Ibu trkejut, dua anak tercmpak keluar setelah dirmpuh Waja dipndu wanita warga asing

Tular di laman sosial sejak semalam, perkongsian yang dipetik dari FB Penang Kini, dua anak pemandu kereta proton Saga tercampak keluar setelah dirempuh kereta proton Waja merah yang hilang kawalan.

Dapat dilihat dari vdeo yang dikongsikan, pemandu kereta Saga terkejut dan bergegas keluar mendapatkan anak anaknya yang pada waktu itu sudah tercampak keluar dan berada di Lorong kecemasan.

Ikuti perkongsiannya dibawah.

Update : Tiada unsur tayar MELET0P atau pun Pecah.

Berlaku over control stering waja masa mengelak menghimpit kereta hitam saga. Apa yang boleh dikatakan pemandu waja Panik untuk mengelak dan mengejut terus over control stering..

Penumpang belakang tu memang lah tak pakai seat belt saya tak boleh nak menafikan. Tapi semua ini disebabkan tercampak terkeluar tu adalah berpunca dari lock pintu belakang terkopak semasa HENTAMAN..

Kepada semua pengguna kenderaan untuk sentiasa pastikan penumpang hadapan dan belakang utk sentiasa memakai seat belt semasa kenderaan sedang dipandu..

Lokasi : Sebelum persimpangan bertingkat Bandar Cassia, Batu Kawan hala utara.

Petikan di atas adalah petikan sepertimana yang dikongsikan laman Penang Kini. Menerusi laporan Harian Metro, pemandu kenderaan telah diambil keterangan dan laporan kemlangan kejadian tersebut telah dikongsikan.

“YA Allah, anak aku.”

“YA Allah, anak aku.” Itu ungkapan pertama yang terpacul daripada mulut Norseha Abdullah, 44, selepas dua anaknya tercampak keluar dari kereta dinaiki mereka yang terbabit kemlangan di Kilometer 155.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Jawi, Sabtu lalu.

Norseha yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, ketika kejadian, dia memandu Proton Saga FLX dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Lip Sin, Bayan Lepas selepas menziarah saudara di Jawi.

Menurutnya, turut berada dalam kereta tiga anaknya, Nurshakirah Mohd Hashim, 21, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan, serta Nurainatasha, 13, dan Muhamad Danial Yasin, 11, yang berada di tempat duduk penumpang belakang.

Ternampak ‘bayang-bayang merah’ melintasi

“Ketika itu, saya berbual dengan anak kedua, Nurshakirah sambil memandu sebelum ternampak bayang-bayang merah yang melintasi bahagian hadapan kereta.

“Selepas itu, saya hanya ingat kereta yang dipandu dirempvh sebelum terbabas ke tepi jalan hingga membuatkan saya terkedu seketika dan tidak dapat berfikir,” katanya yang mempunyai lima anak.

Menurutnya, ketika itu dia masih tidak mengetahui yang anak keempat dan bongsunya tercampak keluar daripada kereta kerana masih dalam keadaan panik.

Anak anak terkejut dan menangis

“Namun, tidak lama selepas itu, saya lihat kedua-dua anak berada di luar kereta dan saya terus keluar untuk melihat keadaan mereka.

“Mereka yang masih terkejut dengan kejadian itu hanya mampu menangis dan saya terus memeluk untuk menenangkan kedua-dua anak,” katanya yang ditemui di rumahnya, hari ini.

Norseha bagaimanapun bersyukur kerana dua anak yang tercampak keluar daripada kereta itu tidak mengalami kecederaan serius.

Masih travma

Namun, apa yang membimbangkannya sehingga kini kedua-dua mereka masih travma dengan kejadian itu.

“Nurainatasha paling teruk dilanda trauma sehingga dia menjadi mudah terkejut selain tidak banyak bercakap seperti sebelum ini dan saya menghantarnya ke rumah ibu saudaranya di Kuala Lumpur supaya dia dapat melupakan kejadian itu.

“Anak bongsu juga turut travma sehingga kini namun tidak seteruk dialami kakaknya itu, manakala anak kedua pula mengalami cedera di dada dan lebam badan,” katanya.

Waja dipandu wanita warga China

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari Sabtu lalu, Proton Waja merah dipandu seorang wanita warga China berusia 34 tahun hilang kawalan ketika berada di lorong kanan sebelum merempuh kereta dipandu Norseha yang berada di lorong tengah.

Pemandu Proton Waja terbabit mengalami kecederaan di leher dan kaki kiri, manakala dua anak lelaki kembarnya berusia enam tahun yang turut berada di tempat duduk penumpang belakang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, pemandu Proton Waja terbabit hilang kawalan bukan kerana tayar keretanya yang pecah dan setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad mengesahkan menerima laporan dan juga kejadian terbabit.

Menurutnya, polis sudah mengeluarkan saman POL 257 terhadap pemandu Proton Waja merah berkenaan.

Video

Video kemlangan berdurasi 36 saat yang menunjukkan kedua-dua anak Norseha tercampak keluar melalui pintu kanan bahagian penumpang belakang itu tular di media sosial.

Perkongsian ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Mohamad Qhairul –Tolong la pakai seat belt. Tolong la beringat. Ni peringatan ikhlas. Takmau ikut terpulang. Kita jgn belagak hero. Seat belt sangat-sangat penting!

Drac Strong –JPJ patut fokus kereta yang tak tukar tayar kereta yang dah botak berbenang tu macam dok buat dekat lori. Bukan fokus benda2 macam tinted, no plate kecik, ekzos bising. Abih orang lain pun jadi mngsa.

Intan Sahak –Allah maha besar. Jika Dia belum berkehendak. Alhamdulillah, mereka masih selamat. Tengok eksden tue pun boleh bahaya juga.

Acherap Acap –Orang nampk seat belt ja. Tayar tu tak nmpak? Sebelum jalan tu cek dulu kondisi tayar. Kalau tayar tu dah botak/keras macam batu pergi la tukar jangan tunggu bonus baru tukar.

Sumber: Harian Metro / Penang Kini

Syukur semua yang terlibat selamat dari kecederaan yang serius. Moga anak anak yang masih travma kembali pulih seperti sediakala.

Buat ibu bapa diluar sana, pentingnya bila berada di dalam kenderaan sila pastikan penumpang khususnya kanak kanak memaki tali pinggang keselamatan. Dan pastikan tayar kenderaan kita masih selamat digunakan serta kenderaan kita diservis mengikut masa yang ditetapkan.

Ajal mavt ditangan tuhan. Sekurang kurangnya berusahalah untuk mengurangkan rsiko dari ditimpa kecedraan.

Apa pula kata anda. Kongsikan, moga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *