“Terasa spt diggit”. Terkjut tgk mukanya. Mata ke atas, bdannya kejang. Trus jerit skuat hati panggil suami

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Artikel yang ingin saya kongsikan ini bukanlah satu pergolakkan dalam rumah tangga tetapi satu perkongsian yang mungkin boleh jadi panduan kepada para ibu bapa atau sesiapa sahaja supaya tidak ‘panic’ jika berada didalam situasi ini.

Tiba-tiba demam

1-2 Ogos adalah satu malam yang amat panjang untuk saya sekeluarga. Malam yang tidak sanggup kami lalui lagi kerana setiap saat hanya berhujan dengan deraian air mata. Mengharap doa dimakbulkan kerana sedar diri ini tidak terlalu sempurna disisiNya… Allahu Akbar.

Ia bermula pada petang Rabu. Mahsuri tiba-tiba demam tetapi tidak terlalu panas. Dia aktif seperti biasa. Saya hanya memberi ubat demam kepadanya dan seperti selalu membawa dia berniaga.

Di tempat niaga, dia juga aktif. Makan apa yang ingin dia makan dan main apa yang dia ingin main. Saya tidak terlalu risau memandangkan setiap kali Mahsuri demam ianya tidak akan lama, sehari dua ia akan ‘kebah’.

Habis niaga, jam 11 malam kami sampai dirumah. Mahsuri masih demam. Rutin harian saya, setelah sampai dirumah saya pasti akan mandikan Mahsuri apatah lagi jika dia tidak sihat. Saya pasti akan mandikannya berkali-kali dalam satu malam. Tetapi tidak pada hari ini, mungkin kerana pada waktu itu saya terlalu penat tambahan pula dia nyenyak tidur, maka saya tangguhkan untuk esok pagi.

Entah kenapa, malam tu saya rasa tidak sedap hati untuk tidur didalam bilik. Saya bawa Mahsuri tidur diruang tamu. Dia sedar dan minta makan. Kebetulan abangnya juga sedang makan. Setelah beberapa suap Mahsuri makan, dia minta untuk menonton ABC Song (youtube). Dia juga aktif seperti biasa.

Terasa seperti digigit

Jam 2 pagi… Semuanya bermula disini. Saya terbangun dari tidur kerana rasa seperti digigit (Mahsuri breast feeding). Selalunya dia tidak pernah menggigit. Saya alihkan mukanya dan betapa terkejutnya saya bila dapati matanya telah keatas dan seluruh badanya kejang.

Saya menjerit sekuat hati memanggil suami yang tidur dibilik. Nasib baik menyebelahi saya kerana memilih tidur diruang tamu kerana terang. Jika saya tidur di bilik pasti tidak nampak keadaan Mahsuri kerana gelap. Suami bergegas bangun dan mendakap Mahsuri.

Alhamdulillah badannya kembali lembut dan matanya kembali normal. Tetapi ianya bertahan selama beberapa minit sahaja, badannya yang lemah tadi tiba-tiba menggigil dan dia mengetap giginya.

Tanpa berlengah lagi, kami terus membawanya ke hospital. Sewaktu di dalam kereta, saya lihat bibirnya biru dan matanya sudah tertutup, badannya juga sudah terkulai. Ya Allah…

Mulutnya terkatup rapat

Pada waktu itu hanya tuhan sahaja tahu perasaan kami. Tanpa berlengah lagi, saya mencengkam mulutnya yang terkatup rapat dengan kuat dan memasukkan jari terlunjuk saya bagi membantu Mahsuri bernafas. Terbukanya mulut Mahsuri, banyak air liur yang berbuih keluar mengalir. Mahsuri kembali kejang.

Walaupun bergitu kami lega kerana Mahsuri masih bersama kami. Dalam perjalanan kami tempuhi satu sekatan jalan anggota PDRM. Suami sedaya upaya bunyikan ‘hon’ banyak kali sambil kami menjerit

“Tolong tuan… Anak saya sawan…”

Berkali-kali supaya kereta dihadapan ketepi untuk memberi laluan kepada kami.

Alhamdulillah PDRM telah memberi kerjasama yang baik dan amat kami hargainya. Sepanjang jalan, pada tiap kali Mahsuri berhenti menggigit dan terkulai, saya akan menggoncang tubuhnya sekuat hati sambil memanggil namanya berharap dia ‘respon’.

“Sayang… gigit mama sayang… Jangan berhenti… Gigit kuat-kuat”

Syahadah tidak henti dibisikkan

Setiap kali Mahsuri sedar dia akan kembali kejang dan bergetar. Surah Al Fatihah tidak berhenti berkumandang dari mulut suami. Kalimah sayaahadah juga tidak berhenti saya bisikkan ketelinganya.

Pagi itu terasa perjalanan kami ke hospital sangatlah jauh walaupun jalan raya lengang. Saya tidak tahu berapa lajunya suami saya memandu namun saya masih berasa kereta itu bergerak amat perlahan sehingga saya memaksa suami memandu dengan lebih laju.

Suami mengigil teruk.

Setibanya di hospital (HTJ Seremban), Mahsuri disambut oleh beberapa orang pegawai perubatan dan terus ke zon merah. Letak sahaja Mahsuri dikatil, jari saya segera dilepaskan oleh doktor dari mulut Mahsuri. Luluhnya hati seorang ibu melihat anaknya dalam keadaan bergitu.

Saya tidak pernah melihat suami saya menggigil seteruk itu. Kasihnya seorang bapa. Melihat keadaan kami yang tidak tenang. Doktor meminta kami bertenang dan menunggu diluar sementara mereka memberi rawatan kepada Mahsuri. Kami akur.

Sepanjang masa kami berdoa mohon kepada Allah Swt agar diberi kesempatan kepada kami menjaga Mahsuri lagi.

Berapa minit kemudian, kami dipanggil untuk menceritakan pada awal Mahsuri demam sehinggalah Mahsuri mendapat sawan demam atau dikenali sebagai Febrile Seizure. Saya merenung Mahsuri yang tidak sedarkan diri. Tubuh kecil itu bergetar dan matanya pejam kemas. Saya mengusap lembut kepalanya.

” Auciii… Auciii sakit ya… Mama baba ada Sayang…”

Saya bisikkan ketelinganya dengan lembut.

Kembali tenang

1 jam lebih di ’emergency room’, Mahsuri kembali tenang. Tubuhnya tidak lagi bergetar. Doktor mengatakan dia sedang berehat. Mahsuri ditolak ke ‘ward’ untuk rawatan selanjutnya. Semasa menunggu Mahsuri sedar saya didedahkan oleh pegawai perubatan mengenai sawan demam. Apa itu sawan demam.

Apabila suami ‘up status’ di FB mohon kawan2 bantu mendoakan Mahsuri, rupanya ramai para kenalan mengalami nasib yang sama dengan kami. Ada juga yang tidak berpengalaman bertanya bagaimana ia menyerang, tanda-tanda sebelum ia menyerang dan bagaimana cara untuk merawatnya sementara ke hospital. Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak keterangan doktor kepada saya.

Apa itu #Sawan_Demam_(Febrile_Seizure)

Ianya disebbkan oleh demam panas d kalangan bayi atau kanak2 kecil yang normal. Berbeza dengan #Sawan_Babi_(Ep1lepsi) ianya adalah sawan yang berulang2 tanpa disebbkan oleh demam. 2.5% daripada kanak2 normal boleh menghidap sawan demam.

Tanda-tandanya…

Apa yang harus dilakukan…?

1. Ibu dan ayah perlu bertenang.

2. Iringkan anak kesisi badan (mengiring ke kiri).

3. Rendahkan kepalanya agar cecair yang ada dalam mulut mengalir keluar.

4. Jika anak mengetap gigi, jangan masukkan sesuatu objek atau jari kedalam mulut anak bimbang akan tercekik atau tercucuk.

5. Lap seluruh badan menggunakan air paip bukan air sejuk bagi mengawal panas badan.

6. Jika sawan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dbur perlu diberi dan segeralah bawa ke hospital.

Jika demam berpanjangan.

Berikan ubat2an seperti paracetam0l atau ibupr0fen utk menurunkan demam. Mandi atau lap badan dengan air paip bukan air sejuk sekerap yang boleh. Bagi anak minum air sejuk, ini dpt membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hdrasi.

Alhamdulillah… 2 Ogos… Jam 9 pagi Mahsuri sedar dari tidur, ayat pertama keluar dari mulutnya adalah…

“Hai… Hello mama…”

Sambil melambai tanganya… Ya Allah… Leganya hati saya… Terima kasih Allah kerana meminjamkan Mahsuri kepada kami dan memberi kesempatan kami menjaganya lagi.

Reaksi warganet

Perkongsian wanita mendapat reaksi pelbagai dari warganet. Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman saat menghadapi situasi yang sama. Lihat apa kata mereka.

Ziey Razlan –Sebak saya bace. 6 tahun lepas anak sulong saya terkena demam pnas seawal 7 bulan. Kesan daripada itu anak saya tidak dapat bercakap dengan sempurna dan tidak dapat faham arahan atau percakapan kita dengan baik.

Salwa Md Hassan –Saya dan suami pon pernah merasa detik cemas ni. Hanya tuhan yang tahu betapa panik, takut sedih. Sekarang ni kalau anak demam memang pantau suhu betol2 dan bagi ubat cepat2.

Farin Ahmad –Aku pernah dapat kes warga asing. Suhu 41 darjah Celcius . Sentuh tangann dia pun aku terasa panas sangat. Nak tulis surat rujukan ke hospital, dia tak nak.

‘Jangan abang, duit tarak. Mahal sana wad duduk. Abang kasi ubat, saya makan, rumah duduk, rehat. Wad masuk, duit tarak, kirja boss potong gaji. Abang kasi ubat baik, kasi cepat baik….” Serba salah aku.

Martini Chayy –Sebak baca confession Puan. Saya kalau anak demam sedikit memang tak tidur malam, sebab takut kalau-kalau terlelap tak sedar apa jadi dekat anak. Tambahan pula anak saya demam setiap bulan dan t0nsil dia bengkak setiap bulan, memang klinik dan hospital menjadi rumah kedua kami.

Pukul 2,3 pagi pun kalau anak saya terlalu panas, dah jerlum beberapa kali pun tak turun suhu badan, saya dan suami akan hantar pergi hospital, terus admit malam tu juga.

Ada jugak lah yang mengecam kata saya dan suami anak sakit sikit pun pergi hospital. Gelabah tak bertempat. Peristiwa macam ni lah yang paling saya dan suami elakkan, sebab selalu tengok anak kenalan kami kena macam ni.

Sharipa Iliyas –Kami dah alami kejadian yang serupa. Anak bongsu lelaki umur 1 thn lebih masa tu..

Hari sabtu, 2016. Suami kerja, anak saya demam pagi tu. Aktif orangnya walau demam panas tinggi 39 darjah Celcius. Saya bagi ubat demam pukul 10 pagi. Lagi 6 jam (4 petang) baru bagi lagi.

Petang tu saya tertidur sebelah buaian sebab malamnya berjaga. Dia tidur buai. Kakak dia yang jaga dia. Tiba2 kakak dia kejut saya suruh tengok adik. Terkejut tengok, anak kejang kaki tangan mata ke atas.. (pukul 3 petang.. hanya 1 jam lagi tuk dos ubat demam seterusnya).

Terus saya angkat dia dari buai, pergi basahkan kepala dan ambilkan ubat bontot lepas dia hilang kejang tu bukak baju semua masukkan ubat dan bawa dia mandi. Memang anak lembik masa tu. Nangis. call suami ( sib baik tempat kerja dekat) terus bwk emergency dengann kain basah tak berbaju hanya pampers.

Doktor tahan wad.. Alhamdulillah tiada sawan lanjutan. Dan anak sampai hospital pun dah aktif blik. Tahan seari aje. Dibenarkan balik kerana dia aktif tak macam budak kena sawan..

Doktor bagitau, ada tindakan saya yang betul. Saya cepat2 basuh kepala dan mandi dia yang panas. Ubat bontot sentiasa ada di rumah. Dan bawa ke hospital. Dia ajarkan juga, baringkan mengering belah kiri supaya anak tak tergigit lidah dan tercekik air liur sendiri..

Dan kena hati2 sehingga dia berumur 6 tahun potensi berulang lagi sawan panas adalah tinggi. Yea sehingga sekarang anak dah 4 tahun masih kena jaga2. Dan kalau dia demam dalam masa sekejap panas leh naik dr 37 darjah Celcius ke 39 darjah Celcius. Selagi tak ke emergency ambil antibi0tik memang payah turun..

Sumber – Mama Mahsuri (Bukan nama sebenar) via iiumc

Untuk ibu bapa jika anak anak kecil mengalami masalah kesihatan, cepat2 lah terus berjumpa doktor. Pentingnya juga mengetahui langkah awal yang perlu dilakukan sebelum sampai ke klinik/hospital. Semoga anak anak kita dilindungi. Amin

Semoga memberi pengajaran buat kita. Kongsikan, moga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *