Jln menuju ke Dungun. Suami isteri tergamam saat menoleh mlihat driver kereta kuning. Meremang bulu roma

Kebiasaannya apabila tiba musim cuti perayaan atau persekolahan, ramai orang akan pulang ke kampung halaman. Kesesakan lalu lintas adalah perkara biasa yang dialami jika tiba musim cuti sebegini.

Begitu juga dengan Mohd Ali, 41, yang selalunya akan pulang ke kampung halaman isterinya di Kuala Terengganu.

“Saya tinggal di Johor Bahru. Selalunya kalau tiba cuti raya atau cuti sekolah, kami akan pulang ke kampung isteri di Kuala Terengganu tapi, sehingga kini ada satu peristiwa yang masih menjadi tanda tanya pada saya,” ujar Ali.

Kata Ali, kejadian yang dialaminya ini berlaku lima tahun lalu. Ketika itu cuti hari raya Aidiladha. Ali sengaja memanjangkan waktu cutinya kerana tidak mahu pulang dalam kesesakan jalan raya.

Kebiasaannya, Ali memang lebih suka memandu jauh pada waktu malam. Cuaca lebih sejuk dan jalan lengang.

Sebab itu dia memilih bergerak pulang ke Johor dari kampung isterinya pada waktu lewat malam.

Inilah laluan yang dikatakan terdapat Ford Laser kuning (foto kiri) manakala foto kanan pula kereta Volkswagen kuning yang pernah dikaitkan dengan misteri lebih kurang serupa di lebuh raya di Ipoh suatu ketika dahulu.

Ali masih ingat, malam itu sudah lebih jam 12 malam.

Dalam kereta selain isterinya di sebelah, dua anaknya sudah lena di kerusi belakang. Dia memandu melalui jalan dari Kuala Terengganu menuju ke arah Dungun.

“Ketika sedang memandu itu, dari jauh saya lihat ada sebuah kereta yang bergerak perlahan di hadapan. Rasanya kereta itu dipandu dalam kelajuan 40 kilometer sejam. Memang perlahan walaupun jalan lurus dan lengang,” cerita Ali.

Memandangkan kereta itu dipandu terlalu perlahan, Ali terus memecut dan memotong kereta tersebut. Sempat Ali perhatikan kereta yang dipotongnya itu, sebuah Ford Laser sedan model lama berwarna kuning.

Ali terus memecut mengikut kelajuan yang ditetapkan, 110 kilometer sejam. Namun, lebih kurang lima kilometer kemudian, sekali lagi Ali memperlahankan keretanya apabila ada sebuah kereta di hadapan yang dipandu begitu perlahan.

Hendak memotong, ada pula beberapa buah kereta dari arah bertentangan. Semasa berada di belakang kereta itulah, baru Ali berasa pelik melihat kereta yang terhegeh-hegeh di depannya itu.

Bukankah itu kereta Ford Laser kuning yang baru dipotongnya sebentar tadi?

“Saya dah mula rasa pelik masa tu… Tambahan pula bila isteri di sebelah pun tanya perkara sama, bukan itu kereta yang kita potong tadi? Saya hairan juga, macam mana kereta yang perlahan tu boleh ada di depan kami semula. Tapi saya cuba tak nak fikir bukan-bukan. Saya anggap mungkin ada kereta lain jenis model yang sama,” cerita Ali.

Apabila jalan sudah clear, Ali pun memecut untuk memotong Ford kuning itu. Dan ketika memotong itu, dia dan isterinya sempat menoleh sekilas untuk melihat siapa yang memandu kereta kuning tersebut. Lelaki? Perempuan? Orang tua?

Namun, sebaik melihat ke arah pemandu kereta itu, mereka suami isteri tergamam. Meremang bulu roma mereka dibuatnya.

Pun begitu, Ali dan isterinya masing-masing diam tidak berkata apa-apa. Hanya selepas jauh tinggalkan kawasan tersebut, lebih kurang 15 minit kemudian, barulah isterinya bertanya; “Awak nampak tak pemandu kereta kuning tadi?”

Kata isterinya, dia lihat pemandu itu berkain selubung putih yang berikat di bahagian kepala, macam bunjut pocong. Wajahnya tidak jelas tetapi nampak hitam saja.

Ali mengangguk. Apa yang digambarkan isterinya, itulah juga yang disaksikannya. Memang dia juga lihat kepala pemandu Ford kuning itu terikat seperti kain kapan orang yang telah pergi.

Wajahnya hanya tampak hitam, tidak berupa. Nak kata khayalan, bukan Ali seorang yang melihatnya, bahkan isterinya pun lihat benda yang sama. Takkan mereka berdua berkhayal? Apa yang mereka nampak memang jelas sebab tingkap kereta Ford bahagian pemandu itu terbuka luas.

Sampai sekarang Ali tertanya-tanya siapa yang memandu kereta Ford Laser kuning misteri itu. Manusia, jin atau hantu? Cuma yang jadi persoalan Ali sampai sekarang, apakah ada pemandu lain yang juga pernah bertembung dengan kereta misteri itu di laluan yang sama?

Jika ya, adakah mereka juga nampak pemandunya seperti yang dialami Ali dan isterinya?

Dia juga teringat kisah hampir serupa iaitu Volkswagen kuning di sebuah lebuh raya yang pernah menjadi bualan orang suatu ketika dahulu.

Kisah Misteri Volkswagen Kuning

Kisah sebuah kereta Volkswagen berwarna kuning tanpa pemandu yang sering muncul di jalan lama Karak dan mengganggu pengguna jalan raya tersebut merupakan antara kisah legenda hangat yang heboh diperkatakan sejak sekitar tahun 1956.

Kereta Volkswagen kuning berkenaan dikatakan akan muncul secara tiba-tiba dan dipandu dengan perlahan-lahan. Sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, dengan tiba-tiba ia akan berada di hadapan semula secara mengejut.

Bahkan, beberapa kemalangan yang berlaku di sekitar jalan itu sering dikaitkan dengan kemunculan dan gangguan kereta Volkswagen kuning.

Malah setelah Lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, kisah Volkswagen kuning semakin hangat diperkatakan.

Ini kerana sejak terbinanya Lebuhraya Utara selatan, kereta Volkswagen kuning tanpa pemandu semakin kerap muncul dan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ.

Sejarah Volkswagen kuning yang menghantui pengguna lebuhraya itu dipercayai bermula dengan kisah seorang isteri curang yang telah membnuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya itu.

Sang suami mti sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Jadi, akibat dendam dan perasaan ingin memiliki kembali Volkswagen kuning kesayangannya itu dia menjadi hantu Volkswagen.

Namun jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mti dibnuh kejam oleh isterinya sendiri.

Hakikatnya, mana-mana hantu yang pernah terlihat oleh manusia itu semua adalah jelmaan jin dan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menakut-nakutkan dan menyesatkan manusia.

Ini kerana roh orang yang telah mti tidak boleh kembali semula ke dunia yang fana ini dalam apa jua bentuk jelmaan sekalipun, apatah lagi untuk memandu kereta Volkswagen kuning di lebuhraya.

Apa apa pun semoga tiada apa perkara yang tidak diingini berlaku. Doa dan fikir yang baik baik saja okay.

Sumber: mStar

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *