Suami warded sbb ptah kaki. Dia sorok duit Prkeso. Loan rumah tak byar, aku nekad usir suami

Menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang wanita meluahkan rasa akan isu rumah tangganya yang sedang bergolak. Dek kerana suami enggan membayarkan duit loan rumah selepas patah kaki akibat kemlangan, dia telah mengusir suaminya dari rumah.

Wanita ini rasa terbeban. Suaminya pula dirasakan lepas tangan. Ikuti luahan dibawah.

Saya dah bkahwin 14 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Saya dan suami punyai pendapatn masing2 sbanyak RM1000 dan RM2000. Setiap bulan saya akan minta suami RM1500 untuk perbelanjaan rumah yang mana RM1000 untuk loan rumah, baki RM500 untuk berbelanjaan lain seperti bil api dan air, bas sekolah anak, duit mengaji dan sebagainya. Perbelanjaan makan minum dan belanja harian datang dari pendapatan saya.

Pertengahan bulan Julai tempohari suami telah jatoh motor dan patah kaki. Akibat itu suami diberi Mc yang panjang oleh pihak hospital. Sepanjang Mc nih pendapatan suami bergantong dari duit Perkes0.

Buat makluman semua, duit Perkes0 yang suami terima agak lewat terima. Jadi sepanjang tempoh tersebut saya laa yang berpenat lelah bekerja menanggung segala perbelanjaan rumah termasok lah kos2 dan bil rawatan suami sepanjang dia warded di hospital.

Saya berasa agak stress dan tertekan bila mana loan rumah tertunggak hampir 2 bulan. Saya risaukan sekiranya rumah yang kami duduki akan di lelong oleh pihak bank. Berkali2 saya bertanya pada suami sekiranya pihak Perkeso telah memasokkan duit tetapi tiada.

Sehingga laa pertengahan bulan Oktober saya mendapat tahu Perkeso sudah pon memasokkan duit ke acc suami tanpa saya mengetahuinya. Suami merahsiakan dari pengetahuan saya sepanjang tempoh tersebut.

Saya sangat kecewa dengan sikap suami bilamana saya mintak jumlah sepatotnye suami beri setiap bulan kepada saya untuk perbelanjaan rumah tetapi suami tidak mahu beri. Suami berkeras tidak mahu lagipun memberi jumlah tersebut dengan alasan loan rumah itu terlalu tinggi.

Dek kerana marah, saya telah mengusir suami keluar dari rumah kerana saya umpama menanggung biawak hidup selama 3 bulan kebelakangan ini.

Suami telah meninggalkan saya dan anak2 tanpa sebarang nafkah/duit belanja. Baru2 ini saya mendapat tahu suami sudah pon menyewa rumah lain.

Saya sangat terbeban. Dengan pendapatan RM1000 sebulan mana cukop untuk saya menanggung loan rumah, berbelanjaan harian dan berbelanja anak2. Suami sudah lepas tangan macam tu sahaja.

Mintak semua jangan kecam saya. Bagi laa semangat @ pandangan membina untuk saya terus tabah menjalani kehidupan ini bersama anak2 tanpa suami disisi.

Reaksi warganet

Luahan wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Abby Lyn –Sabar puan. Mungkin puan takda niat nak halau suami puan keluar tapi disebabkan perasaan marah, penat, stress dan dtipu puan pun tertipu dengan bisikan sayaaitonirajim…semoga puan terus sabar kuat dan banyak2 kan lah brdoa semoga urusan puan d permudahkan.

Rosnah Awang –14 tahun hidup bersama…suami sabar dengan kemahuan awak..hanya kerana 2@3 bulan pasal terus awak halau…dia boleh hidup tanpa awak Sb dia de duit ..PD saya awak ni yang membebankan dia..klu sampai setiap bulan tak boleh menabung untuk kecemasan seperti sekarang maka kesimpulannya.ukur baju di badan sendiri.

Armila Cawai –dah kau mengusir suami yang dulu sakit 3bulan patah kaki . sekarang nak merungut pula suami tinggalkan tanpa sesen nafkah 🤦 knp lahh suami kauu tak heret jea kaki dia yang patah tuu kerjaa jea selama 3bulan untuk backup smua duit belanja .. aku pun tak faham kes nie 🤔 gaji ciput duduk ruma sewa harga 1k sebulan .

Maizatu Izati –Utk loan rumah puan tu,puan pergi ke akpk,diorang akn bantu puan untuk mnguruskan kewangan puan,dan mereka akan ttapkan berapa yang puan mampu byr sebulan.. tapii,bukan slma2 nya,ada tempoh.. Dan akpk akn jumpa pihak puan dan pihak bank untuk runding… Search laman web untuk tau lebih lanjut..

Nora Sayaikin –Sepatutnya suami tak bleh nk rahsiakan daripada isteri sebab isteri Same2 membantu dlm kewangan keluarga.. Kat situ silap suami.. Knp perlu berahsia.. Saya kurang setuju sis halau suami.. Sis masih boleh berbincang dn sis kne pk gak kebaikan suami, sebelum terjadi kemalangan… tapi , manusia ni ada gak tahap kesabaran… Bila sampai tahap yang tak bleh nk pk lagipun, mulalh beremosi..

Zaila Zainal –Bayar pada bank apa yang ada. Jumpa pihak bank etakplain situasi & kata nak cuba keluarkan kwsp untuk bayar beberapa jumlah yang boleh. Utk si suami anda doa agar di lembuntukan hati untuk kembali pada anda dan anak-anak. Apa2 pun cuba settlekan hal bank dan rumah dulu perkara ni tak boleh di biar saja.

Sayaafina Fina –Tu la sllu dgr orang ckp, lelaki diuji bila berharta. Kalau dia serabut, tgok awak susah payah tanggung semuanya sorang2 masa dia tgh sakit, dia tak patut rahsiakan dan tu tanggungjawab dia untuk sediakan tempat tinggal untuk anak dan isteri. Nafkah. Dah dapat duit, kelabu mata, mula la lupa jasa isteri padahal baru bbrpa bulan, cpt sangat berubah. Tgok la esok duit habis, siapa dia cari.

Cik Puan Julieta –Gaji suami 2k. Bagi puan 1.5k, tinggal berapa jer untuk suami. Nampak macam puan control duit suami disitu, mgkin sbb tu kot suami berkira kira. Ntah ntah puan yang paksa suami ambik rumah mahal ? Yer tak. Bila jadi macamni suami tak mmpu nak byr, puan salahkan suami…

Sebb tu komunikasi tu penting, jangan beli sesuatu diluar kemampuan suami..

Bayar rumah sampai 1k. Sepatutnya ambik rumah yang kurang bayaran blnan bawah padaa 1k. Orang kata ukur bju dibdn sendiri. Sekarang ni puan jual jer rumah tu. Nanti ada rezeki beli rumah lain. Ikut kemmpuan suami…. Suami d timpa musibah puan halau lagipunlah berd0sa…

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *