Tk sangka kesan kimo mak mertua sgt dasyat. ” Menantu yg baik adlh krn sikap mak mertua yg baik”

Foto sekadar hiasan. Namaku Ilya. 27 tahun. Tinggal di Kedah. Baru 9 bulan melangsungkan perkahwinan. Masih baru. Tapi banyak benda aku belajar dalam 9 bulan ni. Suamiku anak tunggal. Kerja tentera dekat Negeri Sembilan. Kami PJJ. So disebabkan itu, aku stay dengan mentua.

Alhamdulillah, mak mentua aku okey, tak macam typical mak mentua yang selalu orang cerita, tak garang, tak membebel tak tentu pasal. Jenis rajin memasak, rajin mengemas rumah dan juga kuat bercerita haha. Pak mentua pun okey, tak banyak cakap, lebih banyak diam dari bercakap.

3 bulan pertama kahwin, aku dan suami diuji dengan mak suamiku disahkan menghidap penyakit knser thyr0id. Dia perlu menjalani rawatan chem0 dekat Hospital Pulau Pinang.

Aku bekerja swasta. Suami kerja government so dia mohon cuti dua minggu untuk jaga mak mentua dekat hospital. Tapi bila balik ke rumah lepas selesai chem0, suamiku perlu pulang ke kem sebab cuti dah habis. So aku dan pak mentua jela yang jaga mak mentua dekat rumah.

Raya haji baru – baru ni adalah first post-chem0 mak mentuaku. Aku tak balik beraya dengan mak and famili aku kat kampung pun. Suami pun tak balik beraya, dia beraya di kem ja.

Then, raya pertama tu mak mentua aku kena warded sebab dehydrated. Dia tak boleh makan and minum, so doctor terus masuk wayar melalui hidung untuk makan dan minum.

Aku tak sangka kesan chem0 pertama tu sangat dasyat. Mak mentuaku jadi lemah, tak boleh berjalan, dan tak boleh telan makanan dan minuman (dia akan muntah). Dia hanya baring dan merengek panas dan lapar. Sedih sungguh.

Berat dari 80 kg tinggal 70 kg dalam masa seminggu. Sangat drastik perubahan dia. Pak mentua aku pulak tetiba patah tangan sebab jatuh motor. Jadi aku sorang jela yang uruskan mereka. Sanak sedara ada lah datang tapi tak stay lama. Aku yang uruskan semua. Bagi mandi, basuh berak, semualah.

Rutin harianku berubah 360 darjah. Kalau dulu aku bangun 6.30 pagi. Tapi sejak mak mentua sakit, aku bangun pukul 5 pagi. Sidai pakaian siap2, masak, salin pampers mak mentua, bagi mandi, bagi makan ubat. Bangun awal, tidur lambat.

Kadang-kadang tengah tidur (aku tidor dengan mak mentua), tengah2 malam mak mentua aku panggil mintak tolong urut badan, ataupun suruh tukar pampers sebab dah penuh. Masa tu kalau aku tak kuat iman, memang aku lari balik rumah mak aku haha. Yela, mana nak urus mak mentua lagi, nak fikir pasal kerja lagi. Tertekan.

Tapi mak aku sendiri pun jenis yang supportive. Mak aku yang suruh aku stay rumah mentua, jangan balik rumah dia selagi mak mentua aku tak cukup sihat hahaha macam tau-tau ja anak dia ada niat nak buat macam tu. Tapi niat hanyalah niat. Aku takkan tergamak nak tinggal mak mentua aku.

Sebab sejak kahwin, mak mentua aku jenis yang memahami. Menantu tak reti masak, dia cakap “takpa, janji masuk dapur tolong mak masak”. Menantu kalut dengan kerja pejabat, dia tolong basuh baju kerja aku siap lipat sekali. Menantu cakap teringin makan apa, terus mak mentua tolong masakkan.

Suamiku kata mak dia dulu pun jaga mak mentua sendiri (nenek suamiku). Mak mentuaku jaga mak mentua dia sama macam aku jaga dia sekarang. Suami cakap mungkin mak dia melayan mak mentuanya dengan baik, jadi Allah balas kebaikan dia dengan dapat menantu yang jaga dia time dia sakit.

Bila orang datang melawat, orang akan tanya “siapa yang jaga?”. So mak mentua aku akan jawab “menantu saya”. Orang akan puji menantu tapi sebenarnya menantu yang baik adalah kerana sikap mak mentuanya yang baik juga dan menerimanya seadanya.

Kita sebagai menantu, janganlah bendul sangat tak nak buat kerja rumah langsung. Mentang-mentang la hang kerja, so hang cakap hang penat nak rehat jer dalam bilik. Apa salahnya hang tolong basuh pinggan, terap (susun) pinggan ataupun tolong basuh baju and lipat baju.

Pilih kerja-kerja yang mudah sahaja, tapi jadikan rutin harian. Buat benda tu hari-hari. So indirectly mak mentua kita akan rasa lapang dada sebab kita tunjuk yang kita ada efforts untuk ringankan kerja dia.

Alhamdulillah, lepas 3 bulan ulang alik chem0, mak mentuaku dah makin okey. Cumanya skrang masih lagi dalam rawatan knser. Tapi sekarang at least mak mentuaku dah boleh bangun uruskan diri sendiri. Uruskan rumah macam dulu. Aku bersyukur sangat-sangat.

Suami bagitau, kalau suatu hari aku disah kan mengandung dan selamat melahirkan, mak mentua suruh aku berpantang dekat rumahnya. Mak mentua cakap dia nak jaga aku sama macam aku jaga dia ketika dia sakit.

Allahuakhbar. Betol la orang cakap, kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Sem0ga kita semua istiqomah dalam melakukan kebaikan kerana Allah. Tapi sekarang, aku belum hamil. Belum ada rezeki lagi. Doakan aku ada rezeki zuriat dalam masa terdekat ni ya kawan-kawan.

Sem0ga Allah makbulkan setiap doa-doa kita.

Sekian…

Reaksi waranganet

Perkongsian Ilya mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Adam Mukhriz –Seronok baca confession yang positif macam ni, sebab dapat aura positif.

Siti Aisyah Md Zain –Nangis akak baca ni dik teringat mem0ri jaga aruwah mak ketika sakit. Tahniah dik pandai ibu awak didik sehingga jadi orang yang benar2 ikhlas menjaga ibu mertua..😍

Zarina Anang –Moga terus sabar dan redha dengan ujian ini. Seronok membaca kisah2 yang begini. Walau hebat ujian mendatang, anda masih melihat dari pandangan yang positif. Jauh sekali merungut atau mengata.

Sama macam kisah Bonda Dhia dalam pengalaman hutang adik beradik, bonda juga dilihat sanga
t positif dengan ujian yang dilaluinya. Malah kehidupan yang beliau hadapi membuktikan bahawa setiap kebaikan pasti dibalas kebaikan juga. Teruskanlah berbakti kepada ibu mertua..

Tahniah…

Hanna Lee –Bila baca cerita confessor ni teringat bila mak mentua saya sakit kaki masuk kaca demam tak baik baik, penyudah kena 0perate buang isi bawah ibu jari kaki. Besar jugak saiz buah limau nipis doctor korek isi tu buang sebab kencing manis.

Saya la yang mandikan mak mentua, cebokkan kencing, saya sental seluruh tubuh badan, pujuk pakai pampers (mentua taknak pakai katanya tak selesa,tapi saya pujuk macam pujuk anak saya umur 2 tahun tu , cair jgk hati mak mentua dengar menantunya pujuk😂).

Kejap je Allah balas, saya gugur beberapa bulan lepas, mak mentua pulak yang jaga, urutkan perut dengan minyak panas, masakkan makanan pantang (siap tanya lagi saya nak lauk apa dia buatkan). Siapkan herba mandian 7 hari berturut turut untuk saya mandi siapkan carikan lagi batu tungku yang berkurun lama simpan dalam stor.

Walaupon saya dengan mak mentua dua dua keras kepala keje nak win je bila gaduh (bak kata suami saya ), tapi tetap sayang .

sem0ga Allah pandang setiap kebaikan dan kasih syang kami berdua dan hapuskan dosa dosa kami berdua kerana sesungguhnya kami hanya manusia biasa yang berangelar PEREMPUAN.

– ILYA (Bukan nama sebenar) via iiumc

Moga kita semu mendapat pengajaran dari kisah yang dikongsikan Ilya ini. Buat balik dibalas baik. Besar pahalanya bila kita berbakti kepada orang tua.

Yang baik itu kita ambil sebagai pengajaran. Kongsikan, moga bermanfaat buat semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *