Ibu lari ikut laki org bini 2. Amir ggl semua subjek SPM. Nk kahwin, terkejut tgk baki ASB simpanan dia

Foto sekadar hiasan. Kisah yang ingin dikongsikan ini sebenarnya pernah tular sebelum ini. Kisah lama yang penuh dengan pengajaran.

Amir dan adik beradiknya ditinggalkan ibu sendiri kerana lari dengan suami orang bini dua. Sejak itu kematangan Amir terserlah walaupun masih muda umurnya. Ikuti kisah Amir di bawah yang dikongsikan oleh ibu saudaranya, Maksu.

Hai pembaca. Bila tengok tajuk, nama lelaki mesti korang pikir aku nak cerita pasal b0yfriend atau suami kan? Actually NO. Aku nak cerita pasal Amir, Anak buah aku. Aku ni maksu die. Jarak umur kami hanya 7 tahun. Ibarat kakak dengan adik. Tapi maklumlah abang ngah aku gatal merenyam, jadi umur 21 tahun dah heboh nak berbini.

Amir anak sulung dari 3 adik beradik. Aku nak start cerita ni pon aku sedih. Amir lahir pramatang. Jadi, die agak lembab sikit dalam pelajaran. Kau ajar lah die macam mana pon, semua benda susah nak paham. Ok start dengan cerita sedih Amir.

Waktu Amir darjah 6, lagi 2 bulan nak UPSR, ibu Amir tinggalkan ayah dan adik beradik Amir sebab lari dengan jantan lain. Waktu tu, aku baru 19 tahun.

Bila Amir tahu ibu die lari dari rumah. Die senyap dan termenung. Aku rasa marah, marah dengan kakak ipar aku. Ape kau tak tengok ke muke anak-anak yang kau tingalkan ni? Ape kau tak ada langsung ke rasa simpati kat anak-anak kau ni? Ape naluri kau sebagai ibu dah mti?

Aku yang belum kawen waktu tu pon sedih giler bila pandang muka anak-anak buah aku yang kene tinggal dengan ibu die ni. Nasib mak dan ayah aku ada lagi. Jadi boleh jaga cucu-cucu die ni. Ayah Amir pulak macam hilang arah. Asyik kata ape salah dia sampai bini die tinggalkan die sebab ikut jantan lain.

Macam mana kami tau kakak ipar aku lari dengan jantan lain? Ayah jantan tu datang rumah mintak maaf. Die tak tau yang anak die bawak tu bini orang. Yang lagi kelakar, jantan tu dah ade dua bini. Kalau jadi die kawen dengan kakak ipar aku, maknenye kakak ipar aku bini yang ketiga. Macam lawak tapi itu realitinya. Jadi, bermulalah kehidupan Amir kat rumah mak ayah aku.

Kadang2 bila adik2 die buat salah, ayah aku selalu marah2. Aku pernah dengar Amir cakap

“Korang jangan buat atuk marah, kite ni menumpang rumah orang. Nanti abang dah besar, kite cari rumah lain ya.”

Meleleh aku dengar Amir cakap gitu kat adik2 die.

Masa tu die baru 15 tahun. Dari situ aku dah nampak kematangan die. Masa umur die 17 tahun, perkara yang aku takkan lupa dan tak boleh lupa, Amir dengan sorang lagi anak buah aku dah terlambat nak pergi sekolah sebab hujan.

Masa tu aku dah pandai bawak kereta. Jadi, Amir kejut aku mintak tolong hantarkan dia ke sekolah. Aku tengking dia, aku kata

“Kau pergi lah sendiri jalan kaki”.

Aku pon tak pasti kenapa aku kijam sangat dengan anak-anak buah aku.

Akibatnya, sampai ke hari ni aku masih rasa bersalah dengan Amir. Raya tahun lepas aku dah minyak maaf kat die. Dia kate, maksu tak salah ape2 pon dengan Amir. Menangis aku bila die cakap macam tu. Baiknya hati kau wahai anak.

Setiap kali raya, Amir tak pernah mintak beli baju baru. Kata Amir, biarlah die tak ada baju baru asalkan adik2 dia boleh pakai baju baru. Bila tengok sepupu2 datang dengan mak ayah dorang, setiap kali riak wajah Amir berubah. Aku paham ape yang dia rasa.

Ayah Amir setiap bulan bagi mak ayah aku duit untuk belanja anak-anak dia. Tapi kadang2 tak cukup sebab mak ayah aku pon dah pencen. Ayah aku kerja pula jadi nelayan untuk sara cucu-cucu. Aku pula masa tu sambung degree lepas STPM. Jadi aku nak bantu dari segi kewangan pon tak dapat.

Result SPM Amir semua gagal. Something yang aku dah tahu sebab sebelum ni pon semua matapelajaran gagal setiap kali exam. Bila anak buah aku yang lagi sorang sebaya Amir dapat masuk universiti untuk diploma, Amir macam sedih. Jangankan nak ambil diploma, nak masuk kemahiran pon tak dapat.

Jadi sementara tu, Amir kerja kedai makan. Satu hari berborak dengan sorang pakcik ni, borak punya borak tiba2 aku terbukak cerita pasal Amir dan pakcik tu nak tolong masukkan Amir untuk dapatkan sijil kemahiran. Alhamdulillah ade sinar baru untuk Amir.

Lepas sijil Amir kerja kilang. Die bantu ayah die sara adik2 yang masih belajar. Hutang ayah die pon, die tolong settle kan. Pergi kerja, die akan bawak bekal hari2. Nak jimat katanya. Belanja sekolah adik2 semua dia bagi. Ape yang adik die nak, die cuba tunaikan walau gaji die tak besar.

Amir kata dia nak kawen. Dengan orang kampung sebelah. Aku tanya, kau ade duit ke nak kawen? Amir kata die ade simpanan sikit dengan awek die. Tiba2 die tunjuk buku ASB die kat aku. Aku tengok baki, ade RM9k. Banyaknya! Betul2 ikat perut ni. Yang bagusnya Amir, semua benda dia akan rujuk dan tanya pendapat aku dulu. Contoh, perlu ke dia beli kereta?

Aku cakap kalau tunang die dah ade kereta, cukup lah die pakai motor. Jangan nak ikut trend orang ade kereta, kite pon nak ade kereta. Ukur baju di badan sendiri. Lagi beberapa bulan nak kawen, Amir dah mampu beli rumah walaupun rumah flat.

Alhamdulillah. Mungkin ade hikmah kenapa ibu die tinggalkan die dulu. Amir jadi seorang yang sangat berdikari dan tak menyusahkan orang lain.

Amir cerita, ibu dia datang cari dia untuk pinjam duit. Dia pernah nampak ibu die berniaga nasi lemak tepi jalan. Aku tanya, kau bagi ke? Amir kata dia bagi sebab ibu tetap ibu Amir walau die pernah tinggalkan kami adik beradik. Mulia betul hati kau Amir.

Sebab aku selalu pesan, syurga anak lelaki tetap bawah kaki seorang ibu walau sejahat mana pon ibu tu. Kejahatan die tu biar die dengan Allah je. Kite sebagai anak, jalankan tanggungjawab kita selagi mampu.

Setiap kali aku tengok Amir. Aku belajar sesuatu. Dulu mungkin sudah jatuh ditimpa tangga, tapi semangat untuk ubah diri dan kehidupan perlu ada. Kadang2 kita takkan selalu berada di atas. Allah akan uji keimanan kite pada dia. Bila jatuh, mungkin ade hikmah yang Allah nak bagi. Bulan 3 tahun depan, Amir dah nak kawen.

Tunang die pon dari keluarga yang baik2. Aku berdoa die bahagia dengan family yang bakal die bina kelak. Aku juga harap die dapat bimbing isteri dan anak-anak die nanti supaya cekal macam die.

Die kawen nanti, InsyaAllah aku nak sponsor serba sedikit. Rasa bersalah aku pada Amir tak pernah hilang. Sikit sebanyak dapat aku tebus kesalahan aku dulu. Baru tenang sikit hati ni.

Yang buatkan aku lagi bersalah, Amir sangat sayang dengan anak-anak aku. Setiap kali aku balik kampung, kadang2 Amir balik kerja shift malam, die layan anak-anak aku main kadang2 sampai tersengguk2 die tahan mengantuk.

Maksu doa, Allah sentiasa melindungi Amir, dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati Allah selalu. InsyaAllah, amin. – Maksu

Ternyata Amir ni seorang anak yang cekal dan tabah. Walaupun gagal dalam SPM tidak menjadi alasan kepadanya untuk menjadi orang yang berguna dan berjaya dalam hidup.

Yang baik itu kit jadikan tauladan. Yang buruk itu kita jadikan sempadan. Apa pula kata anda. Kongsikan, moga bermanfaat untuk kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *