Tergamaknya ayah. Licin duit ibu. Rumah pula disita. Mcm merempat lps Ayah lari. Rupanya utk nikahi janda

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku saja nak share cerita aku sebab dah lama sangat tersimpan rapi dan aku nak benda ni jadi la tauladan dan pengajaran buat kaum Adam dekat luar sana especially yang dah berkahwin dan beranak pinak.

Aku dah berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan 2 anak. Suami aku baik-terlalu baik, bertanggungjawab, nafkah tak pernah miss even aku berkerjaya, ringan tulang and tak pernah berkira. Dan aku pun sama, tak pernah berkira pada dia.

Suami aku ni kelakar, satu kepala dengan aku. Dia bahan aku-aku bahan dia, dah jadi benda biasa dah dalam dunia kiteorang. Apetah lagi bahan orang lain.. Hahaha. And benda tu la yang buat kiteorang bahagia (cewah).

Tapi kadang2 aku terasa sungguh dengan lawak2 dia especially bab2 p0ligami even aku tau dia melawak. Kadang2 dia melawak bab p0ligami ni, aku gelakkan aje tapi malam2 before tidur aku akan nangis kenangkan lawak2 p0ligami dia sebab aku TRAUMA. Trauma pada kisah silam yang mungkin takkan padam.

Sebelum ayah aku pindah dok negeri lain, dia minta ibu aku berhenti kerja even masa tu ibu aku kerja bagus, Secretary di sebuah syarikat terkemuka. Masa ibu berhenti, ibu dapat pampasan dari syarikat sebab dia ambil vss. Disebabkan ibu dah kerja more or less 30 tahun, so dia dapat berpuluh ribu jugak lah.

One fine day, kad Bank ibu hilang. Ayah suruh call bank terminate kad tu. Ibu buat. Ayah cakap nanti dia bawak pergi Bank buat kad baru, jangan pergi sendiri sebab ayah saje nak temankan. Sampai berminggu2, ayah tak bawak2 ibu pergi Bank sebab dia kata dia terlalu sibuk. Kenapa ibu tak pergi buat sendiri? Sebab ayah bagi ibu duit belanja terlalu cukup.

So, ibu kata tak ade kad Bank pun kami anak beranak boleh survive. Ayah pun dah mula jarang balik. Kalau dulu seminggu sekali, then jadi 2 minggu sekali, ade pernah sampai 2 bulan sekali. Aku mula2 tak syak ape2 tapi bila ayah pergi tempat lain everytime phone dia bunyi, aku dah rasa lain. Aku curi2 tengok password ayah time dia bukak phone. So, malam2 dia tidur aku ambil phone dia and aku cek.

Ada 1 thread message (bukan WhatsApp ye sebab dulu belum ada lagi) nama lelaki tapi paTTern chaTTing macam dengan perempuan; dah makan belum, tengah buat ape, bila nak balik, tak rindu ke bla bla bla. Aku masa tu tingkatan 5, nak SPM. Nasib SPM tak kelaut pacific. Disebabkan aku dah besar and dok asrama aku buat dek jek dengan harapan ayah aku tak buat lagi lepas dia habis projek and balik ke pangkuan kami.

Sayangnya, harapan aku pada diri sendiri ternyata palsu.. Huhu. Satu hari, surat dari Bank sampai. ‘Urgent’ – front envelope. Aku buka and terus jerit panggil ibu aku. Rumah yang kami anak beranak duduk nak kena sita. Berbulan2 ayah aku tak bayar. Ibu terus call ayah, dia kata jangan risau dia dah kawtin dengan pihak Bank. Masa ni bulan puasa. Sebab bulan mulia, ibu percaya ayah bulat2, termasuk kami adik beradik.

Hari berganti hari (few weeks before raya), ayah tak call2. Bila ibu call, dia kata jangan call sebab dia busy. And last sekali ibu call suruh ayah balik sebab nak beli baju raya kami, ayah cakap,

“Asyik call suruh balik je. Kang abang tak balik sampai bila2 baru tau”.

And yes, slightly after that dia tak balik2- hilang tanpa khabar berita. Dia tukar phone no, dah tukar kerja, even rumah sewa dia pun dah kosong. BTW, kiteorang pernah pergi rumah sewa dia and stayed sana masa cuti sekolah.

Adik aku pulak, lain cerita. He’s too young to face all this s**t. Dia dengan aku beza 10 tahun. Accident, kata ibu aku. Awal2 lepas ayah aku tinggal kan kami, ibu tinggal dengan family pakcik n makcik aku sebab nak dekat dengan aku and abang aku.

Adik aku pun pindah sekolah. Senang kami nak balik jenguk ibu and adik. Ibu kerja customer service dekat 1 company ni. Kerja shift. So kalau shift malam, adik akan tidur dekat ofis ibu sebab tak biase tidur kalau takde ibu.

Orang kata cliche tapi this is reality, bila kita susah baru kita tahu siapa saudara. Adelah conflict dekat rumah pakcik aku yang membuatkan mak aku pindah balik ke negeri asal kami. Ibu dok dengan paklong pulak.

Adik pindah sekolah lagi. Ibu pulak kerja dekat company textile. Sebelum dapat kerja dekat company textile tu, ibu kerja kedai makan basuh pinggan mangkuk and potong2 sayur. Ibu takde qualification. She started as kerani je dulu sampai dia jadi secretary to one of the managers.

As predicted, benda cliche jadi balik. Dan conflict2 ni jadi dari ipar duai. Ibu nekad cari rumah sewa. Alhamdulillah dapat rumah Town House yang owner sangat2 baik hati. Masuk tak payah deposit. Terima kasih En. Nordin. Semoga Allah murah kan rezeki selalu. Walaupun Town House, itu lah syurga kami: syurga aku untuk bertahun2.

Untuk pengetahuan kalian, cuti semester or study week aku n abang aku tak pernah ‘kosong’. Kami sentiasa buat part time, even cuti seminggu je. Macam2 part time kiteorg buat; kerja dekat supermarket, hotel, pasar, kiosk, kedai makan-u name it.

Tapi dengan duit tu lah aku and abang aku survive (selain ptptn n biasiswa), buat bayar kereta ibu aku, beli peti ais and mesin basuh, barang2 rumah and beli makanan sedap2 untuk adik aku sampai dia gemok.. Hahaha.

Dan sebenarnya, orang yang paling banyak menyumbang dan tolong kami ialah wan aku, orang yang aku paling sayang dalam dunia. Wan aku yang paling banyak bagi support n duit pada kami.

Duit belanja yang ibu bagi dulu2 dia jarang usik, dia simpan. Duit tu lah dia bagi kami buat belanja. Duit belanja anak2 dia bagi, kadang2 dia bagi kami anak beranak buat belanja jugak. Terima kasih, wan. Semoga wan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Aamiin.

Sampailah aku dan abang dah kerja, ibu dapat keluar epf. Aku joined nama dgn abang aku buat loan rumah, ibu bayar deposit. Alhamdulillah dapat lah rumah teres setingkat. Syurga baru kami. Sampai hari ni, aku and abang yang bayar rumah tu (50-50). Rumah yang tak seberapa untuk ibu yang banyak berkorban untuk kami.

Abang aku pun banyak berkorban untuk kiteorg masa ayah aku takde. Duit biasiswa dia memang dedicated untuk family, duit gaji part time . Tu sebab rezeki dia melimpah ruah sekarang. Terima kasih, balong, for everything.

Ye, ayah aku kawin lain. Tinggalkan kami demi ‘dia’ (janda anak 3) dengan menjandakan ibu aku yang jugak anak 3. Ape sebenarnya lelaki nak weiii??? Kenapa dia tinggalkan kiteorang? Sebab nak fokus family baru (wakluuuuuu). Bermula dengan tolong cari rumah sewa, tolong berniaga, tolong kewangan sikit dannnn akhirnya, tolong tinggalkan keluarga sekali. Cissskekkkkk.

So, lelaki dekat luar sana, jadilah sombong sikit. Biarlah orang nak kata ape, janji hati keluarga terjaga. Before jadi wali aku, ayah cerraikan ibu dekat court setelah bertahun2 lamanya ibu gantung tak bertali. Kenapa lah seksa ibu sampai macamni? . Dan benda yang paling aku rasa sedih sampai hari ni, takde sebutir maaf pun keluar dari mulut ayah aku pada kami. None. Yillek.

Aku redha tapi aku tau ibu aku pasrah. Sebenarnya terlalu banyak benda yang berlaku in between. Tapi kang panjang sangat pulak. Kami dengan ayah still contact, which dia akan bawak anak dia yang bongsu (anak dengan bini dia) datang rumah kami everytime raya. Tapi without bini la, kalau tak perang dunia la woiiiii. Orang kata, whatever it is, dia tetap ayah kau.

So, kalau laki aku baca ni dan dia tau ni aku, aku harap kau kurang2kanlah lawak2 p0ligami kau tu. Aku tertawa dalam tangisan. Aku bukan benci lawak2 tu tapi tak suka.

Akhir kata,

“Forgive others not because they deserve forgiveness but because you deserve peace.”

Reaksi warganet

Perkongsian wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Ifdat Anas –Sedihh aku baca satu2 tulisan kau smpai habis dan aku faham kau TT. Bapa kau memang tak guna. Tapi alhamdulillah ibu kau dapat anak2 dan ade keluarga yang sangat syangkan nya.

Aku doakan kau juga bahagia TT, jaga ibu kau baik2. Dia cuma ade kau org saje. Memang kuat sungguh ibu kau TT.

Kepada si bapa tu semoga one day bila terlantar sakit, terbiar dann merasakan semula pahit yang diberi bertahun2 kpd bekas isteri dan anak2.

Amy Ezani –Sis, awak cakapla direct dengan suami awak tu. Takyah harapla dia baca confession bagai. Pakej dengan nangis sekali, sebab nak bagi dia faham awak memang tak suke. Lelaki ni tak geti kona kona, senang cite direct je bgtau. pepepun semoga Allah merahmati awak sekeluarga terutamanya IBU awak…

Nuraz Wan –Sejujurnya macamn kita tak mahu pun, kemungkinn itu tetap ada. Jadi yang lebih baik, kita sediakn diri menghadapi segala kmungkinn.

Buat saving sebnyak mungkin. Beli harta2 kekal atas nama sendiri, lebih baik kalau rumah yang ada juga atas nama kita, jangan manjakn suami sangat, krn lelaki ni, klu rasa senang sangat, dia akn mula fikirkn nk cari sesuatu yang lebih mncabar, macam nk kawin lagi.

Jadi klu kita sudah fikirkn segala kmungkinn, bila peristiwa terjadi @ tidak pernah terjadi, kita tidak tenggelam punca, kerana sudah ada sokongn material mahu pun mental..

Salwa Syed Omar –Hebatnya ayah TT. Merompak isteri sendiri? Fuhh. Tak terkata. Membiarkan anak2 dan isteri tanpa nafkah dan segalanya tapi menyara anak orang lain. Siap mencuri lagi. Allahu smoga balasan setimpal akan diterima baik d dunia mahupun di akhirat. Hanya orang yang lahir dalam klga p0ligami yang sebgini yang tahu macamana peritnya. Smoga ibu TT mendapat balasan syurga atas ujian yang dilalui.

Ezd Airanies –I feel you sis. Hanya yang pernah alami tahu betapa allergic nya perkataan p0ligami tu.

Perempuan yang hancurkan hati perempuan lain memang takkan bahagia. Sebab kesenangan si suami kali pertama tu sebab rezeki anak-anak isteri pertama. Selalunya yang ambil suami orang ni end up hidup kucar-kacir.

Rasanya sis beruntung dapat mak yang kuat, adik-beradik yang struggle sama-sama & nenek yang baik. Benda-benda macam ni yang jadikan hidup kita kuat.

Semoga suami sis setia dan tegur direct je kalau dia gurau hal p0ligami ni. Saya pun fobia tengok ramai orang sekeliling curang. Pengalaman menghadap bapa MIA ni memang susah nak lupakan tapi itulah yang menguatkan kita.

– Miss Shinoda (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Yang baik itu kita jadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempadan. Moga wanita ini dan keluarganya terus tabah dan dipermudahkan segala urusan.

Apa pula kata anda. Kongsikan, moga menjadi pengajaran buat semua.

One comment

  1. aku x tau nk komen ape.. 1. sbb takut salah komen melibatkn hukum2 yg Allah turunkn pd kita.. 2. kalu tgk pd cerita satu pihak mcm jahat sgt2 ayahnya.. 3. Kalu tgk pd komen2 netizen, wow.. siap doa2 sumpah laknat.. jd biarlah aku diam sbb xtau betapa percaturan Allah.. “mungkin baik pd mata kita tp d benci Allah dan mungkin buruk pd mata kita tp d rahmati Allah” Wallahuaklam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *