“Awas Perangkap Dasim”. Tgk muka pasangan rasa meluat, tapi dlm hati rasa sayang. Bila berjauhan rasa rindu

Foto sekadar hiasan. Rumah tangga bahagia menjadi idaman kepada setiap pasangan yang telah berkahwin dan bekeluarga. Namun dimanakah silapnya, walaupun tanpa kehadiran orang ketiga, mahligai yang dibina tetap bergolak saat ditimpa dugaan.

Jika ada pasangan yang sentiasa berasa tidak kena dalam rumah tangga mereka tanpa sebab sebab yang munasabah, mudah marah dan lebih teruk apabila timbul prasangka buruk sehingga timbul perasaan benci, mungkin inilah punca sebenarnya.

Tular di laman sosial, menurut sumber perkongsian yang dipetik dari Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group memberi peringatan tentang Dasim. Ikuti perkongsiannya dibawah

Awas Perangkap Dasim!.

Perasan tak dalam rumahtangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh jadi isu besar.

Bila tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/ sya1tan penghasut yang bernama “Dasim”.

Perlu Tahu Mengenai “Dasim”

1. Dasim adalah ibl1s yang tak suka suami isteri dan keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat em0si yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.

2. Selalunya kes rumahtangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan. Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!

3. Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras.

Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.

4. Dasim suka menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami em0si tidak menentu.

5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab.

Pergaduhan dan perselisihan didalam rumahtangga memang hasutan dan kerja sya1tan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.

6 Tip Elakkan Hasutan Dasim

1. Bila tengah marah pada pasangan MENGUCAP DAN BERISTIFAR banyak-banyak, tarik nafas dan cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dengan air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat.

2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri.

3. Amalkan makan dan solat jemaah bersama-sama, BACA DOA SAMA- SAMA.

4. Ramai tak sedar benda ni. Bilik kosong yang dibiar lama, tambah-tambah yang ada katil dan selimut akan buatkan ibl1s menumpang dalam selimut.

Foto hiasan

Sebab tu Rasullah juga pernah berpesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur dan kerapkan juga solat serta berzikir di dalam bilik-bilik yang tak berpenghuni tu.

Buka pintu, biar bila azan/ zikir/ mengaji Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong tu.

5. Jangan lupa memberi salam setiap kali masuk ke rumah, walaupun tiada orang didalam rumah. Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya didalam rumahtangga.

6. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam jumaat dan kalau nak lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun ok. Biar ayat-ayat suci berkumandang dalam rumah kita!

Ibl1s dan sya1tan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yang dibina tu hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekek lolong! kalau kita bercerrai-berai dia akan berpesta gembira!

Selamatkanlah rumahtangga kita, semoga dijauhkan daripada g0daan sya1tan dan ibl1s. Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah! Amin.

Kredit : Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group

Moga rumahtangga dan keluarga kita dilindungi dari sebarang g0daan dan dugaan. Yang baik itu kita jadikan tauladan. Yang buruk itu kita jadikan sempadan.

Kongsikan. Moga bermanfaat buat kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *