Pkul 2 pagi. Tiba2 disapa aruwah tunang di hosptal. Krn rajuk, Haikal drive ke KL sblum kmlangan

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Aku ingin kongsikan kisah aku. Nama aku Deera. Aku berusia 26 tahun dan bekerja di ibu kota. Hari ini aku rasa penat sangat. Dalam tempoh dua minggu ni seringkali balik lewat semata-mata nak siapkan kertas kerja sebelum tarikh akhir.

Bertunang dengan Haikal

Kadang-kadang nak lunch pun macam tak sempat cuma makan roti sahaja. Memang sejak dua menjak ni aku mengabaikan rutin hidup normal aku. Semata-mata memberi tumpuan kepada kertas kerjaku. Berharap benar kertas kerja aku diluluskan.

Aku sudah bertunang, ya nama tunangku Haikal. Memang kami jarang berjumpa kerana hubungan kami jarak jauh. Haikal seorang guru dan bertugas di Ipoh, Perak. Sejak aku terlibat dengan projek baru syarikat aku, aku agak jarang melayan whatsapp dan menelefon dia. Kadang-kadang hal remeh seperti ini boleh menyebabkan perbalahan antara kami.

Tiba-tiba rebah

Hari itu aku bergerak awal dari rumah ke tempat kerja. Kepala aku terasa sedikit pening, tapi aku gagahi ke tempat kerja. Sedang aku membancuh milo di bilik pantry pejabatku. Aku tiba-tiba rebah. Memang masa tu aku langsung tak sedar.

Lepas sedar, aku dapati aku berada di hospital. Aku lihat tanganku diccuk jrum, untuk memasukan ubat dari tiup. Liza, rakan sepejabatku berada ditepiku sambil melihat aku.

Aku: Kenapa aku ada kat sini?

Liza: Kau pengsan tadi kat office. Tekanan drah kau rendah sangat. Kau kena rehat.

Aku: Haa?

Liza: Kau rehatlah, tadi boss dan officemate datang jenguk kau. Dia suruh kau rehat cukup-cukup.

Mak ayah suruh bercuti rehat di kampung

Liza memberikan handbag aku kepadaku. Katanya dia sudah menghubungi mak dan ayah aku serta Hanim rakan serumahku. Dia meminta diri untuk pulang.

Aku mencapai handphone sebaik sahaja mendengar pangilan. Ayah dan mak begitu risau akan keadaan aku. Aku cuba untuk mententeramkan mereka kerana aku tak nak mereka berasa susah hati. Bukan dekat dari Sungai Petani untuk datang ke Kuala Lumpur.

Sebolehnya aku tak nak menyusahkan mereka. Aku katakan bahawa aku sudah sihat seperti sedia kala sebab aku tak nak ayah memandu jauh untuk melawat aku. Kesihatan ayah yang kurang baik itu tidak sesuai memandu jauh. Ayah menyuruh aku mengambil cuti dan berehat di kampung.

Putuskan panggilan Haikal

Aku dapati lebih 20 missed call daripada Haikal. Aku menelefonnya kembali. Dia begitu cemas mengetahui keadaaan aku yang tiba-tiba pengsan. Dia kata nak datang menjenguk aku.

Tapi sekarang dia ada kursus di Pulau Pinang, dan selepas kursus dia baru bercadang untuk ke Kuala Lumpur menjenguk aku.

Aku sedikit kecewa. Terus sahaja aku putuskan panggilan tanpa mendengar penjelasan selanjut darinya. Mungkin juga ini perasaannya bila dia menelefon aku dan aku hanya membalas “busy” dan terus menamatkan panggilan.

Tiba-tiba rasa sebak apabila rasa diabaikan oleh tunangku. Bertalu-talu juga panggilan dari Haikal tapi tidak aku endahkan. Tiba-tiba em0si aku sangat tersentuh.

Hanim datang menyapaku. Dia membawakan makanan. Dia bercadang untuk menemani aku malam ini di hospital, tapi aku tak nak menyusahkan dia sebab esok dia kerja pagi. Hanim pulang ke rumah selepas tamat waktu melawat.

WhatsApp Haikal

Rasa sunyi sahaja bila tak ada pelawat. Aku lihat screen handphone ada banyak miscall dan whatsapp daripada Haikal. Aku membaca whatsappnya satu persatu. Aku membalas,

Aku: Awak tak perlu risaukan saya. Saya ok, awak kursus la elok-elok. Esok kalau tekanan drah saya normal saya boleh keluar hospital.

Haikal: Lusa, abang janji datang tengok Deera ya, please take care.

Aku sedikit sedih. Dia macam lebih pentingkan kursusnya daripada aku. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Jururawat bertugas memeriksa tekanan drah aku. Masih rendah tetapi tak serendah masa mula-mula aku dirawat pagi tadi. Aku disuruh berehat.

Ada seorang pesakit menyapa aku, aku bersembang dengannya, Kak Salmi namanya. Katanya dah 3 hari berada di hospital akibat gastr1k. Di wad tersebut hanya aku dan dia je. Aku ditempatkan di katil hujung berdekatan tingkap.

Disapa Haikal, pukul 2 pagi

Jam menunjukkan pukul 2 pagi tapi mata aku masih susah nak lelap. Akibat bosan dan susah melelapkan mata, aku berjalan ke tingkap, cuba membuka tingkap untuk melihat pemandangan malam di hospital. Tiba-tiba aku disapa dari belakang.

“Deeraaa….”

Aku kenal benar dengan suara itu, ya Haikal datang. Dia berdiri dibelakang aku sambil tersenyum.

Aku: Kenapa abang datang malam-malam? Cakap nak datang lepas kursus.

Haikal: Abang risaukan Deera.

Aku: Boleh ke melawat malam-malam ni?

Haikal: Abang curi-curi masuk.. Hehehe..

Aku: Abang jangan cari pasal, nanti kena tangkap dengan Pak Guard.

Haikal: Esok takut tak dapat jumpa Deeraa.

Geram aku dengan perangai Haikal yang buat kerja g1la malam-malam ni. Malam tu aku yang banyak bercakap berbanding dia. Dia hanya melihat dan tersenyum sahaja mendengar celotehku.

Hilang rajukku selepas berbual dengan Haikal. Bunga rose pemberian Haikal aku letak di tepi meja sebelah katilku. Ini pertama kali Haikal menghadiahkan bunga rose kepadaku. Nak pujuklah tu, bentak hatiku girang!

Haikal: Abang nak pergi ni, Deera jaga diri elok-elok. Abang sayang Deera. (sayu suara Haikal kedengaran).

Aku: Yelah, Deera pun sama. Take care, jangan buat macam ni lagi.

Haikal: (Haikal hanya mengangguk).

Aku: Esok kita jumpa ye.

Dibenarkan pulang

Haikal senyum lalu berlalu meninggalkan aku. Aku terus tidur dengan lenanya. Pagi itu, jururawat datang memeriksa tekanan drah aku. Alhamdulilah sudah kembali normal dan doktar membenarkan aku pulang hari ini tapi masih memberikan cuti sakit untuk aku berehat di rumah.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Tertera nombor ayah. Ayah memberitahu bahawa dia dengan mak serta Kak Long aku dalam perjalanan ke hospital untuk datang mengambil aku.

Cepat betul ayah tahu aku boleh keluar hospital, bisik hatiku. Aku cuba untuk menelefon Haikal tapi masuk voicemail dan whatapps pun tak delivered lagi. Penat betul mamat ni, tidur mti agaknya getus hatiku.

Budak main cak-cak dekat tingkap

Kak Salmi menyapaku.

Kak Salmi: Ok tak semalam?

Aku: Ok.

Kak Salmi: 4 malam akak kat sini, semalam baru boleh nyenyak. Akak keluar hari ni.

Aku: Kenapa kak? Saya pun keluar hari ni juga.

Kak Salmi: Sebelum ni, ada budak main cak-cak kat tingkap tu.

Kak Salmi menunjukkan tingkap yang aku nak buka semalam. Rasa seram pula bila Kak Salmi cakap macam tu. Nasib baik semalam aku tak sempat buka tingkap tu dan Haikal datang teman aku, silap-silap aku kena cak-cak pula dengan “budak’ yang akak ni cakap.

Aku: Seramnya kak.

Kak Salmi: 2 kali akak tukar tempat dalam wad ni, nasib semalam akak boleh tidur nyenyak.

Aku bersyukur semalam Haikal datang. Kalau tak memang aku cadang nak buka tingkap tu sebab rasa bosan sangat.

Rupanya Haikal dah mti kmlangan

Ayah, Mak dan Kak Long datang. Aku terus bersalam dengan mereka dan memeluk mak dan Kak Long. Ayah suruh aku bersiap cepat, manakala Kak Long pergi ke bilik doktor untuk urusan keluar hospital.

Mak menghampiriku sambil memelukku dan menangis.

Aku: Mak, adik dah oklah, janganlah menangis.

Mak: Mak nak cakap dengan adik ni, jangan sedih ye.

Aku: Adik ok je, kenapa ni mak?

Mak: Haikal dah tak ada. Dia kemlangan masa nak ke KL jam 2 pagi tadi.

Aku terkesima. Seakan-akan tidak percaya apa yang keluar dari mulut ibuku. Tak mungkin Haikal dah tak ada. Semalam baru dia melawat aku. Tak mungkin! Aku tak percaya apa yang aku dengar.

Daun-daun kering

Aku mencari bunga yang aku letak di atas meja. Mana dia? Tak jumpa! Aku bertanya kepada Kak Salmi tentang bunga itu. Kak Salmi kata, masa aku tidur, ada cleaner menyapu daun-daun kering yang jatuh di atas lantai. Tapi bukan bunga.

Aku cuba bangun untuk pergi mendapatkan cleaner tersebut tapi ditegah oleh ayah. Ayah menyuruh aku bersabar dengan berita kemtian Haikal dan selepas ini kami sekeluarga akan ke rumah keluarga Haikal di Bukit Kapar, Selangor. Pengkebumian Haikal akan diadakan selepas solat Asar.

Aku dan keluargaku pergi ke rumah Haikal. Sekujur tubuh yang berbalut kain putih itu adalah milik Haikal. Ya memang Haikal.

Haikal sudah tiada, tapi siapa yang menemui aku semalam?

Al-fatihah untuk Haikal.

Reaksi warganet.

Perkongsian dari wanita ini mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Lynn Waty –Aku pun pernah mimpi aruwah nenek aku masa dia nak meninggal sehari sebelom syawal. Dalam mimpi tu dia ckp “tak nak balik ke tengok Mek… Mek nak pergi dah”. Terus aku sedar sebab ada call cakap nenek dah tak de.

NurAin J Ain -.. Moga Allah menempatkan aruwah dikalangan orang2 yang soleh. Sampai mti boleh teringat tu, sebab perangai sendiri , nyawa orang lain jadi taruhan. Bukan nya sakit teruk pun. Pikirlah lah juga keadaan dan kekangan masa dan jarak. Kalau family reti pulak pikir, ni tunang kot, orang tu tengah bekerja.. hish..

Sarah Adam –Bagi aku ne biasa kalau tunang sakit perlu perhatian merajuk Dan sebagainye. Dah name Nye ajal. Ajal kite ne memang dah tertulis sejak kite lahir lagi. Mti dalam perjalanan ke hospital untuk jumpe tunang tu asbab je.

Aku tak faham orang yang suke salahkn orang laen bile orang tu mti. Padahal klu Haikal tu tak pergi mane2 hari tu, memang da tertulis ajal Nye, Dia akan mti jugak, walaupun dalam tido.

Leon Asha Rehana –Semoga Deera tabah dengan apa yang berlaku. Kena ingat, ajal mavt dah ditentukan Allah. Jangan salahkan diri sendiri walau apa pun orang lain cakap.

Jadikan iktibar segala yang terjadi. Allah tau Haikal sayangkan Deera, kerana itu ‘Haikal’ datang juga ucapkan selamat tinggal. Semoga Deera beroleh kebahagiaan, dan semoga Haikal peroleh syurganya Insya Allah.

Sumber : hannaidola via Fiksyen Shasha

Ajal mavt itu ketentuan tuhan. Moga ada pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah diatas. Yang buruk itu kita jadikan sempadan.

Kongsikan, moga bermanfaat untuk kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *