“Setia hujung nyawa”. Tak mampu untuk uruskan jnazah isteri. Suami kongsi kisah sedih, Abam Botak menangis

Jika di Selangor, terkenal dengan Uncle Kentang tetapi di Sabah pula ada Abam Botak. Mereka antara yang terbabit dalam menyediakan kemudahan van jnazah untuk kegunaan ramai.

Yunizam Yusop atau lebih dikenali sebagai Abam Botak memaklumkan perkhidmatan van jnazah percuma yang diusahakannya di sekitar Sandakan, Sabah bermula sejak tahun lalu.

Terbaru, tular di laman sosial kisah sewaktu Abam Botak datang untuk membantu si suami menguruskan jnazah isterinya. Melihat dan mendengar luahan si suami membuatkannya turut sama meninitiskan air mata

Ikuti perkongsiannya yang memilukan di bawah.

Kelmarin malam aku menerima panggilan daripada jiran si mti. Katanya, perlukan kain kafan untuk keperluan jirannya yang betul-betul miskin.

Aku katakan, boleh. Kain kafan ini memang untuk orang-orang yang memerlukan. Bagi saja saya alamatnya, saya akan datang ke sana sekarang. Kata jirannya, “Besoklah kau hantar botak. Besok baru kami uruskan”. Tanpa bertanya banyak aku pun ia kan sajalah.

Keesokan harinya aku pun bergegas ke sana, kedatanganku disambut oleh suami aruwah. Terus dia datang memelukku seeratnya.

Katanya terima kasih banyak kerana sudi membantunya dan juga aruwah isterinya. Air matanya mengalir deras sekali. Aku juga tidak dapat menahan sebak dan turut menangis bersamanya.

Aku bertanya, dimana jnazah isterinya akan dikebumikan. Jawabnya di seberang jalan Kg.Seng kee sahaja. Dan aku bertanya dimana dan siapa yang akan mandikannya?

Sambil menunjuk dapurnya. Dia berkata disitulah akan dimandikan dan ada jiran-jiran kampung yang akan uruskan jnazah isterinya.

Hatiku mulai lega, Alhamdulillah segalanya sudah diatur dan tinggal tunggu urusan pengebumian saja. Dalam aku mengelamun sendirian, tiba-tiba suaminya bercakap denganku semula.

Kau tengoklah dapurku, apa pun tiada. Gas memasak pun tiada. Tiada apa-apa yang dapat aku berikan kepada kamu sebagai balasan membantuku.

Aku tidak membalas kata-katanya. Aku hanya diam dan hiraukan saja. Tapi dalam hatiku, aku menangis. Masih ada lagi insan yang susah dariku.

Sambungku, jadi apalah yang pakcik pakai untuk masak dan makan. Jawabnya, aku membeli nasi putih di pasar 50sen sajalah. Kalau ada duit lebih dapatlah aku beli lauk untuk dimakan bersama isteriku.

Ya, Allah. Mendengar dia cakap begitu, aku pun bertambah menangis. Aruwah ini hanya hidup berdua bersama suaminya, mereka tidak mempunyai anak, saudara mara dan harta untuk dibanggakan.

Maknanya siapa yang meninggal awal, yang hiduplah akan uruskan jnazah yang pergi dulu dan begitulah sebaliknya.

Mereka berdua hidup menyewa di sebuah bilik kecil dengan kadar bayaran RM100 sebulan. Kalau seringgit saja yang mereka ada dalam tangan, maka seringgit sajalah kadar sewa yang akan dibayar kepada tuan rumah.

Untung tuan rumah pula tidak memaksa mereka untuk memberikan bayaran penuh kepadanya. Berapa yang ada, begitu sajalah diambilnya.

Meskipun mereka hidup susah sebagai pasangan suami isteri, Susah senang mereka tetap hidup bersama. Apa yang membanggakan saya dan menjadi pengajaran kepada saya, mereka berdua tetap setia hingga ke hujung nyawa.

Hari ini banyak kita dengar kes penceraian rumahtangga berlaku kerana masalah kewangan. Namun dua insan ini mampu pertahankan cinta dan rumahtangga mereka sehingga akhir hayat meskipun hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Perkongsian dari Abam Botak mendapat simpati ramai. Lihat apa kata mereka.

Mimie Salbiah –Macam2 ujian pasangan ini di duga tetap juga di harungi brsama. Semoga aruwah di cucuri rahmat dan dtmptkn d kalangan orang2 briman. Semoga suami tabah dengan ujian yang di hadapi skrg.

Kepada yang membantu saya doakn semoga di berikn kesihatan yang baik supaya dapat mmbantu golongan asnaf dan mnjadi contoh kepada masyarakat dan di murahkn rezeki allah.. Amin, inalillah wainahlilliaherojihom.

Julie Noh –Sedih nya aku bqca kisah ni. Terus mengalir air mata😭😭. Semoga Allah berikan rezeki yg mencukupi untuk pakcik ni.

Imam Imah –Allahuakbar…😥😥 Sedih baca kisah pakcik ni. Salam takziah kpd pakcik. Semoga terus tabah. Selalu ingatkan diri, disebalik kesusahan kita, ada lagi yang lebih susah hidupnya. Bersyukurlah selalu dengan apa yang ada.😭😭😭

Sumber: Facebook Abam Botak

Ajal dan maut itu ketentuan tuhan. Setiap yang hidup pasti akan mti. Semoga segala urusan si suami dipermudahkan. Buat Abam Botak, moga dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang bagus untuk terus berkhidmat kepada mereka yang memerlukan.

Yang baik itu kita jadikan sebagai ikutan. Yang buruk dijadikan sempadan. Apa pula kata anda. Kongsikan, moga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *