Nenek besarkan 13 anak hingga berjaya. Tp bila nenek skit, anak2 siap gduh, siapa yg kena jaga nenek

Assalamualaikum pembaca yang dihormati sekalian. Aku membuat luahan hati disini kerana teramat rindukan nenek ku yang mening gal dunia pada awal Januari 2018.

Sayu hati terkenangkan pendritaannya ketika hayatnya. Maafkan aku jika penulisan ku tidak berapa baik. Ambil lah iktibar dan jadikan pengajaran atau panduan dalam kehidupan.

Nenek ialah ibu kepada ayahku. Meninggal dunia di usia 72 tahun. Nenek, yang ketika hidupnya terlalu banyak dugaan Allah berikan. Nenek, yang ketika hidupnya amat disenangi dan disayangi orang sekeliling kerana dia seorang yang sangat pemurah, suka memasak, kelakar dan cantik.

Ya, walaupun sudah tua, walaupun bermacam penyakit yang datang, nenek tetap cantik dimataku.

Nenek mempunyai anak seramai 13 orang (termasuk ayahku). Ayahku anak ke 2. Nenek dan atuk bercrai ketika usia telah senja, ketika anak-anak telah dewasa. Atuk gillakan perempuan muda dan mahu menikahi perempuan itu.

Nenek tidak sanggup bermadu, lalu meminta cerrai. Dalam masa yang sama, Mak Su ku (adik bongsu ayah) ketika itu sedang skit.

Sedih bila mendengar cerita ayah. Tidak dapat ku bayang apa yang nenek lalui ketika itu. Kehilangan suami yang dicintai, dan anak yang dikasihi skit teruk. Kucar kacir hidupnya, tapi masih mampu menggembirakan orang lain. Insha Allah syurga untukmu nenek.

Nenek skit, nenek ada banyak penykit. Ken cing manis, drah tinggi, skit jantung, knser uterus, dah bermacam lagi skit yang datang akibat k0mplikasi rawatan knser. Berpuluh tahun nenek skit.

Ya Allah kasihan nenek. Maafkan cucumu ini kerana mencari rezeki jauh darimu. Tidak dapat menjaga dan menggembirakanmu.

Nenek mendrita. Nenek ramai anak, tetapi anak-anak sering bergduh tentang siapa yang akan menjaga nenek, menemani nenek ke hospital untuk check-up. 13 orang anak itu sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa berbulan lamanya.

Bermaki hamun didalam whatsapp group hanya untuk menjaga seorang ibu. Nenek dijaga oleh pembantu dari seberang dan private nurse yang diupah oleh ayahku. Ayah pula terlalu sibuk dengan perniagaan nya.

Kasihan nenek. Nenek mampu menjaga 13 orang anak sehingga semuanya berjaya. Semua. Tidak ada seorang pun yang susah atau hidup dalam bersederhana. Semuanya mewah.

Mak long kontraktor kelas A, ayah mempunyai firma arkitek sendiri, yang dibawah ayah, seorang Chartered Accountant, tidak lama lagi akan buka firma sendiri juga. Yang lain-lain, Engineer, Lawyer, Doctor.

Tapi kenapa tidak ada seorang pun yang jaga nenek ketika nenek skit, terlantar dihospital? Semuanya diserahkan kepada pembantu dan nurse.

Bagaimana aku tahu walaupun aku jauh? Kerana aku rapat dengan pembantu dari seberang itu dan sering berwhatsapp bertanyakan kabar nenek.

Kasihan nenek, sering bertanyakan anak-anaknya. Sering bertanyakan ‘terlalu sibuk kah anak-anakku, sehingga tidak dapat melawat aku?’.

Kasihan nenek, rindukan anak-anaknya. Mahukan perhatian anak-anaknya. Tapi yang diberikan hanyalah duit, duit, duit. Masing-masing hanya lepas tangan. Beranggapan dengan memberi duit, mereka sudah cukup berbakti.

Kasihan nenek. Selalu menangis keskitan, sussah tidur malam, dan tidak berselera untuk makan. Hanya menangis dan menyebut nama anak-anaknya satu persatu.

Menurut pembantu, setiap hari nenek akan meminta pembantu untuk membawa nenek ke pintu utama. Nenek akan duduk termenung disitu beberapa minit, dan kemudian meminta pembantu membawanya masuk kedalam bilik semula. Mungkinkah nenek menantikan kepulangan anak-anaknya?

Aku bersyukur kerana ketika nenek meninggal dunia, aku sedang bercuti di kampung. Aku berada disisi nenek ketika dia sedang na zak. Aku membisikkan kalimah Allah ke telinganya. Sungguh aku sayu. Sedih.

Nenek pergi pada hari jumaat disisi 5 orang anak-anaknya dan beberapa orang cucu. Anak-anak yang lain masih diperantauan.

Aku lihat penyesalan di wajah ayahku, dan anak-anak nenek yang lain. Penyesalan yang teramat sangat. Mereka menangis seperti anak kecil.

Ayahku tidak mampu menjejakkan kaki ke bilik nenekku. Pandang sahaja pintu bilik, pasti dia akan menangis. Dan aku terlihat Mak Su menangis di atas katil di mana nenek terlantar sambil memeluk baju terakhir yang nenek pakai.

Aku tahu mereka sedih. Tapi, kalau lah mereka tunjukkan kasih sayang yang sebegitu rupa ketika nenek masih hidup, pasti nenek bahagia. Semuanya sudah terlambat.

Aku yakin, Allah akan tempatkan nenek ke syurga. Kalian doakan nenek sekali ya. Semoga Allah ampuni segala d0sa-d0sanya.

I miss you nenek. Tenanglah disana.

Reaksi warganet

Perkongsian wanita ini mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Norafida Kassim –Ya, lumrah Alam. Masa sihat kudrat tua pun mereka masih gunakan untuk kpentingan sendiri. Bila sakit mula mnjauhh. Rindu nye seorg ibu. Akan duduk di muka pintu mnunggu ank anaknya balik.

Kahar Basir –Rindu orang tua ni mereka tak tunjuk. Walau tinggi mane pun rindunya, dipendam. Takut nanti kalau anak2 rasa terbeban. Patut anak2 dah besar panjang, boleh pikir sendiri. Taka kanlah sibuk sangat sampai tiada masa nak balik kampung kan.

Norita Abd Rahman –Ini fenomena biasa dik dalam keluarga masa mak sihat suka balik kampong mak masak macam2 mak siapkan macam2 tapi bila mak dah sakit mula masing2 mencari helah tak nak layan mak.

Bila dah meninggal barulah buat buat menyesal pada hal dalam fikiran masing2 selesai masaalah sebenar nya pegang lah pepatah orang dulu2 seorang ibu boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu tua.

Sumber : Facebook

Perkongsian di atas juga pernah tular beberapa tahun lepas. Melalui carian di laman sosial, perkongsian yang dikongsikan wanita bernama Liyana ini memberikan keinsafan kepada para pembaca.

Ingatlah anak anak semua, kasih ibu itu sampai ke akhir hayat.

Boleh baca artikel sebelum ni:

Anaknya doktor. 7 tahun tak balik kampung. Puas si ibu menahan rindu, hinggalah ke akhir hayatnya

Yang baik itu kita jadikan pengajaran. Yang buruk itu kita jadikan sempadan. Apa pula kata anda. Kongsikan, moga bermanfaat dan menjadi pengajaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *