“Hari kemtian Madiha”. Madiha melutut mencium kaki kami. Basit hilang mencari air Coke. Masa Madiha sudah tiba

Foto sekadar hiasan. Kisah Pemergian Menantu Terhebat yang dikongsikan Cikgu Norlia di laman IIUMC suatu ketika dulu ternyata membuatkan ramai pembaca sebak.

Kami sendiri akui, kisah yang dikongsikannya ini sangat memilukan. Setiap baris penceritaan dari Cikgu Norlia memang rapi hinggakan kita merasakan diri kita dekat dan berada bersama di tempat mereka.

Buat yang masih belum atau ingin membaca perkongsian awalnya, boleh klik link dibawah.

“Permergian menantu terhebat”. Kandungan ‘disedut’. Rupanya janin kembar. Akhirnya Madiha ‘pergi’ kerana barah

Ikuti perkongsian Cikgu Norlia, Hari Kemtian Madiha

Assalamualaikum. Saya Cikgu Norlia. Saya menghantar satu perkongsian pada minggu sudah mengenai menantu saya, Madiha.

Sebenarnya, saya tidak tahu bahawa perkongsian itu sudah pun disiarkan kerana saya tidak bermain Facebook sejak beberapa hari lalu. Saya menjaga anak sulung saya dalam tempoh akhir-akhir berpantang anak kedua.

Suami saya yang beritahu, perkongsian itu sudah disiarkan. Dia sudah kongsikan di Fcebook kami. Saya dan suami kongsi Fcebook, sebab saya malas nak ada akaun sendiri. Sudahnya, saya tumpang nama saya kat FB suami. Saya nak baca perkongsian saya, tapi suami bersungguh-sungguh halang.

Luluh hati baca komen diperkongsian pertama

Selepas saya baca perkongsian itu di FB suami, saya baca komen-komen dari rakan-rakan. Luluh hati saya, niat saya untuk kongsi tentang kebaikan Madiha. Sebaliknya, rakan-rakan tuduh saya jadikan Madiha persis orang gaji di rumah.

Sebak hati saya bila dituduh begitu. Tapi tak mengapa, saya tidak akan ambil pusing kata-kata orang. Suami dan anak-anak saya kenal saya siapa. Lebih penting, macam mana pun pandangan manusia terhadap saya, Allah sahaja Maha Mengetahui hati seorang hamba-Nya.

Saya tidak mahu ceritakan tentang saya dan Madiha. Perkongsian ini saya mahu ceritakan tentang apa yang berlaku pada hari kemtian Madiha.

Ramai kawan-kawan saya dan suami yang berikan komen, mahu tahu apa yang berlaku pada hari itu. Bagaimana dengan Basit pada hari itu dan bagaimana penerimaan Basit. Berat hati saya mahu menjawab permintaan kawan-kawan. mereka sungguh-sungguh tanya saya mengenai itu.

3 hari sebelum ‘pemergian’ Madiha

Saya akan ceritakan di sini, situasi hari itu. Hari kami kehilangan Madiha. Cerita saya ni hasil perbualan saya dengan Basit selepas perkongsian pertama dikeluarkan.

Basit tidak ada Facebook, hanya ada Istagram. saya pun tak arif lah, benda-benda budak zaman sekarang. Jadinya, dia tak tahu tentang perkongsian pertama saya, sehinggalaha saya tunjuk dan ceritakan kepadanya. Sesudah itu, saya ambil Keputusan untuk kongsikan cerita ini pula.

3 hari sebelum pemergian Madiha, tengah hari itu, dia ceritakan kisah mimpinya. Masa tu dia kelihatan sangat berseri, segar sungguh. Petang tu suami saya balik, bawa pakaian kotor kami untuk cuci. Saya dan anak bongsu saya temankan Madiha di hospital. Hospital tempat Madiha berubat di Kuala Lumpur, rumah saya dan suami di Negeri Sembilan. Basit pula kerja.

Malam tu dalam pukul 1 pagi, ada 2 orang jururawat masuk ke bilik kami sambil menyorong satu alat. Saya tak tahu lah mesin apa. Lepas itu, ada seorang doktor masuk beritau kepada saya, Madiha perlu di X-Ray.

Dia minta saya dan anak bongsu saya duduk jauh dari katil itu kerana tak mahu terkena rad1asi. Saya dan anak bongsu keluar dari bilik Madiha. Masa nak berkalan keluar, nak sarung selipar, Madiha panggil perlahan.

Suspek ada jangkitan kuman

“Mak,” tanggannya melambai lemah kepada saya, tidak mahu saya pergi. Di luar, saya termenung, Saya tengok Madiha berbeza sekali keadaannya dengan waktu siang tadi. Malam itu dia nampak sangat lemah, bercakap pun tak kuat suaranya. Mungkin dia penat, sebab petang tu dia tidak tidur.

Beberapa minit lepas tu, saya nampak doktor keluar dari bilik Madiha, kata dia, mereka suspek Madiha ada jangkitan kuman. Tapi masih tak pasti sebab kena mohon nak buat scan esk pagi. Lepas tu kena rujuk pegawai farmasi, mungkin kena tukar ubat lain kalau betul ada jangkitan kuman.

Saya terus telefon Basit maklumkan perkara itu. Saya tahu Basit jadi tak keruan, esoknya selepas tamat shif, dia minta cuti 4 hari untuk jaga Madiha di hospital. Dua hari sebelum Madiha pergi, dia jadi sungguh tak bermaya, lembik.

Mahu makan pizza

Mungkin ubat kim0terapi masih menyerang dirinya. Dia makan sikit sahaja. Petang tu dia minta kepada suami saya, belikan di pizza. Dia mahu makan pizza.

Suami saya pergi cari pizza untuk dia makan. Basit suapkan pizza, semulut sahaja dia makan, lepas tu dia tidur. Maghrib tu, dia jadi tak sedar. Seorang doktor masuk check, lepas tu doktor panggil lagi seorang doktor check, sudahnya, ada 4 orang doktor keliling katil tu. Saya, suami dan anak keluar dari bilik Madiha. Hanya Basit kami tinggalkan di dalam.

Dekat setengah jam, semua jururawat dan doktor keluar. Basit keluar tak lama lepas tu, kata Basit, dia sudah menghubungi keluarga Madiha di kampung. Mereka akan usaha untuk pulang segera.

Keluarga Madiha bertolak ke KL

Cuma, masalahnya, ayah Madiha mungkin tidak bleh tinggalkan kerjanya, tiada yang ganti. Suami saya segera kirimkan wang minyak untuk keluarga Madiha bertolak dari Terengganu ke Kuala Lumpur.

Kami berdoa malam itu, supaya mereka sampai dengan selamat, kerana kereta ayah Madiha sedikit uzur. Kami takut mereka terhenti di tengah perjalanan. Satu jam sekali, suami saya hubungi ibu Madiha untuk pastikan mereka baik-baik sahaja.

Malam tu sampai ke Subuh saya tak boleh tidur. Saya urut mesra tangan dan kaki Madiha. Si Basit pula tidur sekatil dengan Madiha malam tu. Dia pluk erat isterinya. Suami saya pula tidak boleh toleh muka Basit dan menantunya. Air matanya mengalir. Selalu saya tanya, kenapa Abang menangis? Dia sedih, dia tidak mahu anak dan menantunya rasa ujian seberat itu.

Tapi apa kan daya dia, dia hanya mampu melihat. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya lebih tersksa tengok anak menantu saya begitu, tapi saya perlu kuat. Bukan sahaja untuk Basit dan Madiha, untuk suami saya juga. Jika saya lemah, saya tidak tahu bagaimana kami akan dapat jalani ujian itu.

Madiha ingin makan tomyam

Pukul 9 pagi, keluarga Madiha tiba di hospital. Madiha masih tidur. Lepas sarapan, kami naik ke bilik, Madiha sudah terjaga. Dia baru sahaja mandi dan makan pagi bersama Basit di bilik. Dia sangat gembira melihat ibu bapanya datang dari kampung. Dia bersungguh-sungguh kata kepada suami saya, boleh tak kalau kita makan besar hari ni. Suami saya kata, boleh. Madiha nak makan apa?

Madiha jawab, nak makan tomyam. Saya pun tanpa melengah, bawa balik besan saya ke Seremban. Kami nak masak tomyam di rumah, dan bawakan kepada Madiha petang itu. Suami saya setuju. Kami tinggalkan Madiha dengan Basit sahaja di bilik.

Lepas Asar, kami bertolak ke hospital dan makan bersama. Semua orang dapat makan tomyam masakan ibu Madiha. Saya sengaja minta dia masak lebih. Kami berikan sikit kepada bilik-bilik lain dan mereka yang tengah bertugas. Madiha gembira sungguh dapat makan bersama, tengok tv bersama dengan semua orang. Tak habis-habis dia asyik ulang,

“Sukonyo hari ni dih, semua ada” kata dia.

Sayu hati saya dengar kata-kata Madiha. Malam tu Madiha mntah. Doktor masuk sekali lagi ke bilik untuk lihat keadaan Madiha. Masa tu sekitar jam 11 malam. Saya dan suami ambil keputusan untuk bawa balik keluarga Madiha ke rumah kami terlebih dahulu dan datang semula selepas Subuh. Mereka setuju.

Madiha dipindahkan ke HKL

Malam tu, saya telefon Basit, tak berangkat. Sampai lah pukul 4 pagi, Basit telefon semula. Katanya, Madiha baru habis diperiksa dan terpaksa di hantar ke HKL disebabkan ada alatan yang tidak dapat berfungsi waktu itu. Saya mengucap panjang, takut mendengarnya. Lepas Subuh, kami terus ke hospital.

Hari yang ini, hari yang dahsyat, kami tak pernah sangka, itu lah kali terakhir kami melawat Madiha di hospital. Masuk sahaja bilik, Madiha nampak sangat tak bermaya. Dia terbaring sambil memegang erat tangan Basit. Dia memandang sepi ke wajah ibu ayahnya. Lama pandangan itu. Perlahan-lahan saya nampak air mata Madiha turun.

Madiha minta Basit belikan Air Coke

Lepas itu dia panggil Basit, dia minta Basit belikan air Coca-Cola untuknya. Madiha sangat gemarkan air coke itu. Ketika dia masih sihat, ke mana sahaja kami pergi makan, Madiha mesti akan order air coke dan ais. Itu kegemaran dia. Air bergas lain, dia tidak minum, hanya Coca-Cola sahaja.

Semua tak bagi dia minum air tu, tapi Basit katam tak mengapa, dah lama Madiha tak minum. Beri sahaja. Seteguk cukup. Basit pun keluar dari bilik mencari air tu. Beberapa minit selepas Basit keluar, Madiha semakin melemah.

Dia minta ayahnya dan suami saya berdiri ditepinya. Dia minta dirinya untuk bangun bersandar. Di salam, dipeluk cium ayahnya. Dia memohon maaf kepada ayahnya dan suami saya. Suami saya teresak-esak menangis. Diusap kepala Madiha lembut,

Saya tak pernah menyangka suami saya begitu sedih daripada saya. Dia tidak henti-henti meminta Madiha untuk kuatkan semangat. Lepas tu, Madiha gagahkan diri, dia berpaut tangan suami saya dan ayahnya, mahu berdiri.

Madiha melutut, mencium kaki ibunya dan saya

Perlahan-lahan dia pergi kepada saya dan ibunya. Menangis saya melihat sendiri Madiha melutut dan mencium kaki ibu kandungnya. Ibunya menangis sambil memegang Madiha. Madiha kucup kaki ibunya, mencium ibunya, memeluk erat ibunya sambil memohn maaf dan ucap terima kasih. Saya memgang lembut Madiha, takut dia terbalik dan rebah.

Sesudah itu, Madiha mencium kaki saya. Diminta beribu ampun dan maaf kepada saya berulang-ulang kali. Saya menangis sepenuh hati, di tepi saya, suami memegang erat bahu saya. Dipeluk cium saya sepuasnya. Saya masih ingat kata-kata terakhir Madiha waktu itu,

“Mak, tanpa Mak, tanpa Baba, Basit tidak akan ada di dunia ini, Madiha uga tidak akan di dunia ini. Madiha ada kerana Basit ada. Kami diciptakan Allah untuk bersama. Terima kasih Mak dan Baba. Jaga makan minum Madiha selama ini.”

Selebihnya saya tidak ingat, yang pasti beribu perkataan maaf. Bila suami dan ayah Madiha memapah Madiha semula ke katil, sekali lagi Madiha muntah. Anak bongsu saya segera panggil doktor di luar. Saya pula meranung-raung panggil nama Basit. Mahu dia segera balik. Takkan lah begitu lama membeli air coke. Suami saya telefon, tiada jawapan.

Bilik jadi huru hara sebab dktor dan jururawat berlari masuk dan keluar. Ramai doktor yang masuk dan minta kami tinggalkan bilik. Madiha tenat, ada darrah yang keluar dari mulut dan hidungnya. Saya kembali ke katil Madiha, walaupun dipujuk lembut oleh jururawat untuk saya keluar, saya tetap cium Madiha sepuasnya.

Madiha tengah nazak, Basit hilang

Di luar, kami tunggu dengan penuh debaran, ada beberapa doktor lelaki yang tidak pernah saya nampak sebelum itu juga masuk ke bilik Madiha. Tidak berapa minit kemudian, doktor panggil waris terdekat, katanya, untuk meminta ajar syahadah.

Masa itu rebah saya, lemah kaki rasa tidak mampu lagi berdiri. Saya dan suami menangis di luar, manakala ibu dan ayah Madiha masuk ke dalam. Saya seperti separuh gilla menjerit-jerit nama Basit. Anak-anak saya menelefon juga tidak dijawab.

Disebabkan saya menjerit dan memanggil-manggil nama Basit, hampir semua orang di bilik-bilik lain keluar menjengah. Ada juga jururawat yang datang dan papah saya perlahan masuk ke bilik Madiha.

Saya tengok kulit Madiha yang putih berseri mula bertukar pucat lesi. Di sisinya, ibu dan ayahnya mengajar Madiha mengucap. Saya pula selang berapa minit pitam. Bangun balik, pitam. Mujur ada jururawat yang papah saya kuat ketika itu. Saya masih ingat namanya, Noor Nasuha.

Selepas itu, Madiha perlahan-lahan pejamkan mata. 3 jam selepas Basit keluar membeli air coke, Madiha hembuskan nafasnya yang terakhir. Kami semua bersedih, semua staff hspital tinggalkan kami bersendirian. Anak bongsu saya tak henti-henti panggil nama Madiha. Menyuruh Madiha bangun semula. Saya terduduk di sofa tepi Madiha. Terduduk lesu memikirkan kejadian yang baru berlaku.

Basit muncul selepas Madiha hembuskan nafas terakhir

Tidak lama lepas itu, Basit masuk ke bilik. Dia berjalan perlahan, seolah-olah mengetahui mood di dalam bilik itu. Sebaik sahaja dia berdiri di depan katil, melihat Madiha tidak lagi bernyawa, Basit rebah. Dia menangis di atas lantai.

Suami saya dan ayah Madiha nampak kumpulkan kekuatan mereka untuk berikan semangat kepada Basit. Saya yang awalnya rasa begitu marah kepada Basit kerana tak mahu menjawab telefon sewaktu Madiha nazzak, berubah jadi malas nak cakap apa-apa. saya letih. letih kerana menangis.

Lepas urusan hospital selesai, kami bawa jnazah Madiha ke Terennganu. Kami bertolak jam 3 petang. Alhamdulillah, kami sampai jam 8 malam. Sampai sahaja, kami tengok jiran tetangga Madiha dah berkumpul untuk uruskan jnazah. Kami terus mandikan jnazah.

Jnazah Madiha dimandi dan dikafankan ahli keluarga terdekat

Atas permintaan Basit, hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan masuk untuk mandikan Madiha, kafankan Madiha. Semua tak sampai pun 10 orang. Termasuk saya, anak sulung dan anak bongsu saya.

Basit turut mandikan jnazah Madiha. Dia memegang getah paip dan dihulurkan kepada setiap bahagian yang dimandikan. Basit berikan peluang kepada ibu Madiha dan adik beradik Madiha untuk mandikan Madiha sementara dia hulurkan air yang mengalir.

Saya pula dapat mandikan Madiha di bahagian kakinya. Basit pula mandikan di bahagian belakang, muka dan berus gigi Madiha.

Sewaktu mandikan Madiha, air mata Basit tak henti mengalir. Ketika kafankan Madiha, hanya orang yang sama sewaktu mandikan jnazah dibenarkan masuk oleh Basit.

Kata-kata Basit semasa memandikan jnazah isterinya

Saya masih ingat kata-kata Basit sewaktu saya dan ibu Madiha kafankan Madiha. Saya tidak ingat ayatnya sebiji-sebiji, tapi kata-kata itu masih segar dalam ingatan saya.

Sambungan di Part 3, terakhir.

Basit ‘hilang’ selepas pengebumian Madiha. Antara menerima atau mempersoalkan takdirNya

Memilukan saat jnazah Madiha hendak dikebumikan.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *