Esok suami nikah lagi. Aku gosokkan baju nikah kami dahulu, siapkan luggage utknya. Menghitung detik suami terima akad wanita lain

Foto sekadar hiasan. Kecoh di laman sosial harini, perkongsian dari seorang isteri yang sedang menanti detik pernikahan suaminya dengan bakal madu di negara gajah putih pada hari esok.

Lebih mengejutkan, kebiasaannya pasangan yang melangsungkan pernikahan di luar negara adalah kerana untuk menyembunyikan perkahwinan dari isteri pertama. Namun lain pula untuk wanita ini.

Sebaliknya, dialah yang menyiapkan semua kelengkapan si suami sebelum berangkat pergi. Sungguh tabah. Ikuti luahan wanita ini dibawah.

Suami bernikah lagi, esok

Saya kini sedang diuji oleh Allah. Suami saya kini berada di negara gajah putih sedang menghitung waktu untuk bernikah dengan isteri kedua esok pagi.

Saya baru 28 tahun masih muda dan cantik. Tapi perlu memilih samada dicerraikan atau dimadukan.

Walau berkali suami mahu mencerraikan… Tetap saya pertahankan, saya halang mulutnya dari terlafaz.

Saya tidak mahu anak saya mempunyai ‘broken family’.

Dalam air mata, Saya izinkan suami nikah lagi

Kurang 24 jam iaitu esok pagi akan rasmi lah saya berkongsi kasih suami. Namun, saya masih bersyukur dan gembira masih bergelar isterinya, masih diberikan peluang berkhidmat sebagai isteri.

Saya sendiri yang izinkan suami berkahwin lagi. Entah dari mana kekuatan Allah hadirkan dalam diri. Suami meminta saya menolongnya pack luggage.

Ya, isterinya ini yang seterika baju nikah kami dulu untuk suami pakai menikah sekali lagi esok! Saya siapkan samping songket, lengkap dengan butang baju melayu.

Begitu juga baju-baju kemeja dan seluar kerja sebanyak 6 pasang untuk seminggu suami saya akan bermalam di rumah isterinya yang kedua nanti.

Pagi tadi, saya sebagai isteri yang menghitung detik suami menerima akad perempuan lain. Menolong suami sangkut kan baju nikah kami tu di dalam kereta. Ohhh kuatnya hati ini. Tanpa setitis air mata pun jatuh.

Saya menghantar suami saya ke kereta dengan senyuman, gurauan, mood dan muka yang ceria.

Suami minta maaf, sebak

Suami yang awalnya saya rasakan tiada perasaan, tidak peduli pun saya ada atau tidak tetiba menangis memeluk saya selepas saya salam, cium dan kucup tangannya dengan begitu lama.

Lebih lama kucupan ini dari kucupan semasa pernikahan kami 4 tahun yang lepas. Suami meminta maaf. Saya maafkan, saya minta dia ampunkan segala d0sa saya selama saya ini.

Saya mohon suami doakan saya kuat, kerana saya tahu saya tidak kuat sebenarnya. Tiga hari lepas saya sudah puas menangis hingga kering tiada air mata lagi mahu dititiskan.

Saya sedang kuatkan hati dan memikirkan kenapa saya yang terpilih menerima ujian ni. Mungkin Allah nak saya rehat, manjakan diri, ada ‘me time’,

Tabah dengan ujian tuhan

Mungkin Allah rindu pada saya.. Rindu saya sujud padanya merintih dan meluahkan segalanya di atas sejadah.

Allah… Al-Quran dirumah pun sudah berhabuk. Manusia yang selepas diuji selalunya menjadi lebih baik dan sentiasa sedar diri.

Saya mohon doakan saya kuat. Kuat berperang dengan em0si sendiri.

Saat ini, saya seorang isteri yang sedang diuji dengan tsvnami cemburu yang maha hebat.

Doakan ikatan suami isteri kami berdua kuat. Doakan saya dikurnia kesabaran yang tinggi untuk menempuh hari mendatang.

Reaksi warganet.

Perkongsian wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Seperti dijangka, isu melibatkan suami kahwin lagi pasti mendapat kecaman dari ramai wanita. Namun ada juga yang sebaliknya. Lihat apa kata mereka.

Nur Lailatul –Terima kasih mengajar wanita lain untuk tabah dan redha serta cekal. Moga Allah menghadiahkan senyuman yang mekar sepanjang bergelar isteri yang pertama.

Don Luffy –Kalau isteri mintak cerrai tu normal, tapi bila suami yang dah ringan mulut nak cerrai, maknanya kau dah takde nilai sebenarnya.

Bagi aku laki macam ni tak normal pun. Elok je cerrai.

Nur Atiqa –Nafkah diri dan anak jangan sesekali buat pejam mata selepas esok. Awakk bagi greenlight pada suami, bukan makna awak buka ruang pada suami untuk aniaya hak awak dan anak2 juga dan pula lepas ni. Nak jadi baik pun, biar bertempat.

Nur Aini –Suami puan dah cari bahagia dia sendiri dan bahagia dia bukan puan. Saya rasa better puan juga cari bahagia puan. Yang pasti bukan bersama suami puan sekarang. Dengan keadaan sekarang belom tentu anak2 puan akan dapat kasih sayang ayahnya.

Ahsana Nadiyya –Klisenya alasan. Sesungguhnya saya bosan mndengar luahan isteri pasrah padahal dia ada pilihan yang lebih baik. Daripada simpan jantan tu, baik la terbang bebas. Dunia Allah ni luas sis. Explore la bumi ciptaan tuhan ni dengan positif.

Naa Hanafi –Situasi ni sebab dia terlalu sayangkn suami dia. Cinta mti dia kat suami dia tapi suami dia tak cinta sangat pun kat dia. So situasi bila kita terlebih sayangkn orang, nak pisah tak leh sedangkn suaminya sanggup je cerraikn dia.

So mybe dia cuba kuatkn diri, umpama barang yang tak dihargai tapi try hard untuk jadi barang yang dihargai. Memang payah sangat la. Dia yang memilih untuk hidup dalam airmata, lepas ni bila laki dah kawin lain maka bermacam lah lagi drama dari pihak belah sana dia akan terima.

Tapi itula bila dah terlebih sayangkn orang macam ni la. Merugikn diri sndiri, tapi itu pandangn kita. Bagi dia, dia puas dan rasa hebat dapat berjuang untuk terima madu.

So biarlah dia dengan pilihan dia. Hope pilihan dia untuk bertahan dapat tempah tiket ke syurga untuk dia, jangan tergelincir la coz hidup bermadu ni banyak kena sabar lagi2 situasi madu dia yang laki dia lebih sayangkn dari dia. Gudluck.

Masrurah Shuhaimie –Saya tak faham, cerrai saja kah pilihan yang ada sedangkan dia sendiri pilih untuk dimadukan? Ingat kawan2, cerrai tu perkara halal yang dibenci tuhan.. Kita tak tau pon cerita disebalik cerita ne. Perempuan ne pilih untuk tutup aib dia suami isteri jangan kita memandai2 mereka cerita..

Cakap pandang kiri kanan. Takut yang kita cakap ne berbalik ke diri sendiri.. Been there, tasted my own med1cines..

Dia tak mintak apa2. Dia cuma minta doa dari kita.

– Mira (Bukan nama sebenar) via iiumc

Kami doakan supaya Mira tabah dengan ujian yang sedang dihadapi. Moga keputusan yang dipilihnya tepat dan semoga si suami tidak sesekali mengabaikan isteri pertama dan anak selepas sah bernikah dengan isteri baru pada hari esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *