Isteri malu dgn aku. Di kutuknya aku bisu, tak boleh cr duit. Aku tpempam. Anak cuba tegur, tp dpkulnya pula

Foto sekadar hiasan. Luahan Si Bisu. Assalamualaikum WBT. Aku suami, seorang ayah kepada seorang puteri yang comel. Melihat tajuk yang ku berikan, pasti anda semua tahu. Ya, aku seorang bisu. Aku meminati pernulisan dan membaca. Ini mungkin kerana itu sahaja yang aku boleh lakukan.

Aku bekerja biasa, ada business pengangkutan dan sewa kereta. alhamdulillah aku mampu memberikan segala kelengkapan kepada isteri dan anak. Isteri bekerja sebagai jururawat. Anakku berumur 5 tahun dan cukup rapat denganku kerana isteri bekerja shift.

Isteriku, Mia, sebenarnya dahulu seorang yang cukup baik sifat. Aku nikahinya 7 tahun lepas walaupun ditentang hebat oleh semua orang. Mia berjanji akan bersama denganku susah senang.

Jarak umurnya denganku 6 tahun. Kerana minatnya, aku membayar segala yuran pelajaran semasa dia masih belajar. Aku support dan cukup berikan galakan kepada Mia untuk menjadi seorang jururawat yang berjaya.

Rezeki Mia, dia dapat tawaran biasiswa oleh hospitalnya untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah. Sebagai suami, aku cukup bangga.

Walaupun aku tidak boleh bercakap dan meluahkan bertapa beruntungnya aku mendapat isteri bukan sekadar cantik, malah cukup bijak. Aku tidak langsung mengambil duit gajinya kerana itu adalah haknya.

Aku belikan rumah untuknya sebagai hadiah kebanggaan aku. Setiap hari tidak lupa untukku menulis nota cinta kepadanya sebelum aku ke tempat kerja. Itulah tanda yang aku sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang romantik walaupun tanpa ada suara.

Malang tidak berbau, perniagaan aku sedikit jatuh. Kerana itu aku banyak habiskan masa dirumah bersama puteriku.

Mia, pada mulanya ok, tetapi mungkin kerana rasa tidak senang kerana aku banyak duduk dirumah, Mia mula bersuara mengatakan dia malu kepada masyarakat kerana suami hanya tinggal di rumah tanpa ada kerja apa-apa.

Aku kerap beritahunya yang aku masih ada income. Cuma.. tidak selebat dulu. Company aku hanya beroperasi dirumah kerana ingin jimatkan bajet.

Ini menyebabkan Mia semakin marah kerana rasa tiada privacy apabila client aku datang bertanyakan hal sewa lori atau van. Aku cuba memahaminya dan kerap berjumpa dengan client diluar. Tapi Mia tetap dingin dengan aku.

2 bulan lepas, buat pertama kalinya Mia meninggi suara, Mia mengutukku si bisu, dah lah tak boleh bercakap, tak boleh cari duit lagi. Aku terpempam. Anak aku mendengar dan cuba menegur ibunya.

Ibunya dengan tiba-tiba memukulnya dan ini menyebabkan sedikit pentengkaran. Kerana tidak tahan semua ni, aku bawa anakku dan tinggal di hotel. Di hotel, kami sama-sama menangis. Anakku sudah trauma tidak mahu kembali kerumah tersebut.

Aku cuba kembali ke rumah, tapi apa yang aku lihat keluarga mertuaku sudah berkampung disana. Mereka memarahi aku dan mengugut untuk membawa puteriku pergi. Mereka menghalauku kerana rumah itu adalah atas nama isteri yang dibeli olehku sebagai hadiah untuknya.

Sukar untuk aku cuba terangkan kerana aku tidak boleh bercakap. Waktu itu baru aku tahu bertapa jijiknya mereka melihatku. Isteriku yang sudah berjaya juga telah meminggirku kerana aku sedang susah dan cacat.

Kini, walaupun perniagaan aku sudah pulih, aku nekad untuk berpisah kerana masih teringat kezaliman mereka kepada aku. Tetapi aku takut puteriku akan dituntut oleh Mia sekiranya aku nekad berpisah.

Para netizen sekalian, aku tiada sesiapa didunia ini. Aku hanya ada puteri. Aku perlukan nasihat dari semua, adakah Mia akan dapat hak perjagaan anak sekiranya kami berpisah? Bagaimana perlu aku membuktikan yang aku mampu untuk menjaganya?

Mia sekarang masih merengek untuk kembali kepadaku. Tetapi hati aku cukup terluka. Mungkin netizen akan ketawa melihat bertapa rapuhnya hati aku sebagai lelaki. Aku lemah bukan? Tetapi perkataan yang dikeluar oleh mulutnya telah mencalar seluruh hati aku.

Mia yang dulu kutatang, manja, sering memberiku ketenangan, rupanya hanya menggunakan aku sewaktu dia tiada apa-apa.

Alhamdulillah bisnes aku begitu “menjadi” sekarang. Tapi aku perlukan puteri untuk sama-sama teruskan hidup dan aku tidak mahu puteri menjadi seperti ibunya apabila dewasa kelak.

Aku perlukan nasihat… tolonglah aku.

Reaksi warganet

Perkongsian lelaki ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Hilda Nuur Hidaa –Ayah aku pun bisu. Jadi aku menjiwai cerita ko, bila dah dihina satu keluarga pula tu. Betul la baik melepaskan. Ikut keputusan mahkamah nanti. Kalau betul anak dpat kat mak pun besar nanti dia datang cari juga. Lagipun dia lebih rapat dengan ko.semoga ko diberi kesabaran yang tinggi. Insayaaallah ada yang lebih baik

Intan Jamala –Alhamdulillah bisnes sudah kembali seperti asal. Semoga Allah lebatkan lagi rezeki. Encik, maaf ya tolong jangan kembali lagi bersama isteri walau demi anak. Kalau encik ‘jatuh’ lagi tak mustahil dia akan buat semula perangai yang sama.

Soal anak lawanlah selagi boleh. Didik anak dengan betul. Jangan pandang harta dunia yang tak kemana ni. Semoga Allah permudahkan untuk encik. Semoga Putri membesar menjadi orang yang mulia hati dan sikap. Aamiiiiinnn.

Iza Idah –Encik, jumpa peguam. Ada la caranye nnti. Trust me, saya keje law firm, so saya tau. Cuma ye company saya keje tak buat syariah case..

Psal rumah, kalau ada hitam putih tentang bayaran bulanan dari pihak encik, insayaaallah boleh diusahakan. Lagipun, doa oran teraniya ni mudah makbul insayaaallah.. fight for your right encik. Moga di mudah kan semua.

Shakina Ibrahim –saya tak ketawa pun dengar cite ni. Makin sedih jadi. Kalau tuan betul2 nk pisah dengan isteri tuan, cuba tuan dapatkn khidmat rundingan drpd lawyer.

Ank tuan umur berapa? mase saya keje kat pej.peguam, yang saya tahu anak yang masih menyusu tak kan boleh dipisahkn. Kalau da boleh berfikir, rsenye boleh dituntut.

Lagi 1, tuan berbisnes isteri keje shift tak tetap. Kat sni tuan ade kelebihan lebih byk mse dengan ank berbanding isteri, kalau ank betul nk kat tuan pun,tuan ade kelebihan kat situ untuk tuntut hak asuh ank

Bab rumah saya kurang pasti myb tuan boleh tuntut dr segi pencarian harta bersama.. dan kalau ade dokmn2 yang kuat, serta kan skli.. macam montly installmnt sape byr, depo rumah, api air semua lah. huh.. maaf pjg lebar pulak taip.. geram pnye pasal, sebab mse sng egt.mse susah dihina pulak… grhhh

Falinda Abdul Jalik –allahuakbar m😢 sedih nyer ya allah dengan keadaan bisu dihina apa jenis wife macamnie t igt ada hukum karma Allah n Allah akan balas blk macamana dia buat tuan😢 jangan bercerrai biarkan redha dlu sebab anak jadi rapat dengan anda.

Option 2 kalau bercerrai pun, dia bekerja sgift tk tentu masa jadi anak lebih rapat n jika anak umur lebih 7 tahun dia blh membuat pilihan di mahkamah sama ada tinggal dengan mak atau bapa, anak en umur?

Apapun jangan bercerrai even dia tuntut sebab ingin bersama anak!!!! sayaa faham macamana perasaan anda dengan anak yang kita rapat😢 bgtau dia nusyuz kt mahkamah menghina anda pun blh kalau dia tu tuntut cerrai jadi duit anda dia takkan dapat n sayaa tk tau apa motif isteri anda!!! allahu

– Si Bisu, Ikhmal (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Moga urusan Ikhmal dipermudahkan. Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *