“Pengalaman mlm jumaat”. Rumah dpecah msuk. Setiap katil, pintu bilik rumah dicalit minyak dagu

Tular di laman Facebook sejak semalam, perkongsian dari Fatien Abdul yang berkongsi kejadian kehilangan barang peribadi dipercayai dipecah masuk oleh individu tidak dikenali.

Lebih memeranjatkan, setiap katil, pintu bilik dan rumah telah dicalit minyak dagu sepertimana dikatakan oleh ayah kepada salah seorang penghuni rumah itu.

Ikuti perkongsiannya dibawah.

‘Bukan sahaja pecah masuk! Habis setiap katil, pintu bilik dan pintu rumah dicalit MINYAK DAGU!’

MY.EXPERIENCE, MALAM JUMAAT:

Malam tu rasa mengantuk dia lain macam. Baru pukul 10. Ada housemate pergi sidai baju kat luar malam2, buka pintu terbiar luas. Roomate Aku pula bawa laptop keluar cadang nak buat kerja… Eh baru on tak sampai 2 minit, dia off balik.

Bila tanya, ‘dah siap ke kerja?’ Dia cakap, ‘ tak jadilah. Mengantuk!’ PELIK…

Aku pulak dalam bilik je, ketuk story sebab baru lepas Interview. On laptop dan buka tingkap bilik. Lepas 30minit gitu. Mngntuk sangat2, lepastu semua tido. Tak tahu apa yang jadi Malam tu.

Sedar2 je, roomate kejut tnya ‘mana phone you, Fat?’ Dalam separuh sedar cari kat mana phone.. DAMN! MY PHONE HILANG. Iman (roomate) cakap phone dia pun hilang. Dia cakap pintu rumah terbuka dan tak berkunci. Bila check, mangga bersepah kat lantai, tingkap dan pintu kena kopek.

Kejut semua housemates, phone masing2 hilang, purse… Cash.. kad bank, kad access company.. phone company, License, IC… semua hilang!

Benda first katorg buat, call 999. (Rumet Ada 2 phone n that guy ambik 1.. maybe lagi 1 dia tak nmpk.. Alhamdulillah) then, katorg call minta smbungkan ke balai terdekat, tak smpai 30 minit polis datang. Masuk je rumah dia tnya, ‘semua tak sedar? Sah. Ni kerja Ind*n! Kamu semua kena pukau’ Allah, luruh jantung Rasa.

Lepastu polis Minta katorg pergi balai Polis terdekat untuk buat report berkaitan kerugian.. Lepas je pergi dan settle report, dorang Minta katorg pergi balai Polis Mutiara Damansara pulak, untuk jumpa pegawai penyiasatan ambil detail..

Settle je yang Tu. Pegawai tu Minta katorg balik tunggu d rumah n jangan sentuh apa2.. sebab Dalam sejam dia Akan datang untuk ambil cap jari dan ambil gambar keadaan rumah…

Okay settle pasal polis.

Bayangkan that guy pecahkan pintu, gril, mangga, semua orang tak dengar! Aku pulak stay kat bilik master which is paling dkat dengan pintu.. Dan langsung tak dgr! Yang paling scary, that guy masuk setiap bilik sorang2 n katorg sekali lagi tak sedar! MUSTAHIL SANGAT.

And, bayangkan lagi kalau masa Tu dia buat yang bukan2? R0gol? Raba? Siapa tahu??? Dannnn… Yang paling scary bila sorang roomate ni panggel ayah dia datang cucikan rumah. “setiap bilik, katil, pintu bilik dan pintu rumah kamu dicalit MINYAK DAGU!”

Ayah roomate cakap, minyak dagu bukan sahaja untuk buatkan Kita sukakan someone. Tapi digunakan untuk tujuan lain… Mungkin untuk s1hirkan? Dan mungkin sebagai tanda untuk mudahkan dia datang lagi. Girls out there, tolong Jaga diri!

Last… Ayah roomate cakap dia pukau melalui angin.. Dan sebenarnya dia dah try lama… Kebetulan Malam tu Malam Jumaat, jadi ilmu dia menjadi!

Ingat tak? Malam tu kan Ada roomate keluar sidai baju, buka pintu luas2.. meanwhile, Aku? Buka tingkap bilik, ketuk story… So yah😭

Perkongsian dari Fatien ternyata mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Lihat apa kata mereka.

Nur Iman Khaleeda –Petua dri org tua2. Kena biasakn pkai salah 1 pkaian dalam tu secara trbalik . Elak dri dpukau. Elak kuar mlm. Baca lah ayat kursi, yassin, surah al baqarah dalam umah. Moga kita smua dilindungi.

Noratikah Ismail –Orang yang pernah kena pukau je tahu macam mana rasa mengantuk tu . Mengantuk gila2 wehhh, memang tak sedar . Alhamdulillah aku tak de pape , tapi duit abah yang lesap beribu .

Fife Kitchen –Saya pernah terkene mase tu malam jumat jugak. Kat dalam umah kami ada 9 orng. 2 orng pempuan termasuk saya dan 7 lg lelaki. Kami semua rasa mengantuk lain macam kul 9 dh masuk tido sunyi sepi jadinya. Dan kul 4 30 pagi kami sedar ade orng pecah umah segala bapak parang dia bawa. Habis satu2 bilik die selerakkan. Dan kami diikat dalam 1 bilik.

Geng yang masuk umah dalam 5 orng yang tunggu luar entah brp orng sebab siap guna lostspeker. Dan kami dengar sembang mereka bercampur. Macam cakap siam pun ada cakap kelantan pun ada cakap perak pun ada. So kerugian saya sorang dekat 10k belum yang lain2. Dan p cik saya report polis kul 7 pagi polis datang kul 6 petang.

Korang rase? So jangan lah kate syak ind*n yang buat sebab orng2 kite pun dh makin menjadi2. Tak semua bangsa ind*n jahat dan tak semua bangsa melayu kita baik belaka. Semua bangsa ada baik dan buruknya. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelangga. Terima kasih assalamualaikum

Nagaa Ketoat Ali –Minyak dagu sapu Kat org, bukan sapu Kat barang barang, dah korang kena pukau tak sedar baik dia sapu terus Kat ampa. Tang Ni Aku rasa story Ni tak lojik, tang lain lain kena pukau tu no Komen.

Minyak dagu Ni bukan banyak sebotol kecik jaaaa. Lagi Satu jangan percaya minyak dagu tu Ada kuasa. Bahaya Iman ooooo

Mohd Zulkarnain –Sama macam cerita kami bulan ramdahan tahun ni , 7 org tidur dalam 1 rumah semua tak sedar , dalam masa 2 jam semua barang hilang . Area segambut kl . Bahaya di mana2 . Kira rezeki dia lah tak kena tangkap .

Siti Kirana –Dulu pernah juga kena masuk pencuri, semua bra saya kena curi, spender pun tak ada, pastu curi laptop. rumah flat. Sekarang tak berani duk rumah kos rendah. sebab kita perempuan. bahaya. Sekarang saya cari rumah sewa yang install pintu jenis fire door, lagi selamat dan lift pki sayastem access card. Better korang pindah rumah, cari rumah yang lebih selamat. kawasan rumah yang selamat.

Sumber : Fatien Abdul

Jadikan perkongsian ini sebagai pengajaran kepada kita. Terutama kepada gadis2 dan wanita di luar sana, berhati hatilah walaupun berada di dalam rumah. Moga kita semua dilindungi.

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *