“Aunty bau mcm ibu”. Budak 3 tahun minta izin utk peluk krn wajah gadis ini mirip aruwah ibunya yg baru meninggal

Kehilangan ibu pasti meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada anak anak. Apatah lagi disaat si anak masih diusia yang muda pasti menagih kasih sayang dari seorang ibu.

Pernah tular sebelum ini di laman Twitter, seorang gadis telah berkongsikan pengalaman dipeluk oleh kanak kanak lelaki berusia 3 tahun.

Menurut bapa kanak kanak terbabit, isterinya baru meninggal 2 minggu sebelum itu akibat knser rahim. Akibat rindu, si anak telah menegur gadis ini yang dikatakan mirip wajah aruwah ibunya.

Ikuti perkongsiannya dibawah.

CERITA sedih hari ni. Aku tengah scan barang then masukkan dalam plastik. Then customer aku ni lelaki dengan anak lelaki dia yang putih dan cute sangat cakap kat ayah dia,

“Ayah, muka aunty ni macam ibu.”

Then si ayah dukung dan peluk dia dengan mukanya yang nampak sedih. Aku pun macam, tak apalah.

Selepas selesai buat bayaran, ayah dengan budak comel itu keluar dari kedai dan anak dia toleh kat aku. Aku pandang je la dia turun dan masuk balik kedai dan dia cakap,

“Aunty, can I hug you?”

Aku cam, uish! Aku peluk je la, dia kiss pipi aku weh! Dia bau tudung aku. Pastu dia cakap,

“Aunty bau macam ibu..”

Mana mak dia ni? Ya Allah, awat dia peluk aku? Pastu ayah dia kata,

“Isteri saya baru meninggal dua minggu lepas sebab knser rahim.”

Aku terus menangis weh peluk budak tu sebab sebak sangat. Pastu ayah dia ajak balik. Then dia boleh cakap,

“Babai ibu”

Aku macam.. weh terasa macam ada anak do. Haih! Dah la comel plus kesian dekat dia sebab umur tiga tahun dah tak ada mak. Hurm.. Hopefully awak membesar dengan happy ye sayang.

Story ini betul ye. Kalau budak comel itu datang lagi, aku ambil gambar dia okey and please kalau yang mana rasa tak nak percaya, atleast doakan kebahagian budak comel ini okey.

Netizen – “Macam kat drama pula. Tapi kalau kat drama, kena kahwin dengan ayah budak tu.”

“Ini bukan drama, kesian dekat budak tu sebab mak dia dah meninggal masa umur dia kecil dan ya, takkanlah jumpa bapak dia terus nak try kan? Hahaha! Agak-agaklah, saya ni baru lepas SPM, lepas ni nak sambung belajar. Saya masih bujang dan saya sudah berpunya. Hehe! “- Jawab @farieshabalqis1

Reaksi warganet

Perkongsian dari gadis ini ternyata menyentuh hati ramai pembaca. Lihat antara komen mereka.

Rose Athirah –Oh. 3 tahun tu memang masih bau ibu. Malam2 pun ngigau ibu. Mental kena kuat. budak tu akan lebih matured dari budak sebayanya nanti.

Puteri Nasir –Aku baru bangun tidur terbaca tweet ni. Menitik air mata.

Adam Mohamad – i feel u sis….the way u share citer ni dh rsa dh apa ayah dia rasa..tp dia ttp kuatkan semangat dia demi anak dia..br 2 minggu ok

Siti Kalsum –weii sedihnya cerite dia, kite sampai nangis nangis hais semoga budak chomel tu membesar dgn penuh kasih sayang.

Sumber : Twitter @farieshabalqis1

Pasti menyentuh hati anda bukan. Pasti si anak lelaki tu merindui ibunya. Mereka mereka yang pernah kehilangan ibu, pasti memahami apa yang dia rasai.

Kami doakan, moga kanak kanak lelaki itu menjadi insan yang berguna dan berjaya.

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *