“Duit tinggal berapa ringgit je lg..” Hanya cucur cempedak utk jamuan kelas anak. Perkongsian ibu ini buat ramai sebak

Tular harini perkongsian dari seorang ibu di group Masak Apa Hari Ini..(MAHN) yang telah mendapat sehingga 25k ‘Likes’ dan 2.5k komen saat artikel ini ditulis.

Perkongsian yang berkisarkan tentang kegusaran mereka untuk menyediakan makanan untuk dibawa si anak ke jamuan kelas pada keesokkan harinya.

Ikuti perkongsian dibawah yang telah menyentuh hati ramai pembaca .

Anak lelaki saya balik dari sekolah tengah hari kelmarin. Sampai rumah dengan muka sedih. Tanya kenapa muka moyok, anak cakap esok tak nak pergi sekolah.

Saya tanya kenapa, kan esok last day sekolah. Dah nak cuti panjang, takkan tak nak salam dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan?

“Esok ada jamuan kelas, Aniq tak ada apa-apa nak bawa.”

Saya cakap, “Kan hari tu ibu dah bagi duit kutipan untuk majlis jamuan sekolah?”

“Yang itu untuk jamuan majlis satu sekolah. Yang esok ni untuk jamuan kelas kami saja”, kata Aniq.

“Tak apa, nanti ibu usahakan untuk Aniq untuk bawa ke kelas esok.” saya kata.

Anak tengok muka saya dengan penuh tanda tanya.

“Ada apa-apa ke yang ibu boleh masak untuk Aniq bawa ke jamuan kelas esok?”

Saya mengerti maksud dia. Anak lelaki saya memahami akan ketidakcukupan barang di rumah dan bajet yang tidak mengizinkan. Sayu tengok muka anak tak cerita.

Saya senyum dan berkata.

“InshaAllah ada”.

Tapi dalam hati tertanya-tanya nak masak apa? Dalam dapur rumah cuma ada tepung gandum tinggal 1 kilogram. Telur tinggal beberapa biji. Nak pergi beli barang, duit tinggal berapa ringgit lagi sementara menunggu abah diorang dapat gaji.

Bertabah lagi hati, memujuk hati sendiri kenangkan situasi kami sekeluarga. Sandarkan doa pada yang Esa. Ada orang yang lebih susah dari kami. Pujuk hati sendiri.

Syukurlah ada buah cempedak dari kampung yang dihantar oleh abang ke rumah kami dua minggu lepas. Masa tu, buah belum masak. Diperam tunggu masak.

Tadi awal pagi sebelum solat fardhu subuh, pergi tengok buah cempedak dah masak sebiji. Yang dua biji lagi tu belum masak sangat.

Ada sebiji saja yang masak, dibuat cucur cempedak untuk anak bawa ke jamuan kelasnya hari ini. Rasa segan juga nak suruh anak bawa juadah yang tidak seberapa itu. Tetapi itu sajalah yang termampu.

Pagi tadi masa anak nak jalan ke sekolah, tanya anak.

“Okey tak? Ini yang ibu masak. Tak segan ke nak bawa ke kelas nanti?”

Anak jawab,

“Okey sangat ni ibu. Minta maaf sebab menyusahkan ibu sediakan. Terima kasih ibu,”

Terus dia peluk saya dengan senyuman yang ceria.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

Reaksi warganet

Kebanyakkan warganet tersentuh malah dengan kisah yang disampaikan. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman mereka. Lihat apa kata warganet selepas membaca perkongsian dari Puan Mastiah ini.

Siti Farhani –Teringat dulu, masa darjah 3, jamuan kelas, ada bihun lebih, saya cakap kat cikgu saya nak tapau, cikgu balas,

“Awak tak bawa apa2 kan hari ni? Nak bungkus pulak.”

Sebagai budak kecik, malunya Allah je tahu😂😂😂😂 lepas tu saya pun kata

” Tak apalah cikgu. Saya tak naklah.”

Lepas tu cikgu tu pulak paksa2 saya tapau asbab tak ada orang nak makan akhirnya😒😒

Mimie Azr –Aku pon penah dulu masa kecik2, ada jamuan kelas, aku bukan anak orang senang, duduk pon kat rumah setinggan. Bagitahu mak esok ada jamuan, kat dapur ada kacang tanah je, pagi tu mak goreng kacang tanah, pastu gaul dgn garam, bawa ke skolah, smpai kat skolah smua bawa makan sedap2.

Aku pon kluar kan kacang, rupanya ramai suka makan kacang mak aku masak hehhee. Kawan2 makan habis, syukur alhamdulillah.

Hazwan Benjamin Bahak –Ibu yang baik. Bagus ibunya. Tidak tergolong golongan yang kata buruk ke sekolah.. Moga berkah nya sampai.

Pengalaman saya, ada budak bawak pisang rebus, tapi dia malu letak hujung. Sekli guru guru semua pergi amik pisang rebus dia, makan.. Bangga dia.

Jangan la parents pikir asal jamuan nak kene mahal2.. 2020 dah taun depan. Buang jauh2 mende nak tulis buruk.. Yang menyediakan ada berkahnya..

Tak percaya..cuba.. Jamuan itu berkongsi.. Guru guru rasa ape yang murid bawak, murid rasa apa yang guru bawak. Itu saja.

Tak nak bawak, kitorg tak hina pon.. Ingt tu. Jangan la pulak kata jamuan tu nak jamu cikgu ke keje. Tidak. Rata rata cikgu akan bwk makanan dia sekali.. Kongsi.

InsayaaAllah tautan kasih ibu bapa dan guru akan buatkan anak2 anda baik. Kalau tidak akademik, sahsiah. Saya doakan..

Ikhlas dari guru sekolah

Hadjia Suhaili Aris –Semoga sentiasa dilimpahi rezeki. Anak bujang saya tak pergi sekolah pagi tadi alasannya kawan2nya semua tak datang sekolah. Umur sudah 16 tahun memang dah tak minat ikut jamuan. Sebelum2 ni mesti dia yang sibuk minta mama buatkan macam2 nak bawa ke sekolah.

Nuur Ain –Bila ada jamuan kelas saya dengan Nora Juhari yang paling malu nak pergi sekolah, sebab tahu kami tak mampu nak bawa macam kekawan bawa. Mak pujuk suruh pergi bawa kuih samperit dalam tapeware plastik, masa tu malu sangat nak bawa kuar. Semua bekas kawan2 cantik, makanan sedap2.

Last kami lari blakang bangunan sekolah sambil makan samperit yang mak buat. Tiap2 tahun sekolah rendah buat jamuan kami dua orang la selalu menghilangkn diri. Yang paling mewah biasa bawa pon kek pisang. Alhamdulillah tu kenangan kami.

Zack –Jamuan ni ada baik dan ada buruknya. Nak salahkan mana2 pihak pon macam tak patut pula. Bagi yang ada2 tu okay la. Bagi yang kurang berada tu satu bebanan.

Jika aku sendri pon malu jika tak bawa apa2 bkn setakat adik ni saja. Tapi adik ni kira anak yang baik kerana 1. Tak menipu maknya yang dia tak nak pergi sekolah kerana malu tak da apa nak dibawa untuk jamuan 2.

Adik ni terima apa saja yang mak dia mampu sediakan 3. Asik ni memang seorang anak yang hargai org tuanya. Krana ucapan terima kasih untuk maknya tu buat maknya gembira. Syurga tu.

Semoga keluarga ni dilimpahkan rezeki dri Allah dan bahagia. Semoga berjaya dunia akhirat adik ni. Aminnn

Sumber: Puan Mastiah AnNur y’Min

Perkongsian ringkas tetapi penuh dengan pengajaran. Tahniah puan telah mendidik anak dengan berjaya. Moga anak anak kita semua mencontohi sikap anak Puan Mastiah.

Moga dimurahkan rezeki mereka selepas ini dan buat si anak, moga terus menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada orang tuanya kelak. Apa pula kata anda. Kongsikan, moga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *