“Segulung Ijazah, Sekujur Jasad Ibu”. Anak pilih sempurnakan pengkebumian ibu dari menerima skrol ijazah di majlis konvo

Majlis graduasi merupakan antara momen yang ditunggu ramai graduan selepas menamatkan pengajian masing masing.

Saat berkongsi kegembiraan bersama ahli keluarga yang selama ini banyak memberi sokongan moral dan wang ringgit, serta bersama-sama rakan pengajian, pasti meninggalkan memori indah buat graduan.

Namun tidak semua yang bernasib baik. Baru-baru ini tular, perkongsian dari Syirfan Indra di laman Facebooknya mendapat simpati ramai.

Di dalam postingnya, graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Muhammad Fahim Shamsuddin telah menerima perkhabaran sedih susulan permergian ibunya akibat k0mplikasi drah tinggi dan kencing manis.

Keputusan Muhammad Fahim untuk pulang menguruskan jnazah ibunya sebelum sempat mengambil skrol ijazahnya mendapat pujian ramai. Ikuti perkongsian dibawah.

Segulung Ijazah, Sekujur Jasad Ibu…

Bagaimana mahu mengambil keputusan – antara hadir konvokesyen ijazah pertama atau hadir sebuah majlis pengkebumian.

Itulah yang di alami graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Muhammad Fahim Shamsudin yang sewajarnya bergraduat dalam sesi Konvokesyen UMT hari ini (17/11/2019) terpaksa memilih untuk berada di atas pentas menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) atau menyempurnakan majlis pengkebumian ibunya yang meninggal dunia 12.20 malam tadi akibat k0mpilasi drah tinggi dan kencing manis.

Lebih menyedihkan kerana aruwah sudah berada di Terengganu dan sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut. Fahim sempat menyarungkan jubah konvo kepada ayahnya dan hanya sempat menunjukkan kepada ibunya.

Antara pilihan hadir majlis konvokesyen yang mungkin sekali seumur hidupnya, Fahim lebih yakin memilih untuk menyempurnakan majlis pengkebumian ‘cinta hatinya’ yang juga sekali seumur hidup.

Pada tika melihat dia mengendong ayahnya yang uzur, fahamlah saya bahawa anak muda ini bukan calang-calang anak. Nampak segala tanggungjawab akan terbeban di bahunya.

Berat namun dia mampu. Dengan keyakinan dia memilih ‘cinta hatinya’ melebihi segulung ijazah – dia akan berjaya dengan segala restu.

Walaupun UMT menawarkan untuk beliau boleh memilih untuk naik di pentas paling awal atau paling akhir bagi memudahkan urusan pengkebumian, Fahim menolak dengan ketegasan seorang anak lelaki yang baik. Menyempurnakan pengkebumian dan bersama seisi keluarga jauh lebih utama.

Saya melihat kisah ini sebagai cerminan kepada apa itu pendidikan yang berjaya. Ia harus memperkasa daya fikir dengan memberi refleksi pada sesuatu situasi dengan penuh hikmah, ehsan dan kearifan. Ia bukan kebijaksanaan semata-mata. Segulung ijazah hanyalah tanda kecil pada ilmu, selebihnya adalah gerak hidup dan kehidupan, fikir manusia dan kemanusiaan.

UMT wajar berbangga berjaya membentuk seorang Fahim. Kekar, tegas, berjiwa dan berfikir dengan asas nilai yang betul. Kita perlukan lebih ramai Fahim.

Selamat berangkat Puan Rahayu Abu ke negeri abadi. Tenanglah Puan di sana. Puan telah tinggalkan seorang Fahim yang hebat. Fahim pasti akan hidup dengan kuat. Terima kasih Fahim kerana mengajar sesuatu.

Menerusi laporan Harian Metro, ibu Muhammad Fahim dikatakan sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya dan mereka telah bertolak awal ke Terengganu pada hari Jumaat. Namun saat menginap di rumah bapa saudara di Kampung Tok Jembal, ibunya mula lemah dan jatuh sakit sebelum disahkan mninggal dunia di hospital.

IMPIAN seorang ibu untuk melihat anaknya menerima ijazah sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia kelmarin.

Malah, Muhammad Fahim Shamsuddin, 23, tidak naik pentas menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) kerana perlu menguruskan jnazah ibunya, Rahayu Abu, 50, yang menghembuskan nafas terakhir jam 12.20 tengah malam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat k0mplikasi drah tinggi dan kencing manis.

Menurut Muhammad Fahim, ibunya teruja ke majlis konvokesyen walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinkan, malah dia yang paling awal bersiap bertolak ke Kuala Terengganu dari rumah di Bera, Pahang.

Katanya, pada awalnya dia merancang bertolak ke Kuala Terengganu Sabtu disebabkan baru tiba di kampung kerana bekerja di Kuala Lumpur sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat perkapalan.

“Majlis konvokesyen Ahad namun ibu mahu bertolak Jumaat. Saya ikutkan saja permintaannya dan bercadang membawanya dan ayah (Shamsuddin Md Amin) ke tempat menarik di Kuala Terengganu.

“Namun ketika menginap di rumah bapa saudara di Kampung Tok Jembal, keadaan kesihatan ibu merosot apabila demam dan sesak nafas hingga dibawa ke hospital,” katanya.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan ke HSNZ ibunya tidak sedarkan diri.

“Ketika dirawat, doktor menyatakan ibu mengalami bengkak di otak dan bergantung kepada mesin pernafasan. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia jam 12.20 tengah malam,” katanya.

Muhammad Fahim berkata, walaupun tidak sempat naik ke pentas menerima ijazah, dia tidak ralat sebaliknya menguruskan jnazah ibunya lebih penting.

“Selepas pulang daripada mengambil jubah konvokesyen, saya sempat menyarungnya kepada ayah serta menunjukkannya kepada aruwah ibu dan saya melihat wajahnya gembira walaupun dia dalam keadaan lemah,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Jnazah dibawa pulang ke kediaman mereka di Kampung Bohor Baru, Bera dan dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Baru.

Sumber : Syirfan Indra , Harian Metro

Semoga kita dapat ambil tauladan dari apa yang disampaikan. Walau apa pun yang harus ditempuh, ingatlah ibu bapa lah yang lebih diutamakan.

Buat arwh ibunya, kami doakan moga rohnya dicucuri rahmat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *