“Tangisan hiba bapa”. Tak mampu bayar duit foto semasa konvo tadika anak, bapa menangis

“Siapalah yang memulakan trend konvo tadika ini?”. Itu antara persoalan yang paling banyak timbul, tiap kali timbul isu berkaitan konvo tadika anak anak kita.

Terbaru, tular di laman Twitter perkongsian dari lelaki ini mendapat 8.9k retweets dan 6.9k likes ketika artikel ini ditulis.

Siapa sangka disaat kebanyakkan ibu bapa bergembira menyambut graduasi anak mereka, terdapat ibu bapa yang tidak berkemampuan hanya mampu memendam rasa. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Lepas konvo, ibubapa yang nak abadikan gambar anak, gi ke belakang kat backdrop khas. Masa melihat jurukamera menyediakan Ali untuk bergambar, ada sorang brader bertanya tentang pakej2 bergambar yang ada pada salesman.

Gua overheard brader tu tanya, pakej paling murah berapa. Salesman jawab RM20. Brader tu diam. Gua perati dia ushar anaknya kat sebelah, dan tarik budak perlahan2 meninggalkan kawasan ambik gambar tu.

Bisikan suruh gua folo brader tu n anaknya. Gua ikut. Kat luar dewan, anaknya tanya nak gi mana, brader tu jawab nak balik. Anaknya muka sayu. Budak tu nak ambik gambar macam Ali jugak agaknya. Ali kawan dia.

Brader tu kata, dia tak bawak duit dan menuju ke arah motor mereka. Gua capai dan pegang lengan anaknya.

“Jom ambik gambar. Uncle belanja…”

Brader tu pandang n baru perasan gua ada kat belakang. Dia ushar gua. Gua senyum.

“Takpe bang. Sekali sekala. Anak abang ni kawan anak saya…”

Lepas ambik gambar anak brader tu, brader tu dengan gua berdiri kat luar dewan. Brader tu cakap terima kasih dan cuba nak explain something tapi gua senyum n cakap “takpe. Gua pun pernah jadi orang susah.” Brader tu terus peluk gua. Nanges…

Orang perati jer gelagat kami. Gua tanya dia keja apa. Dia cakap dia keja buruh welding. Lepas setel urusan konvo anaknya ni, dia nak shoot ke Kuala Pilah, pasang awning kat rumah orang. Motor tu motor bossnya, dia pinjam nak pegi konvo ni.

Muda lagi brader tu. Gua pesan kat dia, teruskan berusaha untuk keluarga. Jangan lemah semangat dek keadaan famili pada hari ini. Ia sekadar fasa. Jika berusaha dengan kuat, insha Allah.. hari yang pedih harini, akan jadi kenangan paling manis suatu hari nanti.

Tak henti2 brader tu cakap terima kasih.
Gua kata; patutnya gua yang berterima kasih pada dia. Sebab dia benarkan gua tolong dia buatkan hari ini bahagia untuk sulungnya.

Reaksi warganet

Tinjauan di ruangan komen, perkongsian dari Irwan mendapat pelbagai reaksi dari warga Twitter. Lihat apa kata mereka.

Rozalifah Mohamad –Pendapat saya, trend konvo tadika-sekolah menengah ni akan membebankan golongan yang x mampu. Hidup kt bandar mmg ramai gaji ribu2 tp hakikatnya blanja hidup sgt tinggi.

Ain –Bagusnya anak dia tak menangis or jerit jerit bila bapak dia cakap tak boleh, semoga jadi anak yang boleh bantu mak ayah bila dah berjaya nanti!!!

Ahmad Khairul Aizat –Budak kalau dari kecik tak ada apa dia mudah behave.

Budak selalu jerit2 meronta macam esok nak kiamat tu selalunya ‘nikmat2’ dia ditarik / dikekang.

Fiera –Aku nangis baca 😭 semoga dipermudahkan urusan kita semua. Semoga kuat berusaha utk anak2. Dan diperluaskan rezeki yang melimpah ruah.

Ebby Danial Mokhtar –Pada pandangan saya, sebaiknya pihak sekolah maklum kan secara awal ketika mula mula pendaftaran masuk tadika untuk menyediakan duit untuk gambar tersebut, dan bayaran boleh dibuat secara ansuran sehingga majlis graduasi. Rasanya tak adalah membebankan sangat ibubapa. Kalau sebulan bayar RM 2.00

Rokiah Ali –Betoi la sekrg konvo ank2 tadika pun buat kt hotel. Membebankan utk makayah kena bayaran lain. Kalau ada anak lain nk ikut kenakan bayaran lg

Harap macam dulu2 buat kt tadika jer. Bole bwk semua tgk atok opah adik kakak 1 keluarga….

Zulianna Lee –macam anak sya konvo mggu lpas..punya la jaoh dri kpg tmpt konvo tu dtg sana anak mintak belikan bouquet yang hrga rm20 lpstu masok dalam ada sesi bgambar bayaran smpai rm25 blm lagi skli dengan frame smpai rm40.. Allahu..nasib baik la anak x buat hal..last2 dia termakan jugak pujok rayu mak dia ni sbb masa tu dalam poket aku ada rm50 jerrr 😌😂

Ada kes; kita kena pandai bagi alasan kenapa tak boleh dengan baik.

Tu sebab ramai orang tua pesan, “jangan manjakan anak sangat”.

Sumber : Twittee Irwan

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *