“Ustaz, isteri saya gemuk. Perempuan simpanan saya lebih ramping”. Terduduk suami selepas mendengar jawapan balas si ustaz

Foto sekadar hiasan. Setiap pasangan mengimpikan perhubungan mereka dihalalkan dengan perkahwinan. Namun dugaan tidak terhenti dan seringkali kita dengar hubungan perkahwinan goyah dengan kehadiran orang ke tiga.

Di manakah silapnya. Apabila, masing sudah sah dimiliki, tetapi masih mudah melayan bila dig0da oleh orang lain.

Perkongsian dibawah, seorang suami membandingkan diantara perempuan simpanan dengan isterinya. Lihat jawapan yang diberikan oleh si ustaz.

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu.

Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.

Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.

Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka.

Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?

Suami : Tapi ustaz…

Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu.

Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu.

Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu.

Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak

Terduduk lah si suami mendengar jawapan yang diberikan oleh ustaz.

Reaksi warganet.

Perkongsian di atas mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Buti Yanti –Kalau aku jadi ustaz tu jawab dia boh Penampar. Boleh pulak ada perempuan simpanan buat tanya pulak.

Mieya Ayumie –Pengorbanan dan kasihnya seorang isteri sering kali dilupakan para suami bila sedikit kenikmatan dan kesenangan dunia singgah di dalam hidupnya.

Borong Kosmetik –Tak payah banyak cite. Tak suka pulang isteri tu semula dekat mak bapak dia.

Izan Nasrizan –Suami yang berkata seperti statement diats ini adalah seorang suami yang jahil murakt!!.

Tapi kebanyakkn jenis betina simpan laki2 orang2 ni jenis yan gemok.. Muka lak cam bulan bila tengok depan2😂. Itu pun jantan lapaq. Si isteri pulak 10x lawa dari betina simpanan tu. Aisyhhhh buta kew apa.

Perkongsian di atas pernah tular sebelum ini. Samada ianya rekaan semata mata atau berdasarkan kepada kisah benar tidak dapat untuk kami pastikan.

Tetapi ambillah pengajaran daripada apa yang hendak disampaikan. Para suami khususnya, kahwinilah wanita dengan bukan berlandaskan nfsu semata-mata.

Hormati dan sayangilah isteri anda sepenuh hati. Hargailah pergorbanan yang mereka berikan. Semoga ikatan perkahwinan akan terus menjadi erat.

Kredit kepada owner akan diberikan jika perkongsian ini adalah kisah benar. Sila PM untuk kami editkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *