadian dikongsikan guru terbabit dimana dia mengatakan suaminya menghadapi tekanan perasaan melampau sehinggakan bertindak di luar kawalan. Ikuti laporan penuh dibawah.

Terus lari dan pandu kereta

“SAYA tak ingat apa, lepas kena terus lari dan pandu kereta ke hospital,” kata guru terbabit yang menjadi mngsa dalam kejadian di Putrajaya semalam.

Mngsa berkata, dia tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk terus memandu ke hospital bagi menyelamatkan diri dan bayi dalam kandungannya.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, suaminya memang mengalami kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat bagi mengurangkan tekanan.

Bagaimanapun katanya, lelaki berusia 39 tahun itu tidak pernah berkasar sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak termasuk yang baru dilahirkan semalam dengan sulung berusia enam tahun dan kedua empat tahun.

Anak anak menyaksikan kejadian

Katanya, kedua-dua anak mereka menyaksikan kejadian itu.

“Mereka sangat travma sekarang,” katanya yang merancang pulang ke kampung di Kedah selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Akibat kejadian itu mngsa mengalami lvka pada perut dan jari kiri, lengan kanan serta di belakang kanan badan.

Dalam kejadian 9.50 pagi semalam mngsa yang sarat mengandung memandu sendiri hampir tiga kilometer dari kediamannya di Presint 9 ke Hospital Putrajaya dalam keadaan berlumuran darrah selepas diperlakukan suaminya di rumah mereka.

Sebaik tiba di hospital, wanita itu terpaksa menjalani pembedahan bagi menyelamatkan kandungan berusia 37 minggu itu.

Bayi selamat

Bayi lelaki itu berjaya dilahirkan melalui pembedahan dan keadaannya stabil serta tidak mengalami kecederraan.

Sementara itu, sumber keluarga memberitahu lelaki itu bercadang berpindah balik ke Melaka selepas isterinya bersalin.

Menurutnya, ketika ditahan lelaki itu tidak melawan dan berkurung dalam bilik dengan membiarkan pintu rumah terbuka.

‘Suami saya kemurungan’

“Suami saya mengalami masalah kemurungan kerana tekanan kerja dan keperluan untuk menguruskan masa bagi menghantar dan mengambil anak di sekolah,” kata seorang guru yang menjadi mngsa tkaman suaminya di sini, semalam.

Wanita berusia 35 tahun itu memaklumkan suaminya tidak pernah berkelakuan kasar terhadapnya, dan kejadian di rumah mereka di Presint 9 semalam adalah kali pertama.

“Suami saya memang mengambil ubat kemurungan kerana tekanan kerja, saya tidak jangka dia akan bertindak sebegitu semalam kerana ini kali pertama dia berkelakuan begitu.

Tidak pernah berkasar

“Dia tidak pernah berkasar dengan saya, dan selepas tindakannya itu saya nekad keluar dari rumah dan memandu sendiri kenderaan menuju ke hospital dalam keadaan cederra.

“Saya bersyukur bayi saya selamat dilahirkan dan dalam keadaan sihat,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Putrajaya di sini, hari ini.

Dia yang bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah di Serdang, berkata suaminya juga pernah menyatakan hasrat untuk pulang bertugas di kampung halaman di Melaka.

“Tapi berikutan saya masih sarat, selain proses permohonan yang pasti mengambil masa, hasrat itu ditangguhkan sementara,” katanya yang mempunyai dua orang lagi anak lelaki masing-masing berusia enam dan empat tahun.

Dia juga memaklumkan akan berpantang di kampungnya di Kedah.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, mngsa yang sedang hamil 37 minggu cederra di beberapa bahagian badan selepas ditkam suaminya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata mngsa mengalami pendarrahan lvka hirisan di jari kiri, lengan kanan, dua kesan hirisan di perut dan lvka di bahagian belakang kanan badan.

Beliau berkata, mngsa turut mengadu sakit di bahagian perut dan bimbang akan keadaan kandungannya sebelum dirujuk ke Jabatan 0bstetrik dan Ginek0logi serta 0rtopedik untuk rawatan lanjut.

Katanya, mngsa berjaya melahirkan seorang bayi lelaki menerusi pembedahan malam tadi, keadaan mngsa dan anaknya stabil.

Suami seorang jurutera audio

Rosly berkata, suami mngsa berusia 39 tahun dan bertugas sebagai jurutera audio berjaya ditahan semalam dan direman sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Tinjaun di ruangan komen, warganet menzahirkan rasa simpati dan turut berkongsi pandangan susulan kejadian itu. Lihat apa kata mereka.

Ameahana Hamid –Kental betul cikgu ni. Dan bagusnya dia dia still jaga maruah suami dia tak ckp bukan2 tentang suami dia. May Allah swt bless u and your family.

Fiq Wisdom –Mane tak stress keje, patutnya lepas waktu keje, cuti am dan ujung minggu masa untuk rehat2, tapi org2 tetap mesej dalam whatsapp untuk buat keje itu keje ni sampai malam…

Aaron Affendi –Doktor semua ingat : tekanan kerja, rumah tangga dan yang berkaitan dengan em0si adalah juga jenis penyakit yang berat, dan selayaknya diberi rehat, sama macam demam panas, cirit birit etc, ini tak, bila clinically nampak dah patient tu burn out g1la2 still nak maki2 perli patient tu.

Kartina Welly –Tak perlu lah nak judge org tu kemurungan sebab ape. Kita tak tahu hal sebenar. Ada orang cenderung kemurungan sebab personality semulajadi. Orang tu kena sedar personality dia. KLau tak dia tak kan sedar bende tu mmbawa pd kemurungan. Sbb tu Ada sstgh org buat jenayah jahat2 nak kata iman kuat jugakke sebab tak murung.

Jangan mudah bersangka sangka pasal iman org yang orang tu tak berusaha untuk dekatkn diri pd tuhan. Kalau campur pula dengan anxiety, Ada pula yang jenis anxiety, hasut sepanjang Masa pasal kepercyaan pd tuhan . Banyakkan membaca Dan kurangkan bersangka sangka.

Lotfee Jam –Kita mohon perlindungan dari Allah. Memang ramai yang alami penyakit ni. Cuma tahap shj berbeza bergantung bagaimana individu bisa menyerap tekanan itu.. Ya, ia mgkin sudah terpendam lama dan tiada jln keluar.. Rakan2, awasi jika tindakbalas body kita ada keanehan drp biasa, jumpa lah rakan2 / sahabat yang memahami untuk diluahkan… kerana ia jika tidak diluahkan boleh merebak ke tahap 4… Wallahualam.

Hanah Muhamad –Jgn memain bila pasangan ada kemurungan. Kesian, orang tak faham ape pesakit tu rasa. Orang hanya tau kata pesakit kemurungan ni “tak ada iman” itu je. Ni bukan soal ada iman atau tak.

Ni macam knser jugak. Bukan dia nak jadi macam tu. Cuma bila dah teruk gini, hospital la tempat dia. Moga di permudahkan urusan mereka suami isteri dan anak2.

Hasniza Hasan –semua ada stress masing2. Cuba2 lah dekat dengan allah. Jangan diikut sgt perasaan. Sy dulu pun kena diagn0sis kemurungan semasa stay di shah alam akibat tekanan kerja dan keluarga. kehilangan suami dan ibu mertua dlm. Masa tak sampai sebulan.

Saya pulak kena penyakit jantung selepaas 2 bulan, kewangan yang sgt meruncing. Namun alhamdulillah ubat yang diberi buat sy tenang. Paling penting serahkan diri pd allah. Cuma nasihat sy kita kena kawal stress. Stress adalah silent k1ller.

Sumber : Harian Metro, Berita Harian

Moga dipermudahkan segala urusan. Semoga keluarga terlibat bertabah dengan ujian yang mereka hadapi.

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *