Staff tjerit jumpa byi dibuang dlm kotak. Krn nak selamatkan agama, aku nekad ambilnya sbg anak angkat

Nama aku Ida(bukan nama sebenar), berusia 30 tahun dan membuka sebuah company Accounting Firm bersama 2 orang partners Nor (bukan nama sebenar) 28 tahun dan Siti (bukan nama sebenar) 29 tahun di selangor. Mempunyai 2 orang staff dan 3 orang student practical (setakat ni) dan semuanya perempuan dan bujang.

Bila semua staff perempuan, Aku agak berhati-hati untuk minta staff OT or outstation sendirian, selalunya aku atau partners akan temankan.

Kenapa aku tak hire staff lelaki? Ok aku cerita, 2 tahun lepas waktu aku decide untuk buka company, aku ada seorang partner secretary lelaki (since aku, Siti, Nor belum ada lesen secretary) Aku gelarkan Khan.

Khan berusia akhir 30an dan sudah 3 kali berkahwin. Kitorang waktu tu tak kisah tentang isu kahwin 3 ke kahwin rahsia ke sebab bukan laki aku kan.

Isu bermula bila Khan ni berminat dengan Siti. Siti ni dia cantik dan h0t la (body macam Izara AIshah, tak tipu). Siti ni aku kenal sama sekolah menengah dan baik.

Dia tak layan pun Khan ni. Satu hari isteri ketiga Khan datang office mengamuk-ngamuk serang Siti. Katanya Siti ada skandal dengan Khan dan tunjukkan gambar-gambar Siti yang Khan save dalam handphone (Khan download dari socMed Siti). Siti bengang dan dia marahkan Khan dan isterinya.

Sebagai penyelesaian kitorang decide terminate Khan. Dan Khan pergi tinggalkan company tanpa meminta maaf pada Siti dan kami semua.

Dan sekarang aku dengar dia sudah bercerai dengan isteri kedua dan ketiga serta berkahwin baru dengan budak umur 20 tahun tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Yang aku sedih isteri pertama dia baik sangat. Suri rumah dan dia tak pernah tahu suami dia kahwin lain. Isterinya hanya ingat suaminya ada skandal je dan aku masih belum diberi kekuatan untuk berterus terang dengan isterinya.

Kedua, Klien aku majoriti lelaki dan ada diantara mereka yang berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertama. Macam mana aku tahu, kadang-kadang kalau aku keyin belanja ada juga duit keluar ke akaun isteri kedua, atau asyik travel ke negeri ni je. Bila ditanya rupanya ada isteri lain kat negeri ni.

Ataupun bila buat penolakan cukai ada dilampirkan pelepasan tanggungan anak dengan isteri kedua tapi siap bagitahu kami awal-awal masukkan data isteri pertama sahaja.

Ketiga, 2 bulan lepas, staff practical terjumpa baby lelaki kat office. Office aku ni tingkat 2. Bawah office aku tu Watson dan tangga nak naik office aku tu agak tersorok sikit. Tapi bangunan office aku ni berhadapan dengan pusat beli belah Tesco.

Jadi kalau bunyi bising orang ke lori kereta lalu lalang dah biasa. Tak pernah terfikir yang ada manusia berani buang baby sebab kawasan orang ramai dan petang dalam pukul 4.

Kami sedar bila staff aku ni nak turun bawah beli minuman petang dan dia menjerit masuk office bagitahu ada baby. Kami yang panic dan tak tahu nak buat apa sebab baby ni masih bertali pusat lagi dan tak dibalut apa-apa.

Kami ada letakkan kotak besi berkunci depan rak kasut sebab kadang-kadang pos hantar dokumen atau klien hantar dokumen tapi staff tak ada kat office boleh letak kat kotak tu dulu. Sekali orang tu letak baby dalam kotak tu.

Buat report polis, bawak baby pergi hospital untuk checkup dan semua staff pun kene checkup, maybe pihak hospital risau kalau kami buat-buat cerita ke jumpa sebenarnya baby kami tak tahulah. Polis datang check cctv office dan cctv Watson.

Akhirnya pihak polis tahan seorang remaja lelaki berusia 23 tahun berkerja di Tesco. Lepas soal siasat lelaki tu mengaku itu anak dia dan teman wanita berusia 19 tahun.

Pasangan ini kata mereka belum bersedia dan masih ingin berseronok. Katanya lagi hubungan mereka sudah 2 tahun terjalin dan ini first time teman wanitanya mengandung.

Aku marah, bengang semua ada aku tak tahu hukuman pasangan tersebut kena tapi aku decide untuk ambil baby Iman sebagai anak angkat.

Aku dalam proses untuk menyusukan baby iman. Doakan la aku berjaya jadikan baby iman anak susuan. Dan doakn aku juga berjaya mendidik baby Iman jadi lelaki yg bertanggungjawab.

Dan jika ditakdirkan satu hari nanti aku berkahwin. Doakan juga pasangan aku mampu menerima Iman dalam hidup dia.

Part 2: Status Iman jadi pertikaian, aku tolak lamaran lelaki

Dalam confession yang lepas aku ada bagitahu yang aku ada mengambil anak angkat lelaki. Alhamdullillah aku berjaya menjadikan Iman anak susuanku. Kini, Iman sudah menjangkau usia 8 bulan dan Alhamdullilah Allah mempermudahkan urusan menjaga Iman.

Disebabkan sejak akhir-akhir ini kita sering dihidangkan dengan berita kurang enak tentang pengasuh, Aku mengambil keputusan menjaga Iman sendiri dengan bantuan adik dan emak. Aku sekarang berkerja dirumah (Freelance Tax Accountant) dan hanya ke office sehari seminggu.

Aku merupakan anak ke 4 dari 6 adik beradik. Ayah sudah 4 tahun meninggal dunia. Aku dan adik bongsu lelaki tinggal bersama emak memandangkan hanya kami yang masih bujang dan bekerja sendiri (adik membuka bakery).

Kehadiran Iman dalam keluarga kami disambut baik oleh seluruh ahli keluarga terutama emak yang nampak gembira (sebab ini first time ada cucu tinggal sekali sejak dia dah bersara ni).

Malahan adik aku dengan rela hati bergilir-gilir berjaga malam untuk menjaga Iman dan berulang-alik membawa Iman ke klinik setiap kali checkup serta menyediakan menu yang sesuai untuk bayi seusia Iman (gigih dia google resepi, tq dik). Kakak-kakak ipar tidak putus memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk menguruskan Iman.

Terus terang aku bahagia dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Tapi bila mana kita belum berkahwin dan memiliki anak pasti ada yang bertanya anak sapa? Siapa ibubapanya? Anak tak sah taraf ke? dan lebih menyedihkan jika ianya datang dari mulut saudara-mara terdekat.

Pada raya Aidilfitri yang lepas keluarga belah arwah ayah ada membuat hari keluarga, salah seorang dari pak cik aku (Adik ipar arwah Ayah) ada bertanyakan bila aku nak kahwin dan dia terus terang kata tidak setuju aku mengambil anak angkat sebab boleh merosakkan keturunan dan kedua menyukarkan aku mencari suami lagi-lagi lepas dia tahu aku berhenti kerja.

Pada pendapat dia dahlah aku ni jarang keluar rumah, dah berhenti kerja macam mana aku tak jumpa orang luar. Dia turut memperkenalkan seseorang. Katanya anak kenalan team usrah.

Pertemuan pertama diaturkan di rumahku. Lelaki tersebut aku gelarkan Hafiz datang bersama ibubapa dan adik perempuannya untuk berkenalan dengan keluargaku.

Ayah Hafiz mutawwif dan ibunya ustazah. Hafiz merupakan seorang Ustaz sekolah Tahfiz. Ayahnya agak pendiam, ibunya yang banyak bertanya tentang keluarga kami dan sekali sekala memuji anak-anaknya.

Disebabkan waktu mereka datang rumah aku penuh dengan anak-anak saudara jadi mereka tidak tahu kewujudan Iman.

Pertemuan kedua, Aku, mak dan adik datang kerumah Hafiz selepas berpuluh kali ibu Hafiz menjemput kami singgah kerumah. Disitu barulah keluarganya tahu aku ada mengambil anak angkat. Ayahnya tidak begitu kisah, ibu Hafiz jelas berubah mukanya. Dia mula bertanya anak sapa?.

Bila aku berterus terang tentang Iman, ayat yang keluar dari mulut ibu Hafiz,

“Budak tu memanglah suci, tapi tak pelik kalau satu hari nanti dia pun buat benda yang sama sebab itu drah daging dia”. Aku terus tersentap. Serius time tu aku dah tak da mood, rasa nak balik rumah je.

Selepas pertemuan tersebut, aku terus maklumkan pada emak dan adik-beradik yang aku tak nak teruskan perkenalan tersebut sebab aku rasa keluarga Hafiz mungkin tidak dapat menerima Iman.

Melalui whatsapp aku maklumkan pada Hafiz penolakan tersebut dan memohon maaf. Sempat aku ucapkan agar dia bertemu jodoh dengan yang lebih baik.

Esoknya, Pak cik aku datang kerumah. Dia bising kononnya aku telah memalukan dia. Siap mengeluarkan hadis tentang aku menolak lamaran lelaki soleh. Tidak cukup dengan itu, Ibu Hafiz turut menelifonku bertanya soalan yang sama. Aku hanya memohon maaf dan menjawab tidak sependapat. Ibunya siap cakap aku berat jodoh sebab menolak lamaran lelaki sebaik anaknya.

Salah ke jika aku menolak lamaran Hafiz sebab aku tak nak Iman terus dikata hanya sebab dia anak tak sah taraf. Ya, aku tahu dalam islam keturunan penting, salah Iman ke jika dia datang dari keturunan yang kurang baik? Adakah jika kelak Iman menjadi anak soleh dia masih dipandang hina disebabkan keturunannya. Bukankah agama yang menjadi ukuran keimanan sesorang.

Kepada anakku Iman, ketahuilah kehadiranmu dalam hidup mommy merupakan satu hadiah yang sangat bernilai. Malah mommy merasanya satu ketenangan bilamana dapat meluangkan banyak masa bersama Iman dan emak. Terima kasih mak sebab sentiasa mendengar masalah dan menerima setiap keputusan yang Ida buat.

Part 3: Proses pengangkatan Iman dan cara menjadi ibu susuan

Ini respon untuk pertanyaan macam mana aku ambil anak angkat dan proses untuk jadikan anak susuan bagi wanita bujang dan wanita berkahwin tapi belum memiliki anak sendiri.

Ok, macam mana aku ambil Iman jadi anak angkat aku ada bagitahu dalam confession yang lepas.

Iman ditinggalkan di office aku oleh bapanya. Sebagai majikan aku bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak polis, hantar baby ke hospital (ni aku yang willing sendiri) dan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk mencari ibubapa kandung Iman.

Waktu kes tersebut, Iman berusia 2 hari dan Alhamdulillah bapa Iman dijumpai keesokkannya.

Antara faktor kenapa aku nak ambil Iman sebab bapa Iman seorang warga asing yang bukan beragama islam sedangkan ibu Iman beragama islam. So penting bagi aku untuk menyelamatkan agama Iman.

Jadi untuk kes aku, aku mengambil anak angkat terus dari ibubapa kandung Iman cuma aku perlu mengikut prosedur mengesahkan pengambilan anak tersebut melalui pemohonan mahkamah untuk mendapatkan Notis pengangkatan.

Antara syarat mendapatkan Notis Pengangkutan bagi yang bujang mestilah warganegara dan berusia 25 tahun keatas atau sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua dari anak angkat tersebut.

Selain itu perlu mendapatkan pengesahan pengangkatan dari ibubapa kandung bayi (Aku ada buat surat Akuan Berkanun antara aku dan ibu Iman), Sijil kelahiran Iman (ini aku geram sebab parents Iman tak nak bagi kerjasama, jenuh aku turun naik JPN.Penting untuk masa depan Iman, sekolah semua).

Waktu kat mahkamah, pegawai ada tanya pekerjaan, pendapatan, latar belakang pendidikan dan tahap kesihatan serta gaya hidup aku.

Sebenarnya untuk yang bujang mereka hanya dibenarkan untuk mengambil anak angkat yang sejantina. Tapi mungkin kes aku ni pegawai tu luluskan sebab latarbelakang keluarga dan adik beradik aku agaknya, sebab dia tanya semua kot. Aku anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Mak aku pesara guru, 3 abang aku doktor, adik lelaki aku sorang peguam sharie sorang buka bakery. Sebab pegawai tu kata mungkin keluarga kami mampu memberikan kehidupan yang positif dan terjamin kepada Iman.

Lepas dah lulus simpan Notis Pengangkatan tersebut sebab selepas 2 tahun aku perlu memohon Sijil Pengangkatan dari JPN. Dalam 2bulan lebih juga aku uruskan semua ni. Rujuk Mahkamah Seksyen berhampiran anda.

Kedua, Proses menjadikan Iman anak susuan aku. Seminggu lepas kes di Balai polis tu aku terus berjumpa Pakar Sakit Puan untuk berbincang rawatan yang sesuai untuk membolehkan aku menghaslkan susu atau dipanggil “Induce Lactati0n” serta menghadiri kaunseling penyusuan bersama kaunselor laktasi untuk persediaan mental dan fzikal.

Ada 2 kaedah untuk memhasilan susu iaitu pertama melalui ubat/suntkan dan kedua ransangan.

Aku tak ambik suntikan aku hanya ambil ubat D0mperid0ne dan satu lagi pil warna putih (tak ingat nama) untuk tempoh 3 bulan. Pil ni menyebabkan perubahan bentuk badan.

Macam aku dulu berat 45kg sekarang berat aku 53kg. Bertabah la mommy nanti kita workout kemudian. Ada yang ambil ubat je tapi tak berhasil, tak apa usaha dengan kaedah ransangan pula.

Untuk kaedah ransangan aku ada apply 4 cara. Pertama, hisapan baby. Baby secara semulajadi tahu cara untuk mencari payu dara. Jadi, beri peluang kepada dia. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu belum ada. Mommy jangan memaksa diri sendiri dan biarkan bayi menghisap atau melekap sahaja pada payu dara.

Kedua, Alat Bantuan Menyusu (ABM). Aku guna “Supplementary Nursing System jenama Medela. Boleh beli di farmasi atau kat Lazada, shoppee ada jual.

Cara guna ABM ni, 1 tiub dilekatkan pada payudara dan satu lagi tiub dalam botol susu. So baby akan menghisap payudara untuk mendapatkan susu formula tersebut. Mula-mula memang tiada susu ibu yang keluar tapi lama kelamaan susu ibu terhasil sedikit demi sedikit. Banyakkan bersabar. Lakukan proses ini 10-12 kali dalam tempoh 24jam terutama bila baby ada tunjuk hint2 nak menyusu.

Ketiga breast pump, lepas 2 minggu aku ambil pil, doctor cadangkan mula guna breast pump, even tiada susu pun ko pump je. 3kali sehari dan 20 minit untuk setiap sesi.

Lepas 2 minggu baru keluar susu dalam 1 sudu setiap kali pump, simpan. So sikit-sikit aku tukarkan susu formula ganti susu badan dalam botol ABM. Tak apa banyakkan bersabar. Walaupun sedikit maksudnya proses penghasilan susu berhasil.

Last, berurut. Mak aku kata berurut dapat meransang susu keluar. So aku try berurut. Ok la juga. Tapi kene pandai cari tukang urut. Selain ubat-ubatan dan ransangan, tolong jaga makan dan bersenam. Kalau ko tahu makanan tu boleh menyekat pengeluaran susu, takyah la ambil.

Pantang sekejap. Banyakkan bersabar dan beri peluang kepada badan dan baby anda. Selagi anak angkat anda belum berusia 2 tahun anda masih berpeluang menjadikan anak itu anak susuan.

Aku mengambil masa 2 bulan untuk menhasilkan titisan susu yang pertama. Memang rasa nak giveup. Banyakkan berdoa. Aku masih mengunakan semua kaedah kecuali ubat aku dah stop ambil. Tolong rujuk doctor. Kalau boleh tak payah la ambil produk2 supplement yang pelik-pelik. Tanya doctor terus.

Fighting!! Wassalam…

Sumber – Mommy Iman via IIUMC.

Perkongsian diatas pernah disiarkan di laman IIUMC pada tahun lepas. Yang baik itu kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan.

Kongsikan, moga bermanfaat buat semua. Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *