Aku pensyarah, suami pula doktor pakar. Kami kecewa. Anak tak tersenarai pun masa hari anugerah sekolah

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi post masalah aku ni. Mungkin kecil pada sesetengah orang tapi besar bagi aku.

Saat aku menulis, masa telah menginjak jam 12 malam. Anak dan suami sudah tidur. Aku ambil masa ini untuk menenangkan fikiran. Sambil mencoret di IIUM Confession sebagai salah satu ikhtiar untuk aku mencari jawapan pada permasalahan aku melalui nasihat dan perkongsian positif kalian.

Aku Emilia (bukan nama sebenar) seorang pensyarah di universiti swasta manakala suamiku seorang doktor pakar. Kami mempunyai seorang anak lelaki yang kini belajar di darjah 1.

Di akhir tahun ini, pastinya sekolah akan membuat majlis anugerah bagi pelajar cemerlang. Sekolah anak aku tidak terkecuali.

Apa yang aku ingin ceritakan. Aku kecewa. Sebab anak aku langsung tidak tersenarai dalam mana-mana anugerah tersebut. Aku meletakkan harapan yang tinggi kerana hanya dia anak yang aku ada.

Ketika exam akhir tahun menghampiri, aku bertungkus-lumus belajar buku-buku teks anakku dan mengajarnya kembali.

Aku rasa aku dah cover 100% silibus dalam buku teks anakku tapi aku ralat dan kecewa kerana dia tidak dapat markah 100% pun dalam mana-mana subjek. Malah ada jugak subjek yang dapat B.

Aku dan suami sewaktu kecil kami sering mendapat no 1 hingga 3 dalam kelas. Tapi tidak pada anak ku. Aku rasa kecewa dan sedih. Apatah lagi melihat rakan-rakan Facebook dan Instagram masing-masing post gambar keputusan cemerlang dan anugerah yang anak mereka dapat.

Aku rasa seolah-olah aku ibu yang gagal. Gagal dalam mendidik anak aku menjadi cemerlang. Aku tidak tahu mana silapnya, mana salahnya. Aku stress sorang-sorang.

Buka Facebook dan Instagram, semua orang post mengenai anugerah yang diterima, result cemerlang di sekeping sijil. Di ofis juga, sibuk bercerita anak masing-masing menghadiri hari anugerah sekolah.

Kata orang, kebijaksanaan anak-anak itu datang dari ibu bapanya. Sedangkan anak ku merupakan anak seorang doktor pakar dan pensyarah tapi tidak dapat keputusan yang sebegitu.

Belum lagi tekanan dari sepupu dan saudara-mara yang rata-rata dapat naik ke pentas menerima hadiah. Semua post gambar di group WhatsApp keluarga. Tapi anak aku?

Anak aku ini merupakan anak tunggal dalam keluarga kecil kami. Tinggi harapan aku dan suami untuk dia berjaya. Aku takut, aku tersilap dalam mendidik. Aku takut, aku tersalah dalam mengajarnya. Kerana peluang aku membesarkannya hanya sekali.

Aku tiada anak lain lagi. Dia lah satu-satunya anak aku. Aku cuma berharap dia berjaya dunia akhirat. Untuk makluman pembaca, aku sukar hamil. Jadi, tipis untuk ada anak lain lagi. Jadi, dialah anak tunggal yang aku dan suami ada.

Aku harap, pembaca dapat memberikan idea dan cadangan atau mungkin perkongsian bagaimana aku nak mendidik anak aku supaya cemerlang dunia akhirat.

Untuk hantar tuisyen, jadual anakku sudah penuh dengan sekolah sesi pagi dan petang, kemudian aktiviti sukan lain pada hujung minggu. Malam pula hanya tinggal masa untuk siapkan homework. Jadi, aku tidak tahu macam mana lagi untuk aku selitkan tuisyen dalam jadualnya.

Harap para parents yang mempunyai anak cemerlang sudi berkongsi tips dengan aku. Aku buntu. Aku stress kalau anak aku tak cemerlang. Aku ingin dia naik pentas juga.

– Ibu yang high expectation

Reaksi warganet

Luahan Emilia mendapat reaksi sangat hangat dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Sharipah Hazwani –Tepuk dahi baca confession ni, bertenang sis. Anak tu kecik lagi. Lagipun sekarang tahun 1 -3 takde exam, yang terpilih naik pentas tu mungkin pelajar yang well balance, Sukan, adab, confidence. So rasanya sis perlu fokus untuk anak sis jadi insan yang balance dalam kehidupannya awal2 ni.

Fara Hana –Mak bapak yang macam ni la yang jadi t0ksik pada masa hadapan.Terlalu mengikut kehendak masayaarakat. Kecil2 dah di grooming macam ni. Kau yang kena berubah, bukan anak kau.

Tambahan : Kalau sekolah tak beri anak sis hadiah, sis belikan hadiah untuk anak sis ye. Ucapkan tahniah atas usahanya. Dari confession sis saya yakin keputusannya bagus2, cuma kurang sikit dari orang lain.

Aizudin Harun –Ya Allah. Aku dulu pun tak ada dapat markah 100%. Masa degree siap repeat subject lagi. Tapi dapat juga jadi jurutera. Come on la, tak semestinya anak pendidik tu mesti 100% semua subject. Dia akan ada sinar dia yang tersendiri.

Mas –Aku harap anak aku jadi doktor tapi takut dewasa nanti tak ada Masa pula melawat aku.

Aku harap anak aku jadi polis tapi takut mendapat musibah di tempat kerja.

Aku harap anak aku jadi cikgu tapi takut pula posting ke borneo.

Aku harap dapat menantu yang baik nanti. Jangan pula dapat menantu Yg bawa anak aku pergi.

Ya Allah hati seorang ibu kan. Akhirnya aku serah je lah yang esa. Didik sebaik boleh…

Yang penting jadi anak tahu agama dan hormati orang tua dan pandai cari duit supaya hidup tak susahkan orang. Yang lain serah lah pada tuhan

Zurina Zulkifli –Mak ayah dah cukup berjaya dan ada kerjaya hebat. Kalau anak pun dari kecik asyik berjaya hidup tak mencabar puan. Ini lah dia kehidupan, corak tak semestinya lurus. Puan tak perlu stress tapi terima yang anak puan perlu kaedah lain untuk berjaya. Ibu yang hebat ibu yang kenal anak nya.

Hamidah Yusof –Puan saya pun kadang macam puan. Kalau tengok anak orang lain lebih dari anak sendiri mesti terdetik dalam hati teruknya aku sebagai ibu. Tak leh nak jadikan anak aku terbaik.

Tapi first nak tnya puan nak anak puan cemerlang sebab untuk kebaikannya atau untuk punya bermegah2 berbangga2 dengan kawan saudara mara??

Puan mesti nak anak puan jd budak cemerlang sebab nak jaga reputasi puan dan suami kan ?? Maaf kalau apa saya cakap menyinggung perasaan puan. Tapi puan anak puan bru drjah satu. Jauh lagi perjalanan dia.

Ramai anak2 yang tak berapa cemerlang masa sekolah rendah bertukar jadi orang cemerlang di sekolah menengah dan universiti. Begitu lah jugak sebaliknya.

Puan dah berusaha bagai yang terbaik untuk anak kan. Jadi chill sahaja. Tak perlu nak sedih dan tertekan. Anak2 sekrang bukan hnya perlu cemerlang diatas kertas sahaja.

Tpi perlu ada banyak soft skill. Zaman diaorang dah sangat2 memcabar perlu bersaing dr segala sudut. Tak perlu nak tumpu pada akademik sahaja..

Smoga anak puan berjaya dunia akhirat aminn

Sumber – Emilia (Bukan nama sebenar) via iiumc.

Anak anak ini ibarat kain putih. Kita sebagai ibu bapa yang akan tolong mencoraknya nanti. Diusia yang masih awal, kami beranggapan usahlah terlalu menekan anak anak. Masih banyak ruang dan peluang untuk anak anak perbaiki diri.

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *