Dlm diam Hanani meminang Sarah. Aku ditampar ibu. Slps 3 bulan, baru aku tahu perasaan Hanani

Foto sekadar hiasan. Perkongsian seorang lelaki yang beristeri dua ni mendapat pelbagai reaksi dari warganet selepas membaca luahannya.

Perkenalan dengan bini kedua bermula di sebuah pasaraya. Isterinya masuk meminang dlm senyap. Namun selepas 3 bulan berp0ligami, semuanya berubah. Ikuti luahannya dibawah.

Catatan Suami Beristeri Dua

Assalamualaikum WBT. Jangan triggered dulu dengan tajuk yang diberikan. Niatku baik hanya untuk share pengalaman sepanjang aku beristeri dua. Bermula dengan niat yang baik tetapi akhirnya kucar kacir seluruh keluarga aku.

MADU… wanita mana yang tak allerg1c dengan perkataan ini. Sebaik mana pun wanita, pasti terguris jua hanya dengar perkataan ini.

Aku dan isteri pertama, Hanani, sudah 10 tahun berkahwin. Dikurniakan sepasang cahaya mata yang cerdik, hidup aku cukup teratur dan semua adalah berkat kerajinan Hanani mengurus rumahtangga.

Aku, dari hanya seorang kerani biasa, menyambung pelajaran hingga peringkat Master, hinggalah aku mempunyai syarikat sendiri. Hanya Hanani menjadi kekuatan aku disaat jatuh bangun aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah.

Apabila menjadi seorang Pengarah Urusan, memang aku terpaksa menghadapi pelbagai kerenah client dan staff. Kadang, aku terlalu stress, pasti aku kembali kerumah berjumpa Hanani untuk aku luahkan segalanya.

Anak-anak cukup rapat denganku. Kami sentiasa bersama diwaktu hujung minggu walaupun hanya berada dirumah dan tidak kemana-mana. Anak-anak tidak pernah mengajak aku kemana-mana. Mereka cukup faham kesibukkan aku dan aku perlu banyak berehat apabila hari cuti.

Begitu bagusnya Hanani mengajar anak-anak untuk tidak meminta-minta, tapi pandai bersyukur dengan apa yang ada. Kami sentiasa berjemaah bersama-sama. Hidup penuh dengan aman damai.

Bertemu Sarah di pasaraya

Aku bertemu dengan Sarah di sebuah pasaraya. Kali pertama aku melihatnya, aku dapat agak dia dilanda masalah. Entah kenapa aku berani menegurnya dari situlah kami mula menjadi rakan whatapps dan hampir setiap hari dia mengadu masalah di tempat kerja dan di rumah.

Sarah seorang balu dan mempunyai anak seorang. Aku menjemputnya untuk bekerja denganku kerana at least aku dapat menjaga kebajikan diri dan anaknya disamping terhindar dari ‘gangguan nakal’ ditempat kerja lamanya. Niatku pada mulanya amat baik.

Aku cerita segalanya kepada Hanani. Dan aku melihat sikit riak wajahnya bertukar. Pada mulanya aku tidak ada niat pun mengambil Sarah sebagai isteri kedua. Lillahitaala, aku hanya ingin menolong lagi-lagi aku melihat anaknya yang kurang kasih sayang bapa.

Mulai perasan kelainan aku

3 bulan selepas itu, Hanani mula bersuara. Dia dapat rasakan aku amat berlainan setelah bertemu Sarah, aku kerap balik lambat dan jarang sekali berbual dengannya seperti selalu. Anak-anak semakin berdiam diri dan jarang berjenaka denganku.

Aku mula tersedar, ya. Aku banyak meluahkan segala masalah kepada Sarah, kerana dia ada disampingku di pejabat. Anak-anak semakin jarak denganaku rupanya mereka kerap melihat ibunya menangis kerana perubahanku. Allah! aku cukup terkilaf dan aku memohon maaf kepadanya.

Aku berjanji akan berubah sehinggalah Hanani mengatakan dia berniat untuk meminang Sarah. Aku terkejut dan cuba untuk memujuknya. Hanani mengatakan yang aku tidak usah menipu diri sendiri. Yang hatiku sudah terbelah dua.

Aku terdiam seribu bahasa. Waktu itulah menjadi kekesalan dihatiku sehingga sekarang. patutnya, aku terus menafikan perasaanku kepada Sarah. Aku tidak patut berdiam kerana itu akan menambahkan luka dihati Hanani.

Dalam diam, Hanani masuk meminang Sarah

Hanani tetap dengan pendiriannya tidak mahu aku terus bergelumang dengan d0sa sekiranya aku tidak menikahi Sarah. Dia secara diam bertemu dengan ibu Sarah dan menyatakan hasrat untuk meminang.

Serta merta ibunya dan Sarah bersetuju tanpa bertanya pendapat aku. Sekali lagi kesilapan aku kerana aku terus berdiam dan mengikut apa yang Hanani lakukan. Patutnya sebagai lelaki, aku perlu bertegas untuk keluar dari k0nflik ini.

Seluruh keluargaku terkejut dengan keputusan Hanani. Ibuku sendiri menampar aku kerana berlaku curang. Aku masih ditahap keliru dan terus berdiam. Aku mengatakan, Hanani yang membuat keputusan, dan aku ikut sahaja.

Maka, berkahwinlah aku kali kedua bersama Sarah. Aku ingatkan, kerana ini adalah kesanggupan Hanani, dia tidak akan bersedih. Tapi sebenarnya aku salah. Cukup susah untuk mengetahui dan memahami isi hati wanita.

Selepas 3 bulan, semuanya berubah

Rupanya selama 3 bulan aku berkahwin lagi, tahap kesihatan Hanani semakin menyusut. Hilang segala kegembiraan didalam rumah kami, anak-anak ibarat menyalahkanku dengan apa yang jadi.

Aku menjadi stress, aku marahkan Hanani, kenapa dia pergi meminang Sarah sekiranya dia tidak redha? Kenapa dia yang memaksa aku untuk membuat keputusan sekiranya hatinya sakit?? Perkahwinan bukannya permainan. Nasi sudah menjadi bubur. Patutnya dia perlu luah isi hatinya yang sebenar.

Hanani mula menyalahkanku

Kami lelaki, tidak pandai untuk membaca seluruh isi hati, mengapa para wanita cukup payah untuk berterus terang? Hanani menyalahkan aku dan buat kali pertama dia meninggi suara dan bercakap kasar. Memaki hamun Sarah sebagai wanita jalang.

Aku tidak menyalahkan Sarah dalam hal ni. Patutnya Hanani tidak tergesa-gesa untuk meminangnya dahulu. Ya, aku bahagia dengan Sarah, dan aku sayangkan Hanani dan anak-anak.

Sarah juga mengatakan dia tidak ada niat untuk mengg0daku. Kami rapat hanya sebagai abang dan adik sahaja dahulu. Sekiranya aku ingin membuat jahat, aku tidak menceritakan kepada Hanani mengenai Sarah.

Sarah juga mengatakan dia melihat Hanani begitu ikhlas menerimanya, sebab itulah dia menerima pinangan tersebut. Sekiranya dia tahu Hanani tidak ikhlas, dia tidak sesekali menerima untuk menjadi sebahagian dari keluarga kami.

Tuntut Hanani kembali taat

Sekarang, aku memohon Hanani untuk kembali taat. Tiada sebab untuknya untuk derhaka kepadaku. Aku memberi segalanya dengan adil dan saksama. Itupun Sarah menyuruhku untuk berada dirumah Hanani 2 minggu dan dirumahnya hanya 1 minggu.

Tetapi aku sendiri berasa sudah tiada erti berada disamping Hanani sekiranya dia asayaik derhaka, anak-anak dihasut membenciku dan segalanya tidak seperti dulu.

Aku memberitahu Hanani, hak suami adalah memberi keadilan. Dia yang mulakan semua ini, dan aku terpaksa menjadi nakhoda yang adil.

Sekiranya aku tidak mengampuninya, tiada bau syurga yang dia akan merasai. Aku harap Hanani membaca kisah ini dan mencari iktibar. Sesungguhnya abang sayang kepadamu Hanani. Anggaplah kehadiran Sarah sebagai adikmu. Sarah banyak berkorban untuk memberimu kelebihan sebagai isteri pertama.

Hanani diberikan rumah mewah lengkap segalanya. Aku memberikan tukang masak dan dariiver siap dengan kereta mewah. Hanani hanya duduk dirumah tanpa perlu bekerja lagi. Itu ganjaran untuknya kerana bersama denganaku susah dan senang.

Sarah pula hanya aku belikan apartment biasa, itupun cadangan darinya yang tidak mahu rumah besar. dia menolak untukku membeli kereta kerana dia mampu untuk membeli sendiri. Sarah masih bekerja denganaku sebagai pekerja biasa.

Sarah bersedia untuk dicerraikan

Dia juga mengatakan kesediaan untuk diceraikan sekiranya konflik ini semakin menebal. Sebab itulah Sarah tidak mahu behenti kerja. Aku juga sayangkan anak tiriku, aku ingin mendidiknya menjadi seorang anak yang baik. Hubungan Sarah dengan ibuku juga sudah baik dan mereka kerap bersama sekiranya ibuku melawat kami disini.

Aku tahu Para Wanita tetap akan menyalahkanaku didalam hal ini. Kerana woman always right. Memang takkan menang sekiranya bercakap mengenai soal ini.

Tetapi ingin aku katakan, berterus teranglah kepada suami dan luahkan segala isi hati sekiranya anda tidak mampu untuk menerima madu. Jangan belagak seperti hero, pergi meminang anak orang lain untuk tonjolkan anda seorang wanita yang kuat.

Akan terus menjadi suami yang adil

Aku yang sudah ada dua isteri, akan terus tabah menjadi seorang suami yang adil. Apa orang nak kata itu terserah. Ada sebab mengapa wanita tidak diberi kuasa nikah cerai oleh Allah SWT.

Kepada para lelaki, kalau anda tidak mampu, cekalkan hati untuk tidak mengzalimi para isteri. Aku sudah tidak dapat kebahagiaan seperti dahulu walaupun aku mampu segalanya. Tidak ada anak yang akan bahagia dengan keadaan seperti ini. Fikir sedalamnya sebelum terjun ke dunia aku.

Ikhlas,

Luahan si suami mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Syaidatina Hekmah –Mujur anak ke 2 aku lahir baru ni aku tak jadi letak name Haris, risau letak jadi bendul macam confessor. Patut nye waktu bini nak minang tu, kalau tak nak tu deny lah. Pastu meleret nak salah kan Hanani.

Orang lelaki ni makhluk mudah, kalau dia nak dia cakap nak. Klu tak nak dia tak nak. Dah ko diam. Memang ko berbelah bahagi lah time tu. Cakap tak nak kang melepas, cakap nak kang luka kan hati bini. Siap boleh tertarik jumpa kat pasar. Tu name nye gali kubur sendiri.

Mashitah Mashee –Bang, kepala saya terus mgraine bila baca confession abang ni. Kalau dah berembun baru balik dari kerja sebab luangkn masa dengan pompuan lain. Acane bini nak husnuzon.

Entah laa bang, bang yang jerat diri. Lelaki tu pemimpin bang. Ada hak untuk bersuara kalau apa yang di suruh buat bukan kehendak dia. Ni diam aje, nak ler tu. Tapi tak nak ngaku.

Dah kak hanani tu naik antuuu baru bang nak gelabah. Then salahkn bini. Adududu bang, nanti bang pi supermarket jumpa pompuan lain dalam masalah, buat lah gitu lagi ye bang. Sampai ckup 4.

Lepas tu salahkn bini2 yang pergi pinang tu. Maaf bang…mas agak menggelegak jugekk sebab bang buat kptusan xguna otak. Saya pandang tinggi seorg lelaki sebab Allah kurniakn mereka akal fikiran yang baik sesuai untuk jadi pemimpin.

Tapi abang kalau datang bab nak pasang lain terus kena di pimpin. Adududu maaf yee bang. Nama sama dengan anak mas yang bongsu. Harap anak mas jangan laa sakiti hati bini macam apa yang abang buat ni. Huhuhu aamiinn.

Joe Labu –Benda dah jadi, nak menyesal pun tak guna. Secara rasmi tuan dah berp0ligmi so jalankanlah tangungjawab sebaiknya. Jangan rosakkan nama p0ligami…

Tentang isteri tuan Hanani tu, dia tengah marah… Slow2 pujuk… Memg la dia setuju tuan kawin lain tapi hati dia hancur… Jangan marah isteri tuan, biar dia nak kata apa pun. Dia setia dengan tuan dari tuan cuma seorang kerani smpai berjaya sekarang. Tentu la dia marah bila dikhianati.

Nasihat saya pujuk.. Tunjuk kasih sayang macam dulu bahkan lebih lagi… Jangan cerraikan dia, jangan tuduh dia isteri derhaka. Perangai dia berubah disebabkan tuan sendiri.

Jadi suami yang boleh bimbing kedua2… Jumpa alim ulama tanya pndapat mereka apa perlu tuan buat. Ikut saranan mereka. P0ligami ni bila ikut landasan Islam insayaaAllah elok pengakhirannya.

Saya doakan tuan dan isteri2 bahagia sehingga ke akhir hayat. Banyakkan bersabar dalam mengharungi hidup p0ligami.

Wan Nurul Izzati –Eh kau kan ketua keluarga macam mana boleh kata kena paksa dengan bini suruh kawen lagi? Siap mak kau bagi penampar sedas kau diam jugak.

Memang hanani tu terburu2 sebab dia terasa hati, dia rasa kau dah tak sayang dia saja, dah terbahagi dengan perempuan lain.

Walaupun sakit hati at the same time dia pun sayang lagi kat kau. Tu yang dia suruh kau kawen. Yang kau pun kalau betul2 taknak kawen 2 buat la cara taknak, pastu sekarang nak cakap hanani derhaka pulak.

Dia jadi macam tu sebab kau yang tak kuat. Hadap je la bro. Aku mula2 baca rasa macam nak memahami je dilema kau tapi bila keluar perkataan ‘derhaka’ tu cancel teruih. Ha kan dah keluor komen ala KRT 😒

– Haris (Bukan nama sebenar) via iiumc

Buat para suami, ingatlah :

“Di padang masayaar nanti, akan ada satu golongan yang berjalan dengan tempang. Senget sebelah. Siapakah golongan itu? Itulah lelaki yang berp0ligami tetapi tidak adil dan tidak bertangunggjawab. Menganiaya isteri2 dan anak2”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *