“Terasa angin masuk dr belakang”. Nurse ‘diikuti’ slps tali di pinggang jnazah wanita dipotong

Tular baru baru ini, perkongsian dari Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin yang telah melakukan rawatan kepada sorang nurse yang terkena gangguan makhluk halus ketika menguruskan jnazah pesakit wanita di hospital.

Menurutnya, semuanya bermula setelah tali tangkal di pinggang jnazah dipotong oleh nurse terbabit. Ikuti perkongsiannya dibawah.

HARI ini merawat seorang jururawat yang terkena gangguan. Balik dari kerja minggu lepas, tiba-tiba perut beliau kembung, sendawa, sakit kepala. Buat pemeriksaan, doktor hanya mengesahkan angin gstrik sahaja. Tekanan drah semuanya normal, kencing manis semuanya tiada apa masalah.

Tetapi apabila balik ke rumah, kepala menjadi berat. Masuk waktu asar, berdebar-debar gelisah tanpa sebab. Masuk waktu maghrib, mata jadi mengantuk sangat-sangat. Masuk waktu maghrib mesti nak tidur.

Di tengah malam pula susah nak tidur. Seolah-olah diperhatikan seseorang. Belakang kepala tengkuk belikat rasa berat, lenguh, rasa sakit. Disebabkan ia berlarutan sehingga seminggu, rawatan di hospital tiada perubahan, atas nasihat kawan-kawan, beliau datang untuk mendapatkan rawatan.

Sebelum ini beliau kurang percaya tentang masalah gangguan makhluk halus ini. Ketika datang berjumpa dengan saya, badannya lemah sangat-sangat. Kata beliau nak makan jadi macam tersangkut, tercekik, tersedak. Ada masanya susah nak bernafas. Bila masuk makanan, nak muntah balik.

Disebabkan itu beliau menjadi stress. Di tempat kerja pula kerap sakit-sakit sendi di seluruh badannya. Bila saya ruqyah beliau, ternyata ada gangguan dalam badan. Beliau menjerit sekuat hati ketika diruqyah dengan ayat suci Al-Quran.

Bila ditanya dari mana ia datang, terus beliau menjawab,

“Aku ikut dia selepas dipotong tali di pinggang tuan aku.”

Saya: “Tali apa?!”

Pesakit: “Tali yang dipakai tuan aku sekian lama. Tuan aku tak pernah buka tali yang dipakai di pinggangnya sejak tuan aku mengambil aku dulu.”

Tanpa membuang masa, saya sambung ruqyah. Dengan Izin Allah, Alhamdulillah dapat keluarkan jin yang menumpang itu. Bila beliau sedar, saya tanya beliau, ada tak puan buka tali tangkal dari pesakit?

Ya, memang ada. Di wad yang beliau jaga, setiap kali pesakit mennggal dunia, adalah tugas beliau untuk mengemaskan apa yang ada pada badan jnazah.

Memang minggu lepas ada seorang jnazah wanita sakit tua mennggal dunia. Memang dia ada pakai tangkal hitam diikat di pinggangnya. Seperti biasa, beliau akan memotong tangkal tersebut sama ada i tangan atau tempat lain, memang beliau akan potong dengan tujuan untuk mengemaskan jnazah.

Memang beliau teringat, ketika dia memotong tali tersebut, seolah-olah ada rasa angin masuk dari belakang beliau. Sejak dari itulah beliau kerap sakit badan. Bila masuk waktu malam dia sukar tidur, kerap mimpi budak, mimpi dikejar orang, mimpi tempat kotor, mimpi seseorang yang tidak dikenali nak bagi sesuatu, mimpi ular dan macam-macam lagi mimpi yang menakutkan.

Syukur Alhamdulillah selepas rawatan, beliau ada menghubungi saya dan beritahu keadaannya yang semakin sembuh. Tiada lagi sakit-sakit badan seperti sebelum ini.

Jika anda (terutamanya jururawat atau kakitangan hospital) sesuatu seperti tangkal pada jnazah yang mesti dipotong, caranya mudah sahaja. Sebelum potong tangkal tersebut, pegang tali tangkal itu lalu bacakan:

Al-Fatihah 3 kali.

Al Ikhlas 7 kali.

Ayat Qursi 3 kali.

Selawat 3 kali.

Kemudian mohon kepada Allah agar dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini. InshaAllah dengan izin Allah akan dilindungi Allah dan terhindar dari gangguan makhluk halus. Moga dijauhkan ia berlaku pada diri dan keluarga kita. Aamiin.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin

Usahlah kita melakukan sebarang amalan dan perbuatan yang terpesong dari ajaran agama. Sesungguhnya Allah itu hanyalah satu. Kembalilah beriman dan bertakwa kepadaNya. Moga kita dijauhkan dari segala dugaan dan g0daan sya1tan.

Yang buruk itu kita jadikan sempadan. Kongsikan, moga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *