Tak rela bermadu. Ptugas pjbt agama nikahi janda yg dilepaskan suami utk nikahi kekasih baru

Menerusi laman FB Kisah Rumah Tangga, seorang petugas jabatan agama berkongsi kisahnya menikahi seorang wanita yang pernah hadir bersama bekas suaminya atas urusan pencerraian di pejabatnya.

Perkongsian yang mendapat sehingga 30k Likes dan 3k Share setakat artikel ini ditulis mendapat reaksi positif dari pembaca. Ikuti perkongsian lelaki ini dibawah.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Hide ye profile saya. Terlebih dahulu saya perkenalkan, nama saya K seorang petugas pejabat agama. Semasa diawal pembabitan dalam bidang ini, saya ada mengendalikan satu kes seorng suami yang hendak mencerraikan isteri kerana ada kekasih baru.

Sewaktu mereka hadir kerana urusan perpisahan, saya lihat wajah isteri, orangnya biasa saje, kulit sedang2, wajah manis dan saya sebagai lelaki merasa sejuk mata dan hati saat memandang.

Terus terdetik dlm hati Allah berd0sanya saya kerana memandang wanita yang masih bergelar isteri. Sewaktu sahabat saya bertanya isterinya “Puan rela dimadukan?”. Dia diam.

Lama baru di jawab.

“Begini lah ustazah, saya tidak mampu berkongsi, saya tidak kuat untuk bersabar kelak, jadi saya pilih dilepaskan agar suami bahagia seperti yang dia kehendaki”.

Saya pula bertanya suami.

“Adakah Encik tidak mahu perbaiki hubungan ini?, encik punya anak2 yang comel, anak bongsu encik baru saja melihat dunia, isteri yang setia, apa lagi yang encik mahukan?”.

Dengan bangganya suami menjawab.

“Dia tidak mampu lagi memberi apa yang saya mahu, sibuk dengan anak2, sibuk nak berniaga, layanan juga hambar, saya lelaki, saya masih punya nfsu, dan dia tak mampu penuhi”.

Setelah melalui beberapa proses, mereka berpisah secara baik, 3 orang anak dibawah jagaan isteri dan bekas suami perlu memberi nafkah rm600 sebulan kpd anak2.

Beberapa bulan berlalu, saya terjumpa wanita itu semula di sebuah sek agama bersama anak sulongnya.

Saya menegur wanita itu, saya kagum melihat dia yang begitu tenang, wajah yang lebih ceria, dan saya akui saya suka dengan wanita itu. Pada awalnya, saya mendapat tahu wanita itu menjual makanan dan kuih muih, dalam masa yang sama menerima tempahan makanan.

Saya mengambil peluang menempah makanan untuk majlis di office dan keramaian. Bermula dari itu kami sering berhubung.

Setelah 6 bulan kami mengenali, saya menyuarakan hasrat untuk menjadikan surihati saya. Wanita itu menolak dengan baik dengan alasan dia janda dan berusia dari saya. Saya yakinakan dia bahawa Allah sudah menetapkan jodoh saya dengan wanita berusia malah diberi hadiah anak2 segera.

Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Keluarga saya menerima isteri dan anak2 tiri saya dengan baik.

Sepanjang tempoh kami berumah tangga, jujur saya akui, saya tidak salah memilih wanita beranak 3 menjadi isteri saya. Sentiasa menenangkan saya dalam segala hal, seorang yang matang dan berfikiran terbuka.

Perkara yang paling saya kagum, bile anak2 bertanya tentang ayah mereka, isteri tetap menceritakan yang baik2. Walaupun anak2 tinggal bersama saya dan isteri, anak2 cukup menghormati saya, malah anak yang kecil berusia setahun lebih sangat manja dengan saya. Anak sulong yang berusia 7 tahun selalu berkongsi cerita dengan saya.

Disini saya merasakan kasih syang mereka dan menjadikan saya sebahagian penting dalam kehidupan mereka.

Mengenai bekas suami, ya dia bernikah dengan wanita idaman tapi perkahwinan mereka tidak bertahan lama. Masih berhubung dengan isteri saya, bertanyakan hal anak2 dan menjalanakan tanggungjawab sebagai bapa. Setiap bulan bapa mereka datang mengambil anak2 untuk bermalam dan berjalan2.

Disini ingin saya kongsi dari hati seorang lelaki dan suami, hargai lah wanita dalam kehidupan anda, saat hatinya dah berpaling maka tiada lagi peluang untuk anda.

Buat isteri tercinta, terima kasih kerana sudi beri peluang pada saya untuk menjadi imam kepada keluarga kita, terima kasih kerana sudi menerima ‘budak’ ini menjadi suami awak. Buat anak2 abah, terima kasih kerana sudi menyayangi abah dan menjadikan abah orang penting dlm kehidupan kamu semua.

Terima kasih ya Allah kerana menjodohkan wanita hebat ini dengan hambamu yang serba kekurangan ini. Semoga ikatan kami berkekalan dibawah rahmatMu dan sentiasa berkasih sayang hgga ke akhir hayat.

Perkongsian lelaki ini mendapat reaksi positif dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Kekaboo Jengka Marlina –Ini yang dinamakan bernikah kerana Allah, bukan nafsu semata2. Alhamdulillah, tahniah pada pencerita, anda telah memuliakan seorang janda beranak 3 untuk dijadikan surirumahtangga yang halal. Semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat. Aaminn.

Nor Salleh –Alhamdulillah. Syukur pada Allah krne msih ada hambaNya yang berhati mulia dan ikhlas sperti awak. Bertuah sungguh istri awak. Memang betul jnji Allah, Dia ambil sesuatu yang kite sayang kerana nak gantikn dengan yang lbh baek. Semoga Allah membalas dengan balasan yang setimpal.. Aaminn..

Siti Muna Saidin –Menangis saya baca. Hebat dan kuatnya seorng wanita hingga wanita pun tak pernah tahu dia begitu hebat. Tahniah encik awak mendapat syurga dunia. Insyaallah semoga berkekalan hingga kesyurga sna.

Aineiy Ismail –Terharu baca cerita ni. Tahniah Dan alhamdulillah. Memilih kaca Dan melepaskan permata mungkin kesilapan dalam hidup lelaki yang tidak menghargai wanita penting dalam hidup mereka.

Rohaidah Abdullah –Alhamdulillah. Sebak baca. Terima kasih kerana menghargai seorang wanita yang pernah bergelar janda. Situasi agak dekat dengan sis. Sis juga pernah janda anak 2 dan bernikah semula dengan lelaki bujang. Jodoh ditangan Allah, semoga kekal bahagia hingga ke jannah dengan zuriat2 yang soleh dan solehah…. Aamiinn…

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *