Sudah 7 bulan isteri berdiam. Aku tak jemu2 meminta maaf. Hampir setiap hari

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Namaku Z (bukan nama sebenar). Berusia lewat 20-an. Sudah 5 tahun mendirikan rumahtangga bersama wanita yang dicintai, A. Dikurniakan 2 cahayamata. Aku bekerja sebagai jurutera disebuah kilang di ibukota. Isteriku seorang sururimah tangga sepenuh masa.

Sudah 5 tahun mendirikan rumahtangga namun kami suami isteri sudah 4 tahun tak duduk bersama (PJJ). Aku di Kuala Lumpur manakala isteri dan anak-anak tinggal dirumah keluarganya di Perak.

Aku punya alasanku yang tersendiri mengapa kami tidak tinggal bersama kerana salah satu alasannya adalah isteriku harus menjaga kedua orang tuanya yang sudah uzur.

Isteriku punya 7 orang adik beradik (isteriku yang bongsu). Masing2 punya kerjaya yang hebat2 kecuali isteri yang hanya surirumah. Atas kerana itu, adik beradik yang lain bersepakat meminta isteriku untuk menjaga orang tua mereka yang telah uzur.

Ayah mentuaku menghidap stroke manakala ibu mentua menghidap sakit buah pinggang yang memerlukan perhatian yang penuh. Isteriku patuh dan sangat ikhlas memenuhi amanah sebagai seorang anak tanpa rungutan. Namun aku tahu isteriku sangat lelah menjaga orang tuanya serta 2 orang anak kami.

Aku cuba balik setiap hujung minggu. Perjalanan makan masa 2-3jam aku tempoh setiap minggu. Aku cuba membantu isteriku sebaik mungkin semasa aku berada dengannya.

Aku akan uruskankan anak2 kami. Aku memasak. Mengemas rumah. Hatta memandikan ayah mentuaku. Demi meringankan beban isteri yang telah bersusah payah denganku selama ni.

Teringat ketika awal perkenalan kami, Aku hanya bermotosikal buruk. Selekeh. Kerja tidak tetap. Simpanan tak banyak. Isteriku pula sangat berbeza denganku. Sangat cantik (persis Ayu Raudhah). Punya kerja yang stabil. Punya kereta. Punya segalanya.

Aku seperti bermimpi ketika aku jabat tangan ayahnya sesama akad nikah. Aku tak sangka dia dan keluarganya terima aku seadanya. Aku sangat bersyukur.

Namun, aku tersalah langkah. Aku mula berkenalan dengan seorang wanita dilaman sosial. Bermula dari private message seterusnya ke whatapps. Niatku untuk menghilangkan bosan tatkala berjauhan dengan isteri.

Hampir setiap hari aku bermesej dengan wanita itu, aku gelar dia sebagai F. Aku selesa berkawan dengan F. Dia tahu aku sudah berumahtangga. Namun katanya tak salah jika hanya sekadar berkawan. Dia rajin melayan masalahku. Aku rasa sunyiku hilang. Aku seakan-akan lupa isteriku.

Hubungan kami tak diketahui oleh isteriku selama 6 bulan, sehinggalah isteri membaca segala mesej2 kami di whatapps. Isteriku dengan lembut bertanya padaku mengenai mesej itu.

Aku menjadi serba salah dan aku cuba untuk jujur. Aku terangkan secara jujur kepada isteriku. Isteriku hanya diam dan airmatanya tumpah sambil bertanya, apakah selama ini ada kurang layanannya padaku?

Ya Allah. Aku serentak. Aku malu. Aku rasa betapa bodohnya diriku. Aku turut menangis minta maaf kepada isteriku. Isteriku diam. Diam dan terus diam.

Sudah 7 bulan hal ni berlaku. 7 bulan aku tidak lagi mesej F. 7 bulan isteriku diam. Senyumannya hampir sudah tiada buatku. Dia dingin denganku. Aku tak jemu2 meminta kemaafkan. Hampir setiap hari. Namum isteri hanya diam.

Aku buntu. Aku sangat sayang isteriku. Tatkala aku disampingnya, sepatah ku tanya sepatah yang dijawab. Rutinnya menjaga kedua orang tua dan anak2ku tak pernah pun diabaikan walaupun aku tahu isteri sangat makan hati dengan apa yang berlaku.

Aku nampak juga yang isteriku sejak kejadian itu, dia banyak termenung. Banyak menangis untuk hal2 yang kecil. (Contohnya, anak tumpahkan air).

Adakah isteriku tertekan? Kemurungan? Allah. Aku rasa sangat menyesal. Aku akui aku bersalah. Aku berjanji tak akan ulangi perbuatan bodoh itu lagi. Aku sangat sayangkan isteriku. Aku malu. Aku malu. Aku malu.

Apa yang harus aku lakukan untuk memperbaiki hubungan aku dan isteriku?

Reaksi warganet.

Julia Hanapiah –Perempuan ni biar dia bising dari dia diam. Kalau dia dah diam, ermmmm..

Pandai2 la pikat balik dia. Bwak pegi holiday. Mak ayah tu suruh adik beradik lain setelkan. Kumurungan dia tu bahaya bro.

PM Ridzuan –Aku juga seorang suami yang ber PJJ. Dah hampir 2 tahun kami PJJ. Yang penting jangan nak gatal. Kena tahu batas kita seorang suami ada anak bini semua.

Hargai pengorbanan seorang isteri. Yang silap dan salah tu adalah perangai ko bro. Buat benda atas nfsu. Yang pergi layan betina lain tu kenapa.

Kalau tak PJJ skali pun, kalau dah perangai tu nak mengatal, tak nanti PJJ nak layan pompuan lain. Yang penting hargai isteri yang kita ada. Ikutkan nfsu ni, tak cukup selalu. Si settan ada mana2. Hargai dan sayangi lah keluarga kita seadanya.

Dorakiya Qiya –Padan muka. Tak de apa yang aku nk cakap. Just padan muka. Dan aku harap isteri kau move on. Tak payah bagi muka pada lelaki macam kau. Aku yang baca pun hampir hilang kata2 waras. No wonder isteri kau sampai diam seribu bahasa.

Aku ada dengar dalam radio tak silap aku kes macam nie. Si suami kantoi ada betina lain. Sama macam kau, minta maaf bagai. Si isteri diam and dingin. Kau tahu berapa lama? 10 tahun. Ye 10 tahun wei bini dia diam and dingin.

Tanggungjawab sebagai isteri masih terlaksana. Makan pakai minum semua lah. Tapi hilang senyuman si isteri tu. No more “bestfriend”. Hanya utk lunaskan tanggungjawab je

Nur Madihah –Ko pikir ko punye sunyi je. Yang wife tu berhempas pulas bkorban untuk semua org. Jadi suri rumah dari asalnya bekerja, jaga mak ayah sakit.

PJJ dengan suami dan jaga anak2 sendiri. Ko ingat hidup dia tak sunyi ke? Tak serabut? Tak kusut?. Lain kali nak buat apa2 gunakan nikmat akal tuhan bagi. Sekarang pandai2 la. Padan muke. Yang pompuan penyondol tu pun satu lagi hal. Gatal birah dengan laki org tu pasal apa.

Noramira Harun –Sebab . ko tak pernah tahu apa dia rasa selama ni , sebelum dia tahu ko kawan dengan F. ko tak tau apa dia simpan , apa dia korbankan , dan sepunah mana pun harapan dia untuk bersama dengan kau tapi terpaksa korbankan untuk orang tua dia.

Dia fikir semua ni mungkin akan dibalas dengan mempunyai suami macam kau yang sebelum ni penyayang, bertanggungjawab. Itula reason die keep holding on smpaila dia tahu semua tu.

Hancur pengharapan , memang hal kecik akan jadikan dia sedih. Dia sedih bukan die benci kau tapi lebih kepada dia benci diri sendiri yang gagal serba serbi. Itula reason dia . ko jangan berhenti pujuk dia , buat dia rasa berguna balik .

Sumber– Mr.Z (Bukan nama sebenar) via iiumc

Pasti sangat keciwe hati seorang isteri. Bila berpenat lelah di rumah, suami mengisi ‘kekosongan’ dengan wanita lain.

Moga dijauhkan dari diuji sebegini. Yang buruk itu kita jadikan sempadan. Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *