“Saya cari duit sebab nak makan bang”. Cari duit poket sejak usia 7 tahun. Kisah Dafi tawar khidmat buat ramai kagum

Tular ketika ini perkongsian di atas nama Ziyad Yazid yang berkongsi kisah inspirasi dari seorang kanak kanak di Gong Badak. Dikala kanak-kanak lain sibuk untuk bermain, menonton tv atau bermain gadjet, tetapi adik Dafi memilih untuk mencari duit poket dengan usaha sendiri.

Di usianya yang masih muda, hanya 10 tahun tetapi mampu memikirkan idea ‘di luar kotak’ untuk mencari rezeki.

Ikuti perkongsiannya di bawah:

Bagaimana usahawan cilik ini telah memberi impak kepada puluhan keluarga di sekitar Gong Badak? Saya tabik spring kepada usahawan cilik ni! Ini kisah benar.

Tatkala ramai kanak-kanak kecil yang lain menghabiskan masa cuti sekolah dengan bermain gajet, melancong dan melepak, tetapi tidak bagi adik Dafi, 10 tahun.

Sebaliknya adik Dafi memilih untuk menjalankan perniagaan untuk mencari duit poket. “Saya cari duit sebab nak makan bang”, katanya. Tersentuh saya.

Adik Dafi menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan. Ini yang buat saya tertarik. Unik dan simple sahaja. Saya pun tak terfikir dengan idea bijak ni.

Kos yang terlibat hanyalah dirinya, sebuah basikal dan semestinya dengan kenyakinan diri dan muka yang tebal. Masa yang dihabiskan pula kurang dari 4 jam sehari.

Yang tambah menariknya lagi, adik Dafi telah menjalankan perkhidmatan ini selama 3 tahun. Seawal usia 7 tahun lagi.

Ya. Darjah satu tuan-tuan.

Apakah perkhidmatan yang dijalankan oleh usahawan cilik yang hebat ini? Perkhidmatan membuang sampah.

Ya. Mudah sahaja. Ambil sampah di rumah-rumah dan buang di tong sampah besar. Tambahan pula, tempat pembuangan sampah di kawasan perumahan kami agak jauh dan kebanyakan penduduk yang tinggal di sini adalah orang yang kerja pejabat.

Kadang-kadang memang tak sempat nak buang sampah. Jadi, perkhidmatan sebegini sangatlah diperlukan. Apatah lagi pick up terus rumah ke rumah dan boleh schedule pick up. Sekaligus telah menyelesaikan masalah penduduk yang tiada masa untuk keluar buang sampah. Bijak kan?

Setiap hari adik Dafi akan pergi rumah ke rumah untuk menawarkan perkhidmatannya. Hanya perlu beri salam, perkenalkan diri dan bertanya sama ada, ada atau tidak sampah yang nak dibuang. Sekiranya ada dan berminat, adik Dafi boleh uruskan.

Sebab tu saya tak hairan kenapa adik Dafi ni seorang yang talkative dan mudah masuk dengan semua orang. Ada sahaja topik yang ingin diceritakan. Termasuklah kerenah pelanggan-pelanggannya.

Kini perkhidmatan adik Dafi ini telah cover dua buah taman. Hanya dia seorang sahaja player di kawasan tersebut. Semuanya dibuat dengan seorang diri. Sehari dalam 6 ke 7 pelanggan. Casnya adalah bermula Rm x sehingga Rm x per perkhidmatan.

Seringkali juga adik Dafi menerima lebih dari itu. Pernah satu masa adik Dafi menerima sehingga Rm xx per perkhidmatan dan meraih Rm xxx sehari.

Kagum saya dengan keberanian dan kebijaksanaan adik Dafi dalam mencari duit poket. Di usia yang sangat muda tetapi boleh terfikir untuk menjalankan perniagaan ini dengan seorang diri.

Hebat, sangat hebat.

Hanya dengan idea yang simple tetapi dapat memberi impak kepada puluhan keluarga di sini.

Key dia adalah menyelesaikan masalah orang yang sudi membayarnya. Banyak saya belajar dari adik Dafi hari ni. Saya doakan adik Dafi sentiasa dimurahkan rezeki dan sukses di masa hadapan.

Reaksi warganet

Perkongsian ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Amir Zarith –Kekadang si kaya ulang alik ke Mekah mencari redha Allah swt, sedangkan si miskin jaraknya hanya sebelah rumah.

Padahal Allah dan Rasulnya merindukan orang kaya yang gemar berinfak dan sedekah kepada orang miskin.

Alhamdulillah buat adik tu… Tidak meminta minta.

Lan Clunk –Jangan ada pihak yang menyalahkan keluarga bdk ni sudah lah dia bijak cari duit dengan menawarkan perkhidmatan yang bagus dan elok utk kesihatan dan kebersihan kwsn tersebut.

Teruskan usaha dan kalau boleh cari idea2 lain yang blh membantu adik dan keluarga apa2 abg doakan adik diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Nor Mohd Hanif –Alhamdulillah, budak ni memang bijak. Jangan salah pilih kawan yer adek. Semoga menjadi insan yang berjaya bila dewasa nanti.

Mak Ngah Hamidah –Wow… hebatnya awak, semoga 1 hari awak berjaya.

Makcik ada seorg sahabat. Datin dah pun, dia memang bisness kutip sampah dah berjaya, ada lori dan pekerja. Ayat dia… “Bagi saya swmpah tu duit…” semoga dipermudahkn sgl urusanmu wahai anak bertuah.

Zabidah Isa –Alhamdulillah. Anak yang berwawasan. Semoga di permudahkan segala urusan , berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh.

Wan Syah Putra –Kecik2 dah jadi bisnesman, besar nanti insyaAllah jadi usahawan yang berjaya. Smoga adeq sntiasa dberi ksihatan yang baik dan slalu dlindungi Allah swt.

Joe Hanif –Bagus kau dik kecik2 pandai cari duit berdikari sendiri. Abang dulu2 masa kcik dulu duk main tah kejor main igat ikan skila dik dok terfikir plok ke arah nk cari duit ginim tabik kta mung dik

Pian Yank –Dulu abang tolong tokki jual sayur sayuran je dik. Tapi fikiran adik luar kotak btol. Terbaik, semoga allah kurniakan kesihatan dan kejayaan dunia akhirat adik.

Sumber: Facebook Yazid Ziyad via Ohbulan

Kami doakan semoga adik Dafi menjadi orang yang berguna dan berjaya kelak.

Yang baik itu kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Moga kisah adik Dafi memberi tauladan dan inspirasi buat semua.

Apa pula kata anda. Kongsikan, moga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *