Pelik, tgh mlm mst bau hanyir. Tnmpk mertua baling dgg ayam mntah. Tempayan dbiarkan terbuka tiapkali mlm jumaat

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya mengadu ni bukan sebab nak bukak aib mak mertua saya ke apa. Tapi saya mengadu ni sebab saya dalam keadaan ketakutan dan tekanan .

Macam ni mak mertua saya tinggal dengan saya baru 2 bulan yang lalu lepas ayah mertua saya meninggal lah. Saya ok je dia nak tinggal dengan saya dan suami saya sebab saya pun takde mak ayah dah jadi boleh saya tumpang kasih kan. Tapi min lain pulak jadi nya bila setiap masa saya ketakutan .

Sejak mak mertua saya tinggal dengan saya macam2 benda seram jadi kat rumah ni. Suami saya tak tau sebab dia pegi kerja pagi balik tengah2 malam.

Mak mertua saya ni rambut dia tak panjang pun cuma paras bahu je. Tapi ada sekali tu waktu saya tertidur dekat sofa waktu tunggu suami balik, saya terjaga nak pegi minum air dekat dapur saya lalu dekat bilik mak mertua saya, saya nampak mak mertua saya tengah sikat rambut depan cermin.

Bila saya perhatikan betul2 baru saya perasan rambut tu sampai paras punggung min. Padahal rambut mak mertua saya paras bahu je. Cepat2 saya pegi minum air dan lari masuk bilik .

Esok tu saya cerita dekat husband saya apa yang saya nampak. Tapi husband saya pulak salah kan saya dia kata

“Awak nak kata mak abang hantu la?”.

Lepas pada tu saya tak cerita apa2 dah kat dia. Saya pendam sendiri je.

Rumah saya pun bila tengah2 malam je selalu bau hanyir drah dan busuk bangkai. Ada skali tu saya ternampak mak mertua saya baling daging ayam mentah dekat halaman belakang rumah sambil mulut dia macam ada cakap sesuatu tapi saya tak pasti apa dia.

Lepas mak mertua saya masuk rumah saya pun tanya la mak buat apa kat belakang tadi?

Pastu dia jawab.

“Bagi haiwan peliharaan aku makan”.

Pastu saya pun cakap lah.

“Aik kita mana ada bela binatang mak”.

Pastu dia cakap “Tu binatang peliharaan aku lah, kau mana boleh nampak” terus naik bulu roma saya min .

Bila bangun pagi je beranda rumah saya penuh dengan pasir saya pun tak tau mana datang pasir2 tu. Suami pulak asyik marah saya sebab beranda penuh dengan pasir padahal saya ni hari2 bersih kan pasir2 yang tak tau datang pada mana.

Setiap malam jumaat mak mertua saya mesti bukak tempayan yang dia bawak dari rumah dia yang dlu. Mula2 dia bawak tempayan tu saya tak pelik sebab saya ingat dia nak buat hiasan dekat rumah saya.

Tapi saya mula pelik bila tempayan tu dia biar dekat luar rumah dan biarkan terbuka bila malam jumaat.

Saya pun tak pasti apa ada dalam tempayan tu saya tak berani buka, saya takut. Saya bagitau suami, suami cakap mak dia tadah air hujan tapi setiap malam jumaat yang mak mertua saya buka tu mana ada hujan pun entah apa yang dia tadah.

Sekarang saya dalam usaha untuk bawak uztaz datang rumah saya tanpa bantuan suami saya sebab dia tak percaya . Doakan urusan saya di permudahkan .

Part 2 – Sambungan

Assalamualaikum admin. Sementara saya tengah jaga mak mertua saya kat hospital ni saya nak sambung cerita apa yang terjadi dekat saya dan mak mertua saya.

Lepas je saya cadang nak panggil Ustaz haritu, husband marah saya dia cakap saya saja nak aibkan dia dengan mak dia. Punca yang buat saya nekad nak berubatkan jugak mak mertua saya ni bersebab.

Ada satu malam tu masa saya tengah tidur dalam pukul 11 malam (suami tak balik lagi masa tu) saya terdengar suara macam orang nazak. Tercungap2 tarik nafas tapi tak lepas.

Memang mula tu nak pegi tengok . Tapi bila saya pikir balik tak kan la mak saya sesak nafas kuat sangat sampai boleh dengar dekat bilik saya.

Mesti ada benda lain lepas tu saya bukak ayat Al-quran dekat fone dan tunggu husband balik masa saya bukak ayat dekat Fone tu suara tu jadi makin kuat pulak tak lama lepastu baru berhenti.

Dalam pukul 11:40 malam husband saya balik. Saya suruh dia tengok mak. Husband saya tengok mak mertua saya tengah baring sambil selubung muka dia. Husband panggil

“Mak, mak okey ke..” Mak mertua saya cuma jawab ” Ermmm”.

Lepastu husband suruh saya keluar dia cakap mak nak tidur. Tapi dalam bilik mak mertua saya tu saya terbau macam bau hangit .Saya pun terus rasa seram entah bunyi apa yang saya dengar tadi.

Esok tu, waktu saya nak mandi masa nak solat asar Saya rasa macam ada benda bernafas dekat tepi telinga saya macam orang tarik nafas dalam2 lepastu hebus kuat2 dekat telinga saya .

Lepas pada semua kejadian tu saya terus paksa suami saya cari jugak orang untuk ubat kan mak mertua saya ni sebab saya rasa benda tu dah makin melampau kacau saya.

Dia macam marah sebab saya usaha nak ubatkan mak mertua saya ni. Saya cerita setiap ganguan yang saya kena sampai menitis jugak lah air mata saya ni. Saya cakap

“Kalau abang tak percaya lagi, abang jangan terkejut kalau saya lari rumah. Kalau lama2 macam ni saya boleh giila. Kalau hari2 ketakutan “.

Malam esok tu suami saya panggil ustaz dari Terengganu datang rumah saya. Masa ustaz tu sampai mak mertua saya tengah makan. Belom sempat cakap apa2 lagi mak mertua saya bangun dari meja makan dan cakap

“Sampai hati korang berdua buat mak macam ni”.

Mula tu mak saya dia macam nak naik angin , dia dah siap berdiri sambil mata melilau pandang kawasan rumah.

Husband saya pun cakap,

“Tak kan mak nak biar je benda tu dalam diri mak”

Mak mertua saya terus gelak dan duduk depan ustaz. Ustaz tu pun mula lah start berubatkan mak saya masa berubat tu takde apa2 jadi pun Macam kena rasuk ke meronta2 ke.

Cuma mak mertua saya cakap badan dia panas dan pedih. Masa berubat tu mak saya muntah warna hitam busuk bau macam bangkai tu.

Ustaz tu cakap tu benda2 kotor dalam perut mak mertua saya. Ada sekali tu masa ustaz tengah ubatkan mak saya, Ada bunyi macam orang berlari atas bumbung.

Lepas siap berubat, saya mintak ustaz untuk pagarkan rumah sekali. Masa ustaz tu tengah pagar rumah ustaz tu cakap rumah saya ni di kelilingi oleh roh2 keturunan mak mertua saya yang dah meninggal.

Bila saya pikir balik jauh betul tersasar akidah keturunan mak mertua saya ni .

Ustaz tu cerita masa dia masuk rumah saya dia kata rumah saya ni panas dan gelap. Dia kata dia tengok muka mak saya tu dari segi halus muka mak saya tu dah hitam sebab dari batinnya mak saya tu kepanasan.

Pendamping mak mertua saya tu jenis hantu raya. Belaan tu dari keturunan nenek moyang mak mertua saya lagi. Benda tu yang jaga keturunan mak mertua saya ni dari dulu.

Tapi yang peliknya husband saya memang tak tahu apa2 pasal benda tu. Lepas dia tau tu dia terus meremang.

Ustaz tu kata pendamping mak mertua saya ni dia berupa macam makhluk yang berbulu warna hitam Berbadan besar dan mata merah. Kadang2 dia boleh berupa macam mak mertua saya.

Agaknya malam yang saya tengok mak mertua saya sikat rambut tu mungkin belaan mak mertua saya. Benda tu memang minta di jamu dengan daging mentah. Lepastu setiap malam jumaat kena bukak tempayan untuk bagi benda tu minum air dari tempayan tu .

Alhamdulillah keadaan mak mertua saya dah beransur pulih dah takde puja2 ni. Tapi saya tetap kena ulang alik ke Terengganu nanti untuk teruskan berubat.

Tapi mak mertua saya ni jadi tak banyak cakap dan kurang selera makan. Sekarang ni badan dia penuh dengan lebam2 tu yang kena tahan wad kat hospital tu, tak pasti kenapa.

Ustaz tu ada jugak bekalkan Air penawar untuk mak saya. Cuma kadang2 tu dia macam bercakap sorang diri pulak .

Tapi ustaz tu cakap yang benda tu tak boleh buang terus. Ustaz tu cuma mampu jauhkan dulu je benda tu pada mak saya. Sebab benda tu dah beratus tahun hidup dalam keturunan mak mertua saya tu payah nak buang.

Benda tu cuma boleh tengok dari jauh je gerak geri mak saya. Jadi ustaz suruh saya untuk selalu buat majlis bacaan yasin kt rumah ni.

Tempayan tu suami saya dah simpan dalam stor belakang rumah. Mak mertua saya pun takde tanya mana tempayan tu pergi. Doakan urusan mak mertua saya di permudahkan dan semoga dia sempat bertaubat.

Reaksi Netizen

Perkongsian wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Biela Nabila -Mujur hantu raya tu tak menyerupai suami sis. Scary giler. Walaupun macamane pun, syukur alhamdulillah semua nya selamat. Cumenye. Teruskan berubat sehingga betul2 pulih sis. Semoga di permudahkan segala urusan. Amin.

Siti Norakmal –Saya kagum dengan sis sebab berani. Kalau saya, dah lama lari🤣🤣🤣.. Penakutnya tak boleh bwak bincang. Btw, moga dipermudahkan urusan untuk ubatkan mak mertua tt

Cahaya Aswal Mia –Syukur dapat menantu yang ambil berat. Peduli apa yang berlaku. Dan tidak lari dari tgjwp. Rasanya kalau orang lain mau lari tuduh bukan2. Benda ni masih lagi ada orang bela. Klu tak di terima dia kacau orang lain.. semoga dipermudahkan segala urusan mil tt ni untuk berubat dan sihat.

Piqa Ismail –Hantu raya. Semua yang sis ceritakn kami adik bradik jugak kene. Dihembus kat telinga kuat2, lembaga besar beruk kejar ayah. Kene rasuk mata merah, macam2 lagi.

Semoga Allah ampunakan dosa orang yang telah mnghantar prbuatan khurafat dan syirik kt ayah dan fmly kami. Dah 30 tahun kne, yang buat ayah tahan adalah amalan solat, mengaji, dan sentiasa zikir ingat pada Allah. Sampai sekarang bnde tu ade lagi..

Durrah NurSyazwani –Klu dah berlari atas bumbung memang sah la saka jns hntu raya. Aku pnh kne, dia dah landing atas bumbung lepastu dengar dia seret kain kene daun2 kering dan ketuk2 pntu. Terus plok laki aku takut. Laki aku kate masuk lah klu berani. Seram wei smpai sekarang tak jejak lagi kat umah tu.

Mass Liyanis –Seram citernya, tapi memang ada. Anak kawan saya boleh nampak benda2 ni, dari jauh kalau nampak mak mentua awak mesti dia akan cakap “hunter” means hantu. Kalau nak berubat kat johor datanglah sini. Moga dipermudahkan

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *