Rupanya akak ipar hntr anak2 kerumah kbajikan. Aku ambil sorg2. Lps 8 tahun, dia dtg ‘curi’ dari aku

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Una. Aku mempunyai 2 adik beradik dan mak abah yang penyayang tapi semuanya hilang dalam sekelip mata bila keluarga aku terlibat dalam kemlangan jalan raya.. Pada Januari 2012, aku kehilangan emak dan abang aku..

Tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku pada masa tu.. Sedih, sunyi, hilang arah dan semua perasaan negatif tu ada.. Boleh dikatakan complete lah perasaan negatif tu dalam diri aku waktu tu.. Tapi aku bersyukur sebab abah aku terselamat dalam kemlangan tu walaupun abah aku lumpuh separuh badan.. Ok, cukup lah tu sebagai pengenalan tentang diri aku..

Berbalik kepada tajuk ceritanya, abang aku meninggalkan seorang isteri yang cantik dan 2 orang anak lelaki yang comel dan masih kecil ketika itu.. Kedua-duanya masih menyusu dan memakai diapers. Setelah abang aku meninggal, kakak ipar aku mendiamkan diri selama beberapa bulan tanpa khabar..

Pernah aku cuba hubungi untuk bertanyakan khabar tentang dirinya dan kedua anak buah aku tapi tidak berjaya. Mungkin salah aku kerana tidak bertanyakan khabar lebih awal lagi sehinggakan dia diam tanpa khabar berita.

Ya, aku mengaku aku salah tapi pada masa itu hidup aku juga terumbang ambing, antara belajar dan menjaga abah aku yang masih di Hospital (menunggu masa untuk pembedahan akibat kemlangan).

Oh ya, aku masih belajar di semester 5 pada waktu itu di salah satu Universiti tempatan yang berada di Shah Alam. Hidup aku berubah 360 darjah.. Daripada seorang anak gadis yang manja yang disediakan segala-galanya, aku mula berdikari. Aku akan pastikan abah aku cukup segala-galanya sebelum aku ke kelas dan aku akan segera pulang bila sesi pembelajaran aku tamat.

Ok fast forward, setelah 7 bulan pemergian abang aku, kakak ipar aku contact aku semula. Ya Allah, aku rasa macam doa aku semua dikabulkan. Allah dengar rintihan hati aku dan abah aku.

Kakak ipar aku bertanyakan khabar kami dan aku minta untuk berjumpa anak buah aku tetapi perjumpaan kami berlaku di rumah kebajikan.. Ya, rumah kebajikan. Hati aku sebak.. Sebak melihat keadaan anak buah aku.. Dan aku tidak tahu kenapa dan mengapa mereka dihantarkan kesitu.. Aku speechless.

Selesai je perjumpaan tu, aku pulang kerumah dan aku terpaksa berbohong kepada abah aku (kaki abah aku tidak dapat bergerak jadi abah aku tak dapat nak berjumpa dengan cucu-cucunya) Aku cerita betapa happynya aku dapat jumpa kedua-dua anak buah aku dan mereka berdua dalam keadaan baik supaya abah aku tidak bersedih lagi..

Seminggu pun berlalu.. Aku asyik memikirkan keadaan mereka berdua disana.. Hati aku meronta-ronta mahu menjaga mereka.. Mereka masih ada waris, kenapa mereka dihantarkan kesana.. Tapi bila difikirkan semula yang aku masih belajar.. Tak ada income sendiri, macam mana lah aku nak jaga anak aruwah abang aku.. Susu, pampers semua tu siapa yang nak beli.. Soalan ni berlegar-legar dalam fikirkan aku.

Hari-hari aku doa, mintak penyelesaian dari Allah.. Tiba-tiba 1 hari tu masa aku bangun, hati aku terdetik “ahh ambil lah seorang.. Rezeki tu pasti ada, tawakal je..” Aku pun contact kakak ipar aku dan aku ajak dia pergi ke rumah kebajikan tu semula untuk mengambil anak-anak aruwah abang aku.

Kakak ipar aku setuju untuk aku ambil seorang dan dia juga ambil seorang. Aku cakap dekat kakak ipar aku “akak bagi lah yang terbaik dekat adik, una akan bagi yang terbaik dekat abang”.

Jadi bermula lah rutin aku sebagai mummy instant masa tu.. Ok, aku tertinggal 1 part. Aku selamat bernikah selepas 5 bulan keluarga aku terlibat dalam kemlangan. Allah berikan semula sinar dalam hidup aku.

Aku dapat suami yang cukup baik. Dia banyak bantu aku.. Dari part sama-sama mandikan abah aku sampai lah dia membiayai segala yuran dan duit untuk aku print segala assignment-assignment aku. Dan yang paling aku gembira, dia setuju untuk menjaga anak aruwah abang aku..

Terima kasih ya Allah kerana kau hantarkan dia untukku.. Maka start la rutin kami sebagai mummy dan daddy instant.. Masa tu lah kami belajar macam mana nak pilih botol susu yang elok, brand apa yang bagus untuk diapers, cara untuk bancuh susu dan lain-lain lagi. Encik Google sangat lah membantu ye. Reaksi kami sama macam parents lain yang dekat luar sana yang baru dapat anak..

Pejam celik pejam celik, selepas setahun kami jaga anak sulung aruwah abang aku, aku grad dan mula bekerja.. Alhamdulillah aku dapat ringankan sikit perbelanjaan suami aku.. Walaupun kami cuma jaga anak sulung aruwah abang aku, tapi kami tak pernah lupakan anak aruwah abangku yang nombor 2 tu..

Kami kerap ambil dia untuk datang kerumah dan bermain dengan abang dia.. Tapi bila dah namanya budak-budak kan.. dia rasa abang dia dapat “macam-macam” dari kami tapi kitaorang tak bagi pun “macam-macam” dekat dia.

Aku terpukul bila dia berkata begitu. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni.. Dia pun anak aruwah abang aku.. Dia pun sama anak yatim macam abang dia.. Dia patut dapat sama hak macam abang dia.. Kenyataan-kenyataan ni semua menghantui aku semula..

Dipendekkan cerita, selang beberapa bulan selepas aku bekerja, berlaku la sedikit konflik antara kakak ipar aku dan aku. Daripada konflik itu, aku terus menyuarakan hasrat kepada kakak ipar aku untuk mengambil anak kedua abang aku.. Biarlah aku yang jaga mereka berdua.. Susah senang aku, biar lah aku yang tanggung asalkan mereka berdua bersekolah (tadika).

Kakak ipar aku setuju memandangkan dia mempunyai sedikit masalah pada masa itu dan dia memberikan anak keduanya kepada aku untuk aku jaga. Aku cuba bagi yang terbaik dan aku yakin semua ibu bapa diluar sana pun akan buat benda yang sama seperti aku dan suami aku buat.

Orang kata suppliment itu bagus, suppliment itu kami beli. Orang kata tadika itu bagus, tadika tu kami hantar walaupun kos pendaftaran sahaja sudah memakan belanja ribuan ringgit.

Dari tadika sampai lah ke kelas renang, semua aku masukkan.. Niat aku cuma satu.. Aku taknak mereka rasa yang mereka kurang sebab mereka tak ada ayah.. Aku nak mereka rasa yang mereka ni sama sahaja macam anak-anak diluar sana.

Aku uruskan semuanya, daripada anak-anak tu kecil sampai lah kedua-duanya dah masuk sekolah rendah. Sihat, sakit, bergaduh dua beradik, ketawa, menangis, bersunat, semuanya dengan aku.

Hampir 8 tahun aku jaga mereka dan hari yang aku takuti tu tiba.. Kakak ipar aku datang.. Tapi kali ni dia datang bukan untuk melawat anak-anaknya seperti selalu.. Kali ni dia datang untuk mengambil semula anak-anaknya tapi cara dia mengambil anak-anak itu diluar pengetahuan aku dan semasa ketiadaan aku dirumah.

Menggeletar badan aku bila pembantu aku call bagi tahu yang pakcik bas inform dia, kakak ipar aku datang ambil anak-anak aruwah abang aku masa mereka mahu naik bas sekolah.

Berkali-kali aku cakap dekat diri aku, “tak. Kak Mira (bukan nama sebenar) takkan buat macam ni. Kalau dia nak datang, dia mesti bagi tahu dulu” tapi air mata aku dah berjurai-jurai dah masa tu. Aku tak mampu nak kawal em0si aku.. Aku cuba hubungi kakak ipar aku berkali-kali tapi tidak dijawab.

Last sekali aku cuba whatsapp kakak ipar aku dan bertanyakan tentang anak-anak aruwah abang aku.. Dia menjawab bahawa anak-anak ada dengan dia dan dia mahu mengambil anak-anak tu semula dan mempersoalkan tentang siapa yang mengandungkan mereka semua.

Aku terkedu.. Aku termenung memikirkan cara yang paling sesuai untuk aku sampaikan berita ni pada abah aku. Semua kerja di Office tergendala. Aku tak dapat nak fokus lagi.. Aku tahu abah aku pasti akan sedih.. Sedih yang sama seperti aku..

Dan hari ni, genaplah 3 minggu aku tidak mendengar suara anak instant aku.. Aku tidak lagi mendengar mereka memanggil “mummy” sambil memeluk aku, aku tidak lagi mendengar gelak tawa mereka dan aku tidak lagi dapat melihat mereka dihadapan aku.

Aku sedih, aku sakit, aku hancur, tapi aku sedar siapa lah aku untuk melawan hak seorang ibu yang melahirkan mereka.. Ibu yang mengandungkan mereka..

Ya, aku tidak dapat rasa nikmat melahirkan mereka dari rahim aku sendiri tapi aku syukur, Allah pinjamkan aku nikmat dapat membesarkan mereka.. Pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.. Orang mungkin ingat aku kuat bila aku tersenyum, aku ketawa, tapi aku bukan lah kuat seperti yang disangka.. Ada masa, bila aku bersendirian, aku menangis tersungkur..

Aku menangis semahu-mahunya.. Aku menangis setiap kali aku lihat baju-baju anak aruwah abang aku.. Aku menangis setiap kali aku lihat buku- buku sekolah yang tersusun rapi di rak buku.. Aku menangis setiap kali aku terbayang mereka tersenyum manis memandang diriku tapi aku tahu, perancangan Allah adalah yang terbaik dan semua yang berlaku ini atas izinNya..

Pasti ada hikmah disebalik semua ini cuma buat masa sekarang, aku tak mampu untuk tipu diri aku yang aku tidak terkesan bila mereka tiada dengan aku.. Setiap kali aku bagi tahu suami aku yang aku rindukan mereka, suami aku akan menenangkan aku dengan berkata, “sabarlah sayang, dorang bukan pergi mana-mana.. dorang ada dengan Emak dorang..”

Ya, E-M-A-K.. Atas nama emak, aku mengalah.. Atas nama emak juga lah, aku belajar untuk redha.. Semoga mereka dapat kasih sayang yang lebih dan sempurna daripada kakak ipar aku dan suami barunya..

Buat anak-anak mummy, S dan H.. Mummy sayangkan kalian.. Mummy sentiasa akan doakan S dan H disetiap sujud mummy.. Walau dimana pun S dan H berada, percayalah.. Mummy sayangkan kalian berdua dan mummy tak akan sesekali lupakan kalian.. Bergembiralah sayang..

Mummy akan doakan dari jauh.. Moga kalian membesar menjadi anak yang soleh dan mampu membahagiakan mama kalian serta menolong papa mama kalian di Akhirat kelak.. Wallahi, mummy ikhlas.. Mummy ikhlaskan segala-segalanya yang telah mummy berikan..

Buat kakak iparku, maafkan aku jika aku tersalah dalam mendidik mereka.. Maafkan aku jika aku tidak memberikan kesempurnaan kepada mereka.. Terima kasih sebab bagi aku rasa macam mana jadi seorang ibu..

Terima kasih ya Allah untuk pinjaman ini.. Dugaan kali ini benar-benar mengajar aku yang semua ini hanya pinjaman dan Allah yang memegang hati kita.. Allah yang membolak balikkan hati kita.. Serahkan hati kita sepenuhnya kepada Allah.. Biarkan Allah yang mengaturkan semuanya sehingga “keindahan” itu datang tepat pada waktunya..

Dan buat semua pembaca, aku minta jasa baik kalian semua untuk doakan supaya aku dapat bertemu semula dengan anak-anak aruwah abang aku dan doakan lah aku dan suami aku dikurniakan zuriat kami sendiri.

Maaf kalau ada tersalah bahasa atau ayat yang mengelirukan. Aku bukannya orang yang pandai untuk berkata-kata, aku hanya menulis tentang apa yang aku rasa.

Reaksi warganet

Perkongsian wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Sarina Daud –Kesian aruwah abang awak dapat isteri macam tu tapi syukur ada adik semulia awak. Basah pipi ini baca coretan awak. Semoga anak2 aruwah terpelihara dan menjadi anak yang soleh solehah. Sis doakan TT akan ada zuriat sendiri nanti dan bahagia dengan anak2 buah tersayang.

Nik Yasmin Nik Wel –Sedihnyaaa. Silap satu je, tak buat hitam putih hak jagaan masa budak2 tu kecik. Walaupun budak2 tu dok dengan mak kandung depa, mesti tak sama dengn mummy n deddy depa jaga dari kecik. Moga dipermudahkn segala urusan TT.

Shamsuria Abdullah –Allahuakbar. Masa kecik taknak jaga, ko bagi je anak2 tu kat adik ipar. Bila dah besar, suka2 hati je amik. Ape punya manusia la camni. Huhuhu

Sabar la mummy, semoga adik dan abang ingat jasa mummy sampai besar. Nanti dorang akan cari semula. Huhu

Noraziah Hamdan –Teringat peristiwa Cyberjaya 2 3 hari sudah. Cubaan culik oleh mak kandung. Terjerit jerit budak itu minta tolong nak lepaskan diri. Macamana reaksi anak2 saudara mommy bila mereka dibawa pergi?

Annie Mohd –Buat apa mintak maaf kt kakak ipar tu? Dia yang patut datang melutut mintak maaf dari you. Manusia tak sedar diuntung, kurang ajar pulak tu. Bukan semua ibu layak jadi ibu ye. Time budak tu kecik lg dia lari la nk hidup senang. Dah besar dah pandai itu ini memang la tetiba mengaku ibu. Kalau I jadi awak dik, I brainwash dia cukup2.

Anyway to you, I doakan semoga diberikan zuriat yang soleh/solehah di dunia. Kalau takde rezeki, di akhirat nanti semoga timbangan pahalamu lebih berat.

Ain Najwa Ismail –Maaflah. Kak ipar awak tu takde adab. Dah kita jaga leklok. Bagi kasih sayang, cukupkan apa yang patut. Senang2 je ambik. Kita tahu dia yang mengandung dan beranak tapi jaganya tak.

Sy berhusnuzon dia tidak punya income sebab tu dia surrender nak jaga sampai hantar ke rumah kebajikan. Tapi selagi tubuh badan sihat dan punya akal yang waras.. Insayaaallah ada jalannya nak cari duit untuk besarkan anak2 tapi saya cuba berhusnuzon lagi dia ada masalah lain yang tak dapat dielakkan. Mental down dan sbg nya.

Kalo saya seribu rahmat if orang sayag anak saya sebagaimana ibu kandung sayagkan anaknya. Ape pon moga TT dimurahkan rezeki dan dikurnikan zuriat yang soleh dan solehah. Amiin.

Maaf bahasa saya kasar sebab saya terlampau geram ambil anak macam pencuri walaupon anak dia sendiri dan langsung tak diberi peluang untuk contact.

– Mummy Instant (Bukan nama sebenar) via iiumc

Kami doakan agar wanita ini dapat bertemu semula dengan anak2 aruwah, dan juga dikurniakan zuriat sendiri nanti. Moga dipermudahkan. Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *