Genap sbulan nikah, suami jerit lpskn talak. Rjuk semula. Esoknya byi gugur. Ingtkan suami nk berubah, tp aku silap

Faridoto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih pada awalnya untuk admin jika luahan aku ini disiarkan.

Hai, aku Maisara(bukan nama sebenar). Pernah bergelar ibu tunggal selama 6 tahun membesarkan anak-anak sekadar mampu. Dan sekarang telah berkahwin dengan Farid (bukan nama sebenar) yang aku kenali sejak 7 tahun lepas. Bulan 12 ni insyaAllah akan genap setahun pernikahan kami jika diizinkan Allah, masih panjang jodoh kami berdua.

Aku ceritakan serba ringkas tentang pernikahan kami. Bernikah pada bulan 12 tahun lepas dengan mas kawin hanya RM80 tanpa hantaran apa-apa. Dan memang itu permintaan aku sendiri memandangkan aku hanya ibu tunggal dan dengan niat tidak mahu menyusahkan suamiku yang sudah berjanji dengan abahku untuk menyara dan menjagaku dengan keringatnya selepas berkahwin.

Sesungguhnya, untuk membuat keputusan berkahwin lagi setelah mengalami trauma hebat dipkul, disantau dan mengalami pelbagai gangguan selama bertahun-tahun semasa bersama dan setelah bercerrai dengan bekas suami, bukanlah satu benda mudah. Lagi pula aku sudah cukup selesa dengan hidup sendirian membesarkan anak-anak.

Takdirnya bersuamikan Farid, bahagia hanya beberapa hari sahaja. Kemudian Farid mula menampakkan cemburu buta pada bekas suami dan menuduh aku dengan pelbagai tuduhan berat yang aku tak pernah bayangkan untuk mengalaminya lagi setelah berkahwin kali kedua ini. Aku pernah bercerrai kali pertama pada 7 Januari tahun ini.

Hanya kerana Farid mempertahankan seorang perempuan di fb yang cukuplah aku nama dia sebagai Khairiah(bukan nama sebenar). Si Khairiah ini adalah seorang ustazah dan janda beranak 6. Pernah membuka purdahnya dan menghantar gambar kepada Farid semasa kami masih dalam pertunangan lagi.

Khairiah pernah memaki hamun aku tetapi aku merahsiakan dari Farid kerana aku fikir Khairiah bukan sesiapa untuk aku peduli. Rupanya dalam diam, Khairiah mengadu kepada Farid bahawa aku telah menyerangnya dengan pelbagai tuduhan.

Semasa Farid membuka fb nya, dia menunjukkan fb si Khairiah dan dengan selamba Farid mengatakan, “Ni musuh sayang ni” dengan gelak ketawa. Aku lihat dan pelik, sebab tak silap aku fb si Khairiah ini Farid dah remove.

Bila aku tanya, Farid jawab Khairiah bukan musuhnya, jadi kenapa dia perlu bergaduh, Farid approve sahaja request friend dari Khairiah. Dari situlah terkeluar cerita tentang kononnya aku yang menyerang si Khairiah. Aku ni sejenis pemendam. Sebab aku tahu Farid ni baran dan tak suka orang sebut tentang silapnya.

Sampailah satu ketika, kami bertekak tentang password fb yang sebelum kahwin, kami tak ada masalah untuk share, tetapi selepas kahwin, semua benda jadi rahsia bagi Farid. Alasannya untuk elak aku cemburu buta. Dan dicanangkan pada keluarganya aku sejenis perempuan yang suka cemburu sangat. Jadi apa yang aku pendam selama ini meletus.

Disebabkan tidak tahan dituduh curang, selepas Zuhur, Farid melafazkan talak satu dalam keadaan menjerit dalam talian. Tetapi pada hari itu, aku juga memujuk Farid supaya rujuk kembali memandangkan baru genap sebulan kami bernikah dan aku baru sahaja disahkan hamil.

Tapi tekanan demi tekanan, makian demi makian Farid suakan pada aku. Tapi dalam keadaan begitupun, Farid masih sudi rujuk kembali sejurus azan Maghrib pada hari yang sama. (Kami pasangan PJJ) hingga keesokan harinya, aku keguguran bayi pertama kami. Aku ingat, bila aku keguguran, Farid insaf. Tetapi masih juga sama. Bahkan menyalahkan aku kerana keguguran.

Sejak hari tu, hidup aku sipi-sipi sahaja untuk bergelar janda. Silap sedikit, pasti ugutan cerrai akan keluar dari mulutnya atau tiap mesejnya. Lambat balas mesej, lambat jawab call, akan diugut dengan pelbagai ayat yang mengandungi perkataan talak dan cerrai.

Belum lagi masuk bab cemburunya menuduh aku masih berhubungan badan dengan bekas suami aku yang jauh dari kampung aku. Aku jadi stress. Menangis sendirian. Khairiahadang anak-anak jadi mngsa amarah aku.

Sebab aku pendam sendirian. Tak pernah aku luahkan pada sesiapapun walaupun abah aku. Dan untuk pengetahuan korang, percerraian kali pertama tupun aku masih lagi rahsiakan memandangkan aku tak mahu Farid dipandang sebagai lelaki yang kurang sabar dan terburu-buru dalam menjatuhkan talak.

Pernah sekali, dia marah amat sangat dan menulis bermacam ayat mengandungi cerrai, dan aku terus block Farid. Aku sangat yakin masa tu talak dah jatuh lagi untuk kali kedua atau kali ketiga. Selalunya Farid takkan pernah delete mesej dia di Whatsapp atau sms kerana Farid suka menyimpan kenangan mesej kami.

Tapi pada saat aku block Farid serta merta, dia seolah-olah tersedar kesilapan dia dan aku perhatikan satu persatu mesej Farid delete. Aku tak sempat screensh0t semuanya. Tapi Farid menafikan dia telah menjatuhkan talak pada aku dan beria meminta maaf kepadaku.

Dari saat itu, hati sudah mula rasa menyesal menerima lamaran Farid ini. Selama 7 bulan aku terpaksa hadap kata cerrai yang menjadi permainan di tulisan dan mulutnya, dan aku cuba melawan Farid untuk mengelakkan dia melafazkan talak yang akan membuatkan dia menyesal sekiranya benar-benar terjadi.

Dalam tempoh 4 bulan selepas itu, ada juga Farid berbunyi tentang cerrai tetapi aku terus mengiyakan untuk Farid terus mendaftar kes di mahkamah, kataku, nak bercerrai, buatlah secara bermaruah dan hadapi susah payah sebagaimana dia bersusah payah untuk mendapatkan aku dan menyelesaikan urusan nikah kami dulu, dan aku minta dia pulangkan aku baik-baik kepada keluargaku.

Untuk pengetahuan kalian, Farid ini pernah mendapat lintasan, “aku cerraikan kau” sejurus selepas akad nikah kami. Ini dia sendiri yang bercerita masa kami sedang makan selepas tetamu pulang. Aku sebenarnya tak tahu apa masalah yang melanda Farid. Jika ada yang tahu apa masalah sebenarnya, bolehlah suggest apa-apa jenis rawatan untuk Farid ini.

Di saat ini, aku hanya menunggu masa untuk bekerja kembali setelah setahun lebih aku berhenti kerja. Begitu mudahnya Farid mengambil aku menjadi suri, tetapi bila aku menerima tanpa syarat, aku dibuang seperti pela cur tak bermaruah.

Aku dituduh sund*l, pelac*r, b*bi betina dan pelbagai perkataan lagi selama hidup bersama. Siap dituduh aku merajuk tak bermaruah. Aku digelar derhaka, nusyuz dan tidak diampunkan d0sa hingga akhirat kerana meminta dia mencerraikan aku dengan cara baik.

Maafkan aku jika jalan cerita tak teratur. Doakan aku kuat lagi bila terpaksa menghadapi percerraian kali kedua ni. Ikutkan sayang, binasa lagi hidup aku. Tapi rasanya cukuplah aku lepaskan kali ini, demi kebaikan Farid dan aku juga. Supaya tiada lagi rasa sangsi dalam hatinya pada aku bila sudah tidak bergelar isteri nanti. Aku tak salahkan lelaki. Sebab aku tahu ramai lagi lelaki yang baik untuk dijadikan suami.

Dan ramai juga wanita baik untuk dijadikan isteri. Mungkin aku bukan tergolong dalam wanita yang layak bersuami. Tapi aku harap tiada lagi lelaki yang menjadikan talak dan cerrai sebagai mainan bibir. Awal-awal mungkin seorang isteri boleh bertahan.

Tapi bagi aku sebagai wanita yang pernah dikasari fzikal dan mental sebelum ini, akan cepat muak dan jemu jika berulang-ulang perkara sama dalam hidup. Semoga kalian semua yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin, dipanjangkan jodoh dan kekal hingga ke syurga. Doakan aku sama. Wassalam.

Reaksi warganet

Perkongsian wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari warganet. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman sama. Lihat apa kata.

Zaida Ali –Alahai, dah tahu perangai suami macam tu masih pertahankan lagi. Sebelum ni ko sesorang kot besarkan anak2. Buat apa merayu2 lagi. Pergilah pejabat agama, talak dibuat main2. G1la, pelik betullah.

Wan Nur Ehsaniah –Saya percaya memang dah patut bawa masalah ni ke pejabat agama untuk pengesahan status puan. lafaz cerrai ni boleh jatuh tanpa niat bukan boleh dibuat main2. Kalau dah bnyk kali lafaz dikhuatiri sudah smpai talak 3 dan tiada lagi peluang rujuk. Jika masih bersama dikhuatiri jadi ziina di situ. Jadi sebaiknya rujuk pada pejabat agama untuk status puan untuk mengelakan dari berbuat d0sa besar. kuatkan semangat dan tabahkan diri.

Rabiatul Adawiyah –S1hir pemisah. Maaf lah perkara ni baru terjadi pada saya sejurus selepas nikah dengan suami. Kami sama sama baran maki sana sini.

Perkataan cerrai jadi mainan. Ugut sana sini. Panas asyik gaduh. Last paling teruk saya terpaksa cuti tanpa gaji sebab stress dan nak berubat kat kampung lepas dah tak dapat kontrol diri jadi pemarah cemburu buta tuduh sana sini dan muntah berdarah.

Suami pulak jadi tak memahami. Memang hampir bercerrai. Dah pergi pejabat agama berkali kali. Sekarang Alhamdulillah kami dah tak gaduh macam dulu suami dah tak baran. Baru sahaja rasa bahagia setelah 11 bln berkahwin. Sabar lah puan. Cuba ikhtiar cara islam.

Aslina Majid –Sebenarnya kau boleh je kan hidup sendiri tanpa laki?

Please la aku tak paham pompuan macam ni. Apa yang buat kau sayang sangat dengan laki tu sampai boleh hadap apa pun yang dia buat pastu beranak ramai? Tell me. Good in bed? Takut orang hina sebab tak kawen?

Please la. Title isteri bukan tiket untuk dibuli, bela biawak hidup, maruah dipijak2 okeh?

Allah punya la angkat tinggi darjat seorang wanita, tapi sebab lelaki haprak camni korang sanggup rendahkan darjat sendiri. Tolong la. Haish.

Izzreen Harith –Sama seperti cerita saya. Saya sudah berkahwin dua tahun. Ini perkahwinan kedua saya. Saya dan suami duduk berasingan. Dia di KL saya di Ipoh. Kami berjumpa hanya pada hujung minggu sahaja. Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri kepadanya. Tiada yang kurang pada layanan saya terhadap suami.

Suami saya black list kerana kasihankan dia saya menggunakan nama saya untuk membelikan suami kereta. Saya juga memasukan nama suami dalam perjanjian pembelian rumah walaupun peminjamnya adalah saya. Suami tidak pernah lupa tanggungjawab dengan memberi nafkah setiap bulan kepada saya. Suami seorang yang bertanggungjawab dan baik dan saya sangat sayangkan dia.

Bagi sesiapa yang mengenali kami pasti akan mengatakan kami adalah pasangan romantis yang paling bahagia tetapi tiada siapa pun yang tahu bahawa sebenarnya sepanjang tempoh 2 tahun perkahwinan kami, saya telah dicerraikan dua kali oleh suami.

Hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu tentang percerraian ini. Suami cerraikan saya kerana seorang perempuan siam. Kewujudan perempuan ini hanya saya sedari setelah kami berkahwin dan suami mengaku yang dia dan wanita ini telah bernikah di Thailand.

Walaubagaimanapun sebagai isteri saya meragui status mereka kerana suami tidak pernah menunjukkan surat nikah apabila diminta dan perempuan itu bukanlah beragama islam jadi bagaimana mereka boleh bernikah? Baru-baru ini saya dapat tahu suami telah membuat permohonan bernikah di malaysia.

Jadi benarlah tanggapan saya yang mereka tidak pernah bernikah sebelum ini. Perempuan siam tersebut selalu datang berjumpa dengan suami saya di sini. Dia akan duduk sebulan setiap kali datang dan dalam tempoh itu suami tidak boleh menghubungi saya apatah lagi pulang berjumpa dengan saya.

Keluarga suami tahu hal ini, banyak kali saya mengadu kepada mereka tentang suami dan perempuan itu bersekedudukan tanpa nikah tapi keluarga suami buat tidak tahu dan akhirnya saya disalahkan sehingga mereka telah menghasut suami untuk mencerraikan saya.

Walaupun telah dicerraikan saya masih beri peluang kepada suami untuk rujuk kembali dengan harapan satu hari nanti suami akan berubah. Kali pertama rujuk setelah dicerraikan saya mengeluarkan perbelanjaan sendiri membawa suami mengerjakan umrah.

Di tanah suci saya berdoa sepenuh hati agar suami berubah melupakan perempuan siam itu. Tetapi malangnya beberapa bulan setelah balik dari Mekah suami mencerraikan saya buat kali kedua dengan sebab yang sama iaitu gangguan dari perempuan siam itu lagi.

Seperti sebelumnya kami rujuk semula dalam tempoh eddah. Baru-baru ini saya dapati suami mula berubah, beliau tidak lagi menghubungi perempuan siam itu tetapi saya dapat merasakan ada sesuatu yang lain pula sedang disorokkan oleh suami.

Beliau susah dihubungi selepas waktu kerja dan tidak mahu lagi pulang berjumpa dengan saya di hujung minggu. Suami memberikan banyak alasan kepada saya yang kononnya dia sangat sibuk. Tetapi berkat doa saya sebagai seorang isteri akhirnya Allah tunjukkan apa yang suami telah lakukan di belakang saya.

Hancur remuk hati saya bila mendapat tahu suami ada perempuan yang lain pula. Mereka bersekedudukan di rumah sewa perempuan itu seperti laki bini sedangkan mereka baru kenal tak sampai pun sebulan.

Suami sekali lagi ingin mencerraikan saya kerana ingin berkahwin dengan perempuan yang baru dikenali itu. Kali ini saya sudah nekad untuk melangkah pergi dan menutup pintu hati saya untuk suami. Sekarang saya tidak lagi menghubungi suami tetapi masalahnya suami juga hanya berdiam diri hingga ke saat ini tanpa memberikan apa-apa keputusan.

Apa yang harus saya buat? Saya tidak mahu lagi disakiti. Saya nak move on dan tinggalkan semua kenangan bersama suami yang sangat memedihkan.

– Maisara (Bukan nama sebenar) via iiumc

Moga urusan wanita ini dipermudahkan. Ingatlah wahai suami, talak dan cerrai jangan dibuat mainan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *