Saat hamil. Isteri mracau2 lps saya dtamparnya. Diambilnya kain tdung, dililit pd leher hingga mukanya pucat

Foto sekadar hiasan. Tular di laman FB KRT, seorang suami yang terkejut isterinya tiba tiba mengamuk sehinggakan bertindak di luar kawalan. Semasa kejadian, isterinya sedang hamil. Tetapi sanggup men1kam perut dan mencederakan diri sendiri.

Rupanya kerana sejarah silam masih menghantui, isteri mengalami kemurungan. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Assalamualaikum KRT. Saja saya ingin berkongsi.

Perkahwinan saya baru nak masuk 2 tahun. Saya takda masalah rumahtangga apa pun. Semasa diawal perkahwinan, saya baru dapat tau isteri saya ada penyakit DEPRESSI0N yang bagii saya sangat teruk.

Sebelum saya berkahwin dengan Maira (nama isteri), dia pernah berkahwin (Janda). Akibat kegagalan rumahtangganya yang dulu yang mmbuatkan dia depress. Dia bukan didra scara zahir shja, malah didra secara btin dan jugak (perasaannya). Dia dicurangi, diabaikan, dipkul, difitnah macam2 oleh bekas mertua, sehingga dia kehilangan anak pertamanya. Mula dari itu dia kemurungan.

Setelah kahwin dengan saya, saya tak pernah tau dan Maira tak pernah cerita pda saya yang dia ada depressi0n. Sampai satu masa tu, waktu dia mngandungkan anak pertama kami, hanya kerana kesilapan kecil yang saya lakukan dia mngamuk smpai lupa diri.

Dia asyik ugut saya dengan meminta cerrai, saya bengang lalu saya tmbuk dinding dihadapannya. Matanya berubah jadi merah, dan dia datang dekat pda saya lalu menampar saya sekuatnya.

Dia masuk bilik dan meracau sperti orang hilang akal, dia hempuk2 kepala di dinding batu sampai bengkak kepala, dia ambil kain tudung dia dan dia lilit dilehernya sekuat2nya. Saya jadi panik, kenapa dengan isteriku, hanya kerana masalah kecil dia memberontak smpai begini skali.

Saat itu saya bergelut dengan dia diatas katil kerana dia tak nak melepaskan kain tudung yang dia lilit dileher. Mukanya jadi pucat, saya jadi makin takut dan panik. Saya tak sengaja saya tertampar dia. SAYA PANIK.

Dan dia pun lepaskan kain trsbut, 15 minit berdiam saya sangkakan semua dah kembali okey, saya keluar dari blik sebab nak ambil air minum nak bagi dia mnum, dia pun ikut kluar, dia masuk tandas. Lepastu saya tak tau macam mana saya bole lengah, dia pergi dapur dan ambil pisau ptong daging.

Allahurabbi, masa tu saya jerit mengucap, dia tkam perut dia bertubi2, masa tu dia tengah mngandung, saya hilang arah, saya takut. Perut dia berdrah sedikit, tak teruk tapi lebam, dia hala pisau dileher, saya cuba dekat nk capai dia, dia ajukan pisau tu pada saya, dia dah macam bukan diri dia.

Saya ambil kputusan untuk terjah jugak, masa tu tangan saya tert1kam sdikit, dan berdrah banyak. Lepas dia nampk tangan saya brdrah, dia jadi lembik, dia pandang saya sambil mnangis, dia pandang saya sambil meminta maaf berulang kali pada saya, dia peluk saya sekuat hati dia.

Masa tu baru saya tau, dan saya cuba elakkan untuk sakiti atau buat bnda yang dia tak suka. (bukan skali terjadi, dah berkali dia mngamuk, dan dah banyak parut ditubuh bdannya yang dia buat. Dia marah pada saya, tapi dia lukakan dirinya sndiri).

Lepas beberapa hari kejadian itu berlaku, isteri warded sebab keguguran. Saya redha, yang penting isteri saya sihat.

Lepas 4 bulan keguguran Allah ganti balik rezeki yang hilang tu (anak). Saya sedaya upaya bahagiakan dia, tak nak bagi dia sedih. Wlaupun usaha saya tak sempurna, Alhamdulillah selama mengandung anak ke2 dia tak pernah meracau lagi bila bergaduh, tapi saya masih takut dan travma atas apa yang pernah jadi.

Jangan kata isteri saya tak da iman, DEPRESSI0N bukan sebab takda iman, DEPRESSI0N adalah satu penyakit. Isteri saya seorang yang solat 5 waktu, mengaji quran, stiap kali hendak tidur sntiasa beristighfar. Dia seorang isteri yang sangat baik, sangat taat pda saya, sangat sayangkan saya. Saya sangat bersyukur, dah banyak perubahan dalam diri dia semenjak hadirnya anak ke2 ini.

Saya dah cuba ajak dia pergi berubat, tapi dia tak nak, tak pa saya tak paksa. Dia cuma kata yang penting saya selalu ada bersamanya. InshaAllah sayang..

Doakan isteri saya dapat sembuh dari penyakit bhaya ini, dan doakan isteri saya melahirkan anak sulung kami. Doakan saya agar saya kuat untuk harungi dugaan semacam ini. Terima kasih semua.

Artikel berkaitan :

“Bang, jangan sampai abang balik tengok saya dengan anak-anak dah tergntung dekat kipas.”

Reaksi warganet

Perkongsian lelaki ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Helen Young –Tak tak boleh tak merawat, macam makcik saya muda dulu. Tak merawat sebab ingat dah ok. Nampak happy go lucky ajer. Sekarang dah bercucu baru macam macam hal.

Kadang kala hilang diri tak reti balik rumah bila merajuk. Sikit sikit cuba cederakan diri. Dan kadang kala boleh keturunan kat anak2. Anak makcik saya ada seorang macam tu sekarang.

Farah –Boleh pujuk wife untuk jumpa psik0logy therapist. Dia macam kaunseling. Depressi0n ni, kalau tak kawal dan takde guide untuk elak stress dan overcome stress, dia boleh datang balik. Orang depressi0n ni kadang2 depan orang dia ok, tapi dalam hati dia kita taktau.

Takut nanti anak mula membesar, dia stress dan penat, triger semula depressi0n tu.

Suhaida Rithuan –Alhamdulillah. Masayaaallah. Allah kurniakan awak kesabaran. Saya doakan awak berbahagia. Saya faham isi hati isteri awak. Amatlah payah, terlalu sukar. Bila mental didera. Percayalah saudara, saya amat memahami pekara tu..😭😭

Salwa Ramziah –Allahu. Mungkin banyak derita yang ditanggung oleh isteri kamu. Sakit dipkul pada badan, tak sama dengan sakit dipkul pada hati. Sebab itu, isteri kamu mengalami depressi0n.

Jagalah dia sebaiknya, hormatilah haknya.l, peluklah dia dengan kebahgiaan. Lindungilah dia dengan doa yang tulus. Bukan senang seorang isteri nak menerima lelaki lain setelah terlalu banyak dia disakiti.

Bahkan ada yang membenci lelaki, walaupun tidak semua lelaki tak baik. Moga kamu dan isteri jua anak anak sentiasa didalam peliharaanNya. Diberi kebahagiaan yang tiada tandingnya. Di dunia jua di akhirat…Amin Ya Allah.

Arilyna Jer –Saya juga ada kemurungan. Bila marah, sometimes just cant control. Tahap badan mengigil lah, memang total lost. Jauh di dalam hati, saya sayangkan anak2 sepenuh jiwa. Yang pentingnya, IMAN.

Kadang jantung tiba2 laju macam nak meletup. Sekarang dalam proses kawal diri sendiri, try tak nak amik port tentang hal2 kecik. Suami dah pernah tengok sekali waktu kami gaduh, punca benda kecik, tapi bila enxiety ni mai, semua benda jadi besar.

Syukur wife u dapat suami yang memahami, semoga kalian kekal ke jannah. Tak semua suami mampu jaga dan tahan perangai isteri yang meroyan.

Trylah minta air penawar,solat bersama, mengaji bersama, rajin2lah bawa dia ke surau or masjid dengar2 ceramah,natleast jadi penenang jiwa. Doa seorg suami itu penawar untuk isteri. Your love is her strenght…

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Tahniah buat si suami yang tetap bersabar dengan isterinya. Semoga kehidupan mereka suami isteri bertambah baik dan diberikan kesembuhan olehNya buat si isteri nanti.

Ingatlah , pentingnya bagi mereka yang mengalami kemurungan untuk berjumpa dengan doktor. Dapatkan rawatan dan nasihat untuk menangani kemurungan tersebut.

Kongsikan, moga memberi pengajaran. Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *