“Pecutlah Ke Syurga”. Dukacitanya dimaklumkan hari ni kita kehilangan seorang pelari pecut

“Dukacitanya dimaklumkan hari ni kita kehilangan seorang pelari pecut daripada Sandakan”

Semasa dalam kenderaan ibunya meraung menangis sambil mendoakan anaknya.

“Ya Allah ya tuhanku, masukanlah anakku si Amir Hamzah ini dalam Syurgamu”😢😭

Sambil tangan yang pernah mengayun buaian untuk anaknya itu masuk ke dalam keranda memeluk erat jenazah anaknya.

Balik-balik si Ibu itu mendoakan anaknya begitu. 😢😭

“Ya Allah, masukkanlah anakku ini si Amir Hamzah dalam Syurgamu.

Saya yang berada dalam kenderaan turut mengaminkan saja dalam hati.

Air mata saya juga sudah mulai bertakung tapi cuba ditahankan saja.

Pagi ini juga air hujan turun dengan lebatnya. Mungkin turut menangisi pemergian anak soleh ini.

Arwah seorang pelari pecut Sandakan, berusia 17 tahun. Ikutkan tahun ini arwah akan mengambil exam SPM.

Semasa dalam wad, dia pernah minta kepada ibunya untuk membawa buku pelajarannya ke hospital.

Namun tidak ditunaikan. Mungkin keadaannya tidak mengizinkan ketika itu.

Maknanya sakit-sakit pun arwah masih bersemangat untuk belajar tuan-tuan.😢😭

Ibunya pernah cakap, biarlah kau kerja apa pun bergaji kecil pun tidak apalah asalkan ada kerja.

Tapi bilang arwah, dia mahu kerja bergaji besar juga. Supaya arwah dapat jaga ibunya bila kerja nanti.

Namun, apa kan daya. Sayang ibu kepada anaknya tidak dapat menafikan takdir Allah.

Allah lebih menyayangi Hamba-hambanya. Takdir dan ajalnya sudah sampai. Subuh tadi dia telah meninggalkan kita semua.😭😢

Menurut Ibunya, arwah aktif bersukan sehingga layak ke Filipina jika melepasi tapisan dan latihan.

Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Berlarilah dan memecutlah selaju mahumu, menuju syurga Allahmu duhai Amir Hamzah! 😭😢🙏🏻

Al-Fatihah – Sambil dibaca🤲🏻

#stayatHOME
#wakafuntuksandakan
#AmirHamzah

Sumber : Abam Botak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *