Dlm diam isteri psang cctv. Aku kntoi dgn maid. Pelik, istri sikit pun tak mrah. Rupanya dia dah nekad

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku berkahwin selama 7 tahun, Alhamdulillah aku bahagia, isteri aku seorang yang penyabar, dengar kata, hormat orang, sempurna dimata aku.

Pernah teringat sekali, aku dibuang kerja, isteri aku berbanting tulang tolong aku, bini aku berniaga jual nasi lemak dan kuih, bini aku pandai masak, so tak hairan kalau jualannya semua habis.

Mlai hari itu, isteri akulah yang mencari nafkah untuk kami, aku pula buat kerja rumah, basuh baju, jaga anak, basuh rumah.

Yaa Allah baru aku tahu macam mana jadi suri rumah, dulu aku duduk duduk ofis balik rumah makanan dah siap berhidang hidang. Tapi sekarang 24 jam ada je kerja menanti. Tapi aku tak berkira, sebab isteri aku sara aku. 5 bulan juga aku ambil tugas bekerja jadi suri rumah.

Akhirnya ada rezeki, aku dapat kerja kerajaan, Alhamdulillah pangkat bolehlah sebab aku ada degree, isteri aku tetap nak berniaga so anak kami pengasuh yang jaga, lama kelamaan wang kami makin banyak, isteri berduit saya pun berduit, saya dah jarang bagi isteri nafkah,

Sebab dia pun banyak wang. Kadang kadang saya tak tahu nak buat wang tu untuk buat apa. Saya hanya biarkan wang tersebut di dalam acc bank saya.

Sekarang kami dah ada pembantu rumah dari seberang, pembantu itulah yang menjaga anak anak kami sedangkan isteri saya terlalu sibuk berniaga.

Pembantu rumah lah yang masak, buat kerja rumah, dan semua kerja di rumah. Bila saya balik dirumah, hanya ada pembantu dan anak anak. Dan bila malam jam 10 lebih barulah isteri saya pulang.

Sekarang kami sudah ada restoran sendiri jadi isteri saya bertambah tambah sibuk. Saya pun kadang kadang ada membantu, tapi saya juga kadang kadang perlukan rehat dirumah.

Entahlah min, aku pelik dengan sikap pembantu kami, bila isteri aku takda dirumah, dia selalu pakai pakaian menonjol sikit, kadang kadang hanya pakai pkaian dalam sahaja di rumah.

Iman aku tipis, aku mula jadi lemah, akhirnya aku tewas. Setiap kali isteri takda dirumah, anak semua ke sekolah, aku akan bersama dengan pembantu rumah. Aku semakin hanyut, akhirnya isteri aku terhidu kelakuan kami, mungkin juga dia curiga dengan perubahan diri saya.

Pernah sekali aku outstation, dia suruh pembantu kami bercuti, senyap senyap isteri aku pasang cctv dirumah. Bila aku balik pembantu dah kerja semula, kami masih berhubung, tak kira di bilik tidur aku dan isteri, diruang tamu, dapur dan tandas.

Akhirnya semua kantoi. Perbuatan aku dah kantoi. Tapiiii, yang pelik isteri aku tak marah, siap cakap elok elok. Kami bincang bertiga. Isteri aku cakap,

“Ayang tak marah abang, ayang tak benci abang, ayang tahu abang sunyi, ayang tahu abang sepi, ayang tahu ayang banyak kekurangan, ayang tahu kalau ayang tak dapat layan abang seperti dia melayan abang”

“Abang kawinlah dengan dia kalau hanya dia yang boleh bahagiakan abang, tapi dengan syarat lepaskan ayang, rumah kereta dan restoran, ayang yang ambil sebab ini adalah atas usaha ayang, atas penat lelah yang ayang buat untuk keluarga ini.”

Aku menjawab,

“Ayang, semua harta yang kita adalah milik awak, saya tak nak harta itu, saya hanya nak awak, maafkan saya. Saya janji ini tak akan berulang lagi”.

Isteri saya menjawab,

“Abang, ayang dah ambil keputusan yang kita mesti berpisah, sebab hanya dia yang mampu bahagiakan abang. Ayang terlalu sibuk abang. Ayang tak dapat puaskan hati abang. Esok kita ke pejabat agama, urus surat perpisahan dan lepastu abang kawinlah, ayang tak nak abang menanggung d0sa perbuatan terkutuk tu”

Yaa Allah, aku menyesal sangat, air mata jantan aku keluar, aku minta maaf aku menangis semahu mahunya. Dia maafkan tapi tak mahu terima aku lagi.

Dan sejujurnya aku tak akan dan tak ada niat nak ambil permbantu rumah tersebut untuk jadi isteri aku.

Reaksi warganet

Luahan dari si suami mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Cahaya Qaseh –Apsal kau tak bagi tau isteri je pasal nih ? Pasal kau pon sama miang. Tu laa pasal. Kalau kau bagi tahu isteri kau nanti kau tak boleh miang dengan maid kau pastu salahkan maid je. Sama sama gatal miang keladi. Menyampah saya, teremo pulak.

Maznah Mumin –Bibik tu saja nk try ko, tak sangka ko tewas jugak. Tapi bukan nak cakap ape, dorang ni datang malaysia betul betul nak bekerja ke nak mengatal.

Contoh baru baru ni ,aku kat kedai makan, pekerja semua luar, ade lah sorg pakcik ni datang bawak gelandangan nak belanja makan,

Sekali pekerja2 tu semua ber abang abang kat pakcik tu. Siap tnya lagi, “abang tak nak belanja saya ke..” Terus pakcik tu cakap belanja dia cukup la.

Pastu sorang pompuan ni pulak cakap, “Alah.. kan boleh lagi tu, masih ada kuota..” pakcik tu ckp, “Saya sudah ada anak 5 tau..” terus pakcik tu jalan, dalam hati aku gatal betul betina2 ni.

Nurhayati Binti Ishak –kakak malas nak komen bang. Tapi kalau kakak komen, memang kasar. Kalau aku jadi kau, aku nampak je pembantu rumah tu pakai macam tu aku halau keluar kut tingkap.

Pompuan tak pompuan. Dia pakai spender dengan bra je, aku tendang keluar kut bumbung. Baru dia tahu adab sopan menumpang. Ini kau tak. Tu baru pembantu rumah pakai macam tu. Besok yang lain turun jadi perempuan cantik, tayang depan kau tak pakai apa apa acane.

Mohd Nazri –Patut ko sebagai suami bawak bincang dengan isteri, apa ko rasa. Paling tidak isteri ko sedar akan kealpaan dia selama ni. Ni ko pegi try pembantu umah buat apa. Dah menambah masalah. Isteri ni instinct dia tinggi, setiap perubahan dia tahu…

Dia bukan tak nak kat kau tapi kepercayaan dia dah pudar. Kalau ko bawak bincang pasti bnyak perkara ko leh settlekan. Sekarang ko dapat apa. Telan air liur, tula bila keinginanan dah merasuk, duit dah bnyak Tuhan pun lupa. Buatla idup baru yea….

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Moga kita dijauhkan daripada terjebak. Moga memberi pengajaran kepada semua khususnya buat para suami diluar sana. Sekali hati isteri sudah tertutup, tanggunglah sendiri akibatnya.

Apa pula kata anda. Kongsikan, moga menjadi tauladan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *