Tak sangka jimat RM80k lepas terlambat beli rumah. Emak aku kerja gomen pun trkejut dgn rate yg aku dpt

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM confession. Aku nak kongsi pengalaman aku terlambat beli rumah dan jimat RM80K.

Kisahnya bermula March 2019, member2 kat pejabat ajak usha rumah mampu milik di bawah program kementerian wilayah iaitu Residensi Wilayah atau nama lamanya Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP). Rumawip yang kitaorg usha ialah Residensi Inspirasi yang terletak di Jalan Gombak, Setapak.

Kemudian, weekend tu kitaorang terus ke sales gallery rumawip berkenaan yang terletak di Setapak. Lokasi rumawip berkenaan agak strategik kerana berada di tepi jalan utama (Jalan Gombak) menuju pusat bandar KL, dalam 10 minit dah boleh sampai KLCC.

Sekeliling ada masjid, sekolah, kedai makan dan sebagainya. Nanti bakal ada bangunan komersil DBKL di sebelah (termasuk pasar besar Gombak). Kemudahan yang ada seperti kolam renang, taska, gym dan sebagainya.

Dengan harga RM300K untuk apartment fasiliti, 3 bilik 2 bilik air, luas 829kps, agak berbaloi jika dibandingkan harga per kaki persegi kawasan sekitar. Kalau apartment RM300K di Kajang, Bangi dan seumpamanya, memang tak berminat dah, tapi ni di Kuala Lumpur, ibu kota.

Bagi aku rumawip agak selamat untuk dibeli, sebab itu banyak projek rumawip habis dijual, ada projek rumawip dibuka selama 8 bulan dah sold out. Harga rumawip pula sama untuk semua unit, semua tingkat. Kalau projek lain, makin tinggi makin mahal, naik setingkat, naik harga RM500/1000.

Kemudian kami terus booking unit yang kami berkenan. Alhamdulillah, rumawip ni boleh pilih unit, tak semua projek rumawip boleh pilih unit. Minggu2 seterusnya, kitaorang hantar dokumen2 untuk DBKL dan pembiayaan rumah (loan).

Banker kata kitaorang boleh dapat full loan under jaminan Cagamas (program Bank Negara). Dengan syarat harga rumah bawah RM500K, gaji maksimum RM5K untuk single loan dan RM10K untuk joint loan.

Tetapi apakan daya, semua member2 aku lulus loan, semua full loan, hanya aku yang tak lulus semua bank yang aku apply. Banker kata CCRIS aku ada masalah, dia cadangkan cuba apply balik selepas 3-5 bulan. Kawan2 aku semua happy lulus loan rumah, aku menangis bucu katil.

Bulan Oktober 2019, aku cuba lagi nasib apply loan untuk rumawip ni. Banker semak permohonan aku, dia kata,

‘Awak layak apply loan rumah mampu milik BNM, bulan September lepas kerajaan baru sahaja tukar syarat gaji daripada bawah RM2300 kepada bawah RM4360, harga rumah maksimum pula dinaikkan daripada RM150K kepada RM300K.

Gaji awak bawah RM4360, rumawip ni pula harga RM300K, so awak layak apply loan under dana BNM, maksimum rate 3.5%, memang sangat2 rendah. Kerajaan peruntukkan dana sebanyak RM1 billion dan dana ni selama 2 tahun. Dana ini untuk membantu golongan B40 beli rumah terutamanya anak2 muda yang baru berkerja’

Alhamdulillah, akhirnya pinjaman aku lulus, aku dapat rate 3.5%, loan 100% cover sekali dengan legal fees, installment dalam RM1240 sebulan. Kalau ikut rate paling rendah yang member aku dapat, installment dia RM1430 sebulan. Beza RM190 sebulan!!! Kalau 35 tahun, lebih RM80 ribu beza!!!

Ya Allah, nikmat apa lagi aku hendak dustakan. Alhamdulillah. Kerana terlambat beli rumah berbanding member2 aku, installment bulanan aku RM190 lebih murah daripada diorang. Emak aku yang kerja kerajaan pun terkejut aku dapat rate 3.5%, rate loan rumah kerajaan (LPPSA) lagi tinggi iaitu 4%.

Sesiapa yang layak, yang beli rumah tahun 2019-2020, banker akan suggest pinjaman mampu milik dana BNM ni. Antara Syaratnya ialah Rumah pertama, rumah dibeli daripada pemaju, gaji isi rumah/individu bawah RM4360, harga rumah maksimum RM300K. Alhamdulillah, ringan sedikit beban untuk memiliki rumah sendiri.

Sesiapa yang nak beli rumah dan menepati syarat kelayakan, dah boleh usha2 rumah!! Jimat sehingga RM80K!!! Hehe.. Cepat!! Mungkin dana ni habis, takkan ada dah.

Reaksi warganet

Perkongsian dari lelaki ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Mujahidah Ansarullah –Alhamdulillah. Betul dik. Rezeki tu. Sebelum baca artikel ni, ingatkan jimat 80k one off, rupanya dalam tempoh 35 tahun..

Cuma nilai rm190 sekarang tak sama dengan 20-30 tahun akan datang. If you know what i mean.

Fairuz Mawan –Rezeki kau tu. Kami dapat offer Prima Lakefront Cyberjaya. Cek dengan banker smua lepas. Tapi rezeki ttiba agent call ckp ada rmh landed harga beza sikit je. Fikir baik2 dengan service apartment monthly, brg2 dapur kt Cyber mhl. Istikharah jugak la last2 tolak Prima, Prima still mahai oi aparmnt.

Hasan Mohd Nawawi –Tahniah. Alhamdulillah. Kes aku plak, tunggu cabutan x de jawapan. Asal project baru tukar, alih dari kepong x dapat, pandan x de jawapan. Semarak yang naik. Dari jauh jd dekat. Macam dalam artikel, harga sama je 300K.

Feyra Haer –Lol, pernah tengok kan design rumah tu? 50 tingkat. Sekarang memang rasa bertuah. Tunggu lah lepas setahun duduk sana, baru tahu erti harga murah dan keselesaan. Just my 2 cents lepas dah tengok rumah yang dinyatakan.

Syukeri Mohamad –Masing2 ade rezeki masing2.. Walaupun sye bkeeja kt kg. Alhamdulillah. Nikmat peetama bsyukur x bkeeja kt KL. Faham2 jela. Suasananya tu. Bgerak je. Habis duit. Selangkah je. Habis duit.

Kedua kt KL, syurga dunia. Mcm2 boleh lari iman. Nmpk kete mewah, terjebak aktiviti MLM. Haha. Apatah lgi tjebak aktiviti nk dapatkan duit lebih. Kt kg walaupun xde kereta mewah. Bsyukur sebenarnya. Dapat bsama kawan2! Emak ayah dan saudara. Apatah lgi sye dikurniakan rezeki lain2. Cumanya rumah belum ade lgi. Sewa sahaja. Tapi xpela. Asalkan bhgia. Duk kt KL, xreti berbelanja. Xde saving. Alamatnya xberhagia mase depan.

Sue Zee –Dulu company tempat kerja sy pernah offer rumah apartment lelong under kerajaan negeri Selangor utk staff yang belum ada rumah pertama. Tahun 2013 kalau tak silap. Harga mmg tak masuk akal. Paling minimum harga sebuah apartment kos sederhana rendah RM45K. Area sekitar negeri Selangor termasuk Klang Valley. Kalau tak nak stay sendiri..boleh bagi sewa kat org, kan..

Murah kot. Rugi kalau tak beli. Beli cash pun boleh kalau mampu huhu. Excited la jugak nak try nasib tp lepas baca syarat2 permohonan kat borang tu..macam2 pulak yang tak cukup syarat.

Antara syarat2 nya, pemohon mesti rakyat Negeri Selangor/KL dan kalau bukan rakyat negeri dan bermastautin lebih drp 5-10 tahun..pemohon yang sudah berkahwin dan belum mempunyai rumah pertama adalah di galakkan memohon dan di beri keutamaan.

Sbb masa tu sy still single dan available. Tak tahu bila nak kahwin coz takde calon, so. Saya lepas kan je peluang tu. Nak buat macam mana bukan rezeki sy. It’s ok..

Tp Allah ganti pulak dengan rezeki lain selepas kahwin..FIL/MIL hadiah kan sebuah rumah landed area KL kpd kami anak menantu..(trm ksh Ayah dan Mama)..lokasi tak jauh dr KLCC, area rumah yang en. Confessor beli jugak kot. Kebetulan suami sy anak jati KL dan sy juga berkerja/menetap kat KL..so Alhamdulillah, sy dan suami tak la pening nak fikir beli rumah lain buat masa ni..akan datang In Syaa Allah..

Kalau ada rezeki tambah aset apa salahnya. Ye tak. Apa2 pun bersederhana lebih baik. Beli rumah/aset banyak2 bukan boleh bawa masuk kubur pun..

– A (Bukan nama sebenar) via iiumc

Tahniah bagi mereka yang masih muda tetapi berjaya memiliki rumah sendiri. Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *