Tersalah pilih bidan. Mata hitam byi keatas. Muka pucat mcm kene sedut. Akhirnya, byi mninggal

Kali ni aku nak kongsi kisah yang dialami oleh keluarga aku selepas tersalah jumpa bidan. Waktu tu aku baru 13 tahun (anak tunggal), dan baru nak dapat adik kedua.

Bile mak aku dah lama tak mengandung, tup tup mengandung, dia rase macam sengal sengal badan dan rasa nak berurut. Kami duduk area Puchong pada masa itu.

Bidan yang kami kenal kebetulan balik kampung selama 3 bulan. So terpaksa la cari bidan lain dekat area situ. Waktu kandungan lebih kurang 7 bulan, ayah aku carilah sorang bidan dekat kawasan Puchong Kg Seri Aman (kot) , dan akhirnya dapat lah seorang. Keesokannye ayah pun bawa lah mak tu pergi rumah bidan tu.

Waktu mak aku berdiri depan pintu tu, bidan tu beria ria gosok perut mak aku dan suruh mak aku masuk rumah dia dan baring. Suasana dalam rumah die macam kelam, macam berasap dan semacam (kelam macam dalam gua).

Mulanya bidan tu tak kasi ayah aku tengok die urut mak tu, tapi ayah berkeras nak teman mak sampai bidan tu marah marah, cakap degil lah ape lah.

Last last, waktu bidan tu nak ambik minyak kat dapur, mak aku rase tak sedap hati terus ajak ayah balik. Mak ayah kasi macam macam alasan tapi bidan tu tak kasi balik sampai dia kejar mak ayah aku sampai ke tanah depan rumah die sambil cakap

“Awak semua jangan menyesal”.

Bile dorang keluar je dari kawasan rumah, ade sorang pakcik tu tegur.

” Kenapa lah pergi kat dia, dia tu membela.”

Allahu, mana la nak tahu kan. Dah nama pun terdesak.

Kejadian Sebelum Bersalin

Jadinye, start dari hari tu, macam macam kejadian berlaku dekat rumah kami termasuk mak aku dan kandungannya.

Seminggu lepas tu, mak aku pergi check up dan doctor cakap baby songsang and perlu lakukan sesuatu untuk nak elakkan czer atau apa apa keburukan. Puas la tunggu bidan yang kami betul betul kenal tu balik Puchong untuk betulkan balik kedudukan bayi.

Sewaktu di rumah pula, macam biasa mak akan duduk sorang sebab aku pegi sekolah dan ayah keje shift (security).

Nak dijadikan cerita satu hari ni, dalam tengah sorang sorang duduk rumah tu, tiba tiba ayah aku balik dari keje awal dan duduk diam tak bertegur sapa di depan ruang tamu.

Mak aku tanya langsung tak berjawab. Elok sebelum aku nak balik dari sekolah, ayah keluar dari rumah tanpa kata sepatah pun dekat mak aku. Mak aku pelik, call la handphone ayah aku sebab nak tanye pergi mana kan.

Ye la, dah lah balik awal tiba tiba, pastu keluar tak bagitau apa apa. Rupa rupanye orang yang balik tadi tu bukan ayah aku sebab ayah aku tengah sibuk training dekat tempat keje die.

So, siapa la yang balik tadi kan?

Dalam masa yang sama, dalam rumah kami, mak aku selalu jumpe belalang hinggap sebelah mak aku dan mak aku selalu mimpi ade orang datang dekat die lalu ambil baby tu.

Kitorang ni bukannye tahu sangat belalang ke pelesit ke. Dah memang tak kenal. Bile waktu malam pulak, aku selalu tido dengan mak aku, die selalu mengadu katil yang kitorang tido tu bergerak macam ade orang tarik.

Tapi aku tak de rase pulak camtu. Mungkin sebab tidur mti. Yang aku selalu dengar kat kaki katil tu selalu ade bunyi macam orang ketuk ketuk. Tapi takde la takut sangat sebab tidur dengan mak kan.

Macam macam cara dah buat nak bagi keduudukan baby tu normal tapi malangnya tak ada perubahan walaupun bidan yang kitorg kenal tu tolong betulkan.

Sehingga lah pada tarikh due bersalin, mak aku takde rase nak bersalin walaupun dah lebih hari. Last last Doktor suruh czer sebab takut baby termakan najis.

Kejadian Selepas Bersalin

Alhamdulillah selamat bersalin baby girl. Pada hari ketiga, mak and baby da boleh discharge (balik rumah la).

Sampai je di rumah, ayah letak baby dekat atas katil, tiba tiba baby tu menangis macam tercekik. Bayangkan kalau budak tercekik makan sesuatu, macam mane suara die. Macam tu la baby tu menangis.

Bile ayah solat sebelah dia, mengaji, baru die senyap dan tido lena. Elok ayah aku habis mengaji die akan bangun balik. Lepas tu, baby tu macam berinteraksi dengan sesuatu tau dekat bucu syiling rumah. Selalu kalau baby baru lahir kan dia tido je, mane reti nk berinteraksi. Senyum pun tak reti lagi kan.

Tapi adik aku ni lain, die sampai berinteraksi (macam “eh eh” dalam keadaan tutup mulut), sampai ayah tutup mata baby dengan tangan die.

Esoknya hari keempat, bende yang same masih terjadi. Tapi kali ni mak aku berdua dengan baby.

Yang kesian mak aku la, da la czer bukan boleh gerak banyak, tambah adik aku meragam macam tu. Aku sekolah, ayah keje. Maghrib tu, ayah aku jemput lah orang surau untuk buat bacaan yassin sebab gangguan adik aku tu. Alhamdulillah, lepas tunelok je baby tu tido.

Tapi, bile da habis je bacaan yassin dan semua orang balik, semuanya berubah. Bile adik tu dah lena, ayah pun baringkan adik kat sebelah mak sebab ayah nak ke dapur.

Adik akhirnya mninggal

Elok ayah datang ke depan, betapa terkejutnye bile mak aku jerit panggil ayah aku suruh tengok adik aku. Tahu tak, muka dia jadi biru pucat macam ada benda sedut drah die. Nampak mata hitam dia keatas. Ibu aku kaku sebab dia rasa macam ada yang tengah tahan dia dari bergerak.

Cepat cepat ayah aku bawak pergi hospital tapi malangnya baby mennggal waktu dalam perjalanan ke sana. Doktor pun tak dapat explain penyebab dan punca kemtian adik aku.

Cerita pun dorang macam tak percaya. Esoknye myat adik dibawa balik kerumah untuk urusan pengebumian. Setelah selesai semuanya, ada ustaz yang datang melawat.

Ustaz suruh pindah rumah

Waktu tu jugak ustaz tu cakap kalau boleh dia nak kami pindah dari rumah tu sebab dia sendiri pun tak sanggup nak masuk dalam rumah kami. Ayah terkejut dengan apa yang ustaz tu cakap. Ustaz tu cakap

”Gayanya ade orang marah sangat dengan kamu dan isteri sebab halang die dapatkan kandungan tu.”

“Macam2 dia hantar, dekat katil ada sekor, dekat dapur ada sekor, dekat tandas ada, dekat ceiling ada. Saya tak sanggup nak pandang”.

Tapi tu la, nak pindah pun bukan time tu boleh dapat rumah. Kami tinggal dalam seminggu dua dalam rumah tu. Start da tahu rumah tu berpenghuni, waktu tido memang tak tenteram. Kadang2 bunyi budak menangis, aku nampak orang berbaju hitam lalu lalang kat ruang tamu.

Alhamdulillah seminggu lepas tu kami pindah dari rumah tu. Sebelum masuk rumah baru tu, ayah bawak mak pegi berubat sebab tak nak benda tu mengikut sekali. Tapi tak lame lepas tu, ada orang lain menyewa rumah sewa lame kami tu, dan mennggal selepas beberapa hari duduk situ (jiran lama punya cite).

Semoga kita dijauhkan dari segala kejahatan dan dilindungi dari gangguan mereka yang ingin menyesatkan.

Sumber : Fiksyen Shasha

Perkongsian diatas pernah tular beberapa tahun sebelum ini. Tidak dapat kami pastikan samada ianya berdasarkan kepada kisah benar ataupun rekaan semata mata.

Namun, berhati hatilah. Moga dijauhkan. Yang buruk itu kita jadikan sempadan. Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *